Encik Tarmizi baru selesai mengambil wuduk di masjid.. memandangkan azan Asar sudah lama berkumandang jadi dia dan isteri sepakat untuk berhenti terlebih dahulu di masjid untuk menunaikan solat. Entah apa silapnya, badan tuanya tergelincir lalu rebah ditepi tempat berwuduk...
“Ya Allah... Sakitnya.” Seru encik Tarmizi. Tak terkata rasa sakit yang menimpa pada kaki dan punggungnya. Cuba untuk bangun namun tak berjaya.
“ya Allah pak cik... kenapa ni..” sapa seorang pemuda yang baru sahaja selesai berwuduk.. terus dihampiri encik Tarmizi lalu cuba membantu orang tua itu..dipimpin lelaki yang mungkin sebaya ayahnya kearah tempat menunaikan solat.
“pak cik okey tak ni?” Tanya pemuda itu lagi.
“okey...mungkin terseliuh sikit kat kaki... terima kasih ye nak...”
“ish pak cik ni. Tak payah nak berterima kasih la.. jom la kita sembahyang berjemaah.. pak cik boleh tak sembahyang dalam keadaan berdiri?”
“boleh jer... tapi anak........”
“saya Aliff...” Aliff memperkenalkan dirinya. Susah pula pak cik didepannya asyik memanggilnya anak.
“Aliff jadi imam lah... pak cik makmum.” Arah encik Tarmizi.. Aliff mengangguk setuju. Boleh saja lagi pon dia faham situasi yang dialami pak cik itu sekarang!
*********
“ya Allah bang... kenapa ni.” Tegur puan Rogayah yang menanti ditepi kereta. Beristighfar panjang apabila melihat keadaan suami tersayang. Dia sudah selesai menunaikan solat Asar. Tergesa-gesa dia menghampiri suaminya yang dipimpin oleh seorang pemuda.
“abang jatuh kat tempat wuduk tadi.. nasib baik ada Aliff tolong abang.” jawab encik Tarmizi sambil mengerling ke arah Aliff. Aliff tersengih segan.
“laa macam mana pulak boleh jatuh ni... tu la kan Yah selalu pesan berhati-hati sikit...” bebel puan Rogayah kerisauan... encik Tarmizi ketawa kecil. Malu pula dileter didepan orang muda macam Aliff... tapi dia tahu isterinya begitu kerana sayangkannya.
“jom kita balik... Yah drive kereta..” tambah puan Rogayah lagi sambil mengambil tugas memimpin suaminya dari Aliff... dibawa suaminya ke kereta di sebelah tempat memandu... encik Tarmizi mengekor sahaja.
“terima kasih ye Aliff tolong pak cik...” ucap puan Rogayah lembut.. cukup berterima kasih dengan anak muda budiman seperti Aliff.. kalau orang lain belum tentu ingin membantu.
“sama-sama puan... saya tak buat apa-apa pon...” balas Aliff rendah diri.. Dia buat segalanya dengan hati yang ikhlas. Bukan mengharapkan balasan.
“kami balik dululah... Assalamualaikum.” Puan Rogayah menutup pertemuan mereka dengan salam. Aliff menjawab salam dengan tenang sebelum menuju ke arah keretanya.
Last edited by misssakura on 30-11-2012 05:59 PM
|