CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anilza10

[Tempatan] Kanak-kanak mati ditinggal dlm kereta:Ibu Mangsa Biasa Tinggalkan Anak! #1403

[Copy link]
Post time 19-7-2013 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsmpai ati tengok foto arwah..seksanya nmpk mulut arwah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aishhh..x leh nk imejin cemmana budak tu bertarung nyawa hadap saat2 kematian
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:24 PM | Show all posts
copy from FB PDRM....

KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT SELEPAS DITINGGALKAN LEBIH LIMA JAM DALAM KERETA

Petaling Jaya, 19 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:32 PM | Show all posts
nangis pun tak guna..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntah terberak panas lapar takut lemas nangis berpeluh20- teddy bear je yg ada - kesiannya arwah iris . Auntie doakan arwah iris masuk syurga ..amiin
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:33 PM | Show all posts
Sedihnyer...aku takleh baca citer2 mcm nih, mengalir air mata aku, sbg  seorang ibu, anak lah nyawa segala, hilang anak, maka seolah2  hilanglah nyawa sendiri rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2013 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat jagaan pun xkol mak arwh tny nape arwah xdihantar ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana jaga ank murid agaknye ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 09:43 PM | Show all posts
Ayohhh...alasan lupa tu boleh la diterima kalau benda lain, ni lupa anak ada dalam kereta, adoyaiii susah nak process!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:50 PM | Show all posts
mcm2 hal.. mak dia pun bengappp sakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:00 PM | Show all posts
cocoagirl posted on 19-7-2013 07:07 PM
Sama mcm dlm rancangn oprah tu. Apa yg dia buat tu luar dr rutin dia. Maksudnya sblm ni x penah dia  ...

aku pun fikir macam tu juga...
bila dah selalu buat sesuatu ikut rutin, tiba2 rutin tertukar, memang boleh kelam-kabut jadinya. Apa lagi si ibu tu tengah bergegas2 nak pergi sekolah. Makin dia kelam-kabut.

dengar macam bangang, tapi benda macam ni tak mustahil.

Cuai memang cuai... tapi aku rasa simpati sangat kat si ibu.
aku selalu marah ibu bapa yang culas jaga anak..
tapi ibu yang ini berusaha nak seimbangkan keluarga dan kerjaya, bukannya sengaja biarkan anak sorang2.. tapi sayang sekali cuai, terus nyawa anak jadi mangsa...


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:06 PM | Show all posts
ya allah...macam mana boleh lupa siksanya anak tu



innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:06 PM | Show all posts
baru lepas sedih kes budak mati tersepit lift...dah ni pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:08 PM | Show all posts
kereta apa cikgu ni pakai. MPV ke? kes yang sebelum ni... kereta Alza.

sebab dia kata tak perasan langsung... hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:09 PM | Show all posts
paperchase posted on 19-7-2013 05:22 PM
semoga si ibu redha dengan musibah yg menimpa. bersyukurlah krn dipinjamkan anak oleh Allah walau se ...

sy hrp anaknye redha dgn kebodohan maknye. dan memaafkn maknye.amin
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:19 PM | Show all posts
err..siapa yang masukkan anak dia dalam kereta? masuk ingat...lepas tu bila keluar lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm 5jam tu xsolat zuhur n asar ke. G tandas ke. Ntah la xleh nk imejin dh. Na'uzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:24 PM | Show all posts
noor2 posted on 19-7-2013 10:19 PM
err..siapa yang masukkan anak dia dalam kereta? masuk ingat...lepas tu bila keluar lupa

itu yg aku pelik. Takkan budak tu masuk sendiri dgn kakaknya tanpa mak dia tak sedar.  Kakak budak tu dah diantar ke pengasuh, takkan adik dia yg tak turun mak dia tak nampak/tak ingat??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:30 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 19-7-2013 10:24 PM
itu yg aku pelik. Takkan budak tu masuk sendiri dgn kakaknya tanpa mak dia tak sedar.  Kakak budak ...

banyak sangat ke keje sampai boleh lupa...suaminya mana..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:33 PM | Show all posts
noor2 posted on 19-7-2013 10:30 PM
banyak sangat ke keje sampai boleh lupa...suaminya mana..

Ntahlah. Byk sgt yg tak kena dgn kes ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.083350 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list