|
Dahulu aku jahil, tapi sekarang aku sudah sedar, akan datang adakah itu rupanya ilmu pada masa hadapan? Kalau dahulu akalku terhad, tapi kini ALLAH sendiri berikan kebijaksanaan, adakah dimasa hadapan akan KEKAL kebijaksanaan? Dahulu aku susah, tapi kini aku hidup bersederhana, adakah dimasa hadapan aku akan menjadi KAYA sehingga lupakanNYA? Dahulu gurulah mengajar aku, tapi kini rupanya Allahlah guruku, akan datang pastikah aku menjadi guru yang menyebabkan KEHINAAN dariNYA? Dahulu aku senang, tapi kini aku kesusahan, akan datang pastikah bertambah kesusahan?
Ilmu itu apa yang diciptakan Allah
Kebijaksanaan itu pemberian Allah
Membandingkan ilmu itu dikumpulkan seluruh manusia cumalah setitis air dari seluas lautan yang menjadi milikNYA.
Mana-mana manusia melangkaui batas ilmuNYA, tiadalah gunanya apa yang diperkatakannya.
Mana-mana manusia melangkaui amalan ilmuNYA, belum tentu diperhatikanNYA.
Mana-mana manusia memahami amal ilmuNYA, itulah maksud kehidupan didunia.
Menyatakan KENAL ALLAH itu mudah, melaksanakan SYARIAT itu susah.
Memahami KENAL ALLAH itu susah, melaksanakan SYARIAT itu mudah.
Kepada mereka-mereka yang diberikan KEBIJAKSANAAN yang datang dari sisiNYA tidaklah sama dengan seisi manusia di permukaan bumi.
Kepada mereka-mereka yang tidak diberikan KEBIJAKSANAAN yang datang dari sisiNYA menjadi JANJI kepada yang beriman dan taat perintahNYA.
Buatlah apa pun, sesungguhnya bukan sesiapa yang MEMANDANG, tapi ALLAH jua Yang Maha Memandang. Itulah Ihsan Manusia Biasa.
Wallah Hualam |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 23-10-2012 12:47 PM
Dahulu aku jahil, tapi sekarang aku sudah sedar, akan datang adakah itu rupanya ilmu pada masa hadap ...
betul tu Dahulu hang jahil,
dan masih lagi jahil buat masa ni...........
pasal perasan dapat petunjuk
perasan dah abis belajar
llaaaa Allah guru hang??? pasai pa DIA tak ajar AL QURAN kat hang yaaa
dia ajar hang tunjuk hebat, riak, sombong, angkuh.....ni tuhan yg mana niiiii
hawa nafsu kottttttttttt
akan datang hang menjadi guru yang menyebabkan KEHINAAN dariNYA?
memang leee......baru sikit jeee dah tunjuk berlagak
Mana-mana manusia melangkaui batas ilmuNYA, tiadalah gunanya apa yang diperkatakannya.
ahhaaa betul ayat hang ni
so jangan melangkau yeee -jangan dok perasan jeeee
merendah diri tuuuu, cakap berlandaskan akal bukan nafsu dr dalam tuuuuu
Menyatakan KENAL ALLAH itu mudah, melaksanakan SYARIAT itu susah.
Memahami KENAL ALLAH itu susah, melaksanakan SYARIAT itu mudah.
ayat penama hang niiii....................
Nabi perintah - MUDAHKAN JANGAN SULITKAN
BERI BERITA GEMBIRA JANGAN MENYEDIHKAN
kata ikut Sunnah - tapi hang ikut sunnatussyaitan je kottttttttt
Buatlah apa pun, sesungguhnya bukan sesiapa yang MEMANDANG, tapi ALLAH jua Yang Maha Memandang. Itulah Ihsan Manusia Biasa.
ok tu - kena jugak kat hang kannnnnn
jangan ugut org lain tauuuuu
jangan dok claim terlebih pandaii tauuuu
jangan timbulkan fitnah, dok ghibah, gila meroyan tauuuu
AS SAFF: [2]Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
perhati baik-baik ayat ini yaaa
LUQMAN: [20]Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
so...tulis berdasarkan ketetapannya je yaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 21-10-2012 09:26 PM
Hehee... pacik Dzul;
Sebaik2 api sejahat2 kayu bila memasak - sangat berguna tau
Sbb Jahannam tu yg 'memasak' keduanya...
Masakan ada api tanpa bahan bakarnya?
Tiupan yg Kuat membinasakan semua yg ada
- yg Api lenyap
- yg Tanah jd debu
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 23-10-2012 05:34 PM llaaaa Allah guru hang??? pasai pa DIA tak ajar AL QURAN kat hang yaaa
dia ajar hang tunjuk hebat, riak, sombong, angkuh.....ni tuhan yg mana niiiii
hawa nafsu kottttttttttt
Ini dah masuk kategori kapir ke belum lagi ?
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 23-10-2012 05:34 PM
betul tu Dahulu hang jahil,
dan masih lagi jahil buat masa ni...........
pasal perasan dap ...
Alhamdullilah, terima kasih dengan penghinaan kamu jika itu sangkaan kamu. Sekurang-kurangnya jelas apa yang MAJORITI ORANG katakan di dunia nyata perihal kamu BENAR belaka. Pergi lah BERTAUBAT. Buanglah TANGKAL-TANGKAL yang mensyirikkan tu. Jangan jadi BOMOH dengan masyarakat SEKAMPUNG KAMU HINA kamu dengan perkataan "BOMOH BELAJAR TAK HABIS". Tumpang Allah beri kesempatan NYAWA, baliklah ke pangkal jalan. Carilah ALLAH dari Al-Quran dan Sunnah dalam erti kta MENJADI MURID dalam erti kata sebenar. Agama itu nasihat. Kalau Isteri kamu pun HALAU kamu keluar dari rumah kerana kamu gila BERAHI dengan ALAM JIN BETINA, apa gunanya ILMU-ILMU yang kamu sampaikan kalau ada seorang manusia MENGIYAKAN apa yang kamu katakan? Aku tak suka nak terus terang. Cukup aku terus terang. Kalau kamu semua NAK SOKONG dia, fikirlah apa yang kamu belajar menerusi Al-Quran dan Sunnah perihal yang dimaksudkan SYIRIK.
Saya takkan masuk campur perihal kamu selepas ini. Kamu katalah apa pun. Bagi saya agama saya. Bagi kamu agama kamu. Cukuplah NASIHAT KEPADA ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN SYIRIK BESAR dengan NYATA pada hayat hidupnya. Bukan maksud MENGHINA, mengingatkan kepada yang BERIMAN jangan HILANG IMAN dalam forum cukuplah. Semoga Allah menyelamatkan yang BERIMAN untuk menjadi BERTAQWA dalam erti kata sebenar-benarnya.
Wallah Hualam
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 23-10-2012 10:40 PM
Ini dah masuk kategori kapir ke belum lagi ?
Ini sahaja kata-kata untuk kamu
Kamu dengan Tuhan kamu,
Saya dengan Tuhan saya.
Jika benar yang saya sembah itu Tuhan yang benar bagi dunia ini, takutlah akan kebenaran yang ada di dalam Al-Quran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 23-10-2012 11:12 PM
Ini sahaja kata-kata untuk kamu
Kamu dengan Tuhan kamu, Jika benar yang saya sembah itu Tuhan yang benar bagi dunia ini, takutlah akan kebenaran yang ada di dalam Al-Quran. Ma'rifat kamu tak dapat meyakinkan kamu ker ? ... nafsu disangkakan tuhan ! --> kapir la tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 23-10-2012 10:40 PM
Ini dah masuk kategori kapir ke belum lagi ?
tu yg aku dah berkali dah tanya
tak de sapa yg nak jawab
kalau dah tahu tu AYAT ALLAH
dan masih kufur
jenis ni nak dipanggil apa ya????
last2 aku sorang je yg KENA HENTAM
lantak lah - berkata benar walau makan diri |
|
|
|
|
|
|
|
hm...nampak macam terlalu banyak 'perlawanan' di sini...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|