CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 29-1-2013 03:57 PM | Show all posts
Kelam kabut sahaja Dahlia bersiap. Hari ini dia hanya mengenakan mekap yang nipis. Dia sudah belajar teknik mekap yang ringkas dari Jamie. Semua itu atas arahan Haidar. Haidar tidak suka melihat Dahlia selekeh.

Dahlia mengenakan baju kurung dari jenis kain kapas. Dia suka baju kurung dari kain kapas. Sejuk dan selesa. Dahlia membelek dahinya yang ditampal plaster. Kesan hantukan itu meninggalkan sedikit luka.

Haidar pelik melihat rambut Dahlia yang serabut dibahagian dahi. Selalunya rambut panjang Dahlia itu selalu diikat. Kali ini Dahlia membiarkan dengan sedikit rambut menutupi dahi. Kelakar pula Haidar melihatnya.

“Rambut tu tak sikat ke?” tanya Haidar. Dia menuangkan susu kedalam gelas Dahlia. Pagi – pagi itulah minuman kegemarannya selain jus oren. Jarang Haidar minum minuman berkafein.

“Sorry saya tak sempat nak buat sarapan hari ni.” Dahlia tersengih. Dia tidur lewat malam tadi kerana cemas. Selalunya memang Haidar  yang akan membuatkan sarapan.

“Tak apa. Saya dah bakar roti ni. Makanlah.” Pelawa Haidar.

Dahlia cepat – cepat mencapai roti sambil melarikan pandangannya daripada Haidar yang ralit memerhatikan Dahlia. Dahlia teringatkan mimpinya tadi. Pipinya bertukar merah.

        Pelik sungguh Haidar melihat kelakuan Dahlia. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke kerusi Dahlia. Dia menunduk ke arah Dahlia yang sedang duduk. Dahlia gugup. Rotinya terasa mahu tercekik didalam tekak. Hembusan nafas Haidar terasa dimukanya. Dadanya berdebar – debar. Apa Haidar nak buat ni. Badannya keras dan kaku.

        Jari Haidar menyelak rambut didahi Dahlia.

“Kenapa ni?” tanya Haidar sambil jarinya menunjal plaster di dahi Dahlia.

“Aduh...” Dahlia mengaduh. Terlepas roti yang disapu je keatas baju kurungnya.

“Habis dah baju saya kotor.” Rungut Dahlia. Haidar buat tidak tahu sahaja.

“Kenapa dahi tu?” tanya Haidar lagi. Dahlia mengelap bajunya dengan tisu. Mahu ditukar tidak sempat. Dia hanya menggosok sehelai sahaja pakaian semalam.

“Terhantuk pintu.” Jawab Dahlia.

“Luka?” tanya Haidar.

“Sikit je.”

“Padan muka. Lain kali hati – hati sikit. Orang hari pertama kerja muka kena ceria. Ni tak dah tertampal pulak.”Haidar menggelengkan kepalanya.

Dahlia mencebik. Bukan nak simpati. Dipadan mukakan kita pulak.

“Kelam kabut tadi, tak nampak pintu.” Jawab Dahlia. Dia merungut – rungut perlahan.

Haidar tersenyum.

“Dah lewat ni. Cepat habiskan sarapan. Saya hantar awak. Lepas ni awak pergi daftar kelas memandu. Ambil lesen. Senang sikit tak payah dihantar dijemput.”

“Saya boleh naik baslah.”

“Naiklah, tapi kena keluar rumah pukul enam pagilah kalau nak naik bas. Kena jalan kaki kejalan besar dulu. Kat sini bas tak lalu”

Dahlia menelan air liurnya. Awalnya. Pukul berapa nanti kena bangun. Kena jalan kaki lagi. Nanti baru awal pagi tapi sampai pejabat dia sudah berkepam bau peluh.

“Cepat makan. Jangan nak berangan. Lambat dah ni. Nanti jem.”

Haidar sudah membawa gelas dan pinggang kosong ke singki. Cepat – cepat Dahlia menghabiskan roti yang berada didalam pinggan. Buat alas perut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2013 03:58 PM | Show all posts
BAB 46

LEBAR sahaja senyuman Dahlia. Dia sedang diperkenalkan oleh Tengku Muaz kepada rakan – rakan pejabatnya. Mereka semua menerima Dahlia dengan senang hati.

Bilik Dahlia bersebelahan dengan bilik Tengku Muaz. Bilik Dahlia agak kemas dan tersusun. Dahulu bilik ini dihuni oleh Encik Faisal yang bercuti lama untuk menyambung pelajarannya keluar negara.

“Ini bilik awak. Ada beberapa fail kat atas tu awak baca. Fail merah berkenaan dengan polisi kerja dan syarikat. Semua ada dalam tu. Fail hitam dan kelabu tu projek – projek yang awak akan handle. Nanti pembantu awak Mira akan terangkan. Sebab kedua – dua projek tu sedang berjalan dan diuruskan oleh Faisal. Awak kena sambung kerja – kerja seterusnya. Kalau ada tak paham boleh interkom saya atau Mira.” Terang Tengku Muaz ceria.

Gembira dia kerana hari ini Dahlia akan bekerja dengannya.

“Dahi tu kenapa?” tanya Tengku Muaz.

Dahlia memegang dahinya.

“Terhantuk pintu. Kelam kabut sangat pagi tadi.” Dahlia tersengih.

“Oh. Haidar sihat?”

“Sihat.”

“So, macam mana hidup bila dah berumahntangga ni?” tanya Tengku Muaz dengan perasaan yang pedih. Dia melihat inai di jari Dahlia yang masih merah.

“Macam biasa.” Itu sahaja jawapan Dahlia. Memang seperti biasa. Tiada yang istimewa. Setiap hari ada sahaja bebelan Haidar kepadanya.
Tengku Muaz mengangguk.

“Oklah. Saya minta diri dulu. Kalau nak tanya apa – apa boleh tanya saya. Sekejap lagi Mira akan terangkan apa yang perlu awak buat.” Tengku Muaz meminta diri.

Setelah Tengku Muaz keluar Dahlia terus sahaja duduk dikerusinya. Empuk. Dia membuka komputer. Fail berwarna merah dicapai. Ingin membaca peraturan syarikat dan kerja. Bila dah faham barulah boleh kerja dengan tenang.

Telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan daripada Haidar

Macam mana tempat baru. Okey semua?

Dahlia tersenyum dan membalas. Prihatin jugak ya suami aku ni.

Okey. Staff semua okey.

Haidar membalas.

Baguslah. Tengah hari nanti saya jemput awak. Kita lunch sama – sama.

Dahlia tersenyum.

Ok.

Pintu biliknya diketuk. Terjengul seorang gadis yang memakai cermin mata besar, rambut ditocang dua, blaus berwarna oren dan skirt labuh berwarna kuning. Subangnya boleh buat gelang. Besar.

“Hai Cik Dahlia. Saya Mira.” Perempuan itu memperkenalkan diri.

Dahlia tersengih.

“Mulai hari ni saya akan jadi pembantu Cik Dahlia. Cik Dahlia jangan risau. Apa sahaja permintaan Cik Dahlia akan saya cuba penuhkan. Cik Dahlia nak kopi pun, saya akan buatkan.” Mira bercakap tanpa henti sambil sesekali membetulkan cermin matanya yang besar.

“Okey. Tadi Tengku Muaz pesan dekat saya pasal projek Encik Faisal yang perlu saya sambung. Boleh awak terangkan.”

“Boleh.” Buru – buru sahaja Mira menuju kearah Dahlia.

Mira menerangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan Dahlia pada hari ini. Mereka berdua meneliti fail serta melihat program kerja yang sedang berjalan. Banyak yang Dahlia perlu belajar dan ambil tahu. Mujurlah Mira senang dibawa berbincang.

Diluar bilik Dahlia, Tengku Muaz mengintai disebalik pintu kaca. Kelihatan Dahlia tekun mendengar penerangan Mira. Sesekali kelihatan mereka ketawa. Tengku Muaz tersenyum. Hatinya berbunga bila melihat senyuman riang Dahlia. Dengan helaan nafas yang berat dia meninggalkan kawasan tersebut untuk ke bilik daddynya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:14 PM | Show all posts
tq kikuri...berbunga-2 lak rasa baca smbngn ptg nih....bila la haidar nk terus terang yg dia cintakn dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:13 AM | Show all posts
nak Haidar @ Dahlia...tukar Mira jadi cantik.
Lalu Tengku Muaz terpikat kat Mira lak.

errr......boleh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 02:32 PM | Show all posts
arini xada sambungan ke..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 03:30 PM | Show all posts
XDE SAMBUNGAN KER??hari2 violet tunggu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2013 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xde sambungan lg???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 04:46 PM | Show all posts
yela...
bila nak sambung tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2013 12:09 PM | Show all posts
cuols....sorry lambat hapdet....bz sangat minggu lepas...arini baru pree skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 12:10 PM | Show all posts
BAB 47

        BURU – BURU sahaja Dahlia keluar dari biliknya menuju kearah lif. Haidar sudah menelefonnya menyatakan dia sedang menunggu Dahlia dibawah. Diluar dia telanggar seseorang.

        “Sorry, sorry saya tak sengaja.” Kata Dahlia tanpa memandang kearah lelaki yang dilanggarnya. Dia mengutip tas tangannya yang terjatuh dilantai. Tetapi lelaki itu pantas mengutip tas tangan Dahlia. Dahlia merenung lelaki yang menolongnya. Seorang lelaki yang separuh umur tetapi masih kacak dan berkarisma sedang merenungnya.

Kedua mereka bangun. Pada masa yang sama Tengku Muaz keluar dari biliknya.

“Kenapa daddy?” tanya Tengku Muaz. Perasan renungan Tengku Nazri terhadap Dahlia.

“Tak ada apa – apa. Kemalangan kecil.” Jawab Datuk Nazri. Dia menghulurkan tas tangan Dahlia.

“Siapa ni?” tanya Datuk Nazri. Dahlia dipandang atas dan bawah. Cantik. Desis hatinya.

“Lupa pulak Muaz nak bagitahu daddy tadi. Ni staff baru kita yang gantikan Faisal. Dahlia namanya. Puan Dahlia.” Tengku Muaz memperkenalkan Dahlia.

Dahlia menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

“Maaf Tengku. Tadi saya kelam kabut sangat sampai terlanggarkan Tengku.” Dahlia memohon maaf.

Tengku Nazri tersenyum.

“Tak mengapa. Benda kecik je.”

“Dahlia nak kemana?” tanya Muaz.

“Nak turun lunch. Suami saya dah tunggu.”

Tengku Muaz tersenyum hambar. Dahlia terus meminta diri. Tengku Muaz hanya merenung sahaja Dahlia yang sedang terburu – buru itu. Tengku Nazri perasan renungan Tengku Muaz yang semacam sahaja terhadap Dahlia.

“Jangan dikacau hak orang.” Kata Tengku Nazri sambil menepuk bahu Tengku Muaz. Kata – katanya itu membuatkan Tengku Muaz malu sendiri. Dia hanya tersenyum sumbing sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 12:11 PM | Show all posts
BAB 48

        DAHLIA membalut kepalanya dengan tuala. Segar rasa badannya selepas mandi. Jam menunjukkan jam sepuluh malam. Sudah agak lewat untuk mandi. Pulang dari kerja mereka menuju ke rumah keluarga Haidar. Puan Jamilah mahu bertemu Dahlia. Rindu katanya.

Dahlia berasa bahagia saat bersama keluarga Haidar. hilang rasa rindunya terhadap paklong dan maklongnya. Sekali sekala ada juga dia menelefon mereka bertanya khabar.

Walaupun bada Dahlia berasa letih namun matanya tidak mengantuk. Dahlia keluar bilik untuk menonton televisyen. Ruang tamu agak malap. Dahlia malas mahu membuka lampu. Tengok tv dalam gelap pun seronok juga. Terasa macam tengok wayang.

Dahlia meraba – raba laci kabinet tv. Mencari DVD drama Korea kegemarannya . Dia mahu melihat episod seterusnya. Suasa agak sunyi. Hanya kedegaran bunyi Dahlia mencari DVD sahaja.

Sudah mendapat DVD, Dahlia menuju kedapur pula. Mencari makanan ringan dan membuat air coklat panas. Haidar sudah tidur agaknya. Bolehlah Dahlia bersenang – senang tanpa bebelan Haidar. Dia menuju kearah ruang tamu.

DVD dimasukkan kedalam DVD Player. Butang play ditekan. Terpapar cerita yang selama ini dia tidak mempunyai kesempatan untuk menonton. Mujurlah rumah Haidar banyak koleksi filem. Tidaklah dia bosan sangat.

Seronok sahaja Dahlia mengunyah kerepek kentang sambil menonton filem. Slurrpppp... air coklat disedut nikmat.

Nasib baiklah Haidar tidur. Jika tidak tiada peluang mahu menonton sambil mengunyah makanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 12:11 PM | Show all posts
“Amboi...seronoknya...” bisik satu suara ditelinganya.

Dahlia menjerit ketakutan. “Makkkk...”

“Tolong la datuk, cucu mintak ampun. Cucu janji cucu tak buat lagi.” Terketar – ketar suara Dahlia. Telapak tangannya dirapatkan sambil bergoyang – goyang seperti cina sembahyang itu.

Hi...hi...hi...terdengar ketawa yang galak tetapi agak terkepit itu.

“Ehemm...” Haidar membetulkan suaranya. Tersilap pula. Patutnya ketawa macho tetapi silap ketawa kepit. Nak buat macam mana dah terbiasa.

Dahlia membuka mata. Dalam samar – samar dia melihat Haidar ketawa sambil menekan – nekan perutnya.

“Awakkkk...” jerit Dahlia geram. Bila masa agaknya Haidar keruang tamu. Dahlia tidak sedar. Tiada sebarang bunyi.

“Awak ni degil betul kan? Saya dah pesan banyak kali jangan makan dekat ruang tamu, tapi awak buat jugak. Tengok hari tu macam mana, tak pasal – pasal karpet saya kena masuk dobi.”. Haidar duduk disofa. Sekeping kerepek kentang diambil dan dimasukkan kedalam mulutnya.

Dahlia duduk disebelah Haidar. Muncung sahaja bibirnya. Buat terkejut aku je. Nasib baik tak ada lemah jantung, kalau tak menduda lah kau.

“Marah ke?” tanya Haidar. Sedar muka Dahlia yang masam itu.

“Tak. Suka adalah.” Jawab Dahlia kasar.

“Oh, suka ya. Tak apa, nanti saya buat lagi.”

Dahlia mencubit Haidar geram. Haidar mengaduh kesakitan.

“Hei apa main cubit – cubit ni.” marah Haidar.

“Padan muka.” Dahlia menjelirkan lidahnya pada Haidar.

Haidar sudah geram. Nak kena ni.

Akhirnya pinggang Dahlia menjadi sasaran. Dahlia ketawa kegelian. Pinggang agak sensitif. Mahu terkencing dia digeletek Haidar.

“Awak, sudah la geli. Hihihih...” Haidar tidak peduli. Terus menggeletek Dahlia.

“Awak, dah la saya nak terkencing ni.” Dahlia merayu. Mendengarkan itu barulah Haidar berhenti menggeletek. Buatnya Dahlia terkencing disofa tak ke haru?

“Dah lama saya tak ketawa macam ni.” luah Dahlia.

Haidar diam. Dia hanya merenung Dahlia. Simpati.

“Masa belajar dulu pun sama. Sepatutnya waktu belajar adalah waktu yang menyeronokkan. Tapi tak bagi saya. Saya terlalu serius masa belajar. Ada waktu saya bekerja sambilan. Kadang – kadang saya bantU pensyarah saya dalam kertas kerja mereka. Agaknya sebab tu saya tak ramai kawan.” Seperti mengadu sahaja Dahlia.

Dahlia akui hidupnya tak seceria teman – teman yang lain. Mungkin didikan paklong yang tegas membuatkan Dahlia seperti itu.

“Awak dulu macam mana?” tanya Dahlia.

Haidar mengangkat bahu. Malas mengingatkan zaman belajarnya yang mengembirakan tetapi penuh noda dan dosa.
“Kalau awak tahu nanti, pengsan pulak nanti.”

“Tak apa ceritalah kalau awak mahu.”

Haidar menarik nafas panjang.

“Nantilah. Kalau ada masa saya cerita.” Putus Haidar. Malas mahu mengungkit cerita zaman belajarnya di Italy. Nanti – nantilah dia bercerita dengan Dahlia.

“Dah lewat ni. Pergi masuk tidur. Esok nak kerja. Nanti kelam kabut, apa pulak yang cedera nanti.” Arah Haidar.

Dahlia tersengih. Dahinya sudah tidak ditampal plaster. Namun lukanya masih kelihatan.

“Okey bos. Saya masuk tidur dulu. Good night.”

“Hmmm...”

Pandangan mata Haidar menghantar kepergian Dahlia. Selepas Dahlia hilang barulah Haidar perasan, mug dan kerepek kentang ditinggalkan begitu sahaja oleh Dahlia. Haidar mengambil mug Dahlia yang sudah separuh isinya. Tanpa ragu – ragu, Haidar meneguk air itu hingga habis. Tak baik membazir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:42 AM | Show all posts
kikuri posted on 5-2-2013 12:11 PM
“Amboi...seronoknya...” bisik satu suara ditelinganya.

Dahlia menjerit ketakutan. “Makkkk...” ...

hhhmmm pasangan bahagia...bila lah masing-2 nk luahkan rasa cinta yeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:37 PM | Show all posts
disebabkan ari besday iols..iols update lebih skit.....maapkanlah kebizian iols..!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:37 PM | Show all posts
BAB 49

        HARI ini Tengku Muaz mengajak Dahlia untuk melawat tapak. Mereka akan ke Gombak untuk melihat perkembangan projek mereka yang terkini selain mahu membiasakan Dahlia dengan lawatan tapak.

Mujurlah hari ini Dahlia memakai seluar. Kalau berbaju kurung, agak janggal juga dia. Terkedek – kedek Dahlia mengekori Tengku Muaz. Agak susah dia mahu berjalan kesana kemari dengan kasut tumit tinggi. Kalau dia tahu mahu ke tapak, dia akan pakai flat shoes sahaja.

“Awak okey?” tanya Tengku Muaz bila melihat Dahlia seperti tidak selesa. Kasihan pula dia melihat Dahlia yang agak susah untuk berjalan itu.

“Okey. Susah sikit nak jalan sebab tumit kasut ni tinggi sangat.” Dahlia tersengih bagaikan kerang busuk.

Tengku Muaz memandang kaki Dahlia yang memakai tumit yang agak tinggi dan halus. Tidak perasan pula tadi dia Dahlia memakai kasut yang tidak sesuai ke tapak pembinaan.

Seorang pekerja memanggil Tengku Muaz. Tengku Muaz menuju kearah pekerja tersebut. Terkocoh – kocoh Dahlia mengekori Tengku Muaz. Entah kenapa nasibnya kurang baik, tumit kasutnya terbenam didalam tanah yang lembut. Ketika mahu melangkah tumitnya melekat kedalam tanah menyebabkan tubuh Dahlia hilang keseimbangan.

“Oi  mak kau.” Gedebuk, Dahlia tergolek ke tanah. Habis kotor pakaiannya.

Tengku Muaz yang mendengar latahan Dahlia itu menoleh. Terperanjat dia apabila Dahlia sudah tersembam keatas tanah.

Segera dia berlari dan membantu Dahlia bangun. Ketika bangun terasa pergelangan kakinya sakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:38 PM | Show all posts
“Sakit.”

Tanpa berfikir panjang Tengku Muaz mencempung Dahlia dan membawnya duduk di batu bata yang bersusun. Dahlia sudah merah mukanya. Sudah dua kali dia dicempung Tengku Muaz. Bau haruman Tengku Muaz menusuk ke hidungnya. Dia memeluk tengkuk Tengku Muaz. Gayat. Terasa gagahnya tubuh badan Tengku Muaz.

Tengku Muaz membelek pergelangan kaki Dahlia yang kelihatan seperti bengkak itu.

        “Dah bengkak sikit.” Kata Tengku Muaz.

        “Lan, ada fisrt aid?” tanya Tengku Muaz kearah pekerja yang berada disitu.

“Ada.” Terus sahaja lelaki itu terkocoh – kocoh berlari.

Tengku Muaz memicit – micit kaki Dahlia. Berkerut muka Dahlia menahan sakit.

“Sakit?” tanya Tengku Muaz.

Eh taklah sedap. Mestilah sakit, itupun nak tanya ke

“Sakitlah jugak.” Jawab Dahlia. Berasa tidak selesa kerana kakinya dipegang Tengku Muaz.

Lelaki bernama Lan berlari – lari kearah Tengku Muaz sambil membawa first aid ditangan. Dia menghulurkan kepada Tengku Muaz.

Dengan pantas Tengku Muaz menyelongkar fisrt aid. Minyak alfiat dicapai dan disapu ke kaki Dahlia. Dahlia melarikan kakinya.

“Tak apalah Tengku. Saya boleh sapu sendiri.” Kata Dahlia. Tidak selesa dengan keprihatinan Tengku Muaz. Dia sudah bersuami. Nanti apa pula kata mata – mata yang melihat. Tidak manis rasanya.

Tengku Muaz yang melihat ketidak selesaan Dahlia menghulurkan minyak alfiat kepada Dahlia. Dahlia mengurut – ngurut perlahan kakinya yang kelihatan membengkak itu.

Kemudian Tengku Muaz, membalut kaki Dahlia. Walaupun ditegah Dahlia tetapi Tengku Muaz berdegil.

“Awak duduk diam – diam. Jangan nak bergerak. Biar saya yang balut kaki awak.”

“Tapi...”

“Tak ada tapi – tapi. Awak duduk diam – diam aja. Awak pekerja saya. Jadi awak menjadi tanggungjawab saya.” Tegas sahaja bunyi nada Tengku Muaz.

Dahlia diam. Dia membiarkan Tengku Muaz membalut kakinya. Setelah selesai Tengku Muaz mengajaknya pulang.

“Mari saya hantar awak balik.”

“Balik mana?”

“Balik rumahlah. Saya bagi awak cuti hari ni dengan esok.”

“Eh, tak apa ke?” tanya Dahlia. Dia baru seminggu bekerja sudah bercuti pula.

        “Takpe. Awak cedera. Cuti awak diluluskan saya. Marilah saya hantar awak balik.” Dahlia hanya mengangguk perlahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2013 02:38 PM | Show all posts
BAB 50

        PANJANG sahaja leher Jamie melihat kereta yang berhenti diluar. Macam pernah tengok je. Lelaki yang keluar dari kereta menuju ke tempat duduk penumpang membuat hati Jamie melonjak.

Klon Fahrin Ahmad. Jamie meluru keluar butik. Tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Dahlia keluar kereta sambil dibantu Tengku Muaz.

“Kenapa ni nok?” tanya Jamie. Melihat kaki Dahlia yang berbalut.

Tengku Muaz berpaling kearah Jamie. Jamie tersenyum gatal.

“Dia jatuh dekat site tadi. Haidar ada?” tanya Tengku Muaz.

“Tak ada. Dia keluar jumpa client.”

“Oh. Encik boleh tolong bawak Dahlia masuk?”

Buntang mata Jamie mendengar perkataan encik itu.

“Encik....??” nyaring sahaja suaranya. Terkebil – kebil Tengku Muaz bila
disergah sebegitu.

Aku silap cakap ke?

“Errr...”

“Nok, kau saja cari nahas. Berani kau berncik – encikkan mak. Hati mak terguris tau.” Jamie membuat muka sedih.

Tengku Muaz terkial – kial. Baru menyedari kesilapannya.

“Eh, silap. Maafkan saya kak, saya tak sengaja.”
Sekali lagi kata – kata Tengku Muaz membuatkan Jamie tersentap.

“Nok, kan dulu kita pernah jumpa, kan mak pesan panggil mak Jamie. Apa kak pulak. Tak sesuai tau.”

        Dahlia menjulingkan katanya keatas melihat kegedikan Jamie itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:39 PM | Show all posts
“Terima kasih Tengku. Maaflah dah susahkan Tengku.” Dahlia menyampuk sebelum Jamie membebel disitu.

Tengku Muaz tersenyum kacak. Dua hati cair melihat senyuman itu.

“Jaga diri elok – elok. Lain kali kalau saya nak ajak pergi tengok tapak, saya bagitahu dululah. Boleh awak pakai kasut yang sesuai. Tadi tu saya tak perasan awak pakai tumit tinggi.”

Tengku Muaz berpamitan. Jamie dan Dahlia masuk kedalam butik setelah Tengku Muaz hilang dari pandangan. Beria – ia Jamie melambai. Entahkan nampak atau tidak Tengku Muaz lambaian itu.

“Kacaknya nok...” kata Jamie sambil terpejam – pejam matanya. Membayangkan kekacakkan Tengku Muaz.

Dahlia tersenyum melihat kelakuan Jamie. Nana yang  berada dibutik menegur Dahlia.

“Kau kenapa kat sini? Tak kerja?”

“Kerja. Tapi bos bagi aku balik. Aku terpelecok dekat tapak tadi. Malu aku. Tergolek macam nangka busuk.”

Nana ketawa. Dia melihat kaki Dahlia yang berbalut.

“Kenapa sampai boleh jadi macam tu?”
“Aku pergi site pakai heels. Bos aku pun satu, taknak cakap awal – awal. Hah kan dah tersembam aku kat sana. Dah la masa tu ramai pekerja kat tapak. Malu aku”

Jamie menggelengkan kepalanya.

“Lain kali kau letak la satu kasut yang sesuai pergi site. Senang. Buatnya ada emergency dekat tapak, senang. Tak payah terkial – kial macam ni.” leter Jamie.

“Haah lah kenapa aku tak terfikir eh. Thanks mak ayam Jamie.” Gurau Dahlia. Muncung sahaja Jamie bila dia digelar mak ayam oleh Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:39 PM | Show all posts
Loceng butik berbunyi. Tiga pasang mata melihat kearah pintu. Kelihatan Haidar masuk kebutik dengan beg yang besar yang digunakan untuk mengisi rekaannya. Dia pelik melihat Dahlia yang sedang tersengih memandangnnya.

“Hah. Kenapa ada dekat sini? Ponteng kerja?”

“Bini kau tersembam depan Indon dekat site tadi. Macam nangka busuk nyah.” Jamie pula yang menjawab bagi pihak Dahlia.

Haidar mendekati Dahlia. Dia melihat kaki Dahlia yang berbalut.

“Macam mana boleh jadi macam tu.”

“Pakai heels pergi site. Mana tak tergolek.” Sekali lagi Jamie menjawab. Haidar menjeling kearah Jamie.

“Aku tanya kau ke Dahlia?”

Jamie tersipu – sipu.

“Ala, tolong jawab bagi pihak bini kau.”

“Tak payah. Kaki dia je yang sakit. Bukan mulut dia. Dah pergi buat kerja kau.”

Menonong sahaja Jamie pergi dari situ sambil membebel entah apa – apa . bengang apabila Haidar menghalaunya.

“Tengok.” Haidar membelek kaki Dahlia. Dahlia membiarkan sahaja. Haidar melihat pakaian Dahlia yang kotor diselaputi tanah itu.

“Sakit?” tanya Haidar.

“Taklah. Sedap.” Jawab Dahlia

Haidar memicit kuat kaki Dahlia yang sakit. Menjerit Dahlia.

“Sakitlah.”

“Tadi cakap sedap.” Sindir Haidar. Tak bersalah sahaja rupanya.

Dahlia memuncungkan bibirnya. Haidar hilang ke belakang butik. Seketika dia datang sambil membawa pakaian.

“Salin baju. Comot betul awak ni. Tunggu saya siapkan kerja sikit. Lepas ni kita makan lepas tu balik.”

Dahlia mengambil baju ditangan Haidar. Terus dia menuju ke fitting room untuk menyalin pakaian. Dia juga tidak selesa dengan pakaiannya yang kotor. Haidar hanya memerhatikan sahaja dengan tiada niat untuk membantu walaupun Dahlia berjalan terhincut – hincut kepayahan.

“Siapa hantar awak tadi?”

“Tengku Muaz.” Jawab Dahlia selamba. Tanpa merasa apa – apa. Manakala wajah Haidar sudah hijau kerana geram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 02:41 PM | Show all posts
BAB 51

HARI semakin lewat. Tengku Muaz tiada mood untuk kemana – kemana. Selepas makan malam dia hanya melepak dibilik menonton televisyen.

“Muaz.” Terdengar panggilan lembut ibu tirinya diikuti dengan ketukan halus dipintu. Tengku Muaz bangun dan terjengul wajah muram Datin Hanani.

“Kenapa mummy?”

“Daddy awak tak balik lagi ke?”

Tengku Muaz pelik. Kenapa pula ibu tirinya bertanyakan daddynya sudah balik atau tak.

“Daddy tak balik lagi ke?” soal Tengku Muaz kembali. Setahunya ayahnya sudah pulang awal petang tadi. Makan malam tadi hanya dia, Datin Hanani dan adiknya Tengku Farhan sahaja yang ada. Dia berpendapat mungki ayahnya ada dinner dimana – mana. Dia melihat jam. Sudah hampir sebelas malam.

“Daddy awak sejak – sejak ni selalu balik lambat. Banyak sangat ke kerja dekat office tu?”

“Banyak juga.” Jawab Tengku Muaz. Tetapi kerja banyak tidaklah sampai perlu pulang lewat malam.

“Selalu ke daddy balik lambat?”

“Selalu jugak. Kadang – kadang tu subuh baru balik. Bila I tanya dia cakap kerja banyak. Tertidur di office katanya.”

Berkerut dahi Tengku Muaz mendengar cerita Datin Hanani.

“I risaulah. Takut daddy awak ada skandal dengan perempuan lain. Awak tak dengar cerita apa – apa?” tanya Datin Hanani.

Tengku Muaz menggelengkan kepalanya. Tidak tahu pula selama ini ayahnya pernah tidak pulang kerumah. Terasa betapa teruknya dia sebagai anak. Kasihan pula dia melihat wajah keruh Datin Hanani.

“Mummy dah cuba telefon daddy?”

“Dah, tapi tak berangkat. Daddy awak pun tak ada pesan apa – apa. Risau betul I. Takut jadi apa – apa yang tak elok aja.”

“InsyaAllah, daddy tak apa – apa. Mummy pergilah rehat. Muaz cuba call daddy. Mummny jangan risau ya.” Pujuk Tengku Muaz. Datin Hanani mengangguk dia berlalu menuju kebiliknya dengan perasaan libang libu.

Adik Tengku Muaz, Tengku Farhan yang kebetulan mahu kedapur itu terdengar perbualan antara abangnya dan Datin Hanani.

“Hah, buat apa tu? Ngorat mak tiri sendiri eh?” gurau Tengku Farhan.

“Kau gila.” Sergah Tengku Muaz. Juga bergurau. Tengku Farhan tersengih.

“Kenapa dengan mummy kita yang seksi tu?”

“Cari daddy.”

Tengku Farhan menjuihkan bibirnya.

“Kenapa?” tanya Tengku Muaz. Pelik melihat reaksi Tengku Farhan.

“Tak ada apa – apa. Cuma aku meluat je dengan perangai daddy. Kalau tak balik bagitahu la mummy. Kau tak tahu apa – apa ke bro. Kau kan satu office dengan dia?”

Tengku Muaz menggelengkan kepalanya. Memang mereka satu pejabat tetapi Tengku Muaz banyak menghabiskan masanya dengan membuat kerjanya sendiri. Jika ada urusan sahaja baru dia berjumpa ayahnya. Kebanyakkan projek diuruskan olehnya. Daddy mahu dia belajar selok belok perniagaan. Sebab itu daddy lepas tangan.

Tetapi Tengku Muaz juga berasa bersalah kerana tidak mengambil tahu hal rumah. Selalunya selepas makan malam dia akan bermain futsal atau pelbagai aktiviti bagi menghilangkan bosan. Balik rumah penat terus sahaja tidur.

Lama juag dia berangan didepan pintu sehinggakan Tengku Farhan berlalu pun dia masih tidak sedar. Dia hanya tersedar ketika telefon bimbitnya berbunyi. Dia menutup pintu bilik. Panggilan dijawab.

“Hello bro...”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.094559 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list