Siasat sijil kelahiran Kesultanan Sulu
Jul 14, 08 2:50pm
DAP menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaanwujud sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Kesultanan Sulu kepadawarga Filipina yang lahir di Sabah atau yang memasuki negeri itu secaraharam.
Ahli parlimen DAP bagi Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membuat laporandi polis Karamunsing bersama satu salinan sijil berkenaan.
Satu salinan sijil kelahiran itu (foto bawah) turut diserahkan kepadaketua polis Kota Kinabalu, kata satu kenyataan DAP Sabah hari ini.
Turut hadir bersamanya di balai polis Sabtu lalu, dua pemimpin DAP negeri Edward Mujie dan Steven Jimbangan.
Dr Hiew berkata, walaupun kesahihan salin sijil kelahiran itu masihbelum dapat dibuktikan, namun polis tidak boleh meringan-ringankankerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan Sabah dan negara ini.
"pengeluaran sijil kelahiran Kesultanan Sulu tidak harus diizinkan di Sabah kerana Sabah sebahagian Malaysia.
"Kerajaan persekutuan mesti bertindak pantas untuk menghapuskansebarang anasir yang boleh menggugat kedaulatan negara ini," katanya.
"Mereka yang memiliki sijil kelahiran (dari kesultanan) Sulu harusdihantar pulang bersama pendatang-pendatang tanpa izin yang berada dinegara ini."
Selepas dimaklumkan olehnya, tokoh utama DAP dan juga ahli parlimenIpoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan itu kepada menteridalam negeri di Dewan Rakyat, Selasa lepas.
Datuk Seri Syed Hamid Albar menjawab beliau tidak tahu-menahu tentangperkara tersebut dan berjanji akan menjawabnya dalam sesi persidanganminggu ini. http://malaysiakini.com/news/86061
lma nda singgah ooo...jan marah a tuan rumah...bah, apa sarita terbru selain:
1)video clip aramaitii
2) ultraman di keningau
3) surat beranak
sia bz banyak bah boss..plant banyak shutdown...
skrang, ok siiiiiiiiiiiikit la..bulia tahan stakat mo jenguk2 komen 1,2...
anyway, sia guna maxis bb usb modem sudah. mo upload2 tuh, sakit kepala sikit la. sia tingu pix kamurang jak a...nnt sia mo singgah itu. tadik nda dapat masuk sebab terlupa userid sia bah.. sib baik dapat jugak akhirnya