|
"Maaf Ikram. Bunga tu tak ada dengan saya. Kan saya dah beri pada awak?" Rasa geram dalam hati. Mila bertegas tidak akan mengaku dan serahkan bunga itu kepada Ikram selagi Ikram tidak berterus terang dengannya.
Ikram pandang Mila yang begitu degil menidakkan perkara itu. Dia tahu, bunga itu sudah ditukar. Buktinya, bunga yang ada pada Mawar itu telah layu dan kering. Sengaja dia simpan dalam bekas tin itu supaya bunga itu tidak penyet.
"Ok..fine. Kalau jadi apa-apa pada awak, tolong jangan cari saya." Ikram cuba mengugut. Malas melayan Mila yang suka bermain tarik tali dengannya. Sekejap menggedik, sekejap serius dan sekejap pula seperti merajuk. Tak faham dengan sikap perempuan!
"Apa maksud awak?" Mila sekali lagi menahan Ikram dari membuka pintu kereta.
"Tak perlu jadi kura-kura dalam perahu. Saya tak ada masa nak layan semua ni." Ikram merenung tajam Mila yang semakin berani menyentuh tangannya. Sebelum ini tiada pula gadis itu berperangai seperti itu. Apa dia sudah terdesak sangatkah?
"Ok! Saya akan serahkan pada awak tapi dengan syarat." Kali ini Mila pula mengugut.
"Syarat apa?"
|
|
|
|
|
|
|
|
KERETA dipandu laju meninggalkan kolej. Sewaktu dia memercut kereta tadi, Mila masih berdiri di tempat letak kereta. Teringat syarat yang gadis itu minta. Gila! Memang tak masuk akal! Huh! Begitu senang perempuan sekarang ini menagih cinta dengan cara mengugut. Boleh jadi biul otak kalau asyik memikirkan hal remeh temeh seperti itu. Pedal minyak ditekan semakin kuat. Dia perlu sampai ke rumah Arisha sebelum jalan semakin sesak.
Sebaik kereta membelok ke kawasan peumahan, Ikram sudah melihat dari jauh kelibat Mawar sedang menunggunya di bawah sebatang pokok rambutan di halaman rumah Arisha. Perlahan keretanya berhenti di depan pintu pagar. Kereta Arisha ada tersadai di depan rumah. Hmm..Arisha tidak ke mana-manakah hujung minggu ni? Selalunya, ada saja aktiviti gadis itu bersama Ezzie. Ikram menapak keluar dari kereta.
"Maaf..saya lambat sikit. Jalan sesak." Ikram sengih kerang. Pertama kali menjemput seorang gadis untuk keluar berdua. Ah..memang sah dah buang tabiat!
"Oh tidak mengapa.." Mawar mengukir senyum. "Emm...sebenarnya kita mahu ke mana?"
Ikram ralit melihat Mawar yang cantik dan sopan berbaju kurung. Rambut disikat rapi dan diselitkan pin berbentuk bunga daisi. Kalaulah gadis itu menjadi miliknya nanti, segala kecantikan Mawar hanya untuk dirinya saja. Bukan untuk tatapan orang lain.
"Ikram...Ikram..."
Ikram tersedar dari lamunan. Dia terkebil-kebil. "Ya...ya.."
"Kita mahu ke mana?" Ulang Mawar, senyum melihat Ikram tidak berkelip memandangnya tadi. Entah apa yang difikirkan Ikram. Ini dia pakai baju kurung, kalau pakai seksi? Mahu terjengil mata lelaki itu. Dia faham benar dengan sikap lelaki. Pengalaman luas dalam kerjayanya sekarang ini, membuatnya cukup mengenali sikap dan perangai lelaki.
"Err...jom. Saja saya nak ronda-ronda dengan awak. Makan-makan.." Ikram sudah berpeluh. Entah apa yang dia fikir sebentar tadi sehinggakan Mawar menegurnya begitu. Gila ke aku ni?
Mawar mengatur langkah bersama Ikram dan menaiki kereta menuju ke destinasi yang entah di mana. Ikram yang sedang memandu dipandang sekilas. Lucu juga melihat riak lelaki itu yang menggelabah. Cuba ditahan rasa ketawanya agar tidak meledak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 23-9-2015 05:18 PM
"Kenapa tengok saya macam tu? Ada yang tak kena ke?" Ikram perasan dirinya diperhatikan. Lagilah dia merasa semakin menggelabah.
"Oh tiada apa. Tuan hamba kacak juga orangnya ya." Puji Mawar, dia menguntum senyuman manis.
"Tak baik tau puji tak ikhlas macam tu. Oh ya, kita sarapan di gerai Makcik Bedah la ya. Sedap nasi lemak kat situ." Stereng kereta dipusing ke arah kiri, kereta membelok masuk ke simpang kiri tidak jauh dari kawasan perumahan tadi. Perutnya sudah tidak sabar minta diisi.
Ikram mengajak Mawar menikmati juadah pagi di gerai Makcik Bedah yang terkenal dengan nasi lemak kukus pandan. Nasi lemak berwarna hijau itu cukup naik aromanya. Di situlah dia selalu melepak dengan Badrul jika melalui kawasan perumahan Arisha. Sudah dapat meja kosong, mereka berdua mula membuat pesanan makanan.
Mawar hanya perhatikan sahaja Ikram membuat pesanan. Dia perhatikan sekitar, bimbang juga jika terserempak dengan rakan setugas. Seingatnya, pernah Helmi mengajaknya makan di gerai ini dulu sewaktu dia mula-mula bertugas. Lega, tiada sesiapa yang dikenalinya berada di gerai itu.
"Awak cari siapa?" Ikram menegur.
"Oh..tiada sesiapa. Hamba cuma...melihat-lihat saja.." Perlahan suara Mawar kali ini. Dia berharap makcik Bedah tidak mengenalinya. Ini adalah kali kedua dia singgah di gerai nasi lemak terkenal ini.
"Maafkan saya kalau saya ajak awak keluar macam ni..awak rasa tak selesa. Saya sebenarnya risaukan awak saja. Yalah..terperap kat rumah Arisha. Jadi, saya ingat nak ajak la jalan-jalan. Tengok dunia luar." Ikram cuba mengawal perasaannya. Entah apa yang difikirkan Mawar ketika ini, tiba-tiba mengajaknya keluar. Dah tu, makan nasi lemak tepi jalan. Kalau Mila, sudah tentu kena bambu!
"Oh tidak mengapa. Hamba suka. Cuma..." Mawar perhatikan Ikram yang sudah meneguk teh panas yang baru tiba di meja.
"Cuma apa?"
"Hamba tidak mahu dituduh perampas. Apa dia tidak marah kita keluar berdua seperti ini?"
"Dia? Siapa?" Ikram mengerutkan dahi. Pelik pula pertanyaan Mawar kali ini.
"Kekasih tuan hamba..apa dia tidak cemburu? Maaf..hamba hanya bertanya.." Mawar terasa riak Ikram sudah berubah. Dia tunduk memandang alas meja bercorak buah strawberri. Haih..apa aku dah salah cakap ke? Lain macam je muka mamat ni.
"Kekasih?" Ikram terkejut, dia meneguk lagi teh panas yang masih berasap.
Mawar mengangkat muka. Dia kemudian mengangguk. "Hamba tidak mahu nanti Mila cemburu dan menuduh hamba yang tidak sepatutnya."
Tersembur teh yang diminum. Ikram segera tarik tisu dalam kotak yang sememangnya sudah tersedia di atas meja. Mulutnya yang comot dilap. Tumpahan teh panas di atas meja turut dilap.
"Kenapa Ikram?" Mawar terpinga-pinga.
"Tak ada apa..err...Mawar, boleh tak guna bahasa saya awak." Ikram pandang sekitar gerai. Dia perasan ada mata yang memandang. Mungkin disebabkan dia tersembur teh panas tadi.
"Er..maaf.."Mawar turut melihat sekitar. Ya, ada mata yang memandang ke arah mereka. Aku cakap kuat sangat ke tadi? Takkan sampai boleh dengar sampai ke hujung meja sana tu?
Seorang pekerja gerai datang membawa dua pinggan nasi lemak berlaukkan ayam berempah. Mereka berdua mula menikmati nasi lemak istimewa itu dengan penuh selera. Mawar hanya perhatikan saja Ikram yang begitu rakus meratah ayam. Dua ketul ayam dipesan tadi. Wajah lelaki itu diamati. Memang kacak. Rasanya hampir sama kacaknya dengan Helmi, rakan setugas yang dikenali dua tahun dulu. Lelaki itu juga masih menaruh harapan cintanya dibalas. Tidak mungkin dia mencintai rakan setugas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari raya aidil adha semua....cegitu masih kat opis lagi ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa...kesiannya cegitu..
kena stay back ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikram perasan Mawar asyik melihat sekitar gerai itu. Dia palingkan wajahnya ke arah dua lelaki yang duduk di meja belakang. Dari tadi dia perasan kedua lelaki itu seperti tidak lepas matanya memandang ke arah Mawar. Ada apa-apa ke? Ah..lelaki, memang begitu perangainya kalau melihat perempuan cantik. Tak kiralah tua ke muda ke, asalkan cantik, tentu menarik perhatian mereka.
"Mawar..saya minta maaf pasal bunga tu. Saya masih tak dapat cari.." Agak mendatar nada Ikram kali ini. Ralat sebenarnya bila dia membuat salah. Silapnya juga tertinggal tin itu di atas bangku dulu dan dia pasti, bunga itu telah ditukar oleh Mila. Siapa lagi kalau bukan gadis itu yang pulangkan semula tin itu kepadanya.
"Tidak mengapa, bunga tu selamat. Jika bunga itu berada di tangan orang yang salah, hamba...err..saya bimbang jika berlaku apa-apa pada orang itu. Sebenarnya bunga mawar putih tu bukan sebarang bunga. Seorang kiyai yang berikannya pada saya dan saya percaya, lelaki yang mengejar saya dulu itu bertujuan untuk mendapatkan bunga itu dari saya." Mawar terpaksa berterus terang pada Ikram walaupun tidak semuanya. Riak Ikram diperhatikan seketika.
"Jadi..bunga tu ada kuasa macam tu?" Ikram sudah bingung, keliru, pelik, semua rasa ada. Ipo pula pernah beritahunya tentang keanehan bunga itu yang berdarah meleleh sampai cecah lantai sedangkan dia tidak melihat itu semua. Hanya tompok darah saja yang ada pada kelopak bunga.
Mawar diam. Dia tunduk, nasi lemak dikaup dengan tangan dan disuap ke mulut. Soalan Ikram dibiarkan tidak berjawab. Sukar untuknya menjelaskan perkara yang dia sendiri masih tidak pasti. Arwah mama yang memberitahu rahsia itu sebenarnya dan bersusah payah dia mencari sehingga ke sebuah kampung di pendalaman dengan bantuan Helmi. Ya, mengingati Helmi, dia juga terhutang budi pada pemuda itu. Apakah kejam jika dia tidak membalas cinta Helmi hanya kerana perasaannya sekarang sudah berbunga untuk Ikram?
"Mawar..awak ok ke? Maaf, kalau soalan saya tu terlalu peribadi. Saya hanya nak tolong awak.." Ikram pula merasa bersalah melihat Mawar tiba-tiba diam. Penuh sopan gadis itu mengunyah nasi lemak. Kadang-kadang terfikir juga adakah benar gadis ini datang zaman dahulukala? Tercampak ke dunia sekarang ini?
"Tidak mengapa. Itu tugas saya untuk dapatkan kembali bunga tu. " Mawar mengangkat muka dan cepat-cepat tunduk. Tidak mampu dia menentang mata Ikram yang merenung tajam padanya. Sama seperti Helmi merenungnya. Seboleh mungkin dia tidak mahu terjebak dalam perasaan begitu semasa masih dalam penyiasatan.
"Tidak, itu juga tanggungjawab saya. Saya yang hilangkan bunga tu. Makanlah, lepas ni kita jalan-jalan. Saya belanja shopping. Saya tahu gaji awak berapalah sangat kerja jadi tukang masak kat restoran tu." Berbunga perasaan Ikram. Ya..pertama kali merasa perasaan indah itu. Kenapa dengan Mila dia tidak merasa seperti itu? Mungkin itulah yang dirasakan oleh Mila.
"Shopping?" Mawar kembali mendongak.
"Oh maaf..shopping tu..membeli belah." Ikram tepuk dahi.
Mawar senyum. Dia sebenarnya bertanya kerana dia tidak mahu berlama dengan Ikram. Hari ini juga dia perlu berjumpa dengan Helmi. Dia hanya menunggu masa yang sesuai sahaja. Ikram pula fikir lain. Nak tergelak juga dengan keadaan itu sebenarnya. Dia yang berpura-pura dan Ikram pula bersungguh mengajarnya semua benda. Aduh...senyuman Ikram cukup membuat hatinya cair.
"Boleh?" Ikram tanya lagi. Mawar seperti mengelamun. Ralit melihatnya. "Ehem..boleh ke cik adik sayang?"
Mawar tersedar. "Err...boleh apa?" Sungguh dia hilang arah tadi. Entah apa yang ditanya Ikram.
"Apa rupa saya ni ada iras rupa kekasih awak ke?" Nada merajuk Ikram mula kedengaran. Entahlah..kenapa pula dia harus bernada begitu sedangkan Mawar bukan kekasihnya apalagi isteri. Haish!
Mawar cuba menahan ketawa. Sungguh, kedengaran lucu di telinga kecilnya. "Apa? Kekasih?"
Ikram mengangguk.
HELMI hanya memerhati dari jauh. Malam tadi lagi dia berniat untuk menikmati nasi lemak Makcik Bedah. Tidak sangka terserempak dengan rakan setugasnya di sini. Motosikal Kawasaki hitamnya diparkir di bawah pokok. Sarung tangan hitam dan topi keledar turut dibuka. Dia berdiri di tepi motosikalnya, mata tidak lepas dari memandang Seri. Tiba-tiba hatinya merasa cemburu. Nampak mesra Seri melayan lelaki itu. Diamati pula lelaki yang sedang bergelak ketawa dengan Seri.
"Handsome jugak mamat tu.." Helmi masih berdiri di situ. Dia masih berkira-kira untuk ke sana ataupun tidak. Bimbang juga kalau penyamaran Seri akan terbongkar sedangkan tempoh untuk Seri menyiasat hanya tinggal sebulan saja lagi. Dan minggu depan pula, ketua ingin berjumpa. Entah apa yang tidak kena pada penyiasatan Seri kali ini. Sudah sehabis daya dia menolong Seri menyiasat kes itu.
"Siapa pulak mamat dua ekor tu? Dari tadi asyik tengok Seri je.." Lantas Helmi capai telefon bimbitnya dan mengambil gambar kedua lelaki itu. Dia kemudian menghantar teks mesej kepada Seri. Topi keledar dipakai semula. Menderum laju motosikal meninggalkan gerai Makcik Bedah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mawar meraba telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Dia melihat ada teks mesej masuk. Telefon bimbit itu dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Dia menyambung bicara bersama Ikram.
"Lucu juga ya... awak ni kiranya berani dalam takut la?" Mawar gelak kecil. Cerita Ikram tentang pengalamannya menyusup ke rumah usang malam-malam semata-mata untuk mengetahui kes paranormal dan mistik, padanya cukup lucu. Takut dalam berani. Sampai terkencing dalam seluar!
Ikram pula terasa malu sendiri. Ah, dah kenapa dia beria sangat cerita semua tu pada Mawar? Sedangkan sebelum ini beria dia berpesan pada Badrul agar tidak beritahu sesiapa kejadian dia terkencing dalam seluar.
"Sungguh lucu..koddig.." Mawar ketawa. Memang terasa seperti satu cerita kartun pula.
"Koddig?" Ikram terkejut. Sudah, bahasa apa pula yang Mawar cakap ni?
Mawar tersedar. Dia perlahankan ketawanya. Aduh..terlepas perkataan Belanda tadi. "Err...tiada apa-apa. Saya pun tidak mengerti apa maksudnya."
Fuh...lega. Ikram hanya membalas dengan senyuman. Hampir terbongkar rahsianya tadi.
"Dah habis makan, jom kita shopping." Ikram bingkas dari duduknya dan setelah membayar makanan, dia bersama Mawar menaiki kereta ke sebuah pusat membeli belah di pusat bandar.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 10
SENYUMAN Ikram sudah sampai ke telinga. Bersama Mawar sepanjang hari itu cukup membuat hatinya teruja. Selepas menghantar Mawar pulang ke rumah Arisha tadi, dia terus saja ke rumah orang tuanya di Bangi. Alang-alang membeli belah, dia turut membeli hadiah untuk mak dan ayah. Duit biasiswanya masih berbaki. Betullah kata orang, sanggup menggunakan duit biasiswa untuk belanja makwe. Dulu, dia mengutuk kawan yang lain yang asyik berkepit dengan kekasih masing-masing. Duit berhabis semata-mata hendak mengambil hati kekasih hati. Sekarang ini, berjangkit pula padanya. Rasakan!
"Ya Allah..apa aku dah buat ni?" Ikram meraup muka. Rasa dia sudah hanyut dibuai perasaan sendiri sedangkan Mawar mungkin tiada perasaan apa-apa padanya. Dia bingkas bangun dari katil. Asar belum ditunaikan lagi.
Usai solat Asar, dia akan pulang semula ke kolej. Selagi peperiksaan belum berakhir, dia perlu bermalam di kolej. Kalau tidak, pelajaran entah ke mana nanti. Bila difikirkan balik, bagus juga ada teman sebilik seperti Ipo. Walaupun kadang-kadang tidak sebulu, Ipo selalu mengingatkannya tentang belajar. Malah Ipo tidak merungut kalau disuruh menjaga Nicki.
"Ikram..dah nak balik ke?"
Ikram yang sedang menuruni anak tangga tersenyum manis. Ibunya sudah siap dengan bekalan kuih untuknya. Sejak dari zaman sekolah lagi, ibu tidak pernah lupa tentang itu. Sampai sudah besar panjang ini pun, ibu masih berbuat begitu. Entah-entah esok-esok bila dah kerja, ibu masih teruskan sikapnya itu. Dia tidak menolak, berdosa membiarkan perasaan ibu terguris. Sedangkan berkata 'Ah!' sekali pun sudah dikira berdosa.
"Ya mak..apa pula kali ni?" Ikram merapati ibunya, bekas tupperware di tangan ibunya dicapai. "Emm...sedapnya bau. Kuih ketayap kan?"
Hashimah mengangguk. Dia cium dahi anak bujangnya. "Jangan makan sorang pulak. Kasi kat kawan jugak. Banyak tu mak masak."
Ikram mencium tangan ibunya. Ayah pula tiada di rumah, dia ke majlis kesyukuran di rumah kawannya. Dia minta diri untuk pulang ke kolej semula.
"Ikram..siapa dia?" Hashimah dari tadi ingin bertanya. Rasa membuak ingin tahu.
"Siapa? Dia siapa?" Terpinga Ikram mendengar pertanyaan ibu.
"Alah..macam mak tak tahu. Arisha yang beritahu mak. Mawar..nama dia Mawar kan?" Senyum simpul Hashimah melihat rona wajah Ikram sudah berubah. Kemerahan.
"Err...saya pergi dulu mak." Ikram tidak menjawab, dia melangkah laju menuju ke kereta. Persona yang dihadiahkan ayah masa dia berjaya mendapat anugerah Dekan dulu ketika di tahun tiga pengajian.
Tersengih-sengih Ikram mengingati semula pertanyaan ibunya sebentar tadi. Arisha pun satu hal. Mulut kepoh mengalahkan joyah! Tak boleh simpan rahsia langsung! Namun hatinya senang sebenarnya. Sudah lebat berbunga dan berkembang bak bunga sakura.
|
|
|
|
|
|
|
|
citer ni sampai bab 10 je....
kalau rajin...sambung...mungkin lambat updatenya nanti..
@kambeng_masam
dah 50% tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
eeerrrkkkk.... HELMI vs IKRAM... pemenangnya ialah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 24-9-2015 06:10 PM
MAWAR cepat-cepat menukar baju dan keluar semula dari rumah Arisha. Barang yang dibeli tadi disimpan dalam almari. Nanti banyak soalan pula dari Arisha jika dia biarkan sahaja di atas katil. Mesej yang diterima dari Helmi tadi dibaca semula. Kebetulan Arisha dan Ezzie pun tiada di rumah. Ini memberi peluang kepadanya untuk berjumpa Helmi di tempat yang telah dipersetujui. Syukur juga hari minggu, majikannya di restoran itu memberinya cuti pada hujung minggu walaupun ada permintaan dari pelanggan untuk merasa masakannya.
Laju langkahnya keluar dari rumah Arisha. Dia menahan sebuah teksi yang kebetulan menurunkan penumpang di depan perhentian bas hampir dengan jalan besar dari kawasan perumahan itu. Dua puluh minit kemudian dia sampai di tempat yang telah dijanjikan. Helmi sudah menunggunya di satu sudut di ruang lobi hotel di pusat bandar. Semakin laju Mawar mengatur langkah. Dia perlu cepat. Sebelum maghrib, dia perlu kembali ke rumah semula.
Helmi tersenyum melihat rakan setugasnya sudah menapak ke arahnya. Berlainan kali ini penampilan Seri. Seluar jeans dan blaus biru gelap dengan topi di atas kepala dengan rambut ekor kuda. Jauh berbeza dari apa yang dilihatnya di gerai Makcik Bedah tadi. Walau apa pun pakaian yang membaluti tubuh Seri, padanya kecantikan Seri selalu terserlah. Sayang, Seri pernah memberitahunya dulu yang dia tidak akan bercinta dengan lelaki satu tempat kerja dengannya. Satu keluhan panjang dilepaskan. Pen yang dipegang dilontar ke arah Seri. Dia tersenyum. Tangkas gadis itu menangkap walau jarak jauh. Tajam penglihatan! Bermakna kemahiran Seri masih ada. Sengaja dia ingin menguji.Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak bergurau seperti itu dengan Seri. Kalau dulu sewaktu latihan kemahiran, Seri selalu jadi bahan bulinya. Ternyata Seri tidak mudah melatah atau mengalah. Gadis itu menghadapinya dengan sabar.
"Bravo!" Satu tepukan diberikan pada Seri. Tersenyum manis Helmi pada Seri yang sudah melabuhkan punggung di depannya di ruang lobi hotel itu.
"Kau sengajakan?" Mawar turut senyum. Dia sudah masak dengan perangai Helmi dan dia sudah dapat mengagak gerakan lelaki itu.
"Aku hanya nak uji ketangkasan kau je. Mana tahu, dah jumpa jejaka handsome, ketangkasan kau dah jadi tumpul." Helmi gelak.
"Sudahlah kau!" Mawar cuba sembunyikan rasa debaran hatinya. Terbayang wajah Ikram. Seharian bersama lelaki itu terasa sangat bahagia. Ah, sudah gila agaknya. Dia harus tepis semua itu. Dia bukan gadis biasa yang mudah tumbang dengan sikap lelaki yang romantik.
"Ni..kau snap gambar mamat dua orang ni, kenapa?" Mawar tunjuk whatsapp yang diterimanya tadi.
"Saja..aku jealous. Mata nak tembus tengok kau tadi." Helmi ketawa lagi, walau dalam hati sememangnya dia cemburu. Apa lagi dengan lelaki yang berbual mesra dengan Seri.
"Please la Helmi. Kau nak jealous?" Mawar turut gelak.
"Ok, back to our meeting today, kenapa pihak atasan suruh dismiss siasatan ni?" Mawar kembali ke tujuan asal. Riak sudah berubah serius.
"Datuk Hassan, arahan dia. Aku dapat makluman dari ASP Poh Chai." Helmi mula buka bicara tentang hal itu.
"Datuk Hassan??" Mawar mengerutkan dahi. Siapa lelaki itu untuk menganggu siasatannya? Setahunya, lelaki itu hanyalah seorang kenamaan yang tiada kepentingan dalam pasukan perisik. Dia hanyalah penasihat yang dilantik sekadar untuk memenuhi jawatan kosong. Semua keputusan di tangan ketua jabatan.
"Ya.." Helmi mengangguk, ada nada mengeluh.
"Bukan dia yang buat keputusan! Dia hanya orang luar dan dibayar gaji untuk mengisi jawatan penasihat." Mawar tidak puas hati. Dulu dia berusaha membuka semula kes kematian sekeluarga itu dalam satu rompakan. Berbicara dari hati ke hati dengan ketua jabatan. Terpaksa memberitahu siapa sebenarnya dirinya ketika itu. Alih-alih, siasatan itu ditarik balik.
"Aku tahu..tapi kita hanya kuli. Pihak atasan hanya mengikut saja. Kau faham maksud aku?" Helmi cuba menenangkan Seri yang sudah berubah rona. Memang itulah riak Seri jika ada yang tidak puas hati padanya. Dalam hal ini, dia tidak menyebelahi sesiapa kerana dia juga kuli seperti Seri. Hanya pangkatnya sahaja yang lebih tinggi sedikit dari Seri. Ujian ketangkasan semasa latihan berat dulu, Seri sebenarnya meraih markah tinggi dan itu membuatnya layak untuk dinaikkan pangkat. Tetapi entah di mana silapnya. Seri masih di takuk lama.
"Helmi..kau mesti tolong aku. Aku syak ada sesuatu yang tidak kena. Kau kan tahu pasal bunga mawar tu." Mawar cuba memujuk Helmi agar memujuk pula ASP Poh Chai tentang keputusan itu.
"Ya..aku tahu. Aku yang temankan kau jumpa Kiyai tu. Macam nilah..kau teruskan siasatan kau tapi dengan cara senyap. Aku rasa bila dah jadi macam ni, kau terpaksa balik ke pejabat semula. Kalau tidak, ketua akan syak kau teruskan siasatan tu. Pandai-pandailah nanti kita nak buat macam mana." Helmi pula membalas. Dia juga sudah buntu dengan keputusan yang tiba-tiba itu. Kes itu seolah ingin ditutup kemas.
"Aku yang susah..." Mawar bersandar di sofa. Kali ini terasa penyamarannya bakal berakhir. Minggu depan pula, Ikram ingin mengajaknya ke rumah Pak Andak. Ah, bingung! Dia harus cari jalan.
"Susah nak tinggalkan jejaka idaman malaya kau tu?" Sindir Helmi. Rasa cemburu kembali menerjah.
"Helmi...aku tak ada apa-apa la dengan dia. Kan kita ada kod etika." Mawar tunduk.
"Persetan kod etika. Aku rasa itu hanya satu alasan untuk kau tolak cinta aku dulu kan?" Sinis nada Helmi. Kali ini dia terasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
"Helmi..look.Aku tak nak terjebak dalam soal perasaan. Kita bukan polis biasa. Kau kena faham tu." Mawar cuba pertahankan etika kerjanya sedangkan ketika ini dia sendiri berperang dengan perasaan indah yang hadir untuk Ikram.
"Walau James Bond sekalipun, tetap ada perasaan.." Helmi mengeluh.
"Can we stop talking this nonsense?" Mawar sudah tidak dapat menahan rasa muaknya dengan sikap Helmi. Nama saja berpangkat besar tetapi bila menyentuh soal hati dan perasaan, Helmi seolah tewas. "Iets beu zijn..."
"Dah mula la tu..cakap bahasa yang aku tak faham." Helmi kembali senyum. Dia tahu kalau Seri tidak suka atau bosan mendengar katanya, bahasa Belanda itulah yang keluar dari bibirnya.
"Up to you. Sekarang ni, apa kita nak buat?" Mawar kembali tegakkan badannya.
"Ok. Macam aku cakap tadi. Kau kena kembali masuk pejabat dan kau senyap-senyap buat siasatan sendiri. Aku cover untuk kau..tapi dengan satu syarat." Helmi senyum penuh makna.
"Apa dia?"
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai..
awat la berenti tang suspen lak ni
hang pa ni memang la..
ikram pun bersyarat ngan Mila
Mawar pun bersyarat ngan Helmi?
sesuatu betullah citer hang ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
ala mokcun...sabaq naa....
citer ni baru bab 10
lambat lagi nak habisnya...kalau rajin ada lerr perkataan TAMMAT
ni nak kasi habis bab 10
lepas tu...susah dah nk update..
|
|
|
|
|
|
|
|
MAWAR pulang ke rumah dengan seribu satu rasa. Sepanjang perjalanan pulang sampailah tiba di rumah, kata-kata Helmi tidak lepas dari benaknya. Ya, syarat Helmi yang telah meletakkannya dalam situasi yang cukup sukar. Dilema. Bermalas di atas katil, Mawar capai kalendar dari atas meja kecil sebelah katil. Tarikh yang telah ditanda diperhatikan seketika. Sepatutnya sebulan saja lagi penyamaran dan penyiasatannya dalam kes kematian keluarganya. Tidak sangka, kes kecil seperti itu mendapat tentangan dari pihak atasan atas alasan arahan daripada Dato' Hassan.
Teringat lelaki itu, tercegat Mawar bangun. Dia segera capai fail yang diberikan Helmi tadi. Fail itu dibelek sepintas lalu, mencari surat rasmi dari ASP Poh Chai tentang penarikan balik kes itu. Satu demi satu ayat dalam surat itu dibaca. Fikirannya berserabut. Kusut. Semuanya menyesakkan! Mana nak fikir kes itu lagi, syarat Helmi dan lebih membuatnya merasa tertekan, apa yang dikatakan oleh Helmi pasal Ikram. Rupanya selama ini, Helmi menyiasat Ikram.
"Aku tak percaya..." Mawar meraup muka. Maklumat yang diberitahu oleh Helmi tadi cukup membuatnya tersentak. Namun dia masih waras ketika mendengar setiap kata dari mulut Helmi. Mungkin apa yang Helmi beritahu itu adalah kerana dipengaruhi rasa cemburu. Ya, sesiapa saja sanggup membuat fitnah jika perasaan menguasai minda. Namun, Helmi tidak seperti yang disangkanya. Lelaki itu adalah seorang perisik yang tidak mudah dikuasai perasaan seperti itu. Dalam hal ini, nampaknya Helmi lebih cekap darinya. Helmi lebih peka.
Fail itu dimasukkan ke dalam almari yang berkunci. Arisha dan Ezzie tidak perlu tahu tentang itu. Mawar kembali ke katil. Sepuluh minit lagi masuk waktu maghrib. Arisha dan Ezzie masih belum pulang. Lega. Sejak tinggal di rumah itu, dia sudah dapat menghafal jadual Arisha dan Ezzie. Esok, dia akan bangun awal ke restoran tempat dia bekerja. Dia bekerja di restoran itu pun bukan untuk suka-suka atau hanya untuk mencari wang. Antara pelanggan tetap di restoran itu adalah suspek yang dikaitkan dengan kes pecah rumah keluarganya dulu yang terlepas dari hukuman. Itu tujuannya memilih restoran itu.
"Ah...kenapa kes ini payah sungguh." Mawar mengeluh. Kalau sebelum ini, kes yang rumit sekalipun, dia tidak mudah putus asa. Tambah lagi bila dia selalu digadingkan dengan Helmi sebagai rakan setugasnya. Memang Helmi banyak memberi tunjuk ajar. Malah tugas pertamanya yang menyiasat penculikan misteri anak-anak orang kaya berjaya dilakukan dengan baik. Kes ahli kongsi gelap, dadah, pemerdagangan manusia juga diselesaikan dengan baik.
Minggu depan dia perlu berdepan dengan ASP Poh Chai. Jika keputusannya masih sama, bermakna dia perlu mencari jalan untuk keluar dari rumah Arisha. Mundar mandir Mawar di dalam bilik. Dia perlu bertenang.Telefon berdering kuat. Telefon bimbit dicapai dari atas meja solek. Ikram yang menghubunginya. Panggilan lelaki itu dijawab. Hampir sepuluh minit berbual, talian diputuskan.
"Ya Allah..." Sekali lagi Mawar meraup muka.
Sekarang ini dirinya terasa sudah dilambung seribu satu rasa. Ikram bersungguh mengajaknya ke rumah Pak Andak hujung minggu depan.
IKRAM tersenyum lebar. Perasaannya terbuai-buai mendengar suara Mawar. Sudah angaukah aku? Telefon bimbitnya disimpan semula di atas meja belajar. Azan maghrib sudah berkumandang dari surau kolej. Dia harus segera bersiap untuk ke surau. Berjemaah di surau kolej bersama pelajar lain dan juga warden asrama kini menjadi rutinnya. Terkadang dia bersyukur kerana Mawar adalah asbab untuknya mengenali diri dan mendekati Allah. Solat jemaah yang selama ini culas baginya. Kadang terasa perubahan dirinya adalah tidak ikhlas, bukan keranaNYA.
"Allahu rabbi..ampunkan aku.." Ikram meraup muka usai mengambil wudhuk.
Langkahnya diatur kemas menuju ke surau yang terletak di depan kod badminton, bersebelahan dengan blok asrama perempuan. Terdengar suara-suara berbisik. Telinganya masih belum pekak. Suara mengumpat dan mengata. Ah, macamlah korang alim sangat. Ikram menggumam.
"Bajet bagus.." Sinis kata Ikram, entah kepada siapa dia tuju pun dia tidak tahu, yang pasti suara-suara mengejeknya itulah yang ingin dihambur semula.
"Kau Ikram kan?"
Langkah Ikram terhenti. Satu suara menyapanya dari arah kiri. Dia berpaling. Seorang lelaki berjaket hitam dan berseluar jeans berdiri sambil bercekak pinggang. "Ya..saya."
"Aku Borman.."
|
|
|
|
|
|
|
|
"Aku ada hal penting nak cakap dengan kau." Tambah Borman. Tajam dia melihat lelaki itu yang berkain pelekat dan berbaju melayu. Kopiah putih di atas kepala.
"Hal apa? Penting sangat ke? Lepas solat boleh?" Nada Ikram turut menegak. Dari riak lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Borman tadi, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Diamati juga wajah lelaki itu dalam cahaya samar lampu di tepi surau itu. "Wait..Borman? Jadi, kau yang.."
"Ya..hal itulah aku nak cakap dengan kau." terus saja Borman memotong cakap Ikram.
Ikram baru teringat kata-kata Mila. Foto itu ada dengan lelaki bernama Borman dan lelaki itu sekarang ini berdiri di depannya. "Boleh..tapi aku nak solat dulu. Kau?"
Borman hanya diam. Dia hanya beri isyarat pada Ikram yang dia akan tunggu di foyer kolej saja. Ikram mengangguk. Sikap lelaki itu seperti tidak senang dengannya. Sudahlah buat tak endah saja bila diajak solat.
"Ah..aku dulu pun culas jugak..." Ikram menggeleng. Baru sedar, rupanya selama ini ramai yang tidak endahkan suruhan Allah termasuklah dirinya dulu. Alhamdulillah, dia kembali ke pangkal jalan tanpa paksaan daripada sesiapa pun.
Kaki dibasuh dan dia mula menapak masuk ke dalam surau. Usai solat dan mendengar tazkirah dari imam, Ikram bergegas pula ke foyer. Dia perlu berjumpa lelaki itu. Lelaki itulah yang memiliki foto Cempaka Sari kalau mengikut apa yang diberitahu oleh Mila dulu. Dia tidak harus lepaskan peluang ini. Itulah yang dicari selama ini dan Mawar juga inginkan kepastian itu. Kali ini dia senyum. Nampaknya syarat Mila akan dilupakan. Jika dia dapat maklumat dari Borman, bermakna secara tak langsung Mila akan pulangkan semula bunga itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
habis sudah bab 10..
terima kasih baca citer ni..
jumpa lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
awat? dah habis ka?
mana boleh..hang pa betullah
citer sekerat jalan
apa pun belum terbongkar lagi ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
hang pa ni pernah belajar kat Holland ka?
mokcun ada baca novel hang
Beb Akhirnya aku Dilamar....ada kisah kat Holland jugak
pandai cakap dutch ka?
maaf na...tak jawab pun tak apa..saja ja..
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...sampai bab 10 je ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|