|
buat malu je. konon2 nak jadi orang yang terawal wish la tu, padahal tak. tu yang delete lelaju
|
|
|
|
|
|
|
|
Stacy sah peluk Islam
PENYANYI popular Stacy Anam, 25, hari ini mengesahkan dia sudah memeluk Islam di Pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Saya memang tidak bersedia sebenarnya untuk berkongsi perihal ini.
"Namun kalau difikirkan, kalau makin lama saya pendam perkara ini, Stacy fikir ia akan menjadi lebih buruk.
"Ya Stacy akui bahawa saya telah memeluk Islam," katanya kepada pemberita di Pejabat Astro, Bukit Jalil hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi, Stacy peluk Islam?]
[ARTIKEL BERKAITAN: Akim mahu perakam 'tudung pink' tampil]
Stacy turut mengumumkan nama Islamnya, ‎Ummu Syaikhah Stacy binti Anam.
‎Terdahulu berita pengislaman Stacy tersebar di media sosial selepas seorang pengguna Instagram memuat naik sekeping gambar Stacy yang memakai tudung hitam sedang menghadap seorang wanita sambil melafaz dua kalimah syahadah.
Menurut kapsyen gambar itu, kehadiran Stacy ditemani teman lelakinya yang juga merupakan penyanyi kumpulan Akim and The Majistret, Akim Ahmad, 24.
Turut hadir pada majlis itu ialah bapa Akim, Ahmad sulaiman dan ibunya Aminah Bahari dan ibu Stacy Agnes Kallos.
Juara Akademi Fantasia musim keenam itu merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik sebelum ini merupakan penganut agama Kristian.
Stacy sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Akim yang berasal dari Johor.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 25-8-2015 12:30 PM
Kumar anak angkat sudirman apa citer?
Anak angkat india Dee Jangan Ketawa menten hindu khenn.. ...
Sori sis tak amek tau semua itu.mohon buka thread baru |
|
|
|
|
|
|
|
Hajat Stacy Peluk Islam Tidak Dihalang Keluarga
KUALA LUMPUR: Hajat penyanyi Stacy untuk memeluk agama Islam telah dimamklumkan kepada orang tuanya dan mendapat restu keluarga.
Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu.
"Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa.
Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53.
Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah.
Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.
Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani kekasihnya Akim Ahmad dan ibu-bapa penyanyi lelaki itu.
Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin.
Dalam pada itu Stacy berkata, sebelum ini dia sering mendengar mengenai Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu tetapi tetap menghormati agama Kristian.
Dia juga menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim.
Malah Stacy turut memuji ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.
"Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,” katanya.
Ditanya pemberita apakah yang dia rasa selapas mengucap dua kalimah syahadah Stacy berkata, perasaannya amat teruja ketika itu walaupun tiada pengetahuan mengenainya.
"Masa tu saya sangat-sangat teruja. Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya yang terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama.
Stacy yang mahu kekal dipanggil nama berkenaan berkata, dia akan mempelajari Islam secara berperingkat dengan memasuki kelas agama.
Malah dia juga berhadap semua pihak di luar sana tidak terus berdebat isu pertukaran agamanya itu.
Dalam perlkembangan sama Stacy meluahkan rasa terkilan apabila gambar dia hadir ke pejabat agama Islam telah disebarkan kepada umum sehingga menjadi viral di media sosial.
Ujar Stacy, pada waktu itu dia sanggup bersembunyi untuk masuk ke dalam bilik dengan alasan tidak mahu dilihat orang namun ia tetap didedahkan kepada umum oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun kata Stacy dia memaafkan mereka yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan.
"Sebenarnya saya terkilan bila berita itu keluar. Saya nak rahsiakan kerana saya nak masuk agama Islam dalam keadaan tenang. Saya percaya ada orang dalam yang dedahkan tetapi saya maafkan," katanya.
MSTAR |
|
|
|
|
|
|
|
Terharu siot bc berita ni dgn nama baru stacy yg sgt islamik waaaaa stacy beruntungnyaa kamu tiada dosa bak baby baru lahir! Pahala jgk wt akim semoga berjaya mendidik stacy hingga ke jannahhh |
|
|
|
|
|
|
|
apapun tahniah semoga Allah memberi hidayah kepadanya... Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Terharu baca stetment stacy
Moga bahagia dunia & akhirat
tak kesah pon kalau dia peluk Islam kerana nak kawin
Why not...?
Niat hatinya biar tuhan saja lah yg nilai
Lagi pon dia dah kata dia memang minat Islam
Berbaik sangka lah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AprilLova at 25-8-2015 04:11 PM
stacyanam: I'm still who i am..Putet yang nakal,ketawa macam orang gila dan sangat sayang my lovely family..saya sangat bersyukur mempunyai keluarga yang support apa saja yang saya buat..love my family!and sorry kalau buat kamu terlibat dalam setiap tindakan yang saya buat #anamfamily @agneskaloos @chaqdelelli @kyra_cherry @chelton_christian @aldrich_aldrin
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg sebar video tuh mmg x amanah ...ermm |
|
|
|
|
|
|
|
Peluk Islam, Stacy Sedih Bercampur Gembira
Wajah gembira berbaur kesedihan terpancar sekelibat Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy Anam, 25, melangkah masuk ke bilik sidang media. Ditemani kedua-dua ibubapanya, Stacy mengakui dia belum bersedia untuk bercerita tentang kisah beliau memeluk Islam.
"Perkara itu terlalu peribadi, tetapi akibat orang yang diamanahkan telah menyebarkan video serta gambar saya memeluk Islam, saya terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan mengadakan sidang media ini untuk mengelakkan kekeliruan," jelas Stacy.
"Saya ingin masuk Islam tanpa sebarang gangguan. Saya nak tumpukan sepenuhnya pada majlis tersebut. Malah, mereka yang berada di dalam bilik tersebut sudah berjanji dan diberi amanah untuk tidak menyebarkan sebarang berita," tambah Stacy yang memeluk Islam lebih kurang pukul 10 pagi di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada hari Isnin, 24 Ogos, 2015.
Memilih untuk merahsiakannya atas sebab-sebab keluarga, pilihannya untuk memeluk Islam tidak ada kena mengena dengan Akim.
"Jika kerana mahu berkahwin dengan Akim, tak perlu saya masuk Islam sekarang. Saya boleh sahaja memeluk Islam sebelum berkahwin. Tetapi ini soal pilihan hati saya. Saya memeluk Islam atas kehendak diri sendiri, dan jika saya ditakdirkan tiada jodoh bersama Akim, saya tetap beragama Islam.
Stacy hadir ke sidang media bersama ayahnya, Anam Bayar dan ibunya, Agnes Kaloos. |
|
|
|
|
|
|
|
for those yang cakap Stacy masuk Islam sebab utama nak kahwin... well, itu antara dia dengan Allah... sedangkan ramai je melayu di Malaysia ni, tak perlu pun melalui proses untuk selidik and consider masuk Islam sebab dah dilahirkan dalam keadaan Islam... InsyaAllah, her syahadah would mean a lot compared to most of the born Muslims. Allah beri hidayah in different ways.. tengok je Corrie Lee and few other mualafs, mereka kenal Islam disebabkan perkahwinan, and in the end, mereka lebih banyak ilmu and lebih active berdakwah berbanding yang lahir Islam.. jangan lupa, dosa2 Stacy yg lepas pun terhapus. What about yang lahir Islam?? so please jangan pertikai niat utama dia masuk islam!
Ahlan Wa Sahlan Stacy, May Allah keep your intentions pure and may Allah continue giving you guidance. Ameen! |
|
|
|
|
|
|
|
Ahlan wasahlan saudara baru |
|
|
|
|
|
|
|
May you be blessed with a good heart and soul all the way. |
|
|
|
|
|
|
|
suda sudala ustaja2 siber.. ustaja jadian pertikaikan staacy.. biarla dia mau btuudng ka x.. tpulg pd dia..xpyh nak kepoh2.. jangan sukarkan kehidupan stacy.. berilah dia peluang.. dia dah masuk islam dia dah dpt hidyah la tu.. ingat senang ka tukar2 agama ni.. ada je yg kawin xtukar agama sebab xdpt hidayah..
pikir positip je.. mgkin hidayah tu hadir kawin tu penyebabb.. xda mslah.. suda tertulis ada takdirnya sebegitu dan dia pilih takdir tu...
ishhh kepoh sgt la ustaja siber dan ustaja jadian |
|
|
|
|
|
|
|
eh cantiknya dia sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian stacy
bertabah lah
Ada hikmahnya dugaan ni
Yg penting familynya ok x boikot |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... tahniah stacy... |
|
|
|
|
|
|
|
err.. nak tanya satu soalan boleh tak?
diorang yg msuk islam kena sunat tak?
maaf memang xtahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...Semuanya Hidayah Dr ALLAH SWT Buat Ummu Syaikkah Stacy Abdullah... |
|
|
|
|
|
|
|
tak wajib rasanya huhu ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|