CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
 Author| Post time 5-5-2012 08:35 PM | Show all posts
ini dalah kisah sebilah keris,
ramai yang menyimpan keris kerana nilai etestika dan juga kerana suka pada barangan antik,
raai juga yang tahu keris mempunyai jiwanya (khadam) dan perlu penjagaan , perlu diperlimau, diperasap dan lain lain.
namun pakah rasional perbuatan meperasap dan memperlimau keris itu

Limau sebenarnya digunakan untuk membuang karat yang tidak perlu pada mata keris disamping menambah bisa nya hal ini perlu bagi keris yang sememangnya adalah senjata.

Asap kemenyan pula berfungsi sebagai penguat besi , perbezaan dapat dilihat antara mata keris yang diperasap dan tidak diperasap.

namun rasional dari sudut zahiriah ini dtambah pula dengan unsur khurafat iaitu bacaan mentera yang mengiringi perbuatan memperlimau dan memperasap, apa yang pada asalnya sama seperti para polis dan tentera membersih dan meminyak kan senjata api mereka telah dicampur dengan unsur pemujaan.

majoriti keris atau senjata lama dihuni oleh makhluk ghaib, dari kalangan jin islam dan juga kafir, dan rumah tumpangan ini haruslah dikosongkan sebelum senjata alama itu boleh dijadikan perhiasan (barang antik)

malah kebanyakan barangan antik (seterika, kacip ,dulang lama) juga dihuni makhluk ghaib.

Wallahu alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2012 09:07 PM | Show all posts
Reply 221# ariapersanta

seterika & kacip lama pun ada khadam ke en.aria? walau pun xpernah diperasap dgn kemiyan atau dimandi limau? mcm mana kalauu kita simpan set mkn pinang (yg ada bekas2 utk letak kapur, gambir, etc)?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2012 11:20 PM | Show all posts
Reply 222# misslivina


   owh tepak sirih , kalo silver x da pe , kalo tembaga mungkin ada masalah.
Congkak ada? heheheehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 11:43 PM | Show all posts
Reply 223# ariapersanta


    mcm tau2 je ada congkak kayu kat umah ni.
    mertua ada simpan set tembaga. byk barang tembaga kat umah ni. siap ada dulang hantaran tembaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2012 11:52 PM | Show all posts
Reply 224# misslivina

waaa jangan tgk belakang congkak tu hehehe

dulang hantaran pun ada ... ni kalo geng2 tarik duit tahu ni tentu pakat ramai2 g rumah Miss


kalo barang2 beli kat kedai antik banyak yang tak da pe2
tapi kalo warisan tu ada keharusan ada penjaga nya.


kadang kadang hanya dgn mewarisi sehelai kain songket saja orang tu akan mewarisi saka sekali...


tapi tak semua la , tapi kalo senjata mmg 70% berkhadam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 12:01 AM | Show all posts
Reply 225# ariapersanta


    brg2 ni semua kat umah mertua. bkn umah miss. kain songket? adeh...... memang saje nak kenakan miss. miss ada satu kain songket merah yg diwariskan. dulu abah pakai masa kawin & sekarang diwariskan kpd miss. sblm tu songket tu miss xtau dtg dari mana. sama ada baru dibeli atau diwariskan jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2012 12:24 AM | Show all posts
Reply 226# misslivina


   tak yah risau la .... saja gurau gurau ...saya tahu miss sekarang dalam tangan orang yang elok ...saya support dia sbb cara dia humble
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 01:44 AM | Show all posts
Reply 227# ariapersanta


    ko dengar cakap ariapersanta ni cik livina. aria ni pangkat ayah ayah jo dgn ekau. kalau dia kato perawat tu elok, elok la maknanya tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2012 04:16 AM | Show all posts
Reply 228# akuHensem


    pangkat ayah ayah? suka hati aje kan. en.aria ni muda remaja lagi kot. hehe... melalut tgh2 malam kat tred org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2012 05:26 AM | Show all posts
Reply 230# misslivina

tak la muda sangat dan tak lah tua sangat, nak kata pangkat ayah2 pun ramai yang mmg panggil ayah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 05:31 AM | Show all posts
Reply 231# ariapersanta


    en.aria xtdo lagi? anak miss meragam dari pukul 3 tadi. kejap2 merengek. xtdo miss dibuatnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2012 04:57 PM | Show all posts
owh tadi tu dah bangun dah sahur
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 09:57 AM | Show all posts
ni yg tak gomour ni
takkan jin tu orang kotttt!!!!!
yg dah mati......tu mati leeee
dah balik kat TUHAN dahhhhh
tinggal si qorin jeeeee
maklumlah dah MINTA DITANGGUHKAN
qorin tu jin leeeee
suku sakat si iblis
bukan orang punnnnn

memang begitulah selalunya
jin mengaku orang
dan orang mengaku baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2012 09:14 PM | Show all posts
ada satu kisah , mungkin boleh membawa ikhtibar kepada semua kisah manusia yang telah hilang pegangan kerana dugaan.

Ada seorang kawan bertanya kepada saya , benarkah dengan membaca ayatul Qursi kita akan terdinding dari sihir.

susah juga nak diterangkan kerana pesan arwah guru yang mula mula mengajar saya mendalami ilmu Tauhid ialah jika kita terangkan sesuatu kepada seseorang dan dia tidak faham maka kita akan menanggung ketidak fahaman nya itu.

Jadi nak jawab susah tak jawab lagi susah, nak kata tidak jujur dia memang jujur bertanya , sbb kalau sekadanr nak jadi bahan berdebat mmg dia bukan suka berdebat pun.

saya jawab ya, dengan izin Allah , umpama pakai payung bila hujan , namun kadangkala basah juga.

Dia mengguk tanda faham selepas itu dia bercerita perihal awek nya yang telah putus asa dgn ayat2 Allah , dah putus asa dengan doa dan solat hajat , sebab sakitnya tak pulih pulih , sekarang katanya sedang berubat dengan seorang sami siam.

Aduhaii , sedih kan betapa manusia lupa kan ketentuan , kada' dan qadar, apa yang pasti inilah produk islam ritual tanpa penerapan Nur Islam itu sendiri, bila ada golongan yang cuba membawa jalan kerohanian maka dengan pantas dicop sesat ,.

Ramai juga orang yang mengaku islam tetapi tidak langsung Islamik pada sifatnya , adakah ini satu bentuk penyamaran untuik dakwah atau sememangnya berbangga dengan hakikat  dan tidak lagi mengamalkan syariat ,

Rasulullah S.A.W mengajar adab , mengajar sopan , mengajar supaya saling kasih mengasihi, tetapi apa yang kita lihat sekarang ialah orang yang berilmu lebih minatnya berdebat dari berkongsi,

Mungkin sedikit Off topik tetapi pokok pangkalnya menagpa terjadi kes sebegitu dan apakah tanggungjawab kita?? entahlah ....

tu belum masuk puak yang paranoid terhadap jin dan khadam , buat apa pun syirik belaka, jin memanjang digembar gemburkan kehebatan jin , kehebatan khadam , kadangkala hingga mengatasi ketentuan,... sudah tiada lagi kepercayaan terhadap  Allah yang berkuasa untuk buat apa saja yang Dia suka sebab dia Allah ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 09:54 PM | Show all posts
Reply 234# ariapersanta
Aku dok gelak baca posting ko yang ini...bukan gelak kat ko tapi gelak kat awek dia tu...Solat hajat, solat hajat jer,..maknanya minta minta; mahu mahu; hendak hendak ...
Dia tak bertaubat...bila bertaubat maka dosa dosa yang kering dan lembap tu insyaAllah akan terhapus, maka jadinya lah seperti baby yang bersih...barulah boleh di rawat dengan senangnya...

Ibarat kalau berhutang ngan bank, pastu tak bayar..kemudian blacklist....buatlah permohonan dengan bank yang lainnya...tak akan ada yang beri hutang lagi...
Haaa...pastu pergilah jumpa Along...memang dapatlah...pastu...selalulah gi jumpa Along...kalau dah tak nak pergi dah ...Along pulak datang cari...walaupun telah di lunaskan hutang dengan jayanya tanpa ada apa apa yang membebankan Along...

~ ((((Kalau kita ada dosa pastu kita tak menyucikan dosa tu ( dengan cara cara beribadah ) dah tu dosa buat jugak dah menebal, kemudian buat pulak solat hajat mintak untuk di sembuhkan ( pikir sikit lah...kalau dah sembuh nanti dosa akan dibuat jugak mungkin bertambah hebat lagi ) makanya dosa dosa ini jadi sebagai pendinding kepada penyembuhan perawatan tersebut.
Sememangnya lah ayat ayat Qur'an di baca sebagai pendinding tapi dinding di luar dan musuhnya ada di dalam... ( kalau musuh di dalam tak ada , maka musuh di luar tak akan boleh menakluki...
Ini tidak,... musuh di dalam yang dok ada menyerang , macam mana nak bertahan,....

Kemudian pi jumpa Tok Sami...yang macam perangai Along tu...ibaratnya...memanglah selesai masalah tetapi hanya seketika saja...

Renung renungkan lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2012 09:59 PM | Show all posts
Reply 235# rdzaccess

betul , tu la yang aku sampaikan kat member tu, al kisah sayang punya pasal dia sendiri dapat dosa sbb pergi Wat ...jumpa sami , dia la yang dok angkut,
suruh dia tarbiah dia kata takut t awek dia lari, dia suruh aku pulak nasihatkan awek dia ada ka patut
aduhaiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 11:09 PM | Show all posts
Takut awek dia lari sama ko kot..
Tapi kan...kekadang malas lah pulak nak layan orang yang macam ni...
Cepat benar putus asa...

Kalau diorang ni nak sembuh,..harapannya dalam sejam dua dah nak dapat hasil positif padahal sakitnya dah lama dah...boleh pulak bertahan...

Nanti kalau guna yang di simpan rahsia ( untuk kecemasan ) mulalah canang yang bukan bukan...

Kekadang bagi aku , lebih senang ajar diorang buat sendiri , sembuh ker tak sembuh diorang punya, hal sendiri mau tahu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2012 11:14 PM | Show all posts
tu la sekarang ni memang banyak aku suruh g belajar sendiri buat rawatan,
pertama diorang rasa la sendiri susah ke tak susah belajar merawat
kedua kalo diorang dah faham tak payah lagi bergantung harap kat bomoh2 dan tok2 sami lagi
ketiga mudah2an dapat hidayah dan dekat dgn Allah aku dapat saham akhirat sbb aku upline  hehehe MLM yang tak merugikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 06:05 PM | Show all posts
Harimau jadian

Bagi yang baca cte tamar Jalis pastinya tak terkejut kalau diceritakan ada makhluk Harimau jadian ini

Bagi penuntut aliran Silat Harimau yang asli yang masih mengekalkan semangat harimau maka penghujungnya memang akan bertukar menjadi harimau

macam mana ia berlaku Wallahu alam tetapi apabila seseorang itu diresapi semangat harimau maka apabila marah maka terjadi keharusan dia kan bertukar menjadi manusia harimau

Ada juga yang mewarisi saka harimau yang kuat akan juga bertukar menjadi harimau ,

kata orang la Wallahu Alam

Tapi kini kenalan yang masih belajar silat harimau menyatakan perguruan yang mengamalkan silat harimau asli telah pupus , yang ada hanyalah pergerakan tanpa semangat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 07:58 PM | Show all posts
Tapi kini kenalan yang masih belajar silat harimau menyatakan perguruan yang mengamalkan silat harimau asli telah pupus , yang ada hanyalah pergerakan tanpa semangat


silat harimau asli ada di Sumatera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068840 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list