CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

Pasangan Pelakon Popular Gaduh Besar Gara-gara 'Orang Ketiga'

[Copy link]
Post time 24-10-2013 02:14 PM | Show all posts
Senang cerita....pompuan jenis2 flirt around mmg tak sesuai dibuat bini & lelaki jenis2 panas baran mmg tak layak di buat laki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekemende la, berlakon pn sedehhhh. Glemer sbb ape je ntahh. Dedua glemer gosip je both kakak adik. :Q
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 02:16 PM | Show all posts
Published: Khamis Oktober 24, 2013 MYT 12:45:00 PM
Updated: Khamis Oktober 24, 2013 MYT 1:32:20 PM

Sharnaaz Sudah Temui Pekin Selesaikan Tuduhan Jadi Perampas
Oleh KEMALIA OTHMAN


Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah bertemu dengan aktor Pekin Ibrahim pada malam Rabu (semalam) bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.
Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.
“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 32, mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose, 21, sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.
Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, pula menerusi laporan yang sama menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.
Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Ikuti jawapan Sharnaaz berhubung isu itu.

Uqasha dan Pekin mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Bagaimana reaksi Sharnaaz apabila dikatakan menjadi orang ketiga sehingga terputusnya hubungan Pekin dan Uqasha Senrose?
Pada mulanya saya agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi melibatkan saya, namun pengalaman lalu membuatkan saya lebih bertenang dan berfikir jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Apakah tindakan Sharnaaz untuk menyelesaikan masalah ini?
Sejurus selepas mendapat tahu berita itu, saya terus mengatur pertemuan dengan Pekin (pada Rabu) dan saya menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara saya dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali. Saya beritahu dia bahawa ia hanya hubungan seperti rakan sekerja dan saya yakin ada orang lain yang menyampaikan berita yang bukan-bukan kepadanya. Sebagai lelaki saya faham situasi dia dan tidak menyalahkan dia.
Bagaimana reaksi Pekin semasa pertemuan tersebut?
Sebenarnya saya dan Pekin sudah berkawan baik sejak dua tiga tahun yang lalu, saya mengenali dia seorang yang bagaimana. Dia juga meminta maaf kerana salah faham ini.
Bagaimana pula dengan Uqasha selepas kontroversi ini?
Saya harap hubungan mereka kembali seperti dahulu dan saya tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka. Saya harap Uqasha tenang menghadapinya dan orang ramai tidak menyalahkan dia dalam perkara ini.
Selepas kontroversi ini, adakah Sharnaaz takut atau lebih berhati-hati untuk berkawan dengan artis wanita?
Saya seorang yang mudah rapat dengan sesiapa tidak kira artis atau bukan, perempuan atau lelaki, bagi saya tidak perlu takut jika ianya tidak bersalah.
Bagaimana Sharnaaz berhadapan dengan kontroversi demi kontroversi yang melanda diri anda?
Saya hanya ingin mencari rezeki dalam industri dan saya tidak tahu mengapa banyak sangat kontroversi datang bertimpa-timpa, kes saya bertumbuk di tepi lebuh raya pun belum selesai lagi ini sudah ada kontroversi baru.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 02:29 PM | Show all posts
vv2005 posted on 24-10-2013 01:30 PM
bongok nye statment

pangai mcm budak2 . kalo aku jd uqasha , aku putos betol2 . motif canang pasal uqasha ngn shahnaz dkat wartawan ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 02:30 PM | Show all posts
dellema posted on 24-10-2013 01:30 PM
pulak dah
kalau nak gaduh2 manje tak yah umum kat media le weiii

tau xpe . yg ngadu kt wrtawan mslh gadoh2 kapel ni buat ape . ape bnde la pekin ni . kena tumbok ngn shahnaz nnt bru tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 02:30 PM | Show all posts
kosukeconan posted on 24-10-2013 01:32 PM
salah faham??
drama apa plak ni dorang mo men

drama bersiri murahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2013 02:46 PM | Show all posts
strategi nak up diri ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:17 PM | Show all posts
so dah x surprise la ni..??
hahaha drama..drama....
pe mende la korg ni. nk bercinta tu betul2 la. kahwin terus..senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 03:35 PM | Show all posts
hackktuii..drama sgt aih
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:58 PM | Show all posts
bobok_berhabok posted on 24-10-2013 06:30 AM
tau xpe . yg ngadu kt wrtawan mslh gadoh2 kapel ni buat ape . ape bnde la pekin ni . kena tumbok n ...

mcm tak pernah bcinta lak si pekin ni...
cinta sejati  ker ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:06 PM | Show all posts
ni la sok2 pas kawen, gaduh sikit cerai, gaduh sikit cerai, x matang dedua ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:39 PM | Show all posts
tetiba kuar cite nak buat besday party seprais...  cam ada keraguan disitu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:58 PM | Show all posts
Dah kawin nanti bini bercakap dengan apek kedai runcit pun boleh bercerai-berai ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 05:22 PM | Show all posts
ni kan curang kali ke-3.... maknanya uqasha dah 2x curang... pekin ok lagi ker???
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 05:23 PM | Show all posts
macam bau ikan jer... nak seprais birthday... lantak kome lah... apa apapun kita semua dah tahu perangai deme berdua ni... huhuhuhu.... yang pompuan pnh curang, yang laki baran...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 05:24 PM | Show all posts
satu lagi nak tambah.... mesti ayu raudhah gelak jer baca kisah deme ni... huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 05:44 PM | Show all posts
putus terus je la...wat pe lagi...baru mcm ni sikit...dh kecoh semalaya siap buruk2kan each other.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 06:12 PM | Show all posts
hadoii.. cerita remeh temeh camni pun nak kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Putus terus je la..wat pe kawen lg,..muda lg kot uqasha tu..membirah la dulu sepuasnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 08:27 PM | Show all posts
err.. cehh.. buat penat je aku beria2 bace dr page 1. Last2 salah faham sajorkk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list