|
All about KANSAI and CHUGOKU area, JEPUN (OSAKA,KYOTO,HIROSHIMA etc..)PART 2
[Copy link]
|
|
nak mintak pendapat otai2... apartment lama kat denden town cancelled so tukar ke apartment area sakuragawa station.
so kalau dr epot dgn luggage bagai lg senang route yg mana?
1. nankai kix - namba - sen nichimae line - sakuragawa station
atau
2. nankai kix - tengachaya station - sakaisuji line - Nippombashi Station - sen nichimae line - sakuragawa station
route 1 less transfer tp nankai namba stesen nak ke sen nichimae line tu jauh x kalau nak heret luggage? |
|
|
|
|
|
|
|
i pegi japan for the first time haritu terjebak dgn preloved shooping spree kat sana..ya allah nikmatnya...sumpah tak nak beli brg brand new dah..kenapalah iols tk sedar ttg kewujudan dan kenikmatan hunting for preloved items ni..huwaaa!! |
|
|
|
|
|
|
|
kat area mana byk pre-loved? masa pergi dulu tak jumpa cari kedai...kecewa gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harithzakuan at 18-11-2018 04:10 AM
byk je..kalau nak senang cari yg banyak branch such as daikokuya,komehyo,brand off tokyo-are ginza,shibuya ada je kalau osaka-area shinsaibashi,dotonburi,sepjg2 jalan tu ada je..kena pandai survey..sbb kalau tak u will end up buying items which are even more expensive..but the good thing,they dont really judge u..tak la mcm kat kl,rasa inferior nak masuk kedai hermes bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 18-11-2018 12:31 PM
Dua2 cara tu tetap nak kena heret bag beza pun few minit je. Kalau nak selesa sikit buat naik t ...
Sy ada baca yg kalau berenti namba nak heret beg ke subway tu agak jauh dan org ramai... Tp kalau transfer train kat stesen kecik untuk elakkan stesen namba tu lebih mudah sbb stesen kecik lebih simple susun aturnya.. option bus ok jugak.. tp nak kena cek dulu bus tu cover under kansai thru pass x sbb sy beli ktp 3 hari
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jer naik bus guna pass tu. Train station yang besar selalunya ramai orang tapi ada kemudahan lifs so senang nak tarik luggage. Selalu train station yang kecik hanya ada tangga trouble sikit ler nanti part bila nak naik tangga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Art, since u otai kat sini.... Mak nak tanya ni... Hajat di hati nak gi seoul-busan-osaka-nara-kyoto-tokyo... Ok ker agak2... Atau better to drop Tokyo.... Trip maybe dlm 18 hari gitu.... Ke too ambitious... Still lama lagi sebab nak gi time autumn lagi... Hehe hehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pada pendapat Art elok pilih either nak cover Japan atau Korea lagi bagus dari pilih nak cover area2 mana dulu. Japan 18 hari cukup kalau nak cover Kobe Osaka Kyoto Nara Fuji Tokyo Nikko. Infact Fuji - Tokyo itself spend seminggu pun belum pasti dapat cover kesemua tempat menarik yang mereka ada. Kalau 18 hari nak cover seoul busan osaka nara kyoto tokyo akan jadi macam touchngo je ala2 been there tapi tak boleh nak betul2 appreaciate tempat2 tu semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 24-11-2018 11:04 AM
Kalau pada pendapat Art elok pilih either nak cover Japan atau Korea lagi bagus dari pilih nak c ...
So sebab tis year march mak dah spend 2 minggu kat tokyo-fujj-yokohama... Ingat nak repeat Tokyo sekali sebab ada tempat tak menyempat pegi time march tu ari... |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo kesahnya. Jadi kat Kansai dah pernah sampai ke tidak. Sebab kalau first time kesana akan rasa selesa sikit nak cover 3 hari di Osaka. 1-2 di Kyoto, setengah hari dah cukup untuk Nara dan sehari kalau minat ke Kobe. The balance boleh ler cuba cover area di Tokyo yang tak sempat tu. Kalau suka nature elok explore Nikko sama sebab country side dia cantik. Balance days kalau sanggup boleh je kalau nak cover Seoul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 25-11-2018 10:34 AM
Ooo kesahnya. Jadi kat Kansai dah pernah sampai ke tidak. Sebab kalau first time kesana akan ras ...
Hm mm... Thank u for breaking down d days for me... Nak kena tanya yg tukang bayar.... Heheheehehe... Tu ah tengah pikir gak... Takut kelam kabut... Dgn nak tukar2 flight lagi... Kansai area lum pernah jejak... Main nak jejak osaka sebab USJ... Nara half a day enuf kan?? Cuma tengok deer jer kan? Temple2 sume tak minat... Dah nak start survey2 Kansai... Homework mak yg kena buat selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....dah selamat berada di osaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi Von... May I know how's the weather in Osaka..? Sangat sejuk ke or sejuk yg biasa2 je..?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejuk tu sejuk... tp bearable lah... mcm kelmarin x sejuk sgt.. bila byk berjalan dah x rasa sejuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu selaluya hari pertama je rasa sejuk sangat sebab badan masih adjust dengan situasi semasa. Masuk hari ke 2 dan seterusnya selalu badan dah boleh sesuaikan dengan cuaca. Nanti bila balik ketanah air mula rasa berpeluh2 pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alright... Thank you so much for the info... Wishing you a very wonderful vacation...
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: “Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran itu.
“Memang rasa bersalah sangat kerana kami tahu bahan yang disediakan seperti daging adalah tidak halal serta sijil halal yang dipamerkan juga dibuat sendiri pemilik restoran,” kata Hafizee Ismail, 29, seorang daripada empat bekas cef sebuah restoran mempromosikan makanan halal di Osaka, Jepun ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dia bersama Megat Danial Aizat Megat Ariffin, 32, Mohamad Rafael Faiq Mohd Jamaluddin, 23, dan Mohd Shazuan Shafiq Mohd Hisham, 25, mengambil keputusan berhenti daripada menjadi cef di situ dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemilik restoran terbabit.
“Harapan kami tiada lagi Muslim Malaysia tertipu dengan promosi halal di situ kerana kami sendiri lihat dan tahu bahan yang diproses dari kilang bercampur daging babi,” katanya.
Hasrat mereka untuk mendedahkan keadaan sebenar bagaikan ditunjuk jalan apabila secara kebetulan bertemu dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di restoran itu, minggu lalu yang dalam rangka lawatan sempena promosi halal anjuran pemilik restoran terbabit.
Katanya, sejak sebulan lalu, mereka berniat menceritakan perkara sebenar namun memikirkan faktor keselamatan selain belum dibayar gaji, mereka terpaksa memikirkan cara lain untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Malaysia memandangkan restoran terbabit menjadi tumpuan pelancong dari tanah air.
“Sebelum ini, kami dimaklumkan restoran itu menyediakan menu halal dan menawarkannya kepada pelawat khususnya dari Malaysia untuk mendapat makanan halal tanpa was-was.
“Tetapi Allah itu maha mengetahui apabila bulan lalu ketika mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe, kami dapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging babi dan dipotong menggunakan mesin sama.
“Terkejut dengan keadaan itu, kami berjumpa pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji memastikan perkara berkenaan tidak berulang serta akan sertu mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya.
“Bagaimanapun, ia tidak berlaku menyebabkan kami mencari jalan menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya sambil memberitahu mereka mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan untuk memaklumkan perkara terbabit, semalam.
Dia menjadi cef di restoran itu sejak hampir dua tahun lalu manakala tiga yang lain diterima bekerja di situ pada Oktober lalu.
Megat Danial berkata, dia curiga apabila ternampak kotak mempunyai label tidak halal dihantar ke restoran itu oleh pembekal kerana sebelum ini mereka dimaklumkan restoran hanya menyediakan makanan halal.
DAGING ayam yang dibekalkan kepada restoran terbabit.
Menurutnya, pemilik restoran turut mempromosikan perniagaannya di Facebook dan menjadi antara restoran tumpuan pelancong dari Malaysia yang melawat Osaka.
Katanya, di sekitar kawasan itu, terdapat beberapa lagi restoran yang menawarkan makanan halal namun tidak begitu mendapat sambutan daripada pengunjung.
“Setiap bulan, kami menerima pelanggan antara 1,500 hingga 2,600 orang mengikut musim dan bayangkan bagaimana rasa bersalahnya kami apabila menghidangkan makanan tidak halal kepada orang Muslim sehinggakan kami nekad berhenti.
“Hujung bulan lalu, pemilik restoran mengadakan program promosi halal khusus untuk negara kita.
“Di situ kami bertemu wakil PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang kebetulan dijemput sama dan kami ceritakan perkara sebenar untuk meminta bantuan.
“Alhamdulillah, kami berhenti dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu.
“Niat kami cuma untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu dan kami tidak mahu bersubahat dengan pemilik yang hanya menggunakan Islam sedangkan dia tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jepun. Itu yang dia sendiri maklumkan kepada kami,” katanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada JAKIM dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengetahui status sebenar isu terbabit.
“Kita anggap isu ini serius kerana membabitkan soal halal dan restoran itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada empat cef ini yang berani tampil biarpun terpaksa mencari kerja lain.
“PPIM juga ingin menasihatkan kepada warga Malaysia yang ingin mencari tempat makan halal di luar negara lebih berhati-hati agar tidak ditipu mereka yang ingin mengambil kesempatan,” katanya.
http://theexpressviral.com/kami- ... an-di-restoran-itu/
korang ni betul ke and kat mana
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kat vitti.... bole refer FB : Road to japan, banyak info kat sana |
|
|
|
|
|
|
| |
|