|
DNARS SKINCARE - KULIT LICIN BAGAI TELUR DIKUPAS!!!
[Copy link]
|
|
ana_w_houb posted on 18-2-2014 09:11 PM ![](static/image/common/back.gif)
produk jenama SIMPLE tu...yang warna hijau putih tu....
oh ok2. tq...
skang memang tgh guna produk simple tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
sesedap tulih jer kata ada pitera bagai..nk promot pun beragak la.entah2 pitera tu pun x tau pebenda.mmg hak masing2 nk guna brand apa pon.. bg tukang promot pon kalo nk kelentong info pun biar beragak2..kalu x guna phone ni mau aku tepek artikel psl pitera tu penuh tred ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sue_0684 posted on 18-2-2014 09:28 PM
sesedap tulih jer kata ada pitera bagai..nk promot pun beragak la.entah2 pitera tu pun x tau pebenda ...
Tu ler. Mmg bg free pun x sanggup daku nak minum eh. Skrg dh tukar jd pi-tera ke apa benda. Tp nak jugaaak bunyi pitera kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
batman_2007 posted on 18-2-2014 10:02 PM
Tu ler. Mmg bg free pun x sanggup daku nak minum eh. Skrg dh tukar jd pi-tera ke apa benda. Tp nak ...
laa.tukor ejaan plak..pi-tera celah bedah ketiak mn plak ni.
kalo sk2 dari ragi..yg ni plak air tapai kot nyer.
hikhik..
kalo aidid muaddib tulih blog lg ni mau dicarutnya berguni2. |
|
|
|
|
|
|
|
sue_0684 posted on 18-2-2014 10:38 PM
laa.tukor ejaan plak..pi-tera celah bedah ketiak mn plak ni.
kalo sk2 dari ragi..yg ni plak air t ...
Hahaha. Tak yah tunggu adid nko. Ko pun dh bernas n pedas jgk. Tp elok la time promot dlm tv tu diadakan call dri org buat pertnyaan direct pengasas tentang sebarang soklan berkenaan produk. Ni duk menten cantiiikkk jer berbuih mulut ulang hat modal sama promot. Puuiii sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
batman_2007 posted on 18-2-2014 11:50 PM
Hahaha. Tak yah tunggu adid nko. Ko pun dh bernas n pedas jgk. Tp elok la time promot dlm tv tu di ...
btoi jgk..tp aku tngk x da masa pun untuk pertanyaan.aihh..awat aku meroyan tred ni..kebetulan ni..tred psl local produk lain ada jgk tp kebetulan aku x masuk..hihi..
aku berniat untuk bg kesedaran jer pd pengguna.jgn sebarang guna produk. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...sy nak bertanya pada yg pakar..muka sy jarang naik jerawat tp d sebabkan tersalah makan muka sy naik jerawat yg banyak, kwn cadangkan pakai dnar,dlm sebulan sy pakai dnar semua jerawat hilang,kemudian parut plk banyak jd sy pakai cream ku-neng n cream mlm berselang dengan toner trment.....tp still ada lg parut skit2.. ni cara sy pakai dnar :
kulit muka sy berminyak jd sy pakai set jerawat + toner trment + cream ku neng
pg - cuci + toner + cream siang
mlm - cuci + cream mlm + cream ku neng n selang ngna toner trment..
sebenarnya caranya mcm mana? apa yg perlu sy pakai lg utk tambahan supaya kulit lebih cantik berseri..![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah pakai dnar..cantik jd kulit saya. tp lau naik jerawat yang xnk tumbuh je..selindung dek kulit.ase macam berketul je. kawan saya pakai jugak sbb tgk saya.tp makin teruk muka beli dia bila da berhenti.
tanya kedai tue ade x nak tgk kandungan ..tp xde secara detail.... |
|
|
|
|
|
|
|
nurrnadiah posted on 24-4-2014 01:39 AM
saya pernah pakai dnar..cantik jd kulit saya. tp lau naik jerawat yang xnk tumbuh je..selindung dek ...
Kulit kt luar dah rosak, sbb tu jerawat pun xnk tumbah. Dia tumbah setakat dlm je. |
|
|
|
|
|
|
|
asziemiworld posted on 13-1-2014 09:29 AM
krim siang jgn pakai banyak..kalau pakai banyak memang nampak kilat... pakai skit aja biar nampak ...
Knp berkilat ye? Sbb ada mercury ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada baca yang dnars ni dah dibanned kat brunei sebab ada bahan merbahaya. hidrokunoin or mercury ke camtu. kat night cream or day cream. nanti aku cari balik aku tepek. |
|
|
|
|
|
|
|
Produk kosmetik didapati tercemar
Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan Thursday, 30 January 2014 15:18
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Januari. - Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai tiga jenis produk kosmetik yang telah didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.
Produk-produk berkenaan telah didapati melalui aktiviti pemantauan semasa pasaran yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di kedai-kedai runcit.
Produk-produk tersebut adalah seperti berikut iaitu 1) Dnars - Magic Beauty Cream (Night) Jerawat / Berminyak dicemari dengan Hydroquinone, 2) Natural 99 - Vitamin E Plus (Day Cream - Yellow) dicemari dengan Mercury dan 3) New Special 99 - Racikan & Vitamin E Asli dicemari dengan Mercury.
Bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan beberapa kesan yang memudaratkan kesihatan kepada orang yang memakainya.
Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit.
Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman dan meningkatnya risiko kanser kulit.
Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 kerana kesannya yang berbahaya ke atas kesihatan manusia. Ianya adalah mudah diserap melalui kulit dan mempunyai kecenderungan untuk berkumpul dalam badan. Pendedahan kepada merkuri boleh menyebabkan ruam pada kulit, hilang ingatan dan kelemahan pada otot, manakala pendedahan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan buah pinggang. Ianya juga adalah sangat toksik kepada anak yang berada dalam kandungan.
Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi produk-produk berkenaan. Berikutan dari dapatan ini, produk tersebut adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.
Orang ramai yang telah membeli atau memakai produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakai produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.
Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.
Sumber: http://www.pelitabrunei.gov.bn/n ... k-didapati-tercemar |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 24-4-2014 05:05 PM ![](static/image/common/back.gif)
Produk kosmetik didapati tercemar
Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan Thursday, 30 January ...
nasib baik dah berhenti... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
AzzaAzman posted on 24-4-2014 03:53 AM ![](static/image/common/back.gif)
Kulit kt luar dah rosak, sbb tu jerawat pun xnk tumbah. Dia tumbah setakat dlm je.
oo mcm tue ye.. bru thu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dnars ni iklan dia kt radio low class sgt. Perit je dengar. Ada ke ckp pasal lelaki lari la apa la... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh tongsampahkan produk ni sb keliling penutup krim malam dia bertukar kehitam-hitaman... aku rasa mmg ada hydrocuinon (sori klu typo, x reti nk eja), so sblm muka aku mjadi monster baik aku buang jer semua sblm mjadi parah.... mencegah lbh baik dr berubat... |
|
|
|
|
|
|
|
Baca awal page rasa nak try produk ni membuak2. Nasib baik baca sampai habis. Terus tak jadi beli. ![](static/image/smiley/onion/run.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
krim malam aje ke @ smua produk dia bermaslah...sy dh pakai 2 bulan produk ni...so far mcm takde mslah kat skin sy.... |
|
|
|
|
|
|
|
One of the pa dekat ofis ni pakai produk ni. Kulit dia mmg halus mulus gebus gitu.
Kulit cerah pinkish and sgt licin.
Bila tanya before ni kulit dia mcm mana dia kata banyak parit jerawat and gelap sikit.
Teringin nak try tapi tu lah..risau gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|