|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
haah hero die tue sket
mula2 tgk hero die alamak cam takleh nak tgk citer nih
pasal tak lalu nak tgk hero die
pastu die ader cam lawak2 sket
maybe ok kot citer nih
pompuan tu sakit ape?? |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya citer jepun nie kelakar sket...tuh yang beria2 nak tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 3 Final Episode (3 Disember 2005)
keadaan kat ER jadi kelam kabut bila ramai doktor dan nurse jatuh sakit kerana keracunan makanan...Dr. Kouno (Daijiro Kawaoka) bergegas ke hospital lepas dipanggil Dr. Hibiya...kat salah satu tempat yg agak teruk dilanda gempa, sorang budak lelaki yg tengah main2 kat kawasan kebocoran gas terkena besi panas...ER di Hospital Tohto terima pnaggilan kecemasan dari ambulans, tapi kat situ pun tak cukup staf...Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) yg jawab panggilan tu...ambulans beritahu yg budak tu dah melecur seluruh badan, tapi Dr. Hibiya cakap diorang dah tak dapat terima pesakit...pada masa tulah Dr. Kouno muncul...bila tengok Dr. Kouno dah sampai, Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) suruh Dr. Kuroki terima je pesakit tu...nurse akan uruskan pesakit keracunan makanan manakala diorang pulak uruskan pesakit yg melecur tu...
doktor2 semua buat persediaan untuk terima budak yg melecur tu...nama budak tu Shin...kat dalam ER, Dr. Shindo dapati 80% badan budak tu dah melecur...Shin menangis kesakitan dan pegang pergelangan tangan Dr. Kojima (Nanako Matsushima) dengan kuat...
Shin dah dipindahkan ke wad...chief nurse pulak beritahu Dr. Kuroki yg diorang dah kekurangan sampai 2/3 staf...Kazuya (Shun Oguri) dah perhatikan keadaan di wad dan rasa kecewa sebab tak dapat membantu apa2...Dr. Hibiya cakap kat dia kalau ada masa main2, lebih baik mula bekerja...Dr. Kojima dan Dr. Kouno terangkan keadaan Shin pada mak ayah Shin...mak Shin sangat risau...Dr. Kojima cakap walaupun keadaannya tenat, tapi bukannya takde harapan...cuma kena kawal isipadu air dalam badan Shin, dan kalau Shin tak demam dalam masa 3-4 hari, maknanya peringkat bahaya dah lepas dan suhu badan dia akan kembali jadi normal...
Teraizumi (Toru Nakamura) dah sampai ke parlimen bila tiba2 dia dapat panggilan telefon dari Dr. Kuroki...Dr. Kuroki beritahu pasal keracunan makanan kat hospital dan minta Teraizumi hantarkan bantuan doktor dan nurse tambahan...Teraizumi janji akan bantu...Teraizumi jumpa sorang ahli politik bernama Mikami dan minta bantuan dia...Mikami cakap itu masalah jabatan kesihatan tapi Teraizumi cakap jabatan kesihatan pun tengah sibuk sekarang, sebab tu dia minta tolong Mikami...Mikami cakap masih kena ambik masa 4-5 hari untuk uruskan...
Dr. Kuroki bagi briefing kat semua yg masih sihat kat bilik staf...dia beritahu yg semua doktor dan nurse yg tinggal kena bergilir2 menjaga pesakit sementara menunggu bantuan tiba dalam masa 4-5 hari lagi seperti yg dijanjikan Teraizumi...Dr. Hibiya cakap maknanya diorang kena jaga pesakit 24 jam...chief nurse beritahu diorang yg dalam keadaan kekurangan staf dalam masa 4-5 hari ni, setiap orang kena kerja 22 jam sehari...diorang semua cakap akan berusaha hingga ke hari tu...lepas semua dah bersurai, Dr. Shindo tanyakan Dr. Kuroki hal sorang pesakit paru2...Dr. Kuroki cakap pesakit tu adalah pesakit sorang doktor lain...Dr. Shindo cakap biar dia yg uruskan tapi Dr. Kuroki cakap serahkan je pada dia...Dr. Kuroki cari pesakit paru2 tu...rupa2nya dia keluar untuk bersenam, katanya nak keluar cepat dari hospital...
selepas 2 hari...
dalam mesyuarat parlimen, Teraizumi tak dapat tumpukan perhatian pada rancangan pemulihan semula Tokyo sebab belum dapat berita tentang doktor dan nurse tambahan...bila Teraizumi telefon Dr. Kuroki, dia dapat rasa yg Dr. Kuroki dalam keletihan...Dr. Kuroki cakap diorang cuma dapat tidur 1 jam sehari...Teraizumi cakap hal tu dalam proses, walau apa pun dia mesti akan cari jalan...Dr. Kojima, Dr. Kouno dan Nozomi (Kotomi Kyono) buat pemeriksaan ke atas Shin...Dr. Kouno yg keletihan hampir nak tertidur masa tu tapi ditegur oleh Dr. Kojima...bila Dr. Kouno balik ke bilik staf, dia kejutkan Dr. Hibiya dan ganti dia pulak yg tidur...
Sakura dan Isaka yg kena keracunan makanan dapat tidur dengan nyenyak lepas suntikan dan menyebabkan Hazuki (MEGUMI) jadi jealous...Dr. Kuroki pulak hampir tertidur kat kaunter tapi dikejutkan chief nurse...Kazuya tanya Dr. Kuroki sama ada dia boleh bantu jaga pesakit, tapi Dr. Kuroki cakap kalau tak cukup orang pun masih tak boleh...berturut2 pesakit dimasukkan ke ER...doktor2 gunakan macam2 cara untuk berjaga...Dr. Kuroki sendiri masukkan cecair dalam badan supaya dapat kekalkan tenaga...Dr. Shindo kejutkan Dr. Kuroki bila masa dah sampai...pesakit paru2 yg dijaga oleh Dr. Kuroki masih lagi terus buat exercise paru2...chief nurse dan Dr. Kuroki minta dia jangan tergesa2, tapi katanya dia nak cepat balik kerja...pesakit tu kerjanya posmen...dulu dia tak suka kerja tu, tapi lepas gempa bumi, surat rasmi yg tak dapat dihantar ke alamat yg dah takde, mesti dicari pemiliknya kat tempat perlindungan...bila orang tu dapat surat tu, orang tu rasa sangat gembira...masa tulah untuk pertama kalinya dia rasa kagum pada kerja sendiri...
Teraizumi tanyakan Mikami hal doktor dan nurse tambahan sebab dah 5 hari berlalu...Mikami cakap masih perlukan masa lagi, tapi Teraizumi naik marah dan suruh Mikami jangan asyik buang masa...Teraizumi cakap diorang kat hospital tengah berperang, tapi Mikami cakap Jepun alami kerugian dan kemusnahan yg dahsyat disebabkan gempa bumi Tokyo...bantuan dari dalam negara pun tak mencukupi sedangkan Jepun adalah negara yg membantu tapi sekarang jadi negara yg dibantu...
suhu badan Shin tiba2 naik dan menyebabkan keadaan dia jadi bahaya...Dr. Kojima beritahu mak ayah Shin yg Shin mungkin dijangkiti kuman...kalau suhu badan dia turun dalam masa 3 hari, dia takkan apa2...Dr. Kojima yakin dengan Shin, yakin dengan semangat Shin untuk hidup...Dr. Shindo yg dah dengar perbualan tu balik semula ke bilik staf dan mula melayari Internet... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Final Episode...
Teraizumi dan Aoki pergi ke hospital esoknya, tapi diorang tengok ER seolah2 takde orang...Dr. Kuroki nampak Teraizumi dan tanyakan hal bantuan sebab dah masuk seminggu...Dr. Kuroki cakap diorang mungkin takkan tahan lebih lama lagi...tiba2 ada panggilan kecemasan, Dr. Shindo yg jawab panggilan tu...seorang pekerja landasan keretapi akan dihantar ke ER...Dr. Kojima yg tengah jaga Shin suruh Dr. Kouno pergi tolong doktor2 lain...kawan dia yg hantar dia masuk tanya Kazuya sama ada dia akan sembuh...dia cakap orang tu bekerja memulihkan landasan keretapi dan dah kerja tak henti2 setiap hari...dalam bilik kecemasan, denyutan jantung tiba2 berhenti...akhirnya pesakit tu tak dapat diselamatkan...kawannya tu rasa sangat sedih...dia masuk ke bilik kecemasan dan peluk kawan dia...dia cakap walau macam mana pun berusaha, masih tak dapat pulihkan Tokyo...kotaraya besar ni dah terjejas teruk, takkan kembali macam dulu lagi...semua yg ada kat situ pun macam putus asa bila dengar kata2nya...
Dr. Kuroki tercari2 cecair untuk dimasukkan dalam badan tapi dah habis...chief nurse mengadu pada Dr. Kuroki dan tanya sampai bila diorang harus macam ni...Dr. Kuroki yg tengah tension tiba2 marah dan cakap dia pun tak tahu, tapi lepas tu dia minta maaf kat chief nurse...suhu badan Shin pulak masih terus naik...Nozomi tanya tak boleh ke buat apa2 lagi, tapi Dr. Kouno cakap memang dah takde cara lain sebab semuanya pun dah musnah disebabkan gempa bumi...Dr. Kojima cakap takkan apa2 kalau kuman tak merebak ke seluruh badan...dia harap Shin dapat berusaha...Kazuya pulak beritahu Dr. Shindo yg dia rasa bersalah sebab semua orang dapat keracunan makanan...dia nak buat sesuatu untuk tebus kesalahan...Kazuya harap semua orang takkan berputus asa terhaap pesakit...dia nak mintak ampun maaf dari semua orang...betapa susahnya semua orang mengatasi rintangan lepas gempa bumi, tapi dia rasa dia dah musnahkan semuanya...tapi Dr. Shindo cakap dia tak rasa macam tu dan suruh Kazuya jangan lepaskan harapan tu...Teraizumi yg dah dengar semua tu tiba2 dapat inspirasi...
dalam mesyuarat parlimen, Mikami cadangkan pertimbangkan dulu bantuan perubatan dari luar tapi Teraizumi membantah...katanya doktor masih tak cukup, jadi kalau ada orang luar nak membantu mestilah bukakan 'pintu' untuk terima mereka...tapi Mikami cakap cara pengajaran di tempat2 lain tak sama dan mungkin timbulkan masalah...ahli2 politik yg lain pun menyokong Mikami...Teraizumi tanya kenapa diorang tak tahu yg bantuan perubatan paling diperlukan...Teraizumi dengan selambanya cakap otak diorang semua dah terjejas...Teraizumi dah naikkan kemarahan ahli2 parlimen, tapi dia cakap ahli2 politik adalah wakil rakyat dan mesti fikirkan hati rakyat supaya ada harapan terhadap negara...Teraizumi cakap dia tengok staf2 perubatan kat hospital yg gigih bertahan setiap saat, tapi kata2nya disekat oleh parlimen...Teraizumi terus cuba merayu untuk berikan bantuan pada Hospital Besar Tohto tapi tetap tak diendahkan...Teraizumi tinggalkan bilik persidangan dengan geram dan marah...
kat hospital, Dr. Shindo terima sepucuk surat...bila chief nurse tanya pasal surat tu, Dr. Shindo cakap dia minta orang kirimkan pada dia...yg Dr. Shindo dapat tu adalah 2 keping gambar...chief nurse lekatkan dua2 gambar tu kat hallway ER...dua2 gambar tu adalah gambar bandaraya Kobe, 10 tahun dulu semasa gempa besar berlaku, dan 1 lagi gambar sekarang (2005)...semua staf datang tengok dua2 gambar tu...Dr. Shindo cakap bandaraya Kobe masih dalam pembinaan, tapi gambar2 yg diambil dari sudut yg sama tu dah nampakkan banyak perubahan...Dr. Shindo cakap selagi manusia tak lepaskan peluang, selagi tulah masih ada harapan...Tokyo pun macam tu...orang2 yg terus cuba pulihkan Tokyo pun berfikiran macam tu, jadi kalau diorang pun putus asa, siapa lagi yg boleh tolong mereka yg tercedera...walaupun tak tahu bila bantuan akan sampai dan semua orang pun keletihan, tapi diorang masih hidup...Isaka dan Sakura cakap diorang dah takde apa2 dan boleh balik bekerja...Kazuya pun cakap dia akan tolong apa2 yg boleh...pada masa tu, semua orang dah dapat semangat dari gambar2 tu dan kembali bekerja bersungguh2...
Dr. Shindo kejutkan Dr. Kojima dan suruh dia cepat ke wad...rupa2nya Shin dah sedarkan diri dan suhu badannya pun dah turun...Dr. Kojima beritahu mak ayah Shin yg walaupun agak lewat, tapi Shin akan pulih sikit demi sikit...Teraizumi pulak menelefon Dr. Kuroki...Teraizumi minta maaf sebab lambat, katanya 23 orang staf perubatan akan membantu di hospital esoknya...Teraizumi suruh Dr. Kuroki berusaha...Dr. Kuroki rasa sangat terharu dan berterima kasih pada Teraizumi...esoknya, Kazuya tolong lekatkan lukisan2 baru Shougo dan Chihiro kat dinding hospital...Dr. Kojima beritahu Isaka yg mak ayah Shougo akan jemput dia esoknya...ada satu lukisan Chihiro yg dilekatkan tu tertulis 'saya sayangkan ayah'...lepas tu Teraizumi berbual2 dengan Dr. Kuroki...Teraizumi cakap walaupun ramai yg mengundi dia dalam pilihanraya, tapi dia tak sangka akan rasa sebegini gembira bila ada orang cakap dia sayangkan Teraizumi...Teraizumi cakap sebelum gempa, Chihiro tak pernah cakap macam tu pada dia...Dr. Kuroki cakap dia pun rindu sangat pada anak dia...dia cakap masih ada 10 tahun atau lebih untuk bina semula Tokyo...Teraizumi cakap dia akan teruskan dan takkan putus asa...
masa nak periksa Shin, Dr. Kojima nampak Dr. Shindo pun tengah tengok Shin...Dr. Kojima berterima kasih pada Dr. Shindo pasal gambar2 tu sebab gambar2 tu dah tambahkan keyakinan dalam hati dia...Dr. Shindo cakap gambar2 tu adalah bukti hidup manusia yg berterusan, seperti juga hidup Shin...Dr. Kojima cerita masa Shin dimasukkan ke hospital, Shin guna seluruh tenaga dia pegang tangan Dr. Kojima dengan kuat, seolah2 nak beritahu yg dia nak hidup...sebab tulah dia percayakan Shin...Dr. Shindo cakap sebab kata2 tulah dia carikan gambar2 tu...sebenarnya Shinlah yg tolong mereka semua secara tak langsung...lepas tu Dr. Shindo tinggalkan wad senyap2...Dr. Shindo balik ke bilik staf dan teringatkan saat2 gempa bumi berlaku...tiba2 dia dapat panggilan telefon dari MAHI...
2 tahun selepas tu...
Tokyo terus dalam pembinaan semula...Dr. Kouno bawak Kazuya yg dah tamat pelajaran di universiti perubatan bertugas kat ER Hospital Tohto sebagai doktor pelatih...Dr. Kouno pun dah jadi doktor residen kat situ...semua orang datang sambut Kazuya...Nozomi pun dah buat keputusan nak terus bertugas di situ jadi nurse tetap...Dr. Kojima akan jadi 'guru' Kazuya mulai hari tu...Dr. Hibiya pulak cakap kat Dr. Kouno jangan campur tangan walaupun dia abang Kazuya...Kazuya perasan yg kedua2 gambar Kobe tu masih ada...Dr. Kuroki cakap bermula dari gempa bumi hingga sekarang, ER Hospital Tokyo masih tak rehat walau sehari pun...Kazuya tertanya2 kat mana Dr. Shindo sekarang...Dr. Kuroki agak Dr. Shindo sekarang berada di luar negara merawat pesakit...
Kazuya nampak yg lukisan2 Shougo dan Chihiro pun masih ada malah dah di'frame'kan, ehsan dari senator Teraizumi sendiri...atas frame tu tertulis 'menuju ke arah harapan'...Dr. Kuroki pulak bagi briefing pada staf2 baru dan lama...Dr. Kuroki cakap lepas dah hadapi macam2 hal, diorang semua masih di situ...jadi kalau berdepan dengan masalah, mesti ingat balik perasaan pada masa dulu...Dr. Kojima pulak tersenyum je tengok lukisan2 tu dan bila dia nampak lukisan Dr. Shindo, dia teringatkan Dr. Shindo...
THE END |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 2-12-2005 01:38 PM
lps citer last xmas nih???
citer pe erk 8tv nak kuarkan???
bg lah citer org muda2 sket
cam hana yori dango ke (berangan jerr laa 8tv nak kuarkan citer tu secepat mungkin)
hmmm
mintak2 cite ...
hehe Hana Yori Dango? mula2 kena suruh 8TV start amik citer2 TBS dulu...masalahnya sekarang nih 8TV cenderung ke citer2 Fuji TV (tak puas hati lagi aku nih :agr...Hana Yori Dango tu kan TBS punyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arbae at 5-12-2005 11:47 AM
aku semalam sempat nengok citer baru nie....kira semalam tuh first eps la ekkk....tapi lembap sket...lambat sket aku nak faham jalan citer dan kesah sebenarnya....tapi hero tua sket aa...mungkin ta ...
hmm banyak jugak la yg ko tertinggal...sebenarnya semalam pun banyak yg kena cut sebab 1st episode ni asalnya 55 minit... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. smlm dpt tgk citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 5-12-2005 12:06 PM
haah hero die tue sket
mula2 tgk hero die alamak cam takleh nak tgk citer nih
pasal tak lalu nak tgk hero die
pastu die ader cam lawak2 sket
maybe ok kot citer nih
pompuan tu sakit ape??
:lol wakaka hero tua...tapi besh mmg dia pandai berlakon macam2 watak...teringat citer "He's Always Be There" ngan Ken Ishiguro jadi doktor...jahat tul dia masa tu...citer baru ni besh gaks ler mmg citer jepun ni lawak kekadang pelik2 skit...
heroin tu cam sakit kanser jer hehe ntah ler..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Final Episode...
|
|
|
|
|
|
|
more from Final Episode...
|
|
|
|
|
|
|
alahai miss 1st eps. .....astro takde servis |
|
|
|
|
|
|
|
alamak gambar kazuya ngan abang die jadi doktor
hensem gak kazuya ni erk:love:
aku rase citer2 tbs best lagi dr fuji tv
nape 8tv camtuh erk? |
|
|
|
|
|
|
|
Last Christmas Episod 1: Rahsia Dua Orang (4 Disember 2005)
hari Krismas 2004, Kanada...
Kenji Haruki (Yuji Oda) tengah berjalan dalam salji dengan sorang lelaki Kanada...lelaki tu cakap Haruki bertuah sebab mungkin boleh nampak aurora malam tu...ramai orang Jepun yg datang ke situ pada waktu tu tapi Haruki orang pertama yg datang sendirian...Haruki cakap dia tak bersendirian...lepas tu dia keluarkan satu kotak hadiah dari jaket dia...
3 bulan sebelumnya, musim luruh 2004 di New Zealand...
Haruki tengah uruskan satu pertandingan meluncur salji...dalam telefon, Haruki cakap dia akan balik ke Jepun pada hari lusa...lepas tu orang bawahan dia Tappei Hayama (Mirai Moriyama) datang, so Haruki ajak Hayama main luncur salji...tengah diorang main luncur, Haruki dapat panggilan telefon dari bos dia Goro Shintani (Tsuyoshi Ihara)...Shintani suruh dia datang cepat sebab ada masalah...rupa2nya Shintani minta dia tengokkan kereta yg rosak...Haruki suruh Shintani jalan kaki cari teksi tapi Shintani takut kasut dia rosak, lagipun dia nak ke majlis dan setiausaha dia Yuki Aoi (Akiko Yada) ada dengan dia...Haruki tengok ke dalam kereta dan nampak Aoi yg lawa dan bersopan...akhirnya Haruki setuju carikan teksi untuk diorang...lepas Haruki dah pergi, Shintani beritahu Aoi yg Haruki memang baik hati...dia dah kenal Haruki masa sama2 dalam kelab luncur ais kat universiti...Shintani beritahu yg Haruki dan setahun batalkan perkahwinan...
malam tu, Shintani dan Aoi balik ke tempat penginapan syarikat sama2...Shintani serahkan list barang2 yg dia nak beli kat New Zealand pada Haruki...Shintani cakap nak bawak Aoi main luncur salji kejap...Hayama cakap kesian kat Aoi sebab terpaksa temankan bos yg miang pada birthday dia...Haruki tanya macam mana Hayama tahu hari tu birthday Aoi, Hayama cakap sebab pasport dalam jagaan dia...masa tu Haruki terpandang orang salji dan tengok balik kat Aoi...lepas tu Shintani bawak Aoi naik kereta kabel...dalam kereta kabel, Shintani asyik buat lawak yg tak kelakar dan Aoi rasa boring...masa Shintani tengah merepek tu, Aoi nampak orang salji yg dah dihias dengan perkataan "Happy Birthday"dalam kereta kabel lain lalu kat depan dia...akhirnya Aoi tersenyum...(obviously Haruki yg letak orang salji tu dalam kereta kabel)...
masa tengah shopping, Hayama cakap Haruki memang baik hati...Haruki cakap Hayama pun sama...Hayama cakap Aoi tu sebenarnya pekerja kontrak tapi naik pangkat jadi setiausaha Shintani...Hayama cakap Aoi tu macam pari2 dari negara salji, comel dan lemah lembut...Haruki suruh Hayama jangan letak harapan tinggi sangat pada perempuan...masa tu salji turun dan Haruki pun senyum...
kat Jepun, Haruki balik ke rumah dan nampak ada orang pindah ke sebelah rumah dia...ada beberapa keping gambar terjatuh dari kotak jiran dia...Haruki tengok gambar2 tu dan perasan yg gambar2 tu dari 8 tahun yg lepas...rupa2nya jiran dia tu dulu dalam geng motosikal dan nampak ganas...rumah Haruki dengan rumah jiran dia tu sebenarnya satu rumah, tapi dah dipisahkan oleh dinding dan sebuah pintu, sebab tu sewanya murah...masa tu Haruki dah nampak jiran dia tu kat bawah...bila Haruki tengok betul2 rupa2nya jiran baru dia tu Aoi...Haruki tak sangka Aoi yg nampak sopan tu dulunya geng motosikal...Haruki boleh dengar Aoi marah2 kat orang yg pindah barang...Aoi dah nampak pintu yg pisahkan rumah diorang tu dan dia cuba bukak tapi tak boleh...masa Aoi cuba nak bukak pintu tu, frame gambar Haruki terjatuh dari rak tapi Haruki sempat sambut senyap2...Haruki dah rasa cuak sebab Aoi pindah ke sebelah rumah dia...
esoknya, kedua2 Haruki dan Aoi balik bekerja tapi tak terjumpa antara satu sama lain...bila Haruki balik ke rumah, dia tengok ada sorang lelaki tengah tunggu Aoi kat luar rumah...tiap2 malam pun ada lelaki datang jumpa Aoi dan orangnya lain2...Haruki cerita semua tu kat Hayama...Hayama cakap mesti susah kalau rahsia perempuan tu terbongkar...Hayama tanya cantik sangat perempuan tu, Haruki tipu dan cakap dia tak pernah tengok lagi muka perempuan tu...masa tu tiba2 Hayama ternampak Kyoko kat meja receptionist dan terus bagi bunga kat dia tapi macam tak dilayan...Hayama beritahu Haruki yg memang ada perempuan macam tu, tak payah buat apa2 pun lelaki datang sendiri...Hayama tunjukkan sorang perempuan bernama Ayaka Takase (MEGUMI)...Ayaka dah ada ramai lelaki walaupun baru masuk kerja...masa tu Ayaka pun ternampak Hayama dan Haruki...Hayama cakap perempuan macam ni suka lelaki bagi banyak hadiah pada diorang...
malam tu, Aoi dan Ayaka makan sama2 kat warung tepi jalan sambil tengok gambar2 lama...rupa2nya Aoi dan Ayaka sama2 dalam geng motosikal dulu...Aoi tak sangka Ayaka boleh kerja kat syarikat dia...Ayaka pulak cakap dia tak sangka Aoi boleh berpura2 jadi perempuan baik...Aoi tegur Ayaka sebab terang2 bersama dengan ramai lelaki, takut jadi buah mulut orang...Ayaka cakap takpe cari ramai orang lepas tu pilih satu yg sesuai...Aoi pulak cakap kalau dapat diperalatkan, cepat2 la peralatkan...bila Ayaka tanya sama ada takde satu pun ke yg Aoi suka, Aoi cakap takde...masa tu Naoya Higaki (Hiroshi Tamaki) yg jugak kerja kat syarikat diorang lalu dengan sorang perempuan...Ayaka cakap Higaki memang kacak...Aoi pulak macam cuba nak sembunyikan diri supaya Higaki tak nampak dia...
Haruki tengah repair snowboard sambil pasang video lama yg tunjukkan zaman dia dan Shintani menang meluncur salji dulu...Shintani tanya pernah tak Haruki jumpa Hitomi (Sachiko Sakurai)...Haruki tengok Hitomi dalam video lama tu dan teringatkan hari dia berpisah dengan Hitomi...Hitomi cakap dia cintakan orang lain...bila teringatkan hari tu, Haruki terus tutup TV...Shintani cakap Haruki belum pulih dari perpisahan tu dan tanya sama ada Haruki masih cintakan Hitomi, tapi Haruki buat tak tahu je soalan Shintani tu...Shintani cakap Haruki rajin bekerja dan nak ke Kanada sebab tulah agaknya...masa tu Shintani keluarkan seketul ais dari fridge tapi Haruki cakap tak boleh guna ais tu...ketulan ais tu datang dari sungai ais, bila cair akan hasilkan bunyi yg menarik...
tiba2 je loceng pintu rumah Haruki berbunyi...rupa2nya Aoi yg tekan loceng tu...Haruki dah panik sebab Shintani ada dalam rumah...Haruki tak nak Shintani nampak Aoi...dah la Aoi tengah mabuk dan demand Haruki bukak pintu...Haruki sengaja pakai topi keluar rumah tapi Aoi macam tak cam dia...masa tu Aoi dah terjatuh bila Haruki bukak pintu...Aoi cakap kunci dia tertinggal jadi dia nak masuk rumah dia melalui rumah Haruki...skru pintu tu dah longgar jadi dia boleh tendang je pintu tu...Haruki suruh Aoi pergi ambik dari tuan rumah tapi Aoi berkeras jugak nak masuk melalui pintu tu...Haruki tak nak bagi, so Aoi cakap dia akan sumpah Haruki, hari yg Haruki nak pergi melancong akan hujan...masa tu tiba2 Shintani panggil dia, katanya dah nak balik...Shintani sangka yg datang tu girlfriend baru Haruki...Shintani nak tanya khabar tapi Haruki tak bagi tengok muka Aoi...Haruki sengaja tutup mata Shintani masa bawak Shintani keluar ke lif...
lepas tu Haruki dah tak nampak Aoi kat luar rumah...rupa2nya Aoi dah masuk ke dalam rumah dia...Aoi cakap melampau sebab Haruki ada balkoni, rumah dia pulak takde...Aoi nak keluar ke balkoni tapi Haruki tak bagi...Haruki try bukak pintu tengah tu tapi tak boleh...Aoi pulak dengan selambanya tendang je pintu tu, rak kat sebelah rumah dia pun jatuh pasal kena tendang...Aoi masuk ke rumah dia dan ucapkan selamat malam...Haruki tanya Aoi memang dah tak ingat dia ke...Aoi asyik pandang je muka Haruki, Haruki cakap muka Aoi terlalu dekat dengan dia...Aoi cakap dia tak pakai contact lens, so Aoi cari spek dia dan sepahkan barang2 sampai ke dalam rumah Haruki...Haruki beritahu spek Aoi ada kat atas meja...
Aoi pakai spek dan tengok muka Haruki betul2...Aoi terkejut bila tengok Haruki dan terus tutup pintu...barulah Aoi sedar yg orang tu adalah Haruki dari bahagian bisnes...Aoi tiba2 bukak pintu dan cakap fengshui rumah Haruki tak baik...Haruki cakap dia takkan pindah...Aoi cakap salah sorang dari diorang kena pindah...Haruki cakap mestilah Aoi yg pindah, sebab kalau macam ni takut ada salah faham...Haruki cakap ramai sangat lelaki yg datang tiap2 hari...Aoi cakap dia pun tak nak bersama lelaki yg tak dapat bagi manfaat...Haruki tanya sama ada Shintani pun diperalatkan oleh Aoi...Haruki suruh Aoi jangan lukakan hati Shintani...tiba2 je Aoi rasa nak muntah dan nak pinjam toilet Haruki tapi Haruki suruh Aoi guna toilet sendiri...Haruki pulangkan barang2 yg Aoi campak dalam bilik dia, tapi ada satu tape tertinggal kat bawah rak...
esoknya, Haruki terserempak dengan Aoi kat depan lif...Aoi buat2 tak faham bila Haruki tanya sama ada Aoi nak ubat hilangkan mabuk...perangai Aoi kat syarikat memang tak sama dengan perangai dia kat rumah...bila Haruki sampai ke office, Hayama tengah bertekak dengan Higaki...Higaki bagi idea yg bagus tapi overbudget, jadi Haruki tak luluskan proposal Higaki tu...lepas tu Higaki pergi jumpa Ritsuko Fujisawa (Nana Katase), sorang pelukis berbakat yg kerja untuk projek Higaki tu...lepas Ritsuko serahkan kerja dia pada Higaki, Ritsuko keluar dari kedai dan suruh Higaki jangan ikut dia...Higaki cakap diorang kan kawan sekolah...Higaki tanya berapa lama lagi Ritsuko nak lupakan orang yg dah mati...Higaki cakap kalau macam tu lebih baik tunggu je orang tu keluar dari kubur...Ritsuko dah marah dan beritahu Higaki yg dia tak dapat terima Higaki bukan kerana cikgu, tapi sebab dia tak sukakan orang macam Higaki...
[ Last edited by whitedove at 8-12-2005 04:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episod 1...
malam tu, Haruki dan Hayama ke stesen radio J-Wave untuk bincang kontrak dengan DJ terkenal, Sally Shibata...diorang tunggu sesi DJ tu habis baru jumpa dia...bila pengurus stesen kenalkan diorang, rupa2nya Haruki dengan Sally Shibata dah kenal...nama Sally yg sebenarnya Sachiko (Ryou)...diorang sangat gembira sebab lama tak jumpa dan saling berpelukan...Sachiko introduce Haruki sebagai teman lelaki pertama dia...diorang dah kenal masa sekolah tinggi, Haruki kat tahun 3 dan Sachiko kat tahun 1, jadi Sachiko panggil Haruki sebagai Abang Ken...
Aoi pulak tengah tunggu Higaki kat bar...rupa2nya diorang ni berkawan rapat...kalau Aoi playgirl, Higaki pulak playboy...Aoi cakap agaknya Higaki dah ditolak lagi...Aoi cakap Higaki memang tak putus asa walaupun dah 4 tahun berlalu...Higaki cakap itu sebab dia sangat sukakan Ritsuko...
lepas Haruki buat presentation esoknya, semua orang puas hati kecuali Higaki...Higaki buat protes tapi Shintani cakap serahkan je pada bahagian bisnes...Haruki perasan yg Aoi macam concern dengan Higaki...lepas tu Haruki, Aoi, Hayama dan Shintani minum2 kat kelab Desperado...tak berapa lama, Hayama dah mabuk...Shintani bagi hint kat Haruki supaya bawak Hayama ke toilet sebab dia nak berdua-duaan dengan Aoi...tapi tiba2 Shintani dapat panggilan telefon dari ayah dia presiden syarikat...lepas Shintani tinggalkan meja, Aoi tanya Haruki pasal proposal Higaki...masa tu Hayama yg tengah mabuk kutuk2 Higaki, katanya Higaki berlagak dan kaki perempuan...Aoi pertahankan Higaki dan cakap Higaki tak dapat orang yg dicintai sebab tulah berfoya2...
lepas keluar dari toilet, Hayama masih kutuk Higaki lagi...masa tu Aoi pun baru keluar dari toilet...Aoi dengan selambanya tumbuk Hayama...Haruki tinggalkan Hayama dan kejar Aoi, tapi dia dah pergi...Shintani balik dari menelefon ayah dia dan tanya mana Aoi...Haruki cakap Aoi tiba2 ada hal...Ayaka yg turut ada sama dalam kelab tu tolong Hayama bangun...tiba2 je bila Hayama sedar, dia dah ada dalam sebuah bilik dan Ayaka tengah (buat2) tidur kat sebelah dia...
Haruki balik ke rumah dan pasang lampu tapi takde elektrik, jadi dia bukak suis kat luar...tiba2 Haruki teringat ketulan ais dalam fridge, nasib baik belum cair...Haruki ketuk pintu tengah dan tanya sama ada Aoi ada sentuh suis kat luar...Haruki cakap kalau suis tu tertutup, tolonglah ONkan dia punya sekali sebab suis diorang sama...Haruki marah sebab ais tu...bila Aoi tanya kenapa dengan ais tu, Haruki tak cakap apa2...Aoi cakap agaknya sebab ais tu ada kenangan dengan bekas tunang yg batalkan perkahwinan dulu...Aoi cakap dia dapat tahu dari Shintani...Aoi tanya macam mana boleh berpisah tapi Haruki cakap tu bukan urusan Aoi...lepas tu Haruki tanya sama ada Aoi sukakan Higaki sebab beria2 pertahankan Higaki...Aoi cakap diorang berdua kawan je, dia cuma sukakan diri sendiri...Haruki tanya macam mana dengan Shintani sebab Shintani betul2 sukakan Aoi...Haruki cakap kalau tak suka cakap jelah, tapi Aoi takut nanti ditukar bahagian...Haruki suruh Aoi fkir betul2 tapi Aoi suruh Haruki jangan bersyarah dengan dia...Aoi cakap Haruki pernah mengalami percintaan yg hebat jadi macam mana boleh berpisah...Haruki asyik simpan ais tu seolah2 itu barang yg penting, kalaulah Aoi mesti akan lupa dengan cepat...Haruki dah geram dan cakap bukannya takde orang yg Aoi cinta, tapi takde orang yg cintakan Aoi...Aoi dah senyap tapi Haruki rasa bersalah sebab cakap macam tu...
esoknya Haruki melawat mak dia kat hospital...mak dia dah lama duduk hospital...tiba2 Sachiko datang...mak Haruki masih ingat Sachiko...masa Haruki masukkan bunga yg Sachiko bawak ke dalam pasu, mak dia cerita pasal pembatalan perkahwinan Haruki pada Sachiko...mak Haruki salahkan diri sendiri, katanya Hitomi tak nak jaga mak mertua yg sakit...lepas tu Haruki dan Sachiko balik dari hospital sama2...Haruki cakap dia dah lupakan Hitomi...Sachiko cakap Haruki selama ni memang macam tu, selalu melindungi orang termasuklah dia pada masa dulu...masa berpisah kat jambatan, Sachiko cakap Haruki bukan sekadar teman lelaki dia tapi jugak cinta pertama dia...Haruki sangka Sachiko merepek je, tapi lepas Haruki dah pergi, Sachiko pandang je Haruki sambil tersenyum...
kat rumah, Haruki cari barang untuk repair snowboard dia...masa dia cari kat bawah rak, dia terjumpa tape Aoi yg tertinggal tu, jadi dia pasang tape tu...tape tu dari tahun 1999...Aoi ambik gambar barang2 dalam rumah dia, lepas tu dia duduk depan videocam dan mula perkenalkan diri...Haruki dah nak tutup TV tapi dia tiba2 tak jadi bila dia dengar Aoi cakap macam ni...
Aoi: "Saya mungkin akan mati...Saya akan ke hospital sekarang dan buat pembedahan pada 24 Disember. Saya mungkin takkan balik lagi ke rumah ni. Tengoklah ni, surat cerai. Yay! Saya dah bujang! Saya tak bencikan dia. Saya tak dapat jalani hidupan yg normal kerana penyakit ni, jadi nak berterima kasih pada dia sebab tinggalkan saya. Walaupun hanya 2 tahun, saya percaya itulah cinta. Cuma, saya rasa itulah cinta sejati saya, dan dia akan melidungi saya selama2nya. Memang sangat rindu saat2 tu...Aoi Yuki-san? Awak tengah tengok ke? Masih hidup lagi ke?...Kalau dapat teruskan hidup, saya ada satu permintaan. Ingat tak ada satu hari kita balik dari hospital dan makan nasi kari? Dari tingkap boleh nampak sekumpulan wanita berkerjaya lalu. Saya nak jadi macam mereka. Bukan beg plastik supermarket, tapi beg tangan berjenama. Bukan pakai sandal, tapi pakai kasut tumit tinggi yg mahal. Pergi melancong semasa cuti, dan berkenalan dengan lelaki kacak di gim. Dan jugak minum wain yg mahal...Nak berusaha sekali lagi tak? Belajar, lepas tu masuk universiti. Berusaha sekali lagi, sebab saya fikir cinta sejati cuma sekali dalam hidup.
Berusaha, Yuki! Jangan mengalah. Awak dapat lihat tak? Masih hidup lagi?"
Aoi menangis lepas ucapkan kata2 tu dalam video...Haruki pulak seolah2 dah terpaku lepas tengok pengakuan Aoi...
esoknya kat office, Haruki berusaha untuk cari jalan luluskan projek Higaki...lepas dapat persetujuan dari semua orang, Haruki pergi jumpa Shintani dan bawak Higaki sekali...Shintani pun dah setuju...kat luar bilik Shintani, Higaki pelik sebab Haruki tiba2 luluskan projek dia...Higaki cakap kalau Haruki memang rasa idea dia bagus, patutnya dah luluskan dari awal...Aoi pun dah dengar perbualan diorang...malam tu kat rumah, Haruki teringat yg Aoi suka balkoni rumah dia...Haruki rasa nak ketuk pintu tengah tu, Aoi yg tengah makan pun sama...lepas beberapa lama nak ketuk tapi tak jadi, akhirnya diorang ketuk pintu tengah tu serentak...
Aoi suka sangat duduk kat balkoni tu...Haruki bawak keluar minuman untuk diorang...Haruki bawak keluar ketulan ais sekali...Haruki beritahu Aoi yg dia ingat nak minum guna ketulan ais tu pada Krismas tahun ni kat Yellowknife, Kanada lepas kahwin...pekan Yellowknife tu sangat terkenal sebab dapat lihat aurora...orang cakap kalau dapat lihat aurora bersama kekasih akan bahagia...Haruki memang dah rancang pergi sana untuk honeymoon...Aoi mintak maaf, tapi Haruki cakap kata2 Aoi hari tu pasal ais tu memang betul...Haruki pecahkan ais tu dan masukkan dalam gelas...lepas Haruki tuang air dalam gelas, dia dekatkan gelas pada telinga Aoi dan diorang dengar bunyi ais cair sama2...
Aoi tanya kenapa Haruki tiba2 luluskan proposal Higaki...Haruki cakap bukan sebab Aoi, tapi sebab idea Higaki memang bagus...Aoi mengaku yg dia memang sukakan Higaki, tapi benda ni tak boleh beritahu sesiapa sebab diorang cuma main2...Haruki tanya kenapa tak berterus-terang je dengan Higaki, tapi Aoi cakap Higaki dah ada oang yg dicintai...bila Aoi tanya pasal Haruki, Haruki cakap dia takde sesiapa yg disukai...Aoi cakap kan bagus kalau ada...Haruki cakap Aoi pun satu hari nanti akan jatuh hati pada seseorang, dan seseorang pun akan jatuh hati pada Aoi...Aoi nak bertaruh siapa yg akan bercinta dulu...Aoi cakap siapa yg kalah akan keluarkan belanja untuk pasangan satu lagi tengok aurora kat Yellowknife...
masa diorang berdua berdiri kat tepi balkoni, Shintani datang nak jumpa Haruki...bila dia tertengok ke atas, dia nampak Haruki dan Aoi kat balkoni...
Haruki pulangkan tape Aoi dan minta maaf sebab dia dah tengok...Haruki cakap memang bagus Aoi dah sihat sekarang, tapi Aoi dah mula marah...Aoi sangka Haruki luluskan proposal Higaki dan ajak dia minum sama2 sebab ni...Aoi tak nak Haruki bersimpati dengan dia...masa tu Higaki tiba2 telefon dan ajak Aoi keluar...Aoi terus setuju...lepas tu Aoi beritahu Haruki yg ex-husband dia pun bersimpati dengan dia...dah cakap kata2 yg manis tapi akhirnya pergi macam tu je...Aoi cakap rasa simpati akan hilang dengan cepat...Haruki cakap dia cuma nak ucapkan tahniah sebab badan dah sihat dan akhirnya Aoi dah dapat kebahagiaan, tapi Aoi cakap dia tak bahagia...Haruki terkejut dan tanya sama ada Aoi masih belum sembuh, tapi Aoi tiba2 senyum dan gelak...Aoi cakap dia cuma bergurau sebab sekarang dia sangat sihat...Haruki cakap lagi yg dia bukan bersimpati...
dalam perjalanan balik ke office, Haruki lalu depan bangunan J-Wave dan Sachiko ternampak dia...Sachiko suruh Haruki naik sekejap, tapi tiba2 Haruki dapat panggilan dari office pasal Shintani nak jumpa dia...kat office, Haruki tanya setiausaha lain mana Aoi, setiausaha tu cakap Aoi cuma akan masuk office tengahari nanti...sebenarnya Aoi buat pemeriksaan kat hospital...doktor dia beritahu yg Aoi takde sindrom penyakit tu, jadi jangan bimbang...Aoi tanya sama ada doktor masih ingat janji diorang...Aoi cakap doktor mesti hadiahkan pada dia sempena Krismas nanti...doktor tu senyum dan keluarkan satu kotak hadiah dari laci meja dia...
bila Haruki jumpa Shintani, Shintani tiba2 ucapkan tahniah pada Haruki...Shintani nak tukarkan Haruki jadi pengurus cawangan baru syarikat kat China...Shintani cakap Haruki tak sepatutnya usik kekasih kawan...Haruki kejar Shintani yg dah keluar dari bilik dengan tergesa2, tapi Haruki bertembung pulak dengan Aoi... |
|
|
|
|
|
|
|
alerr..gambo okeh..subnye nmpk best..brand ape tu eh kak...*sambil menyumpah LF* |
|
|
|
|
|
|
|
- muka Haruki tu mcm muka Alan Tam pula bila tgk 2 kali... =D
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiko at 8-12-2005 04:55 PM
alerr..gambo okeh..subnye nmpk best..brand ape tu eh kak...*sambil menyumpah LF*
CoCo punya, baru dapat n tak tengok lagi...hehe, banyak tul potong kat TV, scene yg best2 lak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
whitedove ... thanks synopsis ..... missed lah ari tu .... hopefully dapat tengok this weekend ....
alin ... lama tak nampak .... kitak balik beraya sebulan ke...? hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|