SKUAD badminton negara menerima sunti- kan semangat baharu dalam misi memburu kilauan emas pertama Sukan Olimpik 2012 di London.
Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tajaan daripada syarikat perbankan utama negara, Maybank selama enam tahun yang dimeterai dalam satu memorandum persefahaman (MoU) di Menara Maybank, Kuala Lumpur.
Tajaan yang bernilai sekitar RM6 juta hingga RM7 juta setahun itu (kira-kira RM36 juta bagi enam tahun) adalah satu lagi tanggungjawab sosial daripada Maybank dalam memastikan sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menjelaskan, kolaborasi di antara Maybank dan BAM itu bakal menjadi suntikan positif dalam kempen 'Going for Gold' iaitu kempen bagi memastikan Malay- sia memenangi emas pertama Sukan Olimpik tahun depan.
"Badminton adalah sukan yang popular di dunia ketika ini dan apa yang lebih membanggakan ialah Malaysia juga dilabel sebagai sebuah pasukan berkelas dunia dalam sukan ini," kata Nadzmi pada satu sidang akhbar semalam.
"Jumlah tajaan daripada Maybank ini yang terbesar pernah BAM terima dan ia sekali gus menunjukkan bahawa sukan badminton sendiri mempunyai nilai komersial yang tinggi.
"Justeru, saya harap suntikan berharga daripada Maybank ini mampu meningkatkan lagi prestasi skuad badminton negara agar kembali muncul yang terbaik di dunia serta kegemilangan seperti suatu masa dahulu dapat dikembalikan," tambah beliau lagi.
Menurut Nadzmi, tajaan sebanyak enam hingga tujuh juta setahun, adalah termasuk dalam pembangunan sukan badminton pada peringkat akar umbi, bonus dan inisia- tif kemenangan serta termasuk penganju- ran Terbuka Malaysia tahun depan.
"Kesemua jumlah tajaan tersebut akan di- gunakan demi pembangunan sukan badminton pada peringkat akar umbi seperti pertandingan peringkat sekolah-sekolah Malaysia, antara negeri-negeri dan juga ke- johanan-kejohanan lain.
"Selain itu, ia juga akan digunakan dalam program serta latihan skuad negara dalam misi memenangi pingat emas di Olimpik selain kos penganjuran Super Siri Badmin- ton Terbuka Malaysia dengan kerjasama Proton," katanya.
Sementara itu, turut hadir pada majlis menandatangani MoU tersebut ialah Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor yang menyaksikan penyerahan memorandum di antara Nadzmi dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
"Kami amat berbesar hati kerana menjadi institusi kewangan pertama di negara ini yang menjadi penaja utama BAM.
"Ini merupakan satu lagi tanggungjawab sosial Maybank sebagai sebuah syarikat korporat dalam usaha membangunkan sukan negara, khususnya badminton, serta membantu BAM merealisasikan misi utama iaitu memenangi emas pertama Sukan Olimpik di London 2012.
"Tajaan selama enam tahun ini mungkin akan diteruskan pada masa hadapan dengan pilihan lanjutan selama empat tahun lagi.
"Namun ia bergantung kepada prestasi dan pencapaian skuad badminton badminton sepanjang kontrak asal," kata Abdul Wahid.