CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 13-12-2005 10:06 AM | Show all posts
susahnya nak tgk citer jepun nie hari minggu ada aja keje nak kene buat petang2....selama dok main nie baru dua kali aku tgk citer walaupon hero tua sket tapi watak dia ok la ...kelaka dan kelam kabut sket citernye....orang2 dalam citer nie la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2005 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 13-12-2005 10:02 AM
adik aku dah beli le cd ni. dia kata ada 8 keping. RM23.90.


heheheh aku beli RM15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2005 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by cloud9 at 12-12-2005 09:37 PM
last christmas ni cam best gak kan... comey jek..
cite ni pasal ape ek??:stp:


citer pasal...

Kenji Haruki & Yuki Aoi yg tinggal kat sebuah rumah yg dah dipisahkan oleh tuan rumah, tapi still ada satu pintu kat tengah dua2 rumah ni...diorang berdua sama2 kerja kat satu company...Aoi ni ada penyakit (dah di'reveal' dalam ep1), tapi katanya dah sihat dan cuma kena buat check-up lanjutan...diorang berdua ni mula berkawan baik, dan selain diorang, ada lagi beberapa orang yg 'memeriahkan' citer ni...untuk keeterangan lanjut, sila rujuk summary hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2005 12:40 PM | Show all posts

Last Christmas Episode 2: Malam Keajaiban (10 Disember 2005)

awal pagi tu, Haruki (Yuji Oda) dikejutkan bila dengar orang ketuk pintu, tapi bila dia bukak pintu depan takde sesiapa pun...bila dia masuk balik, dia dengar Aoi (Akiko Yada panggil dia...rupa2nya Aoi ketuk pintu tengah...Aoi suruh dia bangun...akhirnya Haruki bukak pintu dan nampak peta dunia ditampal kat pintu tu...Aoi cakap bendera putih tu mewakili Haruki dan bendera merah pulak mewakili Aoi sebab diorang dah berjanji sesiapa yg bercinta dulu akan dapat ke Yellowknife secara percuma...Aoi cakap air panas kat rumah dia takde jadi dia nak pinjam bilik air Haruki, tapi Haruki tak bagi...Aoi tanya Haruki nak suruh dia mandi dengan air sejuk ke tapi Haruki cuma cakap tak mandi sehari pun takpe...Aoi tak nak sebab nanti bau busuk...Aoi cuba buat macam2 dan akhirnya Haruki bagi dia guna bilik mandi...masa Haruki tengah cuci muka, tiba2 je Aoi suruh Haruki pergi ambilkan syampu dia...Haruki suruh Aoi guna syampu dia je tapi Aoi cakap dia tak nak nanti rambut dia bau sama dengan rambut Haruki...jadi terpaksalah Haruki masuk rumah Aoi nak ambil syampu...masa tu Haruki ternampak banyak tape dalam bakul...Haruki teringatkan kata2 Aoi dalam tape pasal dia akan mati, dan jugak kata2 Aoi lepas tu pasal dia dah sihat...

Hayama (Mirai Moriyama) pulak dah sampai ke bawah rumah Haruki nak jemput dia...Ayaka (MEGUMI) pun ikut sama...Hayama macam takut2 dengan Ayaka...dalam lif, Ayaka cakap pasal Kyoko yg Hayama suka tu...Ayaka macam mengugut Hayama dan cakap kalau Kyoko tahu pasal hubungan diorang, mesti Kyoko akan hampa dengan Hayama...kat rumah Haruki, Aoi dah siap mandi jadi Haruki suruh dia balik rumah sendiri cepat2 sebab Hayama akan sampai tak lama lagi...belum sempat Aoi balik rumah dia, Hayama dan Ayaka dah masuk ke rumah Haruki...Hayama dan Ayaka terkejut bila tengok Aoi yg baru lepas mandi tu kat rumah Haruki...Haruki kelam kabut nak explain kat Hayama dan Ayaka...Hayama cakap berani betul Haruki usik girlfriend bos...Haruki tanya Aoi dah jelaskan pada Shintani (Tsuyoshi Ihara) belum pasal diorang, tapi Aoi belum cakap apa2 pada Shintani...Aoi cakap apa salahnya kalau Shintani salah faham, jadi boleh la Shintani berputus asa terhadap dia...tapi Haruki cakap dia pulak yg susah nanti...

masa buat pemeriksaan kesihatan kat syarikat, Shintani cakap dia kecewa bukan sebab perempuan tapi sebab kehilangan kawan...Haruki cakap tu salah faham je sebab Aoi yg kebetulan pindah ke sebelah rumah dia...Shintani cakap takkanlah kebetulan jugak Aoi ada kat rumah Haruki dan minum bersama...Haruki beritahu dia ada hal nak cakap dengan Aoi...masa ni Shintani dah lembut hati sebab dia sangka Haruki nak jodohkan dia dengan Aoi...Aoi pun buat pemeriksaan kesihatan jugak dengan doktor dia sendiri...diorang sama2 terkejut sebab boleh jumpa kat syarikat tu...doktor dia cakap Aoi masih kena buat check-up kat hospital, dan kalau ada apa2, Aoi boleh terus telefon dia...

Haruki pergi jumpa Sally/Sachiko (Ryou) kat J-Wave untuk bincang pasal Marina Snow Party bagi syarikat Heart Sports...syarikat nak Sally jadi DJ untuk parti tu nanti...bila Haruki dah nak balik, Sally bagi dia tiket ke akuarium...Sally cakap kalau Haruki sibuk, Haruki boleh bagi je orang2 kat syarikat...

kat kelab Desperado, Haruki mintak Aoi berterus-terang dengan Shintani...Aoi cakap dia belum memahami Shintani betul2...jadi Haruki bagi dia tiket masuk akuarium yg Sally dah bagi tu...Haruki beritahu Aoi yg Sally tu junior dia masa kat sekolah menengah dulu...Aoi tanya betul2 ke Haruki langsung tak suka Sally...Aoi cakap Haruki ni macam burung pipit sesat yg dia pernah bela dulu...Haruki naik geram dan cakap dia ialah manusia, bukannya burung...Aoi cadangkan diorang keluar double date, Haruki dengan Sally dan Aoi dengan Shintani...Aoi cakap sebenarnya maksud Sally bagi tiket tu adalah supaya diorang keluar bersama...

hari double date tu, Haruki dan Aoi tengah tunggu Sally dan Shintani...Aoi cakap seronok jugak keluar date, boleh terbayangkan pakaian apa yg pasangan akan pakai nanti...Aoi cerita style pakaian macam mana yg dia tak suka...masa tu Haruki nampak Shintani dah datang dan kebetulan pulak Shintani pakai style yg Aoi tak suka tu...Haruki pergi kat Shintani dan berusaha ubah sikit penampilan Shintani...lepas Sally dah sampai, diorang berempat mula melawat akuarium...Shintani asyik buat lawak yg tak kelakar lagi dan menyebabkan semua orang tak hiraukan dia, Haruki je yg boleh tahan dengan Shintani...masa shopping, Shintani belikan baju untuk Aoi tapi Aoi dah bosan dengan dia...Haruki dan Sally tengok dari jauh...Sally cakap Aoi dan Shintani langsung tak serasi, tapi Haruki lebih sesuai untuk Aoi...

diorang berempat balik ke rumah Haruki dan main kad Joker...Aoi asyik kalah game tu...Sally puji skiboard yg ada kat rumah Haruki...Shintani beritahu yg impian Haruki adalah nak bukak kedai menyelaras ski satu hari nanti...Haruki cakap setiap skiboard perlu diselaraskan mengikut ciri2 istimewa setiap orang...tapi Shintani cakap lebih baik Haruki stay je kat syarikat sebab impian dia tu kecil je...tapi Aoi pulak cakap dia jealous sebab Haruki ada impian macam tu...bila tengok Shintani macam dah kecik hati, Haruki cakap memang impian dia kecik je, tak macam Shintani yg bercita2 nak uruskan syarikat besar...Aoi tengok je dia masa tu...

lepas tu Shintani tanya pandangan Sally pada Haruki...Sally terus terang cakap dia sukakan Haruki...Shintani cakap dah keluar double date ni, mungkin boleh buat double wedding pulak nanti...Aoi cakap dia dan Shintani tak mungkin bercinta...kata Aoi, cinta bukannya dipupuk tapi lahir secara semulajadi...antara dia dan Shintani takde cinta...masa Aoi bergaduh dengan Haruki tu terkeluarlah cerita yg Aoi dah ada orang yg disukai...Shintani cakap dia takkan putus asa dan terus balik...lepas tu, Haruki tolong tahan teksi untuk Sally...Sally pelik sebab Aoi boleh tiba2 cakap macam tu...Sally cakap sebenarnya Aoi nak tolong Haruki...

Haruki ketuk pintu tengah dan minta maaf dari Aoi sebab Sally cakap sebenarnya Aoi cuma nak tolong Haruki...tapi Aoi nafikannya...Aoi cakap masalah sendiri kenalah selesaikan sendiri...Aoi cakap dalam hidup ada orang yg tak dapat lari dari nasib malang dan asyik dapat kad Joker...contohnya masa naik tren, rasa sangat letih tapi terpaksa bagi tempat duduk pada nenek tua...kalau pakai cantik2 nak keluar shopping, hujan pulak turun dengan lebat...dah kahwin dan hidup bahagia, tapi tiba2 jatuh sakit...walaupun dah sihat, hidup masih kelam kabut sebab ke mana2 pun pergi, kad Joker (nasib malang) akan tetap mengikuti...lepas Aoi dah ucap selamat malam, Haruki pergi kemas kat balkoni...dia nampak kat tempat Aoi duduk tadi, Aoi masih tetap dapat kad Joker dalam game yg tak sempat habis tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2005 12:43 PM | Show all posts

sambungan Episode 2...

esoknya, Shintani datang jumpa Haruki kat office...Shintani beritahu Haruki yg dia dah tak perlu pergi ke China lagi...tapi syarikat nak hantar Higaki (Hiroshi Tamaki) pulak ke sana...masa tu Aoi terserempak dengan Higaki yg tengah marah2 baru keluar dari office Ritsuko (Nana Katase)...Aoi cakap dia dan kawan2 dia semua peminat rekaan Ritsuko...Aoi cakap memang bagus kalau dapat tengok karya yg dihasilkan sepasang suami isteri atau kekasih, tapi Ritsuko cakap dia takde apa2 hubungan dengan Higaki...lepas tu Aoi jumpa Higaki kat luar dan cakap yg Ritsuko bimbangkan Higaki, tapi Higaki cakap Ritsuko tak berminat pun kat dia...Ritsuko cuma minat nak kahwin dengan cikgu yg mati dalam kemalangan ketika hujan lebat 4 tahun yg lepas...dalam fikiran Ritsuko, dia yg sekarang bukan lagi dia yg dulu...kalau cikgu tak mati, mesti diorang dah kahwin, Ritsuko tak melukis pun takpe...Higaki cakap disebabkan pertukaran tu, dia nak letak jawatan sebab dia rasa syarikat tak pandang berat pada dia...lagipun takde sesiapa pun yg bantah pertukaran dia ke China sebab semua orang pun anggap Higaki sebagai seorang yg sombong dan berlagak...

team Haruki dah nak bertolak ke marina...Ayaka pulak tercari2 Hayama...Hayama serahkan sekeping kertas pada Kyoko, nak ajak Kyoko keluar dengan dia...Hayama cakap dia akan tunggu Kyoko...masa ni Ayaka datang dan bawak Hayama pergi...Shintani pun dah nak bertolak ke marina...Aoi cakap dia nak ikut Shintani sekali...Shintani cakap dia bukannya orang yg kecik hati, dia takkan tukarkan Aoi ke bahagian lain...Aoi mintak Shintani luangkan masa untuk dia malam tu...

persediaan untuk Marina Snow Party tu berjalan lancar setakat ni...masa tu Higaki datang hantarkan jaket...Haruki cuba nak bercakap dengan Higaki pasal pertukaran tu tapi Higaki tukar topik dan cakap dia nak balik ke syarikat...lepas tu Sally datang...Haruki dan Sally beli sosej dan duduk tepi jeti...Haruki cerita pasal ada sorang kat sekolah diorang yg kawin muda dan dah ada anak perempuan yg dah pandai cium pelajar lain...Haruki tanya Sally tak pernah terfikir ke nak kawin...Sally cakap memang pernah masa dia kat Tingkatan 1, dia teringin nak kawin dengan sorang ni...orang tu boleh habiskan sosej dengan cepat dan tinggalkan sos tomato kat bibir, jadi Sally teringin nak cium orang tu...tapi akhirnya dia cuma tolong bersihkan bibir orang tu dengan sapu tangan...Haruki sedar yg Sally tengah bercakap pasal dia...masa tu, kalau dah cium dan kahwin dengan orang tu, agaknya diorang pun dapat tengok anak perempuan sendiri cium budak lain...Haruki cakap apalah perasaan agaknya tengok anak sendiri cium orang lain, dan Sally cakap apa kata diorang cuba, paling lambat pun kena tunggu 16 tahun...masa tu Sally tiba2 dapat panggilan telefon dan air muka dia berubah...lepas tu Sally nampak sos tomato kat bibir Haruki dan bagi Haruki sapu tangan...

Aoi dan Shintani berjanji nak jumpa malam tu...lepas Shintani masuk lif, Haruki yg dah ternampak Aoi panggil dia...kat office sementara Heart Sports, Aoi ternampak nama Sally dalam senarai...Haruki yg dah sikit terganggu dengan kejadian tadi beria2 pertahankan diri tapi Aoi sebenarnya tak cakap apa2 pun...Aoi cakap teruklah macam ni kalau dia yg kena keluarkan perbelanjaan untuk tengok aurora...lepas tu Haruki tanya pasal Higaki...Aoi rasa Shintani ada kuasa untuk ubah keputusan tu, tapi Haruki cakap walaupun memang boleh, tapi Shintani pun tak sukakan Higaki...jadi Aoi cakap nak buat Shintani ubah keputusan...Haruki cakap Aoi takde apa2 hubungan dengan Shintani...Aoi cakap sebab tulah dia nak buat hubungan...Haruki cakap tak elok buat macam tu sebab Shintani akan jadi serius...Aoi tak faham kenapa Haruki macam tu sedangkan Haruki sendiri yg nak jodohkan dia dengan Shintani...Haruki cakap kalau Aoi sukakan ****ani takpe la tapi sekarang Aoi sukakan lelaki lain...Haruki offer nak bercakap dengan Shintani tapi Aoi cakap dia akan selesaikan hal sendiri...Haruki tetap tak puas hati dan tanya adakah Higaki akan suka kalau Aoi buat macam ni...Aoi cakap cinta bukannya sesuatu yg mudah, kalau dah takde dari awal, tetap takkan ada untuk selama2nya dan cuma boleh mencintai dalam diam...masa tu tiba2 Hayama telefon kata ada masalah...

Hayama cakap Higaki dah hantarkan warna jaket yg salah pada diorang dan sekarang semua orang tengah marah2 sebab waktu rehearsal terpaksa dilanjutkan...jadi Haruki terpaksa balik sendiri ke syarikat untuk ambil jaket yg betul...Aoi pulak tengah bersedia untuk date dia dengan Shintani...Higaki yg tunggu kat syarikat dengan barang2 minta maaf kat Haruki...Haruki suruh Hayama uruskan hal kat marina tapi keadaan masih tak terkawal hinggalah Ayaka datang tolong Hayama...masa dinner, Shintani asyk bercerita benda2 yg membosankan pada Aoi...

dalam van, Higaki cakap dia jadi macam tu agaknya sebab fikirkan pasal pertukaran tu...Haruki suruh dia jangan kisah sangat sebab tu benda biasa...Haruki tanya pasal hubungan Higaki dengan Aoi...Higaki cakap diorang cuma kawan yg keluar minum bersama...Higaki suruh Haruki jangan salah faham sebab Aoi pun cuma main2 je...Shintani pulak bawak Aoi ke bilik dia...barang2 tu pulak akhirnya dah sampai ke marina...Haruki suruh Higaki pergi cari Aoi tapi Higaki cakap takde kaitan dengan dia...Higaki cakap dia tak pernah minta Aoi selamatkan dia...kat bilik hotel, Aoi cakap dia peminat Ritsuko, tapi kalau Higaki dah takde kat syarikat, mungkin karya Ritsuko pun takkan ada lagi...walapun Aoi bercakap pasal Higaki, tapi Shintani macam tak dengar dan cuba cium Aoi...Aoi suruh Shintani pergi mandi dulu...

Haruki yg tengah risau pasal Aoi akhirnya suruh Hayama uruskan hal kat marina dan terus berlari ke hotel...Aoi yg kat dalam bilik try nak keluar tapi Shintani asyik panggil dia...lepas tu Haruki sampai dan ajak Aoi pergi...Shintani yg tengah mandi tanya siapa yg datang...diorang bagi alasan room service, lepas tu Haruki tarik Aoi pergi dari situ, katanya dia tak boleh tak pedulikan Aoi...

diorang berdua dah sampai ke marina tapi Aoi masih meronta2...masa tu Hayama dan Ayaka panggil diorang...Hayama dan Ayaka minta diorang tukar baju dan berdiri kat atas bot...Hayama cakap dia dah suruh model2 balik sebab diorang kena datang awal pagi esoknya, jadi Haruki dan Aoi kena ganti untuk rehearsal dengan DJ...masa Hayama bagi arahan, Haruki tanya apa yg Aoi akan buat kalau Haruki tak sampai tadi...Aoi cakap dia ada cara yg tersendiri dan tak perlu bantuan orang lain...Aoi cakap dia bukannya ada hubungan dengan Haruki jadi Haruki tak payah pedulikan dia...Haruki cakap apa salahnya dia ambil peduli walaupun takde hubungan, lagipun diorang berjiran...Haruki cakap beri tempat duduk pada nenek tua bukannya bernasib malang tapi bernasib baik...mungkin ada sesuatu yg baik berlaku walaupun hari hujan...walaupun sekarang cinta tak berbalas, mungkin orang tu akan balas cinta suatu hari nanti...jadi sebagai manusia, Haruki sanggup ambil kad Joker tu untuk tanggung sikit nasib malang Aoi...Aoi dah mula senyum dan bergurau dengan Haruki, katanya entah2 Haruki suka dia...Haruki cakap dia cuma berniat baik...

lepas tu Hayama suruh diorang berdiri kat hujung bot...Hayama suruh diorang buat aksi Titanic...Sally yg tengah tengok keadaan tu cuma tergelak...Aoi pun senyum dan buat aksi tu dulu...Aoi cakap kalau pun Haruki tak datang tadi, dia sendiri akan larikan diri...akhirnya diorang buat aksi Titanic, masa ni masing2 pun dah senyum...Shintani pulak berseorangan kat bilik...

esoknya, majlis tu berjalan lancar...Haruki rasa pelik sebab takde aksi Titanic...Hayama cakap aksi tu dah ketinggalan zaman, rupa2nya Hayama cuma main2 je malam tadi...masa tu Hayama nampak Kyoko dah datang tapi Ayaka pulak saja2 pergi jumpa Kyoko...kat hotel, Shintani tanya mana Aoi pergi semalam...Aoi cakap perut dia tiba2 sakit...Shintani beritahu yg dia minum dengan Haruki sampai ke pagi, Haruki dah berjaya pujuk Shintani untuk kekalkan Higaki kat syarikat induk...Aoi tengok Haruki dari jauh dan senyum...

kat hospital, mak Haruki cakap Sally dah semakin cantik...mak dia nak buat sesuatu untuk kahwinkan Sally dengan Haruki...kat rumah pulak, Aoi yg teringatkan kemesraan Haruki dan Sally dah cucuk bendera putih ke depan sikit...dalam perjalanan ke office, Aoi ternampak Sally...Aoi kejar Sally nak tegur dia, tapi tiba2 ada lelaki tahan Sally...kedua2 Sally dan lelaki tu pakai cincin yg sama, tapi diorang macam tengah bergaduh...Aoi terkejut sebab tak sangka Sally dah kawin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2005 12:45 PM | Show all posts

Screencaps from Episode 2...













Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2005 01:42 PM | Show all posts

Last Christmas theme song...

"Last Christmas" by Yuji Oda with Butch Walker
http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=1U6YYV8LQD2YK0IQPPFHV6KWW5

link will expire in 7 days or limited to 25 downloads...enjoy the song!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 12:57 AM | Show all posts
oooo ... dah page 100 yea .... congratulations to whitedove n semua yg melepak kat sini .... semuga thread ni akan terus kekal n aktif ..... :clap: :clap: :clap:

hero tu yg nyanyi sendiri lagu last christmas tu .... patutlah .... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2005 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 14-12-2005 12:57 AM
oooo ... dah page 100 yea .... congratulations to whitedove n semua yg melepak kat sini .... semuga thread ni akan terus kekal n aktif ..... :clap: :clap: :clap:

hero tu yg nyanyi sendiri lagu l ...



ooo.. ye ke hero tu yg nyanyi. dia memang penyanyi ke. anyway tgk episod cite ni kat tv s'pore ex tunang hero tu cam nak baik dgn dia balik. cite ni heppi ending ker
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 13-12-2005 12:33 PM


heheheh aku beli RM15

:hmm:aikk murahnye...tapi tak rugi rasanya kalau beli..happy ke sad ending????
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 01:38 PM | Show all posts
meh nyampuk jap..hepi ending desu :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 13-12-2005 12:33


heheheh aku beli RM15


brand LF punye ke ni kak eyka? :cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2005 09:43 PM | Show all posts
sume pakat beli ke?????

hebat!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2005 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 13-12-2005 12:36 PM


citer pasal...

Kenji Haruki & Yuki Aoi yg tinggal kat sebuah rumah yg dah dipisahkan oleh tuan rumah, tapi still ada satu pintu kat tengah dua2 rumah ni...diorang berdua sama2 kerja kat  ...


tq.. tq... noted.
x perasan ada summary kat page blkg...
hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2005 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 13-12-2005 01:42 PM
"Last Christmas" by Yuji Oda with Butch Walker
http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=1U6YYV8LQD2YK0IQPPFHV6KWW5

link will expire in 7 days or limited to 25 downloads... ...


wow... bestnye...
tq for those whitedove...


~cheers~
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2005 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 13-12-2005 01:42 PM
"Last Christmas" by Yuji Oda with Butch Walker
http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=1U6YYV8LQD2YK0IQPPFHV6KWW5

link will expire in 7 days or limited to 25 downloads... ...


wow... bestnye...
tq for those whitedove...


~cheers~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2005 07:19 PM | Show all posts
haruki ni sgt caring kan...
sukalah watak dia... tp aoii ni cam jual mahal sket... dia sbnrnya rasa rendah diri dgn penyakit dia tu ke?:hmm:

isk.... eps hari ahad x dpt tgk la... abg & adik2 aku seme nak nengok toyota cup (liverpool vs sao paolo)... tensen nye....nf:

kalo whitedove rajin, leh tolong postkan sinopsis eps 4...?  
Reply

Use magic Report

ying05 This user has been deleted
Post time 18-12-2005 08:30 PM | Show all posts
:tq: :tq: whitedove krn bagi kite org sinopsis yg best best dan panjang lebar...

risaunya aku bila melihat aoi memecut kat lebuh raya dan jalan pintas yg bengkang-bengkok+sempit tu...berani betul minah ni :ting:

:clap: :clap: akhirnya mereka berdua bersama jugak....hari ni episod terakhir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2005 08:39 PM | Show all posts
alamak.......semalam aku tak dapat tengok. ari ni nye episod sedih & best endingnya. citer ni dah habis ke ha?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 09:27 AM | Show all posts
bestnye la episod semalam eh... akhirnya dorang luahkan gak perasaan masing2...
yg paling terharu mase shintani gitau aoi pasal haruki pun nak letak jawatan... ngalir air mate...
peh... tere betul aoi bawak kete naik bukit... saye lak yg kecut perut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060034 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list