CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 25-1-2012 01:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 25-1-2012 01:23





Lebih 6,000 Pencarum KWSP Daftar Haji Dalam Tempoh Lima Hari
KUALA LUMPUR: Seramai 6,270 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam telah membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak pendaftaran dibuka pada 3 Januari lepas hingga Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kemudahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Belanjawan 2012, mendapat sambutan menggalakkan apabila secara purata TH menerima hampir 1,000 permohonan sehari sejak 3 Januari lalu.

"Pada hari pertama, kaunter kita penuh, kerana ramai orang yang ingin mendaftar untuk menunaikan haji.

"Bagi mereka yang telah cukup duit, mereka perlu mencukupkan simpanan sebanyak RM9,980 mengikut kadar sekarang (untuk menunaikan haji)," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran tamat operasi haji 1432H di sini, Selasa.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada wakil jabatan dan agensi termasuk media yang membuat liputan haji pada musim lalu seperti Bernama, TV3 dan RTM.Bernama diwakili oleh Ketua Biro Putrajaya Abdul Aziz Harun.

Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib telah mengumumkan skim pengeluaran KWSP untuk pendaftaran haji dilaksanakan mulai 3 Jan, iaitu pencarum KWSP yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 boleh mendaftar haji di mana-mana kaunter TH.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan sebelum ini berkata, di bawah Kemudahan Pendaftaran Haji Pencarum KWSP, pencarum boleh membuat pendaftaran mengunakan simpanan Akaun 1 di semua cawangan TH untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.

Katanya pendaftaran haji itu juga boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH dan pencarum KWSP hanya perlu membawa MyKad dan penyata KWSP terkini.

Mengenai kuota jemaah haji tahun ini, Jamil Khir berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan kuota tambahan pada mesyuarat bagi membincangkan keseluruhan operasi haji lepas dan persiapan haji akan datang, yang akan diadakan pada April di Jeddah, Arab Saudi.

"Biasanya asas tambahan kuota adalah berdasarkan kepada 0.1 peratus daripada jumlah penduduk umat Islam di seluruh negara. Ini adalah keputusan mesyuarat OIC yang dibuat secara bersama. Indahnya Malaysia ini, kadar 0.1 peratus itu adalah berdasarkan keseluruhan bilangan penduduk termasuk yang bukan Islam," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah haji negara ini adalah yang paling rendah berbanding negara lain seperti Thailand (RM16,000), Singapura (RM18,000), Indonesia (RM15,000-RM18,000) dan Brunei (RM18,000).

"Hanya rakyat Malaysia yang menikmati kadar sebanyak RM9,980 untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan ia merupakan usaha kerajaan bagi memberi keselesaan kepada rakyatnya," kata beliau. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 11:33 AM | Show all posts
Kalau suka makan buah pergi lah jalan jalan ke area berdekatan Post Office (area Ghazzah) ada pasar  ...
aily Post at 23-1-2012 22:02


Wow..nampak segar buah2an kat sana. Mcm mana harga kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:42 AM | Show all posts
Salam warga cari,

Simcard kat sana senang ke nak dapat? What about WIFI?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 2425# manggis


    Ye boleh transfer mana-mana bank je, rasanye tak charge diorg tak minta apap-apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 01:56 PM | Show all posts
Reply 2440# merpati01


   TQ bagi link ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 02:03 PM | Show all posts
Wow..nampak segar buah2an kat sana. Mcm mana harga kat sana?
PremierMum Post at 25-1-2012 11:33


Memang segar, kalau nasib baik dapat strawberry & ceri sangat manis. Rock melon manis sangat sampai takut nak makan sebab takut dapat batuk. Harga memang boleh beli he he.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2012 02:05 PM | Show all posts
Reply 2443# PremierMum

Simcard kat sana senang ke nak dapat? What about WIFI?


Simcard senang nak dapat, ada jual di kedai ada penjual di kaki lima. WIFI tak pasti sebab tak pernah cuba guna.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 05:04 PM | Show all posts
ada sapa2 penah pegi umrah guna Shahid Travel & Tours roger me ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 05:10 PM | Show all posts
Tadi dah gi kuarkan duit kat kaunter HQ TH. Parking kat tingkat 7. Punya le kecik jalan nak naik ke atas tu. Sume urusan pembyaran ke Andalusia dah settle. Alhamdulillah.. Berkenaan suntikan meningitis kat HKL tu, td tanya HKL kata dia tak sediakan suntikan tu. Maybe dah abis kot stock balance masa haji itu hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 06:00 PM | Show all posts
Senarai Jemputan Umrah 2012

Bil Jemaah Tarikh
1
PremierMum
10.02.2012
2
haziq_97
14.02.2012
3
merpati01
14.02.2012
4
baju_oren 17.02.2012
5
gedebek79
18.02.2012
6
KenangaPutih
24.02.2012
7
ima_snow
26.02.2012
8
miss_honda
01.03.2012
9
melukut
02.03.2012
10
dranne 07.03.2012
11
Rzihan 07.03.2012
12
Naia
09.03.2012
13
mentollica
16.03.2012
14
tia1960 04.04.2012
15
lipsofangel 10.04.2012
16
msvbnet 12.04.2012
17
gepren 26.04.2012
18
cinderella
25.05.2012
19
mama_emily
30.05.2012
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 07:53 AM | Show all posts
Reply 2449# Rzihan

selalunya suntikan utk jemaah haji di buat kat klinik2 kesihatan....
tak buat kt spital.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 07:55 AM | Show all posts
Reply 2427# baju_oren


   try la dapatkan cd tu kat blog ni..

tanahsucimabrur.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Reply  Rzihan

selalunya suntikan utk jemaah haji di buat kat klinik2 kesihatan....
tak buat kt  ...
Mas916 Post at 26-1-2012 07:53


Saje le tanya kat HKL coz ada forumer kat sini kata ada org yg buat kat HKL kena byr RM5.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 10:14 AM | Show all posts
Tadi dah gi kuarkan duit kat kaunter HQ TH. Parking kat tingkat 7. Punya le kecik jalan nak naik ke  ...
Rzihan Post at 25-1-2012 17:10


Alhamdulillah dah settle..;)btw tuk suntikan tu sory ek coz sy cuma share info kat sini sbb ada org inbox saya pasal tu..mybe juga dah habis.takpelah mybe ari sabtu ni awak leh gi kat tabung haji tuk suntikan..or klinik2 yg offer rm100 tuk 2 tahun..ok selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 11:53 AM | Show all posts
Alhamdulillah dah settle..;)btw tuk suntikan tu sory ek coz sy cuma share info kat sini sbb ada  ...
ima_snow Post at 26-1-2012 10:14


alhamdulillah.. sumer dah settle cuma visa je tak leh nak buat lagi coz tak suntik. Pasal suntik tu xpe.. Dah awk kata ada, saya tanya le HKL n dia reply kata takde. So selesai masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 01:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah... visa dah dpt so...insyaallah confirmed flight pd 14Feb ni berdoa agar di permudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 01:40 PM | Show all posts
alhamdulillah.. sumer dah settle cuma visa je tak leh nak buat lagi coz tak suntik. Pasal suntik ...
Rzihan Post at 26-1-2012 11:53


as salam,


yang benar kat hkl memang ada buat suntikan tu. ianya adalah baki dari utk haji tahun lepas. stok ni adalah dari tabung haji utk dihabiskan. sesiapa yg call hkl sebelum isnin lepas utk booking akan diberi suntikan tanpa bayaran melainkan kena bayar utk buku tu aje rm3.00. vaksin ni utk 2 tahun. yg mana dah buat booking sebelum isnin lepas akan dipanggil berperingkat utk disuntik. alhamdulillah saya dah dpt suntikan tersebut pagi tadi. memang ada notis pd board menyatakan semua TEMPAHAN utk vaksin ini sudah ditutup. walau bagaimana pun saya sertakan disini no utk dihubungi kot2 ada rezeki masing2. 03-26155555 ext 7019. kalu masih ada stok atau stok baru ada sampai dia org akan ambil nama dan contact no utk dihubungi bagi ditetapkan tarikh suntikan.

wassalam...

* insyallah dgn izinNya saya akan berlepas pd 9/3/2012 bersama isteri dan anak2...mohon sahabat2 semua doakan saya sekeluarga diterima sebagai tetamuNya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 02:08 PM | Show all posts
Reply 2456# haziq_97


   alhamdulillah...moga segala urusan berjalan lancar
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 02:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah... visa dah dpt so...insyaallah confirmed flight pd 14Feb ni berdoa agar di permudahka ...
haziq_97 Post at 26-1-2012 13:37


AsSalam, seronoknya lagi 2 minggu je. Tengok kat http://live.gph.gov.sa siang tak ramai sangat orang tapi menjelang petang dah padat sikit tapi masih selesa. Semoga perjalanan rombongan Haziq dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 03:01 PM | Show all posts
nak tanya...kalau nak pergi umrah, kena buat medical check up  ( spt. xray dll.) tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.236741 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list