ladyFinger12 posted on 5-8-2013 02:29 PM
Maaf atas teguran. Harap x simpan dlm hati. Pd lady memanggil suami mguna namanya saja adalah s ...
Tak... saya tak kecil hati, malah saya gembira sebab ada yang sudi baca dan bagi komen, dan setiap komen itu amat saya hargai.
Ia menjadikan semangat saya untuk berkarya semakin bertambah. Jujurnya, teringin nak bagi kat keluarga & kawan-kawan rapat sendiri baca dan bedah siasat karya saya, tapi saya segan nanti dia orang ketawakan saya pulak. Jadi, bila ada medium di sini untuk berkarya, dapat pula komen-komen dari pembaca semua, saya amat gembira.
Terima kasih atas perkongsian tersebut, saya akan cuba ambil iktibar. Mungkin sekiranya saya berjaya menghantar cerita ini ke versi cetak, ya saya akan ubah bahagian itu: sepak kaki suami & nama panggilan untuk Ustaz Umar itu.
By the way, Najiha kata, nama panggilan untuk Umar itu biar dia saja yang tahu, dia malu nak bagitahu umum. Jadi Jiha kata kat saya (penulis), tolong jangan tulis. Tapi kalau pembaca minta juga, maka cadangkanlah nak panggil apa kat Umar kesayangan dia itu hehe...
Apa kata pembaca yang lain?
Okay, saya bagi pilihan: nak Jiha panggil abang / abang ustaz/ sayang / cadangan lain...?Cadangan yang diterima akan dapat sampul raya (printable) tanpa isi hehe...
|