|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Screencaps from Episode 7...
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 2 Episode 8 (20 November 2005)
hari ke-25 selepas gempa bumi...
berita melaporkan mangsa gempa bumi masih meningkat dari sehari ke sehari...Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) pulak menelefon office MAHI dan diberitahu yg dia dikehendaki balik ke Afrika secepat mungkin...Dr. Kouno (Daijiro Kawaoka) pulak jatuhkan barang lepas pembedahan kecemasan dan ditegur oleh Dr. Kojima (Nanako Matsushima)...Dr. Kouno sebenarnya dah letih dan tertekan...Teraizumi (Toru Nakamura) pulak dipuji oleh ahli kabinet dan disuruh buat sidang akhbar dengan ketua jabatan bomba...
seorang wanita tua dibawa masuk ke ER dan Dr. Kouno cuba sedaya upaya nak pulihkan denyutan jantung tapi tak dapat...Dr. Hibiya suruh dia berhenti....tapi bila Dr. Shindo sampai, dia cakap mangsa tu masih boleh diselamatkan sebab suhu badan masih panas...Dr. Hibiya pertikaikan keputusan Dr. Shindo, tapi akhirnya jantung mangsa tu berdenyut balik...
Nozomi (Kotomi Kyono) cuba telefon hospital2 lain untuk cari identiti perempuan tua tu tapi tak dapat...nurse yg lain cakap mesti kat balai polis pun huru-hara...diorang terjumpa satu kad kat dalam beg perempuan tua tu...Sakura pulak terjumpa bunga yg dijatuhkan oleh perempuan tua tu kat luar hospital...kat bilik staf, diorang tengok berita pasal Teraizumi umumkan lagi angka kematian dan kecederaan yg terkini, tapi kerajaan belum dapat angka sebenar dari hospital2...lepas pengumuman Teraizumi tu, Dr. Shindo cakap perempuan tua tu mesti dikenalpasti identitinya...Dr. Shindo nampak macam tegang je, semua orang terutamanya Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) pun perasan hal tu...Dr. Kojima buat keputusan nak tanya hal perempuan tu kat pusat perlindungan...
lepas tu Dr. Kuroki tanya Dr. Shindo apa yg dah jadi...Dr. Shindo cakap maklumat pesakit tak sempurna dan tak lengkap...Dr. Kuroki janji akan lebih teliti lain kali...Sakura pulak letakkan bunga yg dia jumpa tu kat kaunter depan...lepas tu ada sorang perempuan datang tanyakan suami dia...perempuan tu sebenarnya isteri Yajima (orang homeless yg masuk ER sebelum gempa)...tiba2 je perempuan tu pengsan...masa tu Yajima tengah mengangkut barang2 dengan Kitamura dan Kazuya (Shun Oguri)...Sakura panggil dia dan beritahu isteri dia dah datang, tapi tiba2 je dia lari...diorang bertiga angkat dia pergi jumpa isteri dia...
Sakura suruh Yajima tunggu kat tepi isteri dia...Kitamura cakap perempuan tua tu pun agaknya datang ke Tokyo nak cari sesiapa macam isteri Yajima...katil perempuan tua tu dekat dengan katil Shougo...Chihiro cakap kalau perempuan tu dah bangun dan tengok takde ahli keluarga di sisi, mesti akan rasa kesunyian...Shougo tanya Chihiro ayah dia kat mana dan Chihiro cakap ayah dia masih kat parlimen...
dalam mesyuarat kabinet, Teraizumi melaporkan keadaan tempat yg terbakar dan pasal masih ada orang yg hilang, tapi ahli2 kabinet cuma pentingkan angka kematian saja dan suruh Teraizumi jangan cuma fikirkan dari sudut penduduk saja...Teraizumi naik geram dan tak nak layan wartawan lepas mesyuarat...Dr. Kojima pulak cuba tanyakan identiti perempuan tua tu kat pusat2 perlindungan tapi takde orang yg tahu...dia ada tanya sorang budak perempuan ni, tapi budak tu pun tak tahu, padahal budak tu pun tengah jaga bunga yg sama macam yg diletak kat kaunter depan hospital...
Yajima tak faham kenapa isteri dia boleh datang cari dia, jadi Kazuya tanya apa yg dah jadi...Yajima cerita yg syarikatnya bankrap 5 tahun lepas, jadi dia sain surat cerai dan larikan diri...anak perempuan dia pulak dah sekolah menengah masa tu, jadi sekarang dia malu nak jumpa ahli keluarga...Sakura cakap isteri Yajima boleh datang cari dia, mesti isteri dia dah tak marah...Kazuya pulak cadangkan Yajima dan isteri dia balik rumah sama2...Kitamura pun cerita yg dia pun lari dari rumah...lepas kena pecat, dia ingat nak mati supaya ahli keluarga dapat pampasan insurans, tapi dia tak berani pulak nak bunuh diri...jadi dia datang ke Tokyo sebab tak boleh balik rumah...
kat bilik staf, Dr. Kojima cakap dia belum jumpa identiti perempuan tu tapi dia akan cari lagi esoknya...dalam berita TV, Teraizumi melaporkan yg angka kematian dan kecederaan makin meningkat...Teraizumi nampak sedih masa sampaikan laporan tu...doktor2 kat situ cakap diorang cuma dapat selamatkan sebilangan kecil je walaupun dah cuba sedaya upaya...Dr. Shindo datang dan suruh Dr. Kojima pergi tengokkan pesakit yg baru dibedah...Dr. Hibiya cakap Dr. Shindo pandai menyuruh orang...dia yg masih geram dengan Dr. Shindo cakap yg tak guna selamatkan orang yg dah meningkat umur, jadi Dr. Shindo yg macam dah nak marah cakap sebab tulah agaknya Dr. Hibiya tak nak selamatkan perempuan tua tu...Dr. Shindo tanya Dr. Kouno sama ada patut atau tak selamatkan perempuan tua tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 8...
kat bilik staf, Dr. Kojima cakap dia belum jumpa identiti perempuan tu tapi dia akan cari lagi esoknya...dalam berita TV, Teraizumi melaporkan yg angka kematian dan kecederaan makin meningkat...Teraizumi nampak sedih masa sampaikan laporan tu...doktor2 kat situ cakap diorang cuma dapat selamatkan sebilangan kecil je walaupun dah cuba sedaya upaya...Dr. Shindo datang dan suruh Dr. Kojima pergi tengokkan pesakit yg baru dibedah...Dr. Hibiya cakap Dr. Shindo pandai menyuruh orang...dia yg masih geram dengan Dr. Shindo cakap yg tak guna selamatkan orang yg dah meningkat umur, jadi Dr. Shindo yg macam dah nak marah cakap sebab tulah agaknya Dr. Hibiya tak nak selamatkan perempuan tua tu...Dr. Shindo tanya Dr. Kouno sama ada patut atau tak selamatkan perempuan tua tu...
Dr. Kuroki kejar Dr. Shindo dan cakap yg Dr. Kouno sebenarnya takde niat begitu, lagipun diorang semua dah cuba sedaya upaya...diorang semua adalah mangsa dan Dr. Shindo pun akan tinggalkan tempat tu lambat laun...Dr. Shindo dengan tegasnya cakap takkanlah depan pesakit pun nak gunakan status mangsa...Yajima pulak makan bekalan makanan yg isteri dia bawak dan ajak Sakura makan sama2...masa tu isteri dia akhirnya sedar...isteri dia rasa terharu sebab akhirnya dapat jumpa Yajima setelah mencari dengan susah payah...
Yajima beritahu diorang yg dia nak balik kampung...isteri dia dah maafkan dia dan anak dia pun tengah tunggu kat rumah...Sakura nasihatkan Kitamura balik kampung jugak...Kitamura cakap dia malu nak balik sebab dia tak berguna, tapi Sakura cakap Kitamura dah banyak membantu kat hospital tu...Kazuya pulak cakap dia dah takde kerja nak bagi kat Kitamura sebab dah ramai orang2 muda yg datang...tapi Kitamura tetap tak nak balik...
nurse semua bergilir2 jaga bunga kat kaunter depan ER...masa tu seorang pesakit mengadu sakit pinggang...diorang ingat nak panggil Dr. Kojima tapi Dr. Kojima tengah berehat, jadi diorang nak bagi ubat tahan sakit je...tapi Nozomi pulak tetap rasa bimbang...Dr. Shindo yg check pesakit malam tu dengar bunyi mengerang dan dapati yg pesakit Dr. Kojima tiba2 jadi tenat...Dr. Shindo check rekod ubat dan dapati yg nurse dah bagi ubat tahan sakit tanpa maklumkan Dr. Kojima...Dr. Shindo beritahu chief nurse yg nurse semua terlalu jaga Dr. Kojima hingga buat dengan sesuka hati...
dalam bilik kecemasan, dua2 nurse minta maaf sebab tak maklumkan Dr. Kojima...bila Dr. Kojima sampai, Dr. Shindo cakap nak buat pembedahan tapi tak sempat ke bilik pembedahan, jadi diorang buat pembedahan kat situ je...masa pembedahan, semua orang pelik dengan tindak tanduk Dr. Shindo dan cuma Dr. Kojima yg faham...pada saat genting, Dr. Shindo berjaya selamatkan pesakit dengan bantuan Dr. Kojima...
chief nurse minta maaf dengan Dr. Kuroki atas kesilapan nurses dia...Dr. Kuroki cakap diorang pun salah jugak...bila gempa berlaku, diorang cuma dapat selamatkan sebilangan kecil je...jadi bila dengar pasal angka kematian meningkat, diorang rasa semakin tak mampu dan tak bersemangat...mungkin jugak diorang terlalu sayangkan diri sendiri...Dr. Kuroki cakap Dr. Shindo rasa geram dengan keadaan tu, sebab tulah dia marahkan staf kenapa mesti nak 'lepaskan' perempuan tua tu...tapi Dr. Hibiya tak fikir begitu...
Dr. Kojima pergi minta laporan pemeriksaan dari nurse...nurse semua minta maaf dengan dia, tapi Dr. Kojima cuma suruh diorang terus berusaha kerja...lepas tu Dr. Kojima ternampak bunga kat kaunter, jadi dia teringatkan bunga yg dijaga kat pusat perlindungan...Hazuki (MEGUMI) cakap Sakura yg kutip bunga tu pada hari perempuan tua tu dimasukkan ke ER...jadi Dr. Kojima pergi balik ke pusat perlindungan dan akhirnya dapat jumpa anak lelaki dan cucu perempuan tua tu...Dr. Kojima bawak diorang ke hospital...Dr. Shindo beritahu diorang yg walaupun peluang tipis, tapi masih ada harapan dia akan sedar...lelaki tu beritahu yg rumah diorang ada kedai bunga...lepas gempa bumi, hari2 mak dia hantar bunga ke pusat perlindungan...tiba2 ada sekeluarga datang dan bawak bunga tu...diorang cakap bunga tu dah beri diorang harapan dan semangat...
Dr. Shindo nampak ramai orang beratur kat luar untuk dapatkan bekalan makanan dari volunteers...Dr. Shindo beritahu Dr. Kojima yg orang yg hidup ada tanggungjawab untuk terus hidup...jika tak, akan bersalah pada orang yg mati...Kitamura yg terdengar pasal tu tiba2 rasa sedih dan menangis...nurse datang beritahu diorang yg perempuan tua tu dah sedarkan diri...Dr. Hibiya periksa perempuan tua dan beritahu yg demam dia dah turun...perempuan tua tu bagi bunga pada Dr. Hibiya dan beritahu dia supaya berusaha bersama2...anak lelaki dia pun beria2 berterima kasih pada Dr. Hibiya...
Dr. Kuroki, Kazuya, Sakura dan chief nurse hantar Yajima dan isteri dia balik...Kitamura pun nak balik kampung jugak...Kitamura cakap disebabkan dah selamat, jadi kenalah teruskan hidup...lepas tu Shougo dan Chihiro datang hadiahkan diorang lukisan...diorang semua suruh Yajima dan Kitamura berusaha...
Dr. Shindo tenung surat dari MAHI dan lepas tu simpan balik dalam beg...Dr. Kuroki minta Dr. Shindo terus bertugas kat situ...Dr. Shindo cakap dia dah beritahu MAHI yg dia akan berada di situ hingga aktiviti hospital jadi lancar semua...Dr. Kuroki dan Dr. Kojima sangat gembira dengan keputusan Dr. Shindo...
[ Last edited by whitedove at 24-11-2005 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya yg ni sequel final atau ada lagi sambungan? Lagi satu ending citer ni best ker x? leh citer sket |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik menjengok site 8tv ....
crite emergency room ni .. last ep ari sabtu 3 dec ...
crite baru start ahad 4 dec ... tajuk 'last christmas' ... pelakun yuji oda, akiko yoda ... info crite ni biarlah whitedove je yg cari ... hehehehe
tengok gambar pompuan tu agak familiar, rasa cam pernah tengok dia ....
laki2 tu cam tak hensem je .... + tuo ... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmm
last christmas???? |
|
|
|
|
|
|
|
ano ..
ada tak info pasal tajuk lagu yg DREAMS COME TRUE nyanyi masa ending citer ni? ..
aku dah banyak kali dlod tp tak jumpa2 .. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
last christmas ni citer 2004
so agak baru laaa
citer fuji tv lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 27-11-2005 03:06 AM
ada tak info pasal tajuk lagu yg DREAMS COME TRUE nyanyi masa ending citer ni? ..
aku dah banyak kali dlod tp tak jumpa2 .. :nerd:
tajuk lagu dier nando demo kalau x silap. |
|
|
|
|
|
|
|
aku peliklah ... budak pompuan anak politician tu sakit apa? atau dia tak sakit tapi sengaja nak temankan budak laki2 tu ....:stp:
teruk betul org yg bagi sumbangan makanan yg dah expired ni ... ingat lagi masa tsunami last year pun ada gak kes camni kuar dlm paper ... nak bagi sumbangan tu bagilah benda yg masih elok lagi bukan nye sampah yg sendiri tak sanggup nak buang ... apa punya manusia lah .... bukan nak menyenangkan tapi menambah lagi kesusahan org ....nf: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kai at 24-11-2005 08:07 PM
Nak tanya yg ni sequel final atau ada lagi sambungan? Lagi satu ending citer ni best ker x? leh citer sket
tak tau le kalau2 Fuji TV nak buat lagi sekuel tahun depan atau tahun2 berikutnya...takde lak dengar apa2 citer... |
|
|
|
|
|
|
|
next in line...
start Ahad, 4 Disember ni dah citer baru, tajuknya Last Christmas, production Fuji TV akhir tahun 2004...citer ni lakonan Yuji Oda (Tokyo Love Story, Bayside Shakedown) dan Akiko Yada (Hotman, Yume de Aimashou)...ada 2-3 lagi couple dalam citer ni, so tau la korang yg citer genre love story...lain2 pelakon Hiroshi Tamaki (singer-actor, berlakon citer To the One I Love), Mirai Moriyama (To the One I Love, Water Boys 1), Nana Katase dan Megumi...
ada ramai gak yg cakap citer ni best, rating citer ni pun yg tertinggi musim luruh tahu lepas...heronya Yuji Oda tu memang dah berumur, tapi lakonan dia best dan masih lagi antara yg terpopular kat Jepun nun...heroinenya Akiko Yada dah lama berlakon tapi baru meningkat naik 2-3 tahun nih...
info selanjutnya nantikan...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 27-11-2005 03:06
ada tak info pasal tajuk lagu yg DREAMS COME TRUE nyanyi masa ending citer ni? ..
aku dah banyak kali dlod tp tak jumpa2 .. :nerd:
ara..bukan saya dah uploadkan mp3 lagu tema cite ni masa mula2 start dulu? da mati ek link die? :ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 28-11-2005 14:58
start Ahad, 4 Disember ni dah citer baru, tajuknya Last Christmas, production Fuji TV akhir tahun 2004...citer ni lakonan Yuji Oda (Tokyo Love Story, Bayside Shakedown) dan Akiko Y ...
a'ah memang majoriti cakap best pun :cak:
tapi sayangnya saya termasuk dlm golongan minoriti :jeling::malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 3 Episode 9 (26 November 2005)
hari ke-40 selepas gempa bumi...
Kazuya (Shun Oguri) tengah uruskan bantuan makanan bila dua ambulans sampai...dua2 mangsa tu adalah ahli bomba yg tercedera semasa menyelamatkan orang...bila nampak Kazuya, Dr. Hibiya suruh dia tolong abang dia Dr. Kouno (Daijiro Kawaoka)...masa kat dalam bilik kecemasan, Kazuya nampak macam sangat berminat bila tengok Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) buat operasi...
Teraizumi (Toru Nakamura) pulak terus berikan angka kematian dan kecederaan pada wartawan...tiba2 je ada sorang wartawan tanya sama ada angka tu semua adalah berpunca dari gempa...wartawan tu dakwa ada yg mati kerana pihak bomba sibuk memadamkan api dan lupakan mangsa, jadi lambat diselamatkan...bila Teraizumi cuba nak explain, ahli politik lain tahan dia...ahli politik tu cakap tugas Teraizumi cuma sampaikan angka kematian dan tak melibatkan hal lain...Teraizumi jadi geram...
Dr. Shindo beritahu keluarga ahli2 bomba tu yg kedua2nya akan sedar tak lama lagi...Dr. Kojima (Nanako Matsushima) pulak makan kari dalam tin yg dibekalkan kat bilik staf...Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) ajak Dr. Hibiya makan sama tapi Dr. Hibiya tak suka kari...Dr. Kouno tanya macam mana ahli2 bomba tu tercedera...bila Dr. Kojima ceritakan keadaan diorang, Dr. Kouno pun terfikir yg bomba pun tak henti2 bekerja keras sejak gempa berlaku...Chihiro pulak cerita kat Shougo yg ayah dia nak jadi perdana menteri...Chihiro cakap masa ayah dia kecik2 dulu, ayah dia nak jadi Ultraman, penegak keadilan...masa tu Teraizumi pun datang jenguk anak dia...
salah sorang ahli bomba tu, Hirano mula meracau dalam tidur...Hirano asyik cakap minta maaf...isteri Hirano cakap sebelum tercedera pun Hirano dah macam tu...sorang lagi ahli bomba beritahu yg banyak ahli bomba pun macam Hirano...ahli bomba tu cakap yg masa gempa bumi di Hanshin, bilangan ahli bomba terhad jadi tak dapat padamkan api dengan cepat...sebab tu, semua orang salahkan bomba...jadi gempa bumi kali ni, diorang berusaha padamkan api, tapi terlalu ramai yg mintak tolong...sebab tu ramai ahli bomba yg salahkan diri sendiri...Dr. Kouno tiba2 macam tak tenang dan Dr. Kojima dah perasan hal tu...
ada sorang pesakit ucapkan terima kasih pada Dr. Kouno sebab selamatkan dia hari gempa bumi mula2 berlaku...Dr. Kojima puji Dr. Kouno dapat buat jahitan dengan baik walaupun masa tu tengah kelam kabut, tapi tiba2 Dr. Kouno cakap disebabkan keadaan kelam kabut tulah dia dah korbankan orang yg boleh diselamatkan...Dr. Kojima rasa pelik dengar Dr. Kouno cakap macam tu...Kazuya pulak hantarkan minuman kat Dr. Hibiya...dia curi2 masuk bilik kecemasan dan tengok2 alat2 kat situ...masa tu Dr. Hibiya tiba2 muncul...Dr. Hibiya dah perasan yg Kazuya mula ada minat jadi doktor...bila Kazuya keluar dari bilik tu, dia nampak abang dia tengah termenung...
malam tu Hirano mimpikan keadaan kat tempat kebakaran...walaupun ramai yg minta tolong, diorang tak dapat buat apa2 dan cuma boleh padamkan api sedaya upaya...Hirano mula meracau lagi dan asyik minta maaf...akhirnya Dr. Shindo kejutkan dia...lepas tu Dr. Shindo suruh Dr. Kojima carikan sorang doktor psikologi...Nozomi (Kotomi Kyono) tiba2 datang jumpa Dr. Kojima...dia tunjukkan pesanan ubat tidur Dr. Kouno pada dia...Nozomi sedar yg pesanan tu dah salah...Dr. Shindo cakap nasib baik Nozomi perasan...Dr. Kojima cakap kebelakangan ni Dr. Kouno memang nampak pelik, jadi Dr. Shindo minta Dr. Kojima perhatikan Dr. Kouno...
pagi esoknya, Dr. Kojima nampak Dr. Kouno duduk termenung kat luar jadi dia bawak Dr. Kouno masuk...Kazuya rasa hairan tengok Dr. Kojima bawak masuk abang dia macam tu...Dr. Kojima cakap dia dapat tau yg Dr. Kouno mintak ubat tidur...Dr. Kouno cakap dia tak dapat tidur sebab dia tak dapat ingat perkara yg berlaku lepas gempa bumi...dia cuma ingat pesakit yg diselamatkan, tapi dia dah lupa pesakit yg mati...Dr. Kojima cakap Dr. Kouno dah selamatkan ramai orang...Dr. Kojima suruh Dr. Kouno berehat cukup2 hari ni...Kazuya pelik tengok abang dia macam tu...Dr. Kojima cakap yg disebabkan gempa bumi, jadi tak berhenti2 menyelamatkan orang dan mengakibatkan kekeliruan...Dr. Kojima dah risau tengok anak buah dia macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 9...
Sakura yg tengah buat pemeriksaan ke atas dua2 ahli bomba tu cuba nak naikkan semangat Hirano...dia cerita pasal dia sangat sukakan gimnastik dan sorang peserta Olimpik bernama Comaneci yg pernah dapat markah penuh...dia bersorak sambil tengok Comaneci kat TV...tiba2 je chief nurse tarik tangan dia...chief nurse cakap Comaneci beraksi pada Sukan Olimpik tahun 1976, masa tu Sakura belum pun lahir lagi...chief nurse suruh Sakura jangan cakap sembarangan, tapi Sakura memang rasa yg dia pernah tengok kat TV...
dalam perjalanan ke bilik media, sorang ahli politik ingatkan Teraizumi supaya jangan pedulikan hal lain kecuali sampaikan angka kematian...Aoki cakap Teraizumi macam goalkeeper bagi parlimen, goalkeeper tak boleh tiba2 meluru ke depan...masa tu Dr. Shindo pun tengok Teraizumi kat TV...wartawan cakap dia dah pastikan yg ada ahli bomba yg tak nak selamatkan orang...Teraizumi cuba buat2 tak tahu dan sampaikan angka kematian macam biasa...
Nozomi bawak Kazuya pergi cari abang dia...diorang cuba ceriakan Dr. Kouno tapi Dr. Kouno macam tak ambik peduli...makan pun dia tak nak...Hirano pulak mengalirkan air mata dan menyebabkan isteri dan kawan bomba dia risau...kat bilik staf, Dr. Kojima cuba cari doktor psikologi tapi tak dapat disebabkan ramai yg perlukan bantuan masa ni...Dr. Kuroki cakap dengan keadaan mental Hirano macam tu, susahlah dia nak sembuh...Dr. Hibiya tertanya2 pasal Dr. Kouno...masa tu Kazuya datang ke bilik staf...Dr. Kojima yg suruh dia datang nak bincangkan hal Dr. Kouno...Kazuya cakap dia tak dapat buat apa2...tulah kali pertama dia tengok abang dia macam tu...Dr. Hibiya cakap kena biarkan Dr. Kouno berehat cukup2...Dr. Kojima cadangkan suruh Dr. Kouno balik rumah...mungkin akan ada perubahan kalau tukar persekitaran...Dr. Hibiya persoalkan tu, tapi Dr. Kojima cakap tulah peluang dia berubah...tapi Kazuya risaukan keadaan rumah...Dr. Kuroki suruh biarkan Dr. Kouno jumpa orang2 sekeliling dan kawan2...Dr. Hibiya pulak suruh Kazuya temankan Dr. Kouno balik...
masa buat pemeriksaan, Dr. Shindo cakap cedera Hirano dah semakin pulih...masa tu Shougo cakap dia kesiankan Hirano...Chihiro minta Teraizumi bantu Hirano, tapi Teraizumi cakap dia tak mampu buat apa2...Shougo cakap Teraizumi kan penegak keadilan, macam Ultraman...Teraizumi cakap Ultraman tak wujud dan menyebabkan budak2 tu jadi sedih...lepas tu Teraizumi pergi cari Dr. Shindo dan tanyakan keadaan Hirano...Dr. Shindo cakap Hirano akan pulih...Teraizumi minta Dr. Shindo jangan beritahu pasal berita yg ahli bomba tak sempat selamatkan orang...tiba2 Dr. Shindo cakap itu semua adalah kenyataan...kerja bomba adalah padamkan api, bukannya selamatkan orang, jadi lebih baik beritahu je pada wartawan...tapi Teraizumi cakap dengan sedih yg kerja dia adalah cuma melaporkan keadaan mangsa...lepas keluar dari bilik staf, Teraizumi pandang je Hirano...
Kazuya dan Dr. Kouno berjalan balik ke rumah...masa tu barulah Dr. Kouno dapat perhatikan keadaan sekeliling dia, orang2 yg sedang beratur ambil makanan, budak2 yg gembira bila dapat bekalan air, rumah dan bangunan yg runtuh...Kazuya cakap semua orang pun sedang tabah untuk hidup...kat parlimen, ahli politik tu ingatkan Teraizumi supaya jangan layan wartawan sebab diorang akan ungkit lagi hal semalam...Teraizumi cakap dia tahu apa nak buat...
wartawan asyik tanya lagi hal bomba pada Teraizumi...rupa2nya kat bawah laporan mangsa tu Teraizumi ada bawak laporan lain...Teraizumi cakap dia akan jawab soalan wartawan hari ni...masa tu Dr. Shindo kat bilik nurse nak ambil laporan kesihatan dan dah terdengar hal tu melalui radio...Teraizumi cakap memang betul ahli bomba tak sempat selamatkan orang...ahli politik tu cuba halang Teraizumi tapi Teraizumi suruh dia jangan dekat...Teraizumi cakap pihak bomba dah jadikan pengajaran dari gempa bumi Hanshin sebagai panduan...dalam panduan tu ada tertulis yg bila kebakaran terjadi semasa gempa bumi, mesti utamakan untuk padamkan kebakaran dulu...masa Teraizumi berucap tu, Dr. Shindo dah bawak radio tu ke wad ER dan kuatkan volume nak bagi Hirano dengar...
Teraizumi cakap dalam gempa bumi kali ni, kebakaran yg berlaku di Tokyo pada asalnya cuma 400, tapi merebak berkali2 ganda hingga akhirnya 650 000 kebakaran terjadi...orang yg boleh mengawal dan memadamkannya cuma ahli bomba...ahli bomba bukannya sengaja tak nak selamatkan orang, tapi cma ada beberapa orang ahli bomba je dalam sebuah kereta bomba dan jumpal kebakaran pulak bertambah banyak...walaupun kereta bomba dihentikan penduduk di tengah2 jalan, bomba masih perlu ke tempat kebakaran sebab cuma diorang yg dapat kawal kebakaran dari merebak...Teraizumi cakap dia nampak ahli bomba yg menyalahkan diri kat hospital...Teraizumi tanya diorang pernah ke diorang fikirkan perasan ahli2 bomba masa padamkan api tapi dengar orang2 minta tolong dan salahkan bomba...dia cakap tak apa kalau diorang semua tak setuju dengan kata2 dia, tapi dia sendiri tak sampai hati nak salahkan pihak bomba...orang yg selamatkan orang jugak bawak beban yg berat...
Dr. Shindo tutup radio dan pergi jumpa Hirano...Dr. Shindo cakap Hirano ada isteri yg risaukan dia, ada kawan baik macam ahli bomba sorang lagi tu, dan ada ahli politik yg berpihak pada dia...Dr. Shindo rasa mesti ada ramai lagi yg berterima kasih pada Hirano...Shougo pulak cakap yg ayah Chihiro memang betul2 penegak keadilan...Sakura pulak sibuk surf Internet dan jumpa sesuatu yg menarik pasal Comaneci...dia bergegas pergi jumpa Hirano...Sakura minta maaf pada Hirano pasal hal Comaneci dan cakap yg dia memang tak tahu pasal Comaneci...tapi Sakura cakap yg Comaneci tu lepas Sukan Olimpik hidup dalam kesusahan, malah pernah dipenjarakan di Amerika...bila dia balik ke Romania, dia dah bersedia untuk dilayan seperti banduan, tapi rupa2nya ramai yg sambut kepulangan dia seperti pahlawan...Comaneci tak pernah kesal dengan jalan hidup dia, jadi Sakura harap yg Hirano pun takkan kesal jadi ahli bomba...lepas tu Hirano beritahu isteri dia yg lepas keluar hospital, dia nak berlatih lagi supaya cergas...
Kazuya dan Dr. Kouno pulak dah sampai ke rumah...rupanya bangunan klinik dan rumah diorang masih utuh...doktor2 kat hospital pun risaukan Dr. Kouno... |
|
|
|
|
|
|
|
citer baru dah ahad ni..... dah lama x tgk citer jdorama..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|