wasap asap, wap atau gas yg kuat baunya. berwasap mengeluarkan wasap. Kamus Pelajar Edisi Kedua wasap wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. Kamus Dewan Edisi Empat
kebuk wasap ist kebuk yg digunakan sbg tempat utk menjalankan uji kaji makmal yg menggunakan atau membebaskan gas beracun. Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebuk wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggu­nakan atau membebaskan bahan atau gas beracun. Kamus Dewan Edisi Empat