CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2013 06:17 PM | Show all posts
Bab 19

Elly merenung imbasan diri di cermin panjang dalam walk in closet yang memuatkan berpuluh pasang kasut, beg tangan dan pakaian yang mengalahkan  stok butik terkenal. Perutnya di usap. Buat pertama kali, dia rasa bertuah yang tubuhnya gemuk. Elly sentiasa kelihatan seperti wanita mengandung lima bulan. Sejak kembali dari London , dia kerap rasa pening dan mual. Semalam dia pergi ke klinik dan mendapat berita yang membuat dunianya runtuh berkecai seperti Ministry of Sound yang di letupkan beberapa minggu lalu.  Hidup yang sudah huru hara makin tunggang langgang. Ya Allah, aku mengandung dua bulan!  Benih siapa kah yang di dalam perut ini? Astaghfirullah!  Reaksi pertamanya ialah untuk menggugurkan kandungan tapi dia sudah tak sanggup menanggung dosa yang tidak berkesudahan. Kenapa dugaan yang begini hebat melanda aku? Sebab aku  bodoh tahap maksima membiarkan diri di kuasai syaitan.  Selepas Mummy memanggil Ustaz untuk mentarbiahkan dia sekembali dari London, semangatnya semakin pulih dan dirinya sudah makin tenang. Tapi sekarang lagi satu bala pula menimpa. Airmatanya mengalir. Sebab aku, Yuyu koma. Sebab aku, Shah patah kaki. Sebab aku, Mummy dan Daddy akan di tohmah.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Elly menyarungkan blaus linen labuh dan melilit selendang di kepala sebelum turun ke bawah. Lepas minum petang, dia dan Mummy akan ke Prince Court untuk melawat Auntie Midah. Bagaimana kalau Redza tahu yang dia mengandung?  Elly akur dengan hakikat yang Redza terpaksa berkahwin dengannya untuk memenuhi hajat Auntie Midah dan bukan kerelaan sendiri. Tak payah nak tipu diri sendiri, mustahil Redza akan jatuh cinta dengan aku.  Sudahlah gemuk dan tak cantik, perangai pun buruk. Zahir dan batin teruk. Apakah Redza sanggup menjadi bapa segera pada seorang anak “harimau” yang aku kandung? Sanggupkah dia menjadi bapa pada anak yang entah macam mana rupanya? Kalau ada iras mat salleh mungkin okay lagi tapi macam mana kalau rupa hero Tamil?

“ Elly, nak minum teh?” tanya Mak Zah sambil memegang teko Noritake.

“ Mak Zah buat orange juice boleh? Tapi jangan letak gula” Tekaknya nak benda masam.

“ Eloklah tu. Kurangkan makanan manis. Biar slim sikit. Tapi jangan pula diet sampai sakit macam dulu “ tegur Puan Sri Lily sebelum menceduk macaroni goreng untuk Elly. Elly cepat menolak pinggan ke tepi sebelum dia rasa loya.

“ Kenapa Elly tak nak makan? Takkan terasa dengan apa Mummy cakap? Jamahlah sikit.Tadi Elly yang beria suruh Mak Zah buat.”

“  Elly telan ubat selsema, sebab itu hilang selera nak makan. Jangan takut, Elly tak ambil ubat diet. Nanti lah malam karang Elly makan.” Tambah lagi dosa menipu. Lambat laun aku kena bagi tahu Mummy dan Daddy. Bagaimana reaksi Daddy kalau tahu his “ not so little girl” dah di tebuk tupai? Bukan seekor pula tu. Kalau aku tinggal di Pakistan atau Afghanistan, sudah tentu aku di bunuh atas dasar “ honour killing”.

“ Elly dah bagi tahu Redza yang kita nak ke Prince Court?”

“ Elly dah hantar mesej tadi” Seperti biasa , Redza cuma balas sehuruf “k”. Jangan haraplah dia nak call atau hantar mesej yang lebih mesra alam.

“ Mummy nak bincang dengan dia pasal wedding korang. Shangri La dah fully booked , kita kena buat di Dewan Perdana Felda saja. Hotel lain tak boleh muatkan 1000 orang tetamu. Tapi jangan risau, Mummy akan gunakan the best wedding planner untuk buat tempat itu nampak seperti a five star hotel ballroom. Masa dah suntuk. Baju pengantin pun tak tempah lagi. Untuk Elly, Mummy nak tempah dengan Rizalman untuk nikah dan Jovian untuk reception. Kita kena discuss dengan Redza pasal warna tema. Mummy suka mint green atau baby blue, tapi terpulang pada pengantin. Jangan lupa bawa sample kad jemputan nak tunjuk kat Redza dan Auntie Midah. “

“ Mummy pilih apa yang Mummy rasa sesuai, kita ikut saja.” Elly menyisip jus oren untuk melegakan tekak.Tak ada langsung rasa teruja yang terbit di hatinya. Beberapa bulan lalu, tentu aku akan mengelinja tak hengat kalau dapat kawin dengan Redza. Masa dan keadaan telah merubah segalanya.

“ Kenapa macam tak ada mood ni? Bukan kah Elly suka sangat kat Redza? Dulu dekat nak se besen airmata Elly menangis bila Redza tak nak kat Elly. Sekarang bila dah nak kahwin, macam kena paksa pula” Puan Sri berleter. Susah betul nak faham anak tunggalnya ini. Nurul pula tak ada untuk membantu.

“ Bukan Elly yang kena paksa , tapi Redza. Elly  kesian kat dia”

“ Ala.. sudahlah tu. Dah jodoh Redza dengan Elly. Pandai pandai lah Elly ambil hati dia nanti. Cuba fikir positif.”

Positif? Satu benda positif yang merosakkan masa depan aku ialah keputusan ujian kehamilan. Aku harus berterus terang dengan Redza sebelum Mummy buat persiapan perkahwinan. Masih ada masa lagi untuk dia tarik diri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 06:43 PM | Show all posts
...apa yang terjadi kepada ecah...kes bomb tu  ke yang buat dia koma
Last edited by sapp73 on 15-1-2013 06:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 06:55 PM | Show all posts
Tq kak juna... Tp kak, mana cukup n3 byk ni jerrrrrrrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:11 PM | Show all posts
Sis smiley kitaorg nomad pindah sana sini heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:14 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 15-1-2013 06:12 PM
ni dia part Redza

Bab 18

aww terima kasih kak juna. looking firward to reading the next chaptersssSSSsss
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 02:27 AM | Show all posts
Eh apa jadik kat Ecah erk family Ecah tak tau menahu langsung ke Redza pun no clue amboi soalan mcm polis pencen lak daku heheheheh Last edited by Banana on 16-1-2013 02:31 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2013 09:23 AM | Show all posts
cian nurul koma...
cian redza xtau padahal ade jer ngan elly
nape elly xinform nenek nurul kat kampung atau syarikat penerbangan nurul.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 02:41 PM | Show all posts

lorr..ecah koma ke? koma psl kena hempap dek anak gajah???

alah elly..dpt anak mcm hero tamil pun redah jelah..dah kau yg pilih...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2013 03:22 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-1-2013 06:55 PM
Tq kak juna... Tp kak, mana cukup n3 byk ni jerrrrrrrrr.....

sokong2 tapi rasa elly x sempat kahwin ngan reza dia dapat tau yuyu tu bini reza...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:22 PM | Show all posts
adoiii...apa jd kat ecah....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:32 AM | Show all posts


kaka juna..tak sambung entrykah...??  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 04:19 PM | Show all posts
ok..teruskan kaka juna.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:50 AM | Show all posts
wat sedey habis .... kasi leleh air mata ini tapi good ending.. hehehehe byk plak demand
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi k.juna... Sukanye dgn cite baru akak ni..
X sabar nk tggu sambungan.. Harap2 last minutes elly x jd kawen redza.. Huhu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:27 PM | Show all posts
iwimz posted on 16-1-2013 09:23 AM
cian nurul koma...
cian redza xtau padahal ade jer ngan elly
nape elly xinform nenek nurul kat kam ...

he he...coming soon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:28 PM | Show all posts
UsuFie posted on 16-1-2013 02:41 PM
lorr..ecah koma ke? koma psl kena hempap dek anak gajah???

alah elly..dpt anak mcm hero tamil p ...


mungkin juga hero holiwud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2013 12:30 PM | Show all posts
mie07 posted on 16-1-2013 03:22 PM
sokong2 tapi rasa elly x sempat kahwin ngan reza dia dapat tau yuyu tu bini reza...

kalau ikut hukum, tak boleh kawin kalau pompuan mengandungkan anak org lain
betul tak?
rasanya pernah baca kat mana ntah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:33 PM | Show all posts
fizamn posted on 18-1-2013 10:50 AM
wat sedey habis .... kasi leleh air mata ini tapi good ending.. hehehehe byk plak demand

selalunya citer akak tak leleh
tak reti lah nak buat sedey sedey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:34 PM | Show all posts
UsuFie posted on 17-1-2013 10:32 AM
kaka juna..tak sambung entrykah...??

sempat update seminggu sekali jer
bizi banget skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:42 PM | Show all posts
cikjeela posted on 18-1-2013 12:20 PM
Hi k.juna... Sukanye dgn cite baru akak ni..
X sabar nk tggu sambungan.. Harap2 last minutes elly x ...

tkasih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.124626 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list