senang kerja wartawan mstar cilok je dr ig nd
terus buat news dh la umur dre & nd pn salah
Tak takut kutuk ciptaan Allah? Anak Nora Danish terus jadi mangsa[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2018 12:45 PM
[size=0.75em]Nora Danish mempersoalkan apakah salah dan dosa anaknya, Mohamed Neqayl Nedim sehingga ada yang sanggup mengutuk ciptaan Allah itu tanpa sebarang perasaan takut. Foto Instagram @noradanish
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SERING menjadi mangsa buli siber, pelakon Nora Danish akhirnya tampil bersuara terhadap segelintir netizen yang berselindung di sebalik akaun palsu yang menghina bayinya, Mohamed Neqayl Nedim. [size=0.98em]Nora menerusi InstaStory mempersoalkan apakah salah dan dosa anaknya itu sehingga sanggup mengutuk ciptaan Allah tanpa sebarang perasaan takut. [size=0.98em]"Nak kutuk pun, membawang ke, kutuk la benda lain. Kutuk ciptaan Allah takde ke rasa takut dalam hati? [size=0.98em]"Apalah salah Ney Ney (panggilan manja Neqayl) kat korang? Haih! Manusia, manusia," tulisnya.
[size=0.98em]Perkongsian Nora di InstaStory. [size=0.98em]Menerui status sama, Nora berkata, Ney Ney bukan anak kacukan yang perlu kelihatan sempurna setiap masa kerana dia juga adalah manusia biasa. [size=0.98em]"Malam yang sangat emosi sebab terkilan... anak saya ini bukan anak Mat Salih ke apa, yang kena nampak sempurna. [size=0.98em]"Anak Melayu kot... semua manusia dalam dunia ini semua ada keistimewaan masing-masing," katanya. [size=0.98em]Dalam pada itu, Nora berkata, statusnya sebagai selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang diperkatakan netizen tentangnya atau keluarganya.
[size=0.98em]Nedim dan Nora berkahwin pada 30 Mac tahun lalu. [size=0.98em]Tegas Nora, dia juga mempunyai perasaan seperti mana orang lain malah lebih beremosi dan sensitif kerana dia adalah orang seni. [size=0.98em]"Tak semestinya jadi selebriti hati kena kering. Kami juga ada perasaan seperti anda! Sebenarnya kami lebih emosi dan sensitif sebab kami orang seni sebab itu boleh jadi pelakon," ujarnya. [size=0.98em]Sementara itu, isteri kepada Nedim Nazri itu meminta sekiranya dia ada buat sebarang kesalahan dia terbuka terhadap teguran namun biarlah dengan adab yang betul. [size=0.98em]Nora turut mendoakan agar segelintir pihak yang disifatkan sebagai 'hati hitam' diberikan hidayah dan insaf atas perbuatan mereka selain berterima kasih kepada yang mendoakan kebaikan buatnya sekeluarga.
[size=0.98em]Antara luahan lain Nora mengenai isu berkenaan. [size=0.98em]"Kalau kita ada buat salah, tegur... tak perlu membawang tanpa sebab. Cuba membawang keluarga sendiri tengok apa dia orang rasa. [size=0.98em]"Kepada 10 peratus yang hati hitam tu saya doakan Allah beri hidayah pada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah. [size=0.98em]"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur, Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," katanya. [size=0.98em]Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.
[size=0.98em]Ney Ney bersama abangnya, Rayqal. [size=0.98em]Sebelum ini, Nora, 37, pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun. [size=0.98em]Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. [size=0.98em]Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre, 9 tahun.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... xV2XR2cUAUrS65Q2.99
|