|
Diriku tak pernah kenal cinta
Aku sangkakan cinta itu sekadar dusta
Tapi kini hati ku kau buka
Adakah benar cinta itu buta?
Kini aku telah mula menyayangi
Walaupun aku tidak tunjukkan
Bagaikan aku menyayangi mentari pagi
Pabila bulan kian kehilangan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 06:37 PM:
Diriku tak pernah kenal cinta
Aku sangkakan cinta itu sekadar dusta
Tapi kini hati ku kau buka
Adakah benar cinta itu buta?
Kini aku telah mula menyayangi
Walaupun aku tidak tunjukkan
Bagai ...
Nak beli barang apa jenama,
Jangan suka main teka teka,
Cinta yg buta pegangan lama,
Cinta sekarang kita harus peka.
Pergilaa adik pergilaa sayang,
Semoga engkau akan bahagia,
Bila timbul perasaan sayang,
Pupuk laa ia belai laa ia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidurlah, Tidurlah mataku
Esok hari utk berusaha
Alam ini untuk mu merangkumnya
Bahagia untuk kau menghirupnya
Semaikan dadamu dengan ilmu
Tanamkan semangat berbakti
Bajai hati mu dengan kasih
Agar hidupmu senyaman syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 07:04 PM:
Tidurlah, Tidurlah mataku
Esok hari utk berusaha
Alam ini untuk mu merangkumnya
Bahagia untuk kau menghirupnya
Semaikan dadamu dengan ilmu
Tanamkan semangat berbakti
Bajai hati mu dengan ka ...
Pemimpin selalu berpesan,
Utk Malaysia Negara tercinta
Berkasihlah kita sesama insan,
Agar aman damai negara kita. |
|
|
|
|
|
|
|
gerimis berlalu mendung pun redup
hujan tak jadi kembali ceria
biar selamat menjalani hidup
berkat segalanya..selamat sejahtera |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 07:35 PM:
gerimis berlalu mendung pun redup
hujan tak jadi kembali ceria
biar selamat menjalani hidup
berkat segalanya..selamat sejahtera
Kaank kanak dan ornang tua,
Byk membaca dari bercerita,
Semoga bahagia kita semua,
Hingga keakhir hayat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
buah berangan masak di dahan
dipetik orang dibawa ke hulu
tugas yang datang jangan dibiarkan
sudahkan dulu sedapat yang mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 07:58 PM:
buah berangan masak di dahan
dipetik orang dibawa ke hulu
tugas yang datang jangan dibiarkan
sudahkan dulu sedapat yang mampu
Rakyat Malaysia selalu bersopan,
Dalam semua hal termasuk bercinta
Tugasan sekarang utk masa depan,
Demi kesejahteraan warisan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Pura kencana ria dan santun
awan berarak dari barat
Hampir sepurnama kita berpantun
lelaman ini menjadi sarat
Sopan dan santun menjadi wadah
Gantung gelama menjadi ringan
Wahai pemantun terus bermadah
Pantun lama dilupa jangan |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 3-10-2003 17:58:
Sungguh padat berita terkini,
Berita penting utk semua bangsa,
Selalu juga abang di sini,
Cuma kita berlainan masa.
Warga Palestin sentiasa berjihat,
Berkorban jiwa demi kelua ...
terbang rendah si burung Nuri,
hinggap di pokok tepian sungai;
demam selsema melanda diri,
server pulak buat perangai
anak sungai di hujung sawah,
tempat bermain si anak muda;
berlainan masa bukan masalah,
asal tak lupa bertegur sapa |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 18:18:
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
terlambat sikit... heheh
masak gulai ikan haruan,
dihidang pula dengan petola;
sakit bercinta itu dugaan,
lebih baik dari tak pernah merasa |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 18:37:
Diriku tak pernah kenal cinta
Aku sangkakan cinta itu sekadar dusta
Tapi kini hati ku kau buka
Adakah benar cinta itu buta?
Kini aku telah mula menyayangi
Walaupun aku tidak tunjukkan
Bagaikan aku menyayangi mentari pagi
Pabila bulan kian kehilangan
cinta dan kasih tiada dusta,
anugerah Tuhan tiada ternilai;
bukannya cinta itu yang buta,
cuma manusia salah mengandai
kasih sayang tak jual beli,
santapan minda pelengkap kehidupan;
tak perlu tunjuk, tak perlu bukti
andainya tulus pasti dirasakan |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 20:54:
Pura kencana ria dan santun
awan berarak dari barat
Hampir sepurnama kita berpantun
lelaman ini menjadi sarat
Sopan dan santun menjadi wadah
Gantung gelama menjadi ringan
Wahai pemantun t ...
biar sarat dengan muatan,
perahu layar hanyut di muara;
biar penuh pantun di laman,
yang penting dapat kita bersama
berkali sudah hamba menyeru,
kepada semua handai taulan;
marilah mari menambah ilmu,
sambil berpantun menjaga warisan
salah dan silap harap dimaafkan
kiranya pantunku tiada berisi;
sekadar mencipta, penuh kekurangan,
bersuka ria berjual beli
pantun lama tinggi nilainya,
tinggalan pusaka orang dahulu;
hamba ini hanya mecuba,
maaf jika tak berkenan di hatimu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 4-10-2003 12:35 PM:
terbang rendah si burung Nuri,
hinggap di pokok tepian sungai;
demam selsema melanda diri,
server pulak buat perangai
anak sungai di hujung sawah,
tempat bermain si anak muda;
...
Secantik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 3-10-2003 08:54 PM:
Pura kencana ria dan santun
awan berarak dari barat
Hampir sepurnama kita berpantun
lelaman ini menjadi sarat
Sopan dan santun menjadi wadah
Gantung gelama menjadi ringan
Wahai pemantun t ...
Bandar Melaka tempat baba dan nyonya,
Berbahasa pula lu dan gua
Pantun lama tinggi nilainya,
Harus diwarisi kita semua.
Pelakun dahulu cantik dan ayu,
Seperti Saadiah dan juga Zaitun,
Wahai Bangsaku anak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 4-10-2003 12:51 PM:
biar sarat dengan muatan,
perahu layar hanyut di muara;
biar penuh pantun di laman,
yang penting dapat kita bersama
berkali sudah hamba menyeru,
kepada semua handai taulan;
ma ...
Dalam jala ku sangka ketuka,
Rupa-rupanya ikan haruan
pantun bukan sekadar bersuka
banyak kilasan dan juga gurauan.
Pergi bercuti ditanah seberang,
Sempat bermalam di Danau Toba,
Apa dirisau selera orang,
Yang penting kita ingin mencuba, |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by si^etok at 4-10-2003 13:50:
Secantik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 6-10-2003 10:17 AM:
cantik sungguh si burung merak,
bulu indah berwarna warni;
badan panas suaraku serak,
tapi terpaksa hadirkan diri
gua batu di tepi sawah,
penuh berhuni burung kelawar,
tak pe ...
Keluar kampung selepas subuh,
menuju bukit untuk didaki,
Abang doakan cepat la sembuh,
Dijauhkan bala dimurahkan rezeki.
Tiada akar kuguna rotan,
Rotan kucari didalam hutan
Doa sudah abang sedekahkan,
Tapi ubat sudah ker awek makan? |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 6-10-2003 21:09:
Keluar kampung selepas subuh,
menuju bukit untuk didaki,
Abang doakan cepat la sembuh,
Dijauhkan bala dimurahkan rezeki.
Tiada akar kuguna rotan,
Rotan kucari didalam hutan
D ...
menuju bukit untuk didaki,
semak dan lalang habis diteroka;
sungguh terharu di dalam hati,
doamu tulus penuh mesra
Rotan kucari di dalam hutan,
untuk dijual ke Pekan Raja;
nasihatmu terpahat dalam ingatan,
ubat ku makan tak pernah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 7-10-2003 09:23 AM:
menuju bukit untuk didaki,
semak dan lalang habis diteroka;
sungguh terharu di dalam hati,
doamu tulus penuh mesra
Rotan kucari di dalam hutan,
untuk dijual ke Pekan Raja;
nasihatmu terp ...
Kalau ada jarum yang patah,
Beri pada Karam Singh Walia,
Byk org suka melatah,
Yang penting hati kita mulia.
M.Rajoli, M.Nasir dan SM Salim org seni,
Dalam hiburan dicampurkan unsur agama,
Terus laa Awek berpantun disini,
galakkan kawan kawan turut bersama. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|