CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2008 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 6-11-2008 11:08 AM
assalamualaikum....

smlm hanni baru dpt tau, sorang opismate hanni akan berangkat 1 dis ni.. jelesnya...

ermm nk tanya, camner nk bezakan haji ifrad dan tamatuk?


hanni..
Sepupu hubby Akak pun pi 1 Disember..
Itu penerbangan terakhir...buat Haji Ifrad...
Seronok tengok orang nak pi Haji...
Siap cakap kat dia...
Nanti kalau pi nak ikut hantar kat Kelana Jaya..
Flight dia malam rasanya...
Bukan apa nak menghantar tu...
Nak mengembalikan Nostalgia semalam..
Kenangan pi Haji...
Subhanallah seronoknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 11:47 PM | Show all posts
Rindu Rasulullah
By Sirojuddin AR
Sabtu, 01 November 2008 pukul 20:47:00

Bagi jamaah haji yang beruntung masuk Raudah, sudut utama di Masjid Nabawi, ia akan dicekam kerinduan bertemu Rasulullah. Gemuruh salawat yang diiringi tangis bahkan raungan, membuat suasana di ruangan kecil yang diperebutkan itu terasa bertambah magis. Terasa, seakan Rasulullah berada di sampingnya. Tapi apa daya, sang kekasih tidak tampak, kecuali pusaranya yang terhijab di balik dinding beton yang kukuh. Saat meninggalkan Raudah, jamaah berdesakan bahkan saling jepit melewati lorong keluar yang sempit. Gema selawat tambah mengeras. Di sini, biasanya bacaan salawat diucapkan singkat-singkat: ''Salamun 'alaika ya Rasulullah.'' Atau ditambah kata-kata ''Salamun 'alaika ya Faruq, salamun 'alaika ya Aba Bakr,'' menunjuk kepada Umar dan Abu Bakar, dua sahabat dekat Rasulullah yang terbujur di samping beliau.

Pernah seorang jamaah haji bertanya kepada sang kyai pembimbingnya, mengapa Masjid Madinah memberi kesan begitu mendalam. Suara muazin yang mengalun, seakan mengalahkan keindahan gema azan di Masjidil Haram, membuat salat di dalamnya sering lebih khusyuk. Sang kyai menjawab, ''Karena di masjid itu ada kekasihmu yang kau rindukan. Bukankah kau selalu menyebutnya dan hanya pada kesempatan ini engkau bertemu?''

Kerinduan kepada Rasulullah, pesan sang kyai pula, seharusnyalah diciptakan, di mana saja dan kapan saja. Itu pertanda seorang umat Muhammad mencintai Nabi dan ajarannya. Uluk salam dan memberikan penghormatan kepada Nabi, adalah perintah kepada orang beriman, karena Allah dan para malaikat-Nya senantiasa bersalawat untuk Nabi, (QS 33:56).

Bagi kalangan khawasul khawas, kerinduan kepada Rasulullah kerap ditambah dengan keinginan bermimpi ketemu beliau. Dibacanyalah beribu-ribu salawat dengan mengintensifkan seluruh amal ibadah. Keinginan itu sering jadi kenyataan. Bahkan, ''Barangsiapa melihatku dalam mimpi,'' demikian Rasulullah menjamin, ''maka ia seakan melihatku dalam jaga, karena syetan tidak bisa meniru diriku.'' Mimpi jumpa Nabi adalah karunia yang diberikan hanya kepada orang yang telah bersih jiwanya.

Oleh Rasulullah disebutkan, ''Termasuk orang kikir yang tidak bersalawat padaku, saat namaku disebut orang.'' Sebaliknya, yang bersalawat sekali kepadanya, Allah memberinya 10 rahmat dan melenyapkan 10 dosanya. Dalam riwayat Muhammad bin Abdurrahman disebut, Rasulullah bersabda, ''Setiap kali umatku uluk salam kepadaku, sesudah aku tiada, Jibril menyampaikannya kepadaku lalu kujawab: Wa'alaihissalam,'' (Semoga salam, rahmat dan berkah Allah juga tetap kepadanya).

Tanda kerinduan kepada Rasulullah adalah menjalankan seluruh perintahnya. Menghadirkannya secara penuh di hati, seakan beliau selalu hadir di sisi kita. Nilai iman ini melebihi penglihatan fisik, seperti beliau katakan: ''Beruntunglah orang yang melihat aku dan beriman kepadaku. Tapi, beruntunglah, beruntunglah, wahai beruntunglah orang yang meskipun tidak melihatku tapi beriman kepadaku.'' - ah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 02:08 AM | Show all posts
Salam.....

Mak semakin selesa dan seronok rasanya di sana...
sesekali bila ingat baru mak tel....
kata kata IDB supaya 'melupakan' mak seketika
memang beri kesan...
ryna faham maksud dari kata kata tu....thanks

kenapa tiba tiba hati terasa dan teringin sangat nak ke sana..?
macam melonjak lonjak untuk jejak kaki di sana...
sebelum ni memang tak rasa apa apa pun...

bila keinginan dah datang......
hati bagai di seru seru pula...

lepas tu....masa kenduri tu pakai tudung...
macam bagi kesan pada diri...
ada keinginan yang kuat untuk meneruskan....

semoga dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 03:03 AM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 7-11-2008 02:08 AM
Salam.....

Mak semakin selesa dan seronok rasanya di sana...
sesekali bila ingat baru mak tel....
kata kata IDB supaya 'melupakan' mak seketika
memang beri kesan...
ryna faham maksud dari ...


Insyallah..
Alhamdulillah..
Benda yang baik elok dipercepatkan..
Jiran didepan saya ...
Alhamdulillah elok balik dari Mekah terus pakai tudung sampai sekarang..
Kalau dulu...kadang kadang pergi kerja pakai skirt..
Beri Hidayah adalah hak Allah..
Kita sebagai manusia cuma boleh memberi nasihat...
Kerja membuka hati utk melakukannya adalah kerja Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:30 AM | Show all posts
Bab Raudah satu lagi citer... bak kata ustaz beri ceramah,  Nabi Mohammad SAW sedeh yg sebenarnya melihat gelagat umat2nya jemaah haji ni.. merempuh memasuki Raudah tanpa belas kesian pd jemaah yg berusia dan kurang berupaya kerna masing2 ingin mendapatkan tempat brsolat di Raudah sesiapa yg dah kesana pasti teringat detik2 semasa di Raudah..espacially bahagian jemaah wanita sehingga ada yg terhoyong hayang dan ada juga jemaah yang terjatuh..tp di perhatikan bkan dari kalangan jemaah Msia.. Berdoalah agar dipermudahkan untuk kita mendpat ruang di Raudah.. Insya ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 6-11-2008 11:47 PM
Rindu Rasulullah
By Sirojuddin AR
Sabtu, 01 November 2008 pukul 20:47:00

Bagi jamaah haji yang beruntung masuk Raudah, sudut utama di Masjid Nabawi, ia akan dicekam kerinduan bertemu Rasulu ...


Assalamualikum hussain dan semua,

Sebak hatii dan mengalir aiir mata membaca posting hussain.
Rindunya nak menziarahi Makam Rasullullah dan bersujud di Raudah
Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Mentadbir Sekelian Alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2008 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 7-11-2008 02:08 AM
Salam.....

Mak semakin selesa dan seronok rasanya di sana...
sesekali bila ingat baru mak tel....
kata kata IDB supaya 'melupakan' mak seketika
memang beri kesan...
ryna faham maksud dari ...


Alhamudlillah, tumpang gembira mendengar perkhabaran ibu ryeena.

Dan bertambah seronoknya bila ryeena telah terbuka hati melakukan sesuatu ke arah kebaikan.
Semoga kita tidak berputus dari rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat hidayahNya
Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah kita tinggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:33 AM | Show all posts
Assalamualaikumm..

Semoga segala amalan dan ibadah kita di hari ini diberkati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #2454 ryeena's post

Alhamdulillah.. semenangnya pengalaman ke Tanah Suci teramat indah, sukar nk diungkapkan dgn kata2. Kalo ada rezeki, pergi la ryeen
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #2456 haziq_97's post

Teringat mak guard kat Raudhah tu.. 'Ibu..Ibu.. duduk.. Ibu..sabar..sabar'
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #2451 aziefa's post

Peringatan yang menarik.
Lapan jam ooo kat dalam flight.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 7-11-2008 10:06 AM
Peringatan yang menarik.
Lapan jam ooo kat dalam flight.

xlah sejuk sangat dlm k/terbang tu.. kalau pakai kain ihram lg panas sbb bdn kena bungkus.. cuma kepala aje yg terdedah pd sejuk.. masih maintain lag beb Jemaah wanita lg x terasa sejuk macam2 yg dipakainya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #2454 ryeena's post

ryeen...kalau terasa rindu sangat-sangat. elok pergi tu ryeen...makin cepat pergi makin bagus...maklum kita tak tahu apa nak jadi kepada kita selepas itu...setiap saat kita bernafas adalah atas izin dan rahmatNya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 7-11-2008 08:36 AM
Alhamdulillah.. semenangnya pengalaman ke Tanah Suci teramat indah, sukar nk diungkapkan dgn kata2. Kalo ada rezeki, pergi la ryeen


sebab tu la hanni....
sekarang ryna faham kalau kita rezeki yang berlebihan dan mampu pun...
tapi kalau tak tergerak hati nak ke sana....mungkin kita tak sampai juga..

bila dah tergerak hati.....baca pulak pengalaman orang lain...
lagi tak sabar
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:50 PM | Show all posts

Reply #2463 haziq_97's post

Ada 4 jam kan sebelum sampai Miqat? Kira ok la tu.
Cuma risau kalau - kalau kerap ke bilik air je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:52 PM | Show all posts

Reply #2465 ryeena's post

betul tu ryeen.. ada org kalo dilihat mmg dh terlebih mampu dari segi material.. tapi mungkin blum terbukak hati ke sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 12:53 PM | Show all posts

Reply #2461 Hanni's post

Saya pulak tak boleh lupa "anak" guard di Raudhah tu....kami menunggu berjam-jam dan bergerak ke hadapan secara berperingkat-peringkat tapi "anak" tu dok lepas mak-mak Arab masuk Raudhah dulu tanpa sekatan ...(mak Arab ni balik rehat/tidur selepas Isyak dan datang ke Raudhah semula bila jam menghampiri 12 malam) ...bila hampir tengah malam baru-lah kami dari M'sia dan Indonesia dibenarkan masuk Raudhah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 7-11-2008 12:40 PM
ryeen...kalau terasa rindu sangat-sangat. elok pergi tu ryeen...makin cepat pergi makin bagus...maklum kita tak tahu apa nak jadi kepada kita selepas itu...setiap saat kita bernafas adalah atas i ...


ini la yang saya rasa kebelakangan ni....
tiba tiba rasa macam bersedia untuk tinggalkan segala galanya di sini...
bersedia nak tinggal kan anak anak....
nak lalui apa yang orang lain lalui...

kalau di ukur dr amalan....rasanya memang saya tak layak...
tapi mungkin ini satu permulaan yang baik...

saya yakin juga.....dengan izinNya saya  perolehi perasaan ni...

jujurnya....saya melupakan mak di sana...
supaya dia juga tenang dalam melakukan ibadah...
saya tahu hanya Allah yang mampu melindunginya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 7-11-2008 12:50 PM
Ada 4 jam kan sebelum sampai Miqat? Kira ok la tu.
Cuma risau kalau - kalau kerap ke bilik air je.

nak ke bilek air pun berfikir 3-4kali sbb 1 seat ada 3 ruang org duduk.. dan org ke3 bkn dari gengs sendiri...nak jaga ati...bawalah berzikir bnyk  higga lupa tentang nak pisstt.. tu  he hee Sampai  Jeddah....melepas dulu sebelum wat ape lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 01:10 PM | Show all posts
________________________________________
06 November, 2008 18:05 PM           
Baju Kebangsaan Lengkap Bersamping Menarik Perhatian Jemaah Haji
Daripada Zulkefli Salleh

MADINAH, 6 Nov (Bernama) --
Kebanyakan jemaah haji dari Malaysia gemar memakai pelbagai corak pakaian termasuk jubah putih dari
pelbagai negara Arab serta Afrika dan mereka sukar dikenal pasti berdasarkan pakaian semasa berada di Tanah Suci.

Tetapi bagi seorang bakal haji dari Batu Pahat Johor, Bunasir Ismon, berusia 50an memakai baju Melayu lengkap
adalah tanggungjawabnya untuk menegakkan identiti Malaysia semasa berada di Tanah Suci.

Kehadirannya di Masjid Nabawi semasa mahu menunaikan solat fardhu lima waktu menarik perhatian kerana
di antara puluhan ribu jemaah haji dari segenap pelusuk dunia, beliau satu-satunya berpakaian kebangsaan lengkap bersongkok
dan kain samping.

"Saya berpendirian kita harus mempertahankan identiti Malaysia, lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara,"
katanya kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Nabi selepas selesai mengerjakan solat Zohor hari ini.

"Saya dididik oleh bapa saya supaya merasa bangga dengan identiti sendiri, sampai sekarang saya sering memakai begini
apabila hendak ke masjid," katanya.

Jemaah haji dari negara lain seperti India dan Pakistan lazimnya memakai "salwar gamis" sementara jemaah Turki
kelihatan lebih moden dalam pakaian seragam mereka terdiri daripada seluar dan jaket ringan berwarna kelabu kuning.

Sebahagian jemaah Indonesia dikenalpasti dengan pakaian seragam mengikut kumpulan masing-masing atau
kain sarung dan baju lengan panjang.

Jemaah dari benua kecil India dan Turki juga boleh dikenal pasti menerusi kopiah yang mereka pakai dan
cara lilitan serban khas mengikut tradisi mereka tetapi jemaah dari Malaysia memakai pelbagai corak kopiah
dan serban mengikut citarasa mereka sendiri.

-- BERNAMA

Boleh bayangkan kalau next time pi Haji or Umrah..
Haziq..hariz..ustaz..Husain pakai baju melayu siap dgn kain sampin pergi Masjid...
Mesti terteleng teleng  Minah Arab.
.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052858 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list