CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

[Copy link]
 Author| Post time 29-4-2014 10:20 PM | Show all posts
Cerita 17 : hotel ni banyak antu laaa. ( based on true story – kazen aku, lelaki )


Okey, dalam cerita ni, ‘aku’ adalah kazen aku. aku cerita benda ni ikut perspektif dari biji mata dia. kalau betul cakap dia, betul la cerita aku. kalau tipu, tipu la.

Peringatan : jangan percaya sangat ye. Terima kasih. ;)

Masa tu, aku baru je check in kat satu hotel ni. Kerja aku memang membuatkan aku banyak outstation. Hotel dah macam rumah kedua aku. lepas check in, masuk bilik, letak beg tepi, baling kasut, terus landing atas katil. Badan aku letih sangat. Yela, dah tempuh perjalanan selama 12 jam. Duduk dalam kereta sampai naik kematu punggung aku. jam pun dah lepas tengah malam. So, disebabkan letih, aku terus landing dan tertidur.

Masa aku tengah syok tidur, aku rasa badan aku sejuk sangat. Macam tidur tak pakai baju. Padahal sebelum tidur, aku pakai baju long sleeve dan seluar tracksuit. So, tanpa bukak mata, aku raba – raba atas katil nak Tarik selimut. Sumpah, aku masih tersangat penat. Tengah dok raba – raba tu, tangan aku macam terkena kawasan tilam yang basah, melekit dan lembab. Besar pulak tu kawasan dia. aku malas nak peduli, so aku alihkan tangan ke tempat lain, dan akhirnya Tarik selimut sampai ke leher. Sejuk.

Tengah mamai – mamai nak tidur, aku tercium bau darah. Mula – mula sikit je, lepas tu bau tu makin kuat, makin pekat. Hanyir gila sampai aku rasa lemas! Aku Tarik selimut sampai lepas kepala. Masa tu, perasaan aku lebih ke bengang sebab aku nak tidur. Dah la letih gila. Lama – lama, aku tertidur sampai esok pagi.
Esok pagi, aku bangun tak pakai baju. Blur jugak mula – mula sebab seingat aku, aku pakai baju sebelum tidur. Takde bukak pun. Tak kisah la. Aku pun pegi mandi apa semua. Masa aku tengah shave depan cermin, aku dengar bunyi pintu bilik aku dibukak, pastu bunyi chanel tv bertukar. Aku ingat housekeeping, so tak kisah sangat.

Tak sampai 5 minit lepastu, aku keluar. Tengok tak de pun housekeeping. TV pun tutup. Oh, mungkin mainan perasaan aku je kot. Aku pakai baju, siap – siap nak pegi kerja. Satu habit aku bila tinggal kat hotel is, aku suka rakam apa yang jadi dalam bilik aku bila aku keluar pegi kerja. Nak jadi ghost hunter la konon.  Puik! So, sebelum keluar, aku switch on handy cam aku cucuk charger, tekan butang record, letak atas tv dan turun p kerja.

Balik dari kerja, mandi, solat maghrib dan isyak, makan sambil tengok tv. Lepas habis makan, aku ambik kamera atas tv dan tengok apa yang dapat di rakam. Mostly tak de apa yang seram. Lepas aku keluar, bilik jadi suram dan gelap. tak lama lepas tu, tv terbukak sendiri. Benda tu memang common aku jumpa. Tak kisah sangat.

Pastu, perlahan – lahan blik tu jadi macam makin cerah pulak. satu demi satu, lampu di on. Mula – mula suspek cleaner, tapi tak de pulak bunyi pintu di bukak. Lepas tu,bunyi shower. masa tu, aku dah rasa seram sangat, tapi masih control lagi. masih nak tengok.

Bunyi shower berenti, bunyi pintu bathroom di bukak, lepas tu bunyi orang berjalan. Masa aku tengok part ni,aku dah tak tahan. Aku tutup skrin kamera, kemas – kemas, angkut bag bawak turun g lobi. Tergesa – gesa. Aku tenangkan diri kejap, belek – belek surat khabar kat atas meja lobi, baca2 sikit. Bila dah ok sikit, aku bukak lagi video nak sambung tengok.


**rakaman video**

Lepas scene bunyi shower ditutup, bunyi orang berjalan. Jelas nampak jejak kaki di atas karpet yang lembut, tapi takda langsung kelibat manusia. Jejak kaki berjalan menuju ke tingkap, dan tirai dibuka luas. Kedengaran suara orang menyanyi – nyanyi kecil, dan kelihatan rupa katil seakan tenggelam sedikit. Seakan – akan diduduki oleh seseorang.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi doorbell dan bunyi selak pintu dan pintu dibuka. Serentak, kedengaran seperti bunyi pintu seolah dihempas, namun terdapat halangan. Kedengaran suara lelaki merengus dan suara perempuan bercakap dengan suara kuat,seolah panic, menangis dan merayu. Seolah bergelut. Situasi berlangsung beberapa ketika. Kemudian, kedengaran bunyi pintu dihempas kuat, suara wanita menjerit seolah sakit, serta keadaan katil berubah terus. Selimut, bantal dan cadar terpelanting ke tepi. Seolah ada badan yang terhempas. Kemudian, keadaan katil yang sedikit terhenjut. Suara tingkahan lelaki dan perempuan masih kedengaran, namun suara perempuan semakin lama semakin bingit @ high pitch, lalu diam.

Kelihatan pintu wardrobe dibuka, dan di katil seolah benda berat diheret ke tepi. Gedebuk! Dan pintu wardrobe ditutup perlahan – lahan.

**rakaman video tamat = kamera ter’off’ sendiri**

Jantung aku berdegup laju gila. Berpeluh – peluh badan aku tengok. Aku istighfar beberapa kali, mengucap berkali – kali. Tergamam. Aku tersedar lepas salah seorang staff hotel tepuk belakang aku, tanya keadaan aku.  malam tu, aku tidur kat lobby. tak berani naik bilik. berkali - kali manager stu suruh aku masuk bilik, siap offer tukar bilik lain. aku tak nak, dan tak nak dan tak nak! fobia.

Besok nya, aku terus call bos, cakap nak emergency leave, off fon, terus balik umah parents aku, 3 jam dari situ, stay kat situ 2 minggu. Aku kena demam panas, chicken pox, dan macam orang tak waras.. That is the first and the last time aku rakam benda merapu – rapu dalam bilik hotel!

Oh, btw, ada part yang aku termiss. Masa aku tutup skrin kamera tu, ko nak tau apa jadi? bila sampai part bunyi shower tu, wardrobe kat sebelah kiri aku, bergoyang. Macam ada bunyi benda jatuh.  Kuat jugak la bunyi. Aku ok, control. Bersangka baik, ingat bilik sebelah. Bila part shower berhenti, bunyi macam ada benda yang nak keluar dari wardrobe, pastu kat hujung mata aku, macam nampak pintu wardrobe tu terbukak sikit, and macam ada orang mengintai tengok aku buat apa. Pastu aku terus cepat – cepat kemas dan cau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 11:13 AM | Show all posts
wow   seramnyeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 12:22 AM | Show all posts
Cerita 18 : kena cekik, kentut dan kuku panjang.


Masa tu, aku on the way pergi rumah kawan aku. kitorang nak pegi wedding rumah kawan yang lagi sorang which is hundreds of kilometres jugak la dari Bandar kitorang. So, lepas kerja, aku terus gerak g umah kawan aku and tidur kat sana malam tu.


Kebetulan, bila aku sampai, kawan aku nak keluar. Dia cakap dia kena pegi ofis jap sebab ada masalah teknikal software thingy kat ofis dia, so dia memang kena rush g ofis utk settlekan masalah tu. aku pun ok je la kan, sebab aku memang dah biasa sangat dengan umah kawan aku ni, so dia tinggalkan aku sorang – sorang kat umah dia.


Lepas angkut bag, mandi dan solat apa semua, aku lepak depan tv. Tengok cd cita Wujud. Masa tu, aku tak tau mende lah cita Wujud tu. aku tengok cover depan cam cita kartun lawak, so layan kan la. Kalau aku tau, memang mati la aku nak bukak cita tu malam tu. haish.


So, lepas tekan butang play, iklan cina blue ray dvd cong ceng cong ceng, aku g dapur jap, ambik keropok and soft drinks. Untuk pengetahuan, dapur and ruang tamu ni memang straight je. dari ruang tamu terus nampak dapur dan begitulah sebaliknya.


Aku ingat lagi, cerita tu belum sampai 5 minit, dah siap ada tulis amaran “SILA TENGOK CERITA NI SAMPAI HABIS, KALAU TAK, KO KENA KEJAR HANTU BLA BLA BLA” diselangi dengan bunyi seolah orang baca mantera. Masa tu, aku baru je sampai ruang tamu, aku tengok camtu, terus aku cepat – cepat tutup cd, bukak astro. Masa tu, aku memang dah berdebar sangat – sangat! Sebab bunyi orang baca mantera tu memang seeeram betul! Kalau ikut pengalaman, asalkan sesuatu tu bunyi nya seram atau ‘diseramkan’ dan dibaca dengan penuh penghayatan seolah menyeru, PASTI akan ada yang muncul.


Masa tu, aku dah tak keruan. Aku baca al – ikhlas 3 kali, ayatul kursi, dan beberapa ayat al – quran lain sebagai penenang hati. Dalam masa tu, aku tak putus – putus zikir sebab aku rasa dah lain macaaaaam sangat! Zikir memang dah tak focus, sebab di telinga aku asyik terngiang – ngiang bunyi dan butiran mentera tu. suara seram lagi. hish!


So, aku ambk keputusan untuk bertenang, duduk bersila, tutup mata, bernafas dan betul – betul pusatkan seluruh pancaindera kepada zikir – zikir. Masa aku tengah syok berzikir, telinga aku tangkap bunyi sliding door terbukak ( tak khusyuk lagi ). Angin malam sejuk je masuk. Aku nak bukak mata tengok sapa yang datang, tapi seolah macam berat je mata ni nak bukak. Aku teruskan dengan zikir dan terus nak focus pada zikir. Tengah aku syok berzikir tu, aku rasa macam ada angin panas dekat ubun – ubun aku dan menjalar kedua kening, kelopak mata dan last sekali batang hidung aku.

pastu rasa macam ada tangan yang kasar sangat sentuh muka aku. aku dah terkesima. Tergamam. Tak tau nak buat apa. Zikir pun automatic berhenti sebab aku terkejut. Bila zikir berhenti, kedua pipi aku kena cengkam. Kuat, tajam dan sakit. Perit. Tangan tu rasa kasar. Kasar macam kulit kayu.kuku panjang dan busuk. Nafas aku mula sesak. Badan aku seolah dikunci, seluruh badan aku tak boleh bergerak. Sayup – sayup aku dengar suara ketawa. Garau dan mengejek. Bau darah makin kuat. makin hanyir, dicampur dengan bau busuk masam yang memualkan. ada sesuatu yang basah pekat dan melekit kena kulit muka aku. Busuk sangat!


Aku dah kelemasan. Nafas dah makin sesak. Aku tahan nafas dan baca al – ikhlas berulang – ulang kali, pastu beberapa zikir lain dan ayat suci al – quran. Benda tu makin kuat melawan, dan aku macam dapat nampak gambaran rupa makhluk tu macam mana.  


Rambut panjang, tinggiiii hingga hampir cecah siling. Pakai baju putih, dan di belakangnya berdarah berulat – ulat. kedua tangan sangat panjang, hitam dan berkuping tebal. Ada bahagian yang terkopek bergantungan menampakkan isi daging, nanah dan darah. Kuku panjang dan lidah sentiasa terjelir keluar. Lidah panjang dan bercabang hingga hampir mencecah lantai.

Benda tu berdiri di luar. bukan di dalam rumah. hanya tangan yang panjang saja menjalar masuk ke dalam rumah.


aku dah makin lemah dan hampir lemas betul. Last choice, aku terpaksa pakai ilmu yang aku tau. aku hembus sikit nafas, dan Tarik balik. baca sepotong ayat dari surah tertentu, tumpukan perhatian hingga terasa ada bahang / cahaya terkumpul di tempat yang aku kehendaki, kemudian lepaskan sekali nafas dengan cahaya.


cubaan Berjaya. Aku dapat bernafas macam biasa balik. terbatuk – batuk sampai termuntah – muntah aku kat ruang tamu. letih gila. Kebetulan, tengah aku muntah tu, kawan aku sampai. Kelam kabut dia  tengok aku termuntah – muntah. Dengan pintu ternganga, bau busuk seluruh rumah. panic sekejap.


Bila aku dah ok, situasi dah reda sikit, aku bagitau aku terkentut je. tak tahan cium bau kentut macam bangkai, sebab tu termuntah – muntah. Kawan aku bengang. Aku peduli apa. Kalau aku cerita kang, takut pulak dia. hahaha.

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 10:59 AM | Show all posts
popotalks posted on 1-5-2014 12:22 AM
Cerita 18 : kena cekik, kentut dan kuku panjang.

Hehe lawak... kentut busuk samapi termuntah muntah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 10:58 PM | Show all posts
terbaik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 19 : cerita pendek ~ makhluk pasar malam. Yoda?


Ok, masa tu aku pergi pasar malam. Ingat nak beli dada ayam goreng. Aku pergi sorang. Tapi tak lama lepas tu, aku terserempak dgn bf aku, so kitorang pun jalan sama - sama.

Masa tengah berselit - selit dekat tengah manusia kat situ, aku rasa macam ada bulu kasar kena tangan aku. Rasa macam bulu sabut kelapa. Tapi lebih halus. Aaa. Cmne ek? Mcm rasa rambut yg kering n kasar la lbih kurang. Just texture lebih tebal.

Ok, so masa tu aku tak kisah sangat. Orang ramai kan. Mana tau budak kecik ke apa, so kitorang terus berjalan sampai la ke tempat yg luas sikit and agak lengang. Masa tu aku rasa macam ramai je budak kecik kat pasar malam tu. Sana sini nampak budak kecik berlari - lari. Tapi sekali imbas je, sebab aku pn x perhati sangat.

Sampai kat gerai ayam goreng, kitorang kena tungu kejap sbb que agak panjang. Kebetulan masa ru bf aku nak g tgk bnda lain, so tinggal la aku sorang mnunggu kat situ. Sambil mnunggu, aku pn perati la keadaan sekeliling.

Tgh syok tgk2 org, aku rasa mcm ada budak kecik rempuh kaki aku, kuat! Sikit lg nak terjatuh. So, mata aku automatik la tengok bwh sia yg langgar kan? Bila aku tgk, aku perasan ada satu makhluk ni rupa mcm yoda, tp berbulu berwarna merah keunguan tengah dongak muka tengok aku. Muka dia mmg macam muka yoda dlm cita star wars tu, tp lebih banyak bulu halus yg obvious d bahagian muka n tangan dia cm panjang sgt. Mengheret d lantai.

Masa dia tengok aku, aku buat - buat tak nampak. Tapi memang cuak sangat masa tu. Pastu tetiba benda ni menyeringai. Dia punya mulut bukak besar oo. Dr telinga ke telinga. Seram. Aku maintain cool sbb tak nak dia perasan aku dpt tgk dia.

Tak lama pastu, yoda ni pun blah menuju ke tempat lain.perati je mana yoda ni pergi. Pastu aku terperasan, rupanya ada banyak benda ni d pasar malam. Berlari bawah meja, berselit d tengah manusia (tersengih2), panjat sana - sini. Tapi paling aku geli, ada sesetengah nya berak dan kecing dlm makanan. Ada jugak makhluk lain yg dok jilat menjilat makanan. Lidah panjang, air liur pekat berbuih putih susu, ada yg warna kehitaman dan kemerahan air liur. Ada satu kedai yg jual keropok lekor, dia macam bela makhluk halus ni  rupa macam ular panjang dan halus, tapi bahagian atas dia macam manusia berambut panjang.

Bila orang lalu, ular tu akan berdesir. Pastu, kalau ada yg beli makanan kat kedai tu, dia akan ludah dalam bekas makanan orang tu supaya org tu dtg lagi kedai dia. Eee. Dahlah kahak kuning. Berlendir. Busuk. Ee!

Ada jugak yg berbadan besar dan sentiasa menggamit orang lalu - lalang. Si badan besar ni, tugasnya menghembus2 nafas d makanan pelanggan. Supaya pelanggan sentiasa ingatkan rasa dan baunya dan selalu beli lagi.


Masa tu, hilang terus selera aku, aku terus cau balik umah. Bila bf aku call ajak keluar, aku ckp malas n ngantuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 4-5-2014 12:14 AM
Cerita 19 : cerita pendek ~ makhluk pasar malam. Yoda?



Demm...pasar malam kat mana ni?

Tapi majority psr malam cenggini situasi nye..time2 azan magrib berpusu2 kastemer. .peniaga sayang nak tinggal gerai...

segelintir je yang semayang..paling terharu tgk bdk jual yong tau fu semayang
Kat bus stop..nampak baik budak tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 20 : mak su jadi mak lampir.


Ok, masa tu aku ada kat umah. Cuti semester. Tengah syok lepak tengok running man, aku dapat panggilan telefon dari mak su aku

Aku : Assalamualaikum. Helo mak su.

Mak su : aarghh ( mengerang sakit. Bergelut dengan sesuatu ) na. Tolong.. (garau dan suara lain sangat )

Aku : kenapa ni mak su?? (Panik)

Mak su : tuuuttt tuuutt ( talian putus )

Aku try call balik rumah dia, tapi x berjawab. Aku cepat2 call ayah aku and pak su soh balik rumah  sempat aku call kazen aku polis mtk tolong. Masa tu dlm otak aku suspek mak su aku kena rompak and cedera parah. Darah berlumuran kat laintai, tengah nyawa2 ikan.

Aku masuk dalam  kereta and terus pecut g umah mak su. Tumah mak su ngn rumah kitorang x jauh. Dekat je. Xsampai 10 mnit guna keta.  

Sampai kat rumah mak su, aku tengok semua bertutup. Dalam rumah gelap. Kawasan luar rumah macam berkabus @ asap kelabu kehitaman.semacam ada getaran pelik yg aku rasa. Aahh sudah, amenda ni.


Aku tenangkan diri jap, istighfar dan baca zikir tertentu kejap lepas tu keluar dari kereta. Masa aku bukak pintu pahar, aku dengar bunyi benda jatuh and pecah pastu bunyi mak su jerit.

Aku berlari pergi ke pintu masuk rumah. Pintu kunci. Aku cuba masuk dari tingkap depan. Pun berkunci. sekali lagi bunyi benda besar terjatuh dan pecah. Kali ni mak su menjerit lebih kuat, nyaring dan panjang lepastu terus senyap. Aku mula panik. last2, aku ambik batu bata and pecah cermin depan rumah mak su. Panjat masuk dan cari mak su. Seluruh rumah aku cari, tapi tak jumpa.

Masa aku pergi dapur, aku terdengar bunyi kecoh dalam bilik stor. Macam bunyi kucing gaduh. Bila aku bukak, terkejut gila aku tengok mak su dalam tu. Makan something semacam daging. Berdarah2 mulut. Dengan rambut serabai, baju penuh darah. Bila mak su tengok aku, dia lari masuk ke dalam stor. Aku bukak lampu stor, masuk dalam stor and cari mak su.

Bersambung (bateri fon low. Sori2)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 08:54 AM | Show all posts
popotalks posted on 29-4-2014 08:20 PM
Cerita 17 : hotel ni banyak antu laaa. ( based on true story – kazen aku, lelaki )

citer ni rs seram...so aku rs cite btl kot...
drp rakaman tu mcm pompuan tu kne bunoh...lps tu bdn dia disorokkan dlm wardrobe tu..
hisskkk cam dlm pilem plak...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 09:34 AM | Show all posts
Alamak..bulu roma baru nak naik..he.he..sambung plis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:56 AM | Show all posts
menarik niiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 12:03 PM | Show all posts
popotalks posted on 4-5-2014 12:14 AM
Cerita 19 : cerita pendek ~ makhluk pasar malam. Yoda?

uih..patut ler ramai benor org kat psr malam..sib baik sy ni jenis yg tak suka sgt pergi pasr malam nih..ada dengar jugak penjual ni pakai pelaris..cam ular tu..siap ludah lagi..kat restoran bayk..dia orng ni tak takut tuhan ke?..buat kerja syirik sume ni?...TT boleh nampk semua tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 12:05 PM | Show all posts
popotalks posted on 6-5-2014 05:50 PM
Cerita 20 : mak su jadi mak lampir.

tak sabar nak tahu citer sterusnya...cm kena rasuk pun ada gak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan tanah

Jom tulis buku sesama nak heuehhheue

Boleh kalah ombak rindu ni hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:53 AM | Show all posts
jengkoil posted on 6-5-2014 12:10 AM
Demm...pasar malam kat mana ni?

Tapi majority psr malam cenggini situasi nye..time2 azan magrib ...

lokasi terpaksa dirahsiakan bagi menjaga bisnes orang. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:54 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 7-5-2014 08:54 AM
citer ni rs seram...so aku rs cite btl kot...
drp rakaman tu mcm pompuan tu kne bunoh...lps tu bd ...

hehe. baca boleh, percaya jangan ;p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2014 11:56 AM | Show all posts
Ipo posted on 7-5-2014 12:03 PM
uih..patut ler ramai benor org kat psr malam..sib baik sy ni jenis yg tak suka sgt pergi pasr mala ...

sekadar cerita. hehehe. apepun, tq sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:58 AM | Show all posts
theflash posted on 7-5-2014 02:13 PM
Tuan tanah

Jom tulis buku sesama nak heuehhheue

uih. belum layak lagi nak beganding ngan lejen cam flash >,<
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 12:01 PM | Show all posts
popotalks posted on 8-5-2014 09:54 AM
hehe. baca boleh, percaya jangan ;p

kalo nk pecaya pon pe slhnya...
aku terhibur...terasa seram2 tu bests jek....gitewww

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 12:34 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 8-5-2014 12:01 PM
kalo nk pecaya pon pe slhnya...
aku terhibur...terasa seram2 tu bests jek....gitewww

hahaha. malam ni sambung cita mak lampir tu pulak. yang tu boleh percaya sebab memang jadi betul - betul. tapi percaya 10% je lah ek. 90% semua tokok tambah gila - gila. hehe. dah cuti ni, bolehla salu update cite antu. mihihi. good day
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.086383 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list