CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WinXP

Merged: Bangkok & Central Thailand (by WinXP, mamak & munshiabdullah)

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2009 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by gilakentang at 13-3-2009 09:55
my cousin ckp Islamic Food kat food court Platinum tigkat 6 tu murah. Try la pegi tgk...


Actually bukan soal harga sgt. Kalau harga mahal tapi sedap kita tetap puashati. Kat Mak Yah harga mmg agak mahal, rasa lak aku tak lak rasa sepadan. Bukan maksud tak sedap langsung tapi rasanya restoran Thai kat Malaysia banyak yg lagi sedap aku jumpa. 1st time aku makan berdua - tomyam seafood (tak best), siakap 3 rasa (tak berapa umphh), kailan ikan masin (kat Mesia lagi sedap) dan somtam (kerabu buah yg ni best), air kosong dgn air oren blended - kena RM73. Mahal, kan?

Ni pun baru tak sampai 10 minit balik makan dari Mak Yah hehehe... aku nak kasik second chance. Aku makan nasi goreng kari hijau (pedas ya amat... rasa dia kira boleh la), wife aku makan nasi goreng sambal belacan (yg ni sedap), air buah 2 gelas - RM23.

So overall aku rasa Mak Yah ni kira boleh tahan la,mungkin depends gak kat hidangan apa kita pesan. Lagi pun selera masing2 la kan. Yg paling boleh puji, interior Mak Yah ni bersih & cantik (compare dgn beberapa kedai makan muslim yg setakat aku jumpa kat Bangkok ni)

Masa tunggu makanan sampai tadi aku saja la tinjau2 ke masjid berdekatan dgn Mak Yah tu. Terletak kat satu lorong. Sepanjang lorong tu rupa-rupanya punya la banyak warung2 kedai makan muslim... Ada satu tu aku tengok macam best je... Ali Selatan. Ada sape penah try? Aku ingat esok nak try lunch kat situ pasal aku teringin sangat nak makan tomyam authentic siam yg betul2 sedap (lepas kuciwa kat Mak Yah). Pastu ada gak gerai-gerai tepi jalan jual makanan muslim, tinggal kita sanggup tak sanggup je sebab macam selekeh sikit. Aku ingat lorong ni mmg ramai org muslim la. Kedai buku Islamik pun ada. So next time aku ingat kalau pegi Bangkok aku nak stay area sini je. Ada dobi, pastu ada satu cyber cafe aku jumpa 15 baht je sejam... ok la tu.

Ok... balik kang aku report lagi hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 10:13 PM | Show all posts
alamak...lupa nak tanya.

Airport tax nak balik nanti bape Bath?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:56 PM | Show all posts

Balas #2365 tokeycarwash\ catat

kawasan mana tu yg byk kedai makanan muslim? ingat tak jalan ape?
sbb i nak pegi bln 7 ni..ingat nak stay tmpt yg senang cr makanan halal...tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:33 AM | Show all posts

Reply #2366 tokeycarwash's post

takde airport tax, sbb dah inclusive dalam air ticket yg kita beli..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:34 AM | Show all posts

Reply #2367 fatt's post

nak dekat duduklah area pratunam or dekat Asia Hotel yg bersambung dgn Ratchathevee BTS tu..
Satu lagi yg dekat ialah First Hotel..tapi tak sedekat Asia Hotel tu..

[ Last edited by  cupcakes at 14-3-2009 09:38 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:52 AM | Show all posts
pernah gi bangkok thn 2004 dlm bulan april ...masa tu tgh pesta air ... bahaya nak jln mana2 sbb ada je org standby ngan gun air dan talcum/tepung ... kat entrance mall, tepi2 jln ... selamba je tembak ngan air pastu simbah ngan talcum ... rasa cam dlm warzone kalu jln kat public area ...kena alert selalu sbb tak nak basah

tourist2 mat saleh pun join sekaki ...ada yg bawak gun besar bagak cam badul pakai dlm pilem senario tu ... bas ngan taxi jgn citer la ...semua kotor bersalut ngan powder ...nasib baik dlm mall derang x leh buat camni ...

sapa2 yg pegi bangkok jgn lepas peluang gi pasar terapung ... tapi tempat tu jauh gak dari bangkok ... amik masa sejam lebih nak sampai ...guide tu kata ada pasar terapung yg dekat skit tapi tak besar dan panjang cam area yg kita org pegi tu ...

punya la sesak sungai tu dgn sampan2 ...tapi seronok...tukang kayuh sampan tu asyik la dok sound .... madam ur hand ...sbb suka letak tgn tepi perahu ...dia takut tergesel ngan perahu lain... mahu patah jari2 dibuatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 09:29 AM | Show all posts
nak tanya otai2 bangkok kat sini...

saya nak pergi bangkok bulan julai ni dalam 5D/4N... mana ok ikut tour atau jalan sendiri?

risau pula kalau nak jalan sendiri sebab first time. tapi kalau ikut tour mesti terkejar-kejar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:12 AM | Show all posts

Reply #2365 tokeycarwash's post

yes i know bukan its not because of mahal atau tak. Tapi kalau food mahal tak sedap tak berbaloi la jadinya.

Yg i ckp kat food court tu murah & sedap. Kat mak yah tu mmg certain food je yg sedap. last time i order nasi goreng daging merah pedas gila dia bubuh black pepper. tom yam pun tak brapa kow. tapi dia punya food yg lain ada yg sedap jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 10:59 AM | Show all posts

Reply #2372 gilakentang's post

setuju tomyam dia takde lah sedap mana..tapi sup buntut dia marvellous....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:33 PM | Show all posts
siapa ada contact for airport transfer, pls recommend
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:00 PM | Show all posts

Reply #2374 mitai's post

tahan je cab yg byk menunggu kat luar tu. kalau ikut meter tak sampai THB300. "Ulat" pun banyak slalunya charge dlm THB500 tapi mintak kurang THB400
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:08 PM | Show all posts

Balas #2375 gilakentang\ catat

no problem my dear...i dah dapat dah .........
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:07 PM | Show all posts

Reply #2373 lilyflower's post

kalau sup kat Mak Yak mmg best..dulu aku makan sup daging..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:08 PM | Show all posts

Reply #2374 mitai's post

ko duduk The Regent Silom lagi ker..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:09 PM | Show all posts
gilakentang ni dah balik malaysia belum?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:18 PM | Show all posts
ada sesape penah dok kat First Hotel?

b4 this dok kat Centre Point Petchburi... service apartment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 09:07 AM | Show all posts

Balas #2378 cupcakes\ catat

ye lah, senang sikit.......aku suka sebab malam2 aku boleh ke kanan (jumpa ngan gay2 boy) dan ke kiri (jump nyah) .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:16 PM | Show all posts
Salam..this is a true story..
    Kindly read through.
    TQ.

    Dear friends,

    Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

    I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..

    After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai  (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin  went to Bangkok with his wife and brother in-law..  Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

    Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.  Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.  Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga.  Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

    Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama.  My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

    Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma.  My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

    Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.  Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

    Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa.  My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau..  Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis.  Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang.  Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

    Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.  Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.  Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama.  Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.  Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter.  Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

    Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut,  adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.  My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka.  Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.  Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga.  Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain.  Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

    Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.  Beliau hanya ada RM11,000.  Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.  Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.  Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

    Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja).  My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000?  Tak disebut pun......... .....).  Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok.  My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

    Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual.  Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.  Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.  Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar  tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

    Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'!  Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat.  Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT.  Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua?  Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.

    Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.. ... memang ini kisah benar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:35 PM | Show all posts

Balas #2382 sittang_mn\ catat

takutnya strawberry dengar cerita ni...

nak ke bangkok bulan july ni... tapi sekarang dah dua hati!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:40 PM | Show all posts
Tapi tiket dah beli...

rugi pula kalau cancel trip ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list