Edited by mixed at 5-10-2017 02:02 PM
Fasha, Jejai Pilih Jalan Berdamai[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 1:15 PM - [color=rgb(0, 51, 153) !important]
[size=0.75em]Fasha Sandha dan Jejai akhirnya berdamai demi dua anak mereka. Gambar fail.
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Aktres Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli memilih jalan damai apabila berjaya menyelesaikan dua kes melibatkan mereka secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Khamis.
Fasha, 33, turut menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal Ashram atau Jejai bagi menghalangnya daripada menggangu aktres itu pada Mac lalu. Manakala Jejai menarik balik kes komital berkaitan lantikan pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor. Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari 2016.
Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.
Bagi injuksi, ia didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab manakala untuk kes komital, ia dilakukan di hadapan Nasir Abdul Aziz secara berasingan.
Dalam pada itu pasangan berkenaan dalam satu kenyataan bersama kepada media memberitahu penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.
[size=0.75em]Fasha Sandha masih kelihatan cantik.
“Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak.
“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” kata kenyataan itu.
Ketika ditanya sama ada perkembangan terbaharu itu membawa maksud mereka akan kembali bersama sebagai suami-isteri, Jejai dan Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili Ahmad Badri Idris.
Pasangan itu yang hadir ke mahkamah secara bersama pada pukul 10 pagi kelihatan ceria.
Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. [size=0.98em]Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 8cSr4MViTiHGCdWD.99
|