CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 9-6-2011 02:52 PM | Show all posts
Reply 215# melody1


  serius! aku pun tak pernah try lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 02:53 PM | Show all posts
huhu...
baca komen2 korang, buat aku senyum sampai ke telinga...
fizziany Post at 9-6-2011 14:51



    terima kasih buat fizzi sbb hidangkan citer lawak mcm ni... memang best sangat2






agak2 ade n3 tak hari ni..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:55 PM | Show all posts
idea tgh mencurah2....
tapi masa nak menaip tadak....
camana.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:57 PM | Show all posts
“Apasal orang dalam kedai ni pandang kita semacam?” soal Abu separuh berbisik ke telinga Dol. Dol sesekali tersenyum kepada pelanggan yang ada di dalam kedai menjual barangan elektronik dan telefon bimbit itu.

“Sebab…muka kau macam penyamun…” balas Dol perlahan ketelinga Abu. Dol, Abu, Faris dan Aishah sama2 meneliti satu persatu jenis telefon bimbit yang terdapat di kedai itu.

“Waa..aku rasa macam dah lama tak tukar telefon..” kata Aishah, rambang mata melihat deretan aneka telefon bimbit.

“Tukar apanya…beli pun tak pernah!” Abu pula memintas kata2 Aishah. Kelat wajah Aishah mendengar lalu dia menyiku abangnya yang berada disebelahnya.

“Kalau beli pun tak guna…Tak ada boyfriend pun nak call….Hahaha….” serentak dengan itu, Dol dan Abu saling ketawa dengan kata2 Dol. Berasap telinga Aishah dibuatnya dengan dua saudaranya itu. Faris pula sibuk berbual dengan salah seorang jurujual di situ mengenai telefon bimbit yang bakal dibeli nanti. Khusyuk sungguh dia mendengar penerangan jurujual tersebut.

“Aishah...yang mana satu cantik?”  Faris disebelah Aishah menyiku Aishah ditepinya. Pantas Aishah, Abu dan Dol sama2 memandang. Ada 3 jenis telefon yang ditunjukkan oleh Faris.

“Aku berkenan yang biru tu bos!” kata Dol sambil menuding ke arah sebuah telefon bimbit berwarna biru muda. Aishah membelek satu persatu telefon yang ditunjukkan oleh Faris padanya.

“Sibuk la kau!” Abu mendengus bila Dol menyampuk. Dol menarik muka kelat.

“Yang hitam ni okay. Tak banyak sangat fungsi. Kalau telefon bimbit terlalu banyak fungsi, bateri tak tahan lama. Kita kan selalu bergerak sana sini, tak tetap tempat tinggal…” kata Aishah. Pada pandangannya, itulah sebaik2 pilihan dengan situasi mereka sekarang. Makan tidur, semua di van buruk itu. Kalau dulu, cuma mereka bertiga, tapi kali ini, tambah lagi seorang.

Di campur dengan Mail yang masih terkurung di dalam van, sudah menjadi lima! Memang sungguh tidak selesa. Bila mahu mandi atau ke tandas, mereka ke tandas awam.

“Hmmm..” Faris mengangguk2 faham. Ditelitinya kembali telefon bimbit jenama Samsung yang berwarna hitam itu. Kamera ada, pixelnya juga lebih baik dari telefon lain.

“I take this one!” kata Faris kepada jurujual itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:58 PM | Show all posts
“Cendol! Cendol!” laung Abu bila melihat Dol, Aishah dan Faris yang tergesa2 kembali ke van. Lantas, ketiga rakannya memandang Abu yang ketinggalan dibelakang mereka.

“Panas ni…aku nak makan cendol! Jom! Aku belanja!” pelawa  Abu lagi.

“Dengan duit Mail?” sampuk Dol pula. Abu menarik muka masam.

“Duit akulah….” balasnya geram. Dol nampaknya tak sudah2 memandang rendah padanya.

“Cendol? Aku nak! Dah 15 tahun tak makan cendol….” kata Faris lemah, sambil membayangkan jeli berwarna hijau muda dengan kuah santan yang dinikmatinya dahulu ketika mereka sekeluarga bercuti di Langkawi. Tapi itu cerita 15 tahun dahulu, sebelum Tengku Mansor menjadi arwah!

“15 tahun tak makan cendol? ?” Aishah berteriak sambil menggeleng2. Kesiannya….

“Jom! Jom!” Dol pula bersuara. Mereka sudah mencapai kata sepakat kali ini. Gerai cendol yang terletak berhampiran medan selera pinggir pekan perlu dituju.

“Mail macammana? Berpanas dia dalam kotak tu…karang mati lemas pulak dia…” soal Aishah tiba2.

“Alah ..takpe! Aku dah buat lubang kat atas kotak tadi. Tingkap van pun aku tak tutup rapat…kau jangan bimbanglah! Setakat 20 minit kita makan cendol, dia takkan matinya..” Faris terus memaut bahu Aishah lalu mengajaknya kembali berjalan.

Mereka kembali meneruskan perjalanan menuju ke gerai cendol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:59 PM | Show all posts
Aishah dan Faris sama2 memandang Abu yang baru keluar dari tandas awam sebuah kawasan perhentian rehat dan rawat. Bahasa popularnya, ‘R & R’. Setengah jam menyusur lebuhraya LEKAS dari Kuala Pilah menghala ke Kuala Lumpur, macam2 ragam isi van itu.

“Mail ni, aku rasa dah kencing dalam van ni…bau hancing kat belakang ni!” rungut Faris, sambil sesekali mengipas hidungnya.

“Kau jugak degil! Dia nak turun kencing kau tak bagi…” marah Aishah pula. Abu sudah berada di depan mereka. Dol  pula membasuh mukanya dengan air mineral yang dibeli tadi.

“Kalau sampai kat KL tu, kita nak kemana? Takkan terus nak terjah Tengku Kamil? Lagipun, kita mesti kena buat persediaan sikit. Tak gitu bos?” soal Abu yang sudah memanjat van lalu duduk ke tempat duduknya kembali.

Faris terdiam sejenak. Dia memandang Abu, Dol dan Aishah yang menanti jawapannya.

“Duit kita banyak lagi kan?” soal Faris. Berkerut dahi Dol mendengar. Ini..kalau tak dapat RM3 Juta, aku orang pertama letupkan kepala dia! Gumam Dol didalam hati. Serentak dengan itu, Dol mengangguk.

“Kalau macam tu…malam ni, kita sewa hotel. Takkan nak tidur dalam van ni…dah berbau hancing dah ni, si Mail ni terkencing…” kata Faris.

“Sewa hotel? Wowwww…..” Abu dan Dol terkejut. Tidak pernah terfikir oleh mereka dapat merasa tidur di hotel.

“Tak mahal ke bos?” soal Dol pula. Risau dia, melihat duit yang mengalir tanpa henti.

“Tak payahlah cari hotel 5 bintang! Budget dalam RM200- RM400…Untuk malam ni saja…Harap2, esok, bila kita dah mulakan pelan C kita…kita boleh cari tempat tinggal yang lebih baik. Lagi cepat kes ni selesai, lagi cepat korang dapat duit korang balik…” kata Faris lagi.

Abu dan Dol saling berpandangan. Jujurnya, mereka memang tidak pakar dalam urusan mencari hotel untuk diinap.

“Kalau macam tu, kami serahkan pada bos sajalah…” kata Dol. Faris mengukir senyum. Kemudian memandang Aishah ditepinya.

“Si Mail ni….kita nak angkut masuk hotel sekali ke?” soal Aishah bila Faris memandangnya. Faris yang baru hendak senyum, terus tidak jadi berbuat demikian. Senyumnya terus terbantut.

“Angkutlah sekali…kat mana lagi kita nak campak dia. Dia saja satu2nya saksi penting dalam kes ni…”ujar Faris lemah. Aishah angguk perlahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2011 03:01 PM | Show all posts
“Jalan terus! Jalan terus!” arah Faris. Dol memandu van dengan hati2 mengikut arahan Faris.

“Hotel dalam hutan? Hajjaib….” Abu tidak putus2 memandang sekelilingnya. Van sudahpun memasuki ruang parkir kereta bawah tanah.

“Ini bukan hutan! Ini pokok2 yang diorang tanam untuk cantikkan hotel ni..” tingkah Faris pula. Tangannya gigih membuka pita pelekat dimulut Mail. Tali dikaki Mail sudah dirungkai. Yang tinggal cuma tali ditangan yang akan terus dibiarkan.

“Hauh! Hahh!! Mintak nafas! Mintak Nafas!!” sebaik pita pelekat dimulutnya ditanggalkan, Mail tercungap2 bersuara.

“Syyhhh!!! Diam! Aku nak kau ikut saja arahan kami. Sedikit kau cuba berlagak pandai, pistol tu akan terus meletup kat kepala kau. Faham?” ugut Faris.

“Faham! Faham!” Mail terus setuju saja. 4 lawan 1, mana boleh….Tambahan pula, dua dari mereka bersenjatakan pistol. Jadi, dia akur dengan semua arahan mereka.

Van sudah diberhentikan. Enjin sudah dimatikan. Abu, Dol dan Aishah memandang Faris.

“Macammana sekarang ni?” soal Abu. Faris memandang Abu dan Dol.

“Kau berdua tinggal dalam van ni dulu, jaga si Mail ni. Jangan biar terlepas. Jangan keluar dari van sampai kami datang semula. Aishah, kau ikut aku…” kata Faris.

“Kemana?” sola Aishah. Berkerut dahinya memandang Faris.

“Kita pergi book bilik. Kau ada IC?” soal Faris. Aishah angguk.

“Good! Jom,” arah Faris lalu keluar dari van. Aishah mengikutinya dibelakang. Pintu van ditutup kemas.

“Jangan kemana2. Jangan keluar dari van sampai kami datang balik!” pesan Faris sekali lagi. Abu dan Dol mengangguk faham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 03:02 PM | Show all posts
Sebaik masuk ke dalam lif, Faris cepat2 membetulkan rambut Aishah. Tercengang Aishah bila rambutnya tiba2 dikirai2 oleh Faris. Lantas tangan Faris segera ditepis.

“Kau apahal?” soalnya hairan. Faris menelan air liurnya sambil merenung wajah Aishah.

“Rambut kau serabai sangat! Nak book bilik hotel, at least bagilah muka tu berjenis sikit!” kata Faris. Aishah mencebik. Menyampah!

“Cakap sajalah! Tak perlulah nak pegang2 rambut aku!” Aishah pantas mengurai2kan rambutnya lalu rambut itu ditarik dan diikat kemas2 dengan pengikat rambutnya. Sesekali, kepalanya dirapikan. Faris tersenyum melihat telatah Aishah.

“Haa..macam ni baru okay. ..” puji Faris melihat rambut Aishah yang kemas. Aishah senyum simpul, kemudian menarik kembali senyumnya. Malas hendak tersenyum lama2 kepada Faris.

Ting! Pintu lif terbuka. Faris dan Aishah berpandangan. Langkah diatur keluar dengan Faris yang mendahului langkah mereka. Kaunter khidmat pelanggan yang terletak di lobi hotel itu dihampiri. Dari jauh, pekerja dikaunter sudah tersenyum manis memandang mereka.

“Hello…Welcome to Holiday Villa, Subang. May I help you , sir,” sapa si penyambut tetamu ramah. Faris mengukir senyum. Tangan Aishah diraih lalu digenggam erat. Aishah pula terpinga2 melihat perlakuan Faris.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2011 03:09 PM | Show all posts
Reply 222# juliet80


lawak ke citer ni???

huhuhu....asalnya nak buat citer suspen...alih2 jadi camni lak...

tapi takpelah..asalkan ada org yg happy bila baca, itu pun dah cukup bagi aku.

thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 03:16 PM | Show all posts
fizz...sambunglaa ckit lg...tgh besh baca..ehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 03:33 PM | Show all posts
wah....faris pegang tgn aisyah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 04:07 PM | Show all posts
wah faris kirai2 rambut aisyah .. dok bayangkan dia belai2 wakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 04:40 PM | Show all posts
wow... dah sampai ke Subang.... suka2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by zafran_iman at 9-6-2011 19:51

best....
x sabar nak tahu sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:41 AM | Show all posts
seyes best gila cita ni...  kelakar + thrill
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 12:28 PM | Show all posts
tido hotel....
mesti penyambut tetamu ingat faris & aishah nak berbulan madu....
n3, n3, n3.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 03:02 PM | Show all posts
fizzi cepat2 ler sambung... sebenornya faris tu sengaja jek pura2 berlakon macam pasangan hanimun romantik bagai... memang dalam ati faris dah ada taman kat aishah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:10 PM | Show all posts
sambungan utk hari ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 10-6-2011 15:14

Dol dan Abu terus menyusup masuk ke sebuah bilik di tingkat 2 yang disewa oleh Faris. Aishah cepat2 menutup pintu bilik sebaik mereka masuk. Sebaik pintu bilik ditutup, Abu dan Dol terlopong merenung segenap ruang di dalam bilik hotel itu. Mulut masing2 ternganga.


“Besarnya!!! Aku nak tidur sini! Aku nak  tidur sini!” terus sahaja pegangan tangan Mail dilepaskan, Abu  dan Dol segera membuka pintu bilik tidur dan melompat ke atas katil yang empuk.


“Hoihhh!!!” Faris sudah geram melihat kedua lelaki yang terkinja2 terlompat2 di atas katil. Katil yang tadi kemas diselaputi cadar berwarna putih bersih, kini sudah berselirat kedudukannya.


Mendengar jerkahan Faris, kelam kabut Dol dan Abu turun lalu kembali ke ruang depan. Faris bercekak pinggang memandang keduanya. Bengang. Aishah pula sedang duduk di set sofa diruang menonton TV di luar bilik tidur.


“Sorry…teruja…” Dol tunduk, menunjukkan wajah serba salah kepada Faris. Mail didudukkan ke kerusi kayu ditepi TV. Faris turut duduk di sofa bersebelahan Aishah. Abu dan Dol duduk di kerusi  bersebelahan mereka.


“Kau pergi simpan si Mail ni kat bilik baju dulu. Selak pintu bilik tu..jangan bagi dia boleh keluar….” arah Faris kepada Dol. Dol bangun lalu menolak tubuh Mail.


“Bila korang nak lepaskan aku ni…aku dah ikut cakap korang banyak sangat dah ni…” rungut Mail.


“Selagi kes ni tak selesai, jangan harap kami nak lepaskan kau…” celah Abu pula. Dol menoleh2 sekelilingnya. Faris tercengang memandang tingkah laku Dol.


“Kenapa?” soal Faris.


“Mana bilik baju bos?” soal Dol. Tidak pula dia menyangka, di dalam sebuah bilik hotel, ada banyak lagi bilik lain….


Faris menghela nafas lemah. Dia bangun lalu menuju ke bilik tidur. Sebuah bilik yang berhampiran bilik mandi dibuka. Dol dan Mail yang berdiri disebelah Faris memandang isi bilik baju tersebut. Terdapat beberapa almari kosong yang menempatkan deretan tuala putih tersangkut di dalamnya.


“Haa…sumbat dia kat sini…” arah Faris. Serentak dengan itu, tubuh Mail ditolak ke dalam bilik itu dengan tangannya yang masih terikat. Dol segera mengikat kaki Mail pula sambil diperhatikan oleh Faris. Usai membereskan kerja mereka, Dol dan Faris kembali ke ruang tamu.


Tubuh dihenyak ke sofa. Faris bersandar lega. Penghawa dingin dihidupkan.


“Uhhh…kalau aku tahu nikmatnya lepak kat hotel macam ni, lama dah aku sewa hotel…” kata Abu seraya  menyandarkan badannya ke sofa. Dol mengangguk.


“Berapa malam kita kat sini bos?” soal Dol pula. Matanya tak lepas2 meneliti ruang di dalam bilik hotel itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:12 PM | Show all posts
“Satu malam saja…Aku harap, plan kita akan berjalan lancar malam ni, so bila misi ni berakhir secepat mungkin, kita bolehlah balik rumah aku…” kata Faris.


“Bos ada rumah ke kat sini?” soal Abu pula. Faris mengangguk.


“Huhu….memang dasar anak orang kaya…rumah merata2. Kita ni….rumah pun tak boleh nak dipanggil rumah…” celah Aishah disebelah Faris. Dol dan Abu tersenyum hambar. Kata2 Aishah memang ada benarnya. Rumah kampong mereka sudah layak dipanggil pondok buruk.


Lagipun, mereka tidak menetap di sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama sejak 2 tahun lalu. Itu semua, gara2 aktiviti mereka yang membuatkan mereka sentiasa merasa tidak selamat.


Faris memandang Aishah disebelahnya. Dia mengukir senyum tawar. Rasa kasihan pula bila mendengar kata2 yang terzahir dari bibir mungil gadis itu.


“Nanti bila kau dah dapat upah RM1 Juta sorang tu, kau belilah rumah …tak payah nak tinggal dalam van lagi…” kata Faris. Aishah senyum tawar sambil memandang Faris.


“Betul ke bos nak bayar kami RM3 Juta kalau misi ni berjaya? Macam tak percaya…” soal Dol lagi.


“Takkan aku nak tipu…” Faris mengangguk.


“Jadi, macammana plan baru kita?” soal Abu pula. Aishah, Abu dan Dol memasang telinga kepada penerangan yang bakal disampaikan oleh Faris.


“Malam ni, gambar Tengku Kamil harus diambil. Tepat pukul 3 pagi, aku dan Aishah harus berada di Aloha Club, sebab selalunya waktu tu, Tengku Kamil akan berada di kelab tu. So, itu peluang yang harus digunakan sebaik2nya. Sebaik saja kita dapat gambar Tengku Kamil, kita tunjukkan pada Mail untuk pengesahan. Jika betul Tengku Kamil yang menjadi dalangnya, tahulah aku apa nak buat untuk plan seterusnya..” kata Faris.


“Tapi…macammana kau boleh pasti yang Tengku Kamil akan datang ke kelab tu malam ni?” soal Aishah dengan dahi yang berkerut seribu. Faris tersenyum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.996328 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list