|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THE BEAUTY OF SILENCE
[Copy link]
|
|
Orang jujur selalu dalam lindungan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
start page 11 pagi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
oh skrg dah page 12
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejujuran adalah kunci kepercayaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadikan kejujuran sebagai prinsip hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejujuran membawa keberkahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkata jujur meski itu pahit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejujuran adalah cerminan akhlak yang mulia. |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan soket 240V untuk mengecas dalam kenderaan awam berbahaya
KUALA LUMPUR: Penggunaan soket 240 voltan (V) untuk mengecas di dalam kenderaan awam lebih berbahaya berbanding pengecas mudah alih (USB), kata seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Prof Dr Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berkata soket dengan jumlah itu sama seperti di rumah yang berupaya menghasilkan renjatan elektrik sekiranya berlaku litar pintas.
Sebaliknya, beliau berkata pengecas USB dengan nilai hanya 5V tidak mendatangkan sebarang masalah kerana voltannya lebih rendah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes seorang remaja maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menerusi soket sebuah ekspres pada Jumaat lalu.
Kejadian di Terminal bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang ketika Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, menaiki bas berkenaan untuk ke Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Dr Sawal Hamid bagaimanapun berpendapat insiden membabitkan kematian remaja itu boleh terjadi akibat daripada beberapa faktor.
Antaranya, menurut beliau ialah pemasangan tempat mengecas menggunakan soket 240V tidak melalui piawaian atau pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
"Selain itu, faktor pengecas mungkin rosak hingga tidak dapat membuat isolasi di antara kemasukan voltan tinggi 240V dan voltan keluaran rendah 5V, hingga menyebabkan voltan tinggi boleh melepasi dan sampai ke pengguna," katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Dr Sawal Hamid berkata, tempat mengecas di dalam pengangkutan awam adalah selamat sekiranya disediakan dengan mematuhi piawaian tertentu atau tersedia oleh pengeluar kenderaan.
"Saya lebih menggalakkan untuk tempat mengecas yang dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan menggunakan USB kerana ia lebih selamat," katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan juga menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit.
Sawal Hamid berkata, tempat mengecas di dalam pengangkutan awam adalah selamat sekiranya disediakan dengan mematuhi piawaian tertentu atau yang tersedia oleh pengeluar kenderaan.
"Saya lebih menggalakkan untuk tempat mengecas yang dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan menggunakan USB kerana ia lebih selamat,"katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... raan-awam-berbahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Kecewa Rupa Kek Tak Sama Seperti Diminta, Harga Pula Bukan Main Mahal!
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas menerima kek buruk yang jauh berbeza daripada apa yang diharapkan, walaupun telah membayar harga tinggi.
Dalam hantaran di Facebook oleh Nurul Syuhada, dia berkongsi bahawa dia telah menempah kek bernilai RM300 dengan rekaan elegan yang sesuai dengan tema bank terkenal untuk majlis di pejabatnya.
RASA SEDAP, TAPI KEK BURUK!
Namun, hasil yang diterimanya langsung tidak menyerupai rekaan asal. Kek tersebut bukan sahaja kelihatan ‘tidak kemas’, tetapi hiasannya juga jauh dari jangkaan.
“Kalau nak berniaga, berniaga lah dengan betul. Jangan ‘pedajal’ orang lain. Saya pun berniaga juga. Rasa kek dia sedap tapi rupa dia tu,” luahnya di ruangan kapsyen.
Dia juga mengkritik pembuat kek yang menambah hiasan berupa cucuk belon, yang dianggapnya tidak sesuai untuk majlis korporat dan lebih mirip kepada majlis kanak-kanak.
“Rasa dia sedap sebab guna keju premium tapi bab hiasan tu memang ke laut. Kita ni budak seni, nak seiring sedap dan lawa begitu lah. Kita memang nak benda cantik, tipu lah kalau tak nak cantik,” tambahnya.
Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang menyatakan simpati dan sokongan kepada Nurul Syuhada.
“Jauh beza. Sebelum tu, dia memang cakap dia boleh buat sama macam dalam gambar ke?,” komen Maisara Natasha.
“Ni bukan kek Maybank, ni kek mubeng,” ujar Faiz Saleh.
“Kenapa tak cakap awal-awal pada pembeli, kalau tak boleh buat sama macam gambar? Dah macam nak untung je. Hasil cantik ke tidak, tolak tepi ni,” kata Hwani Jamari.
https://myresipi.com/wanita-kecewa-kek-buruk/
|
|
|
|
|
|
|
|
Johor bakal negeri pertama tawar gaji premium RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bergambar dengan orang ramai yang hadir pada pelancaran Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya di Persada, Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/Iskandar Ishak.
JOHOR BAHRU: Johor akan menjadi negeri pertama di negara ini menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hasrat berkenaan bakal dicapai dengan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Katanya, penubuhan JTDC itu amat penting dalam memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dibekalkan susulan penawaran 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi yang bakal diwujudkan di negeri ini.
"Johor adalah negeri pertama mewujudkan JTDC bagi membantu anak-anak muda di negeri ini dilatih menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi.
"Apa yang dilakukan Johor ini adalah untuk menetapkan gaji premium bagi diploma bermula dengan RM4,000 manakala gaji premium ijazah sarjana muda bermula RM5,000.
"Tidak ada negeri lain melakukannya (gaji premium) setakat ini hanya Johor yang berada di hadapan. Kita melihat peluang pekerjaan yang ada di Johor umpamanya menghadapi persaingan dari negara jiran.
"Ini kerana gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,700 berkuatkuasa Februari depan, namun gaji minimum di Singapura pula adalah $S1,500, bersamaan dengan RM5,290.
"Oleh itu, adalah penting untuk Johor memperkenalkan gaji premium kepada pekerja berkemahiran tinggi supaya bakat tempatan tidak mengalir keluar," katanya ketika melancarkan Majlis Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Ahmad Zahid Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penubuhan JDTC bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan pencari kerja.
"JTDC juga pemangkin ke arah penyelarasan program latihan supaya mengikut keperluan industri, sekali gus memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan mempromosi pembangunan kemahiran berteknologi tinggi," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
Katanya, JS-SEZ pada waktu ini memerlukan seramai 74,000 pekerja berkemahiran tinggi, namun hanya 52,000 permohonan kerja dibuat setakat ini.
"Oleh itu, JTDC ini menjadi sokongan utama kepada penghasilan lebih ramai tenaga kerja kemahiran tinggi yang diperlukan pasaran terutama lepasan TVET..
"Kita ada 1,345 institusi TVET di seluruh negara dan di Johor sahaja ada lebih 220 institusi TVET bagi memenuhi permintaan 100,000 peluang pekerjaan di Johor," katanya.
Ahmad Zahid turut mengarahkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) supaya menyalurkan peruntukan RM20 juta kepada institusi TVET di negeri ini.
Katanya, ia bagi memastikan Johor dapat membekalkan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negeri dan negara terus mampan.
April lalu, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan baharu dilaporkan dijangka wujud dalam beberapa tahun akan datang di Johor, susulan pelbagai inisiatif galakan ekonomi negeri ini.
Onn Hafiz dilaporkan berkata antara inisiatif yang menyumbang secara langsung adalah menerusi program JS-SEZ.
Johor dilaporkan merekodkan jumlah pelaburan RM113.7 bilion tahun lalu dengan mewujudkan lebih 35,000 peluang pekerjaan dan dijangka meningkat kepada 74,000 pada tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... 5000-kepada-pekerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 5-11-2024 01:57 AM
Sudah tawar hati, Idzham dan isteri bercerai
"Apa yang berlaku saya tak boleh kongsi sebab aib saya sebagai suami sebab saya tak mampu didiknya dengan baik.
"Benda kecil sahaja sebenarnya yang mana dia terkhayal dengan duniawi. Jadi, saya tak nak salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dengan baik," katanya kepada BH Online.
KUALA LUMPUR: Pelakon Idzham Ismail, mengesahkannya dan isteri, Nur Abilah Shamsudin bercerai selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Klang, Selangor, pagi tadi.
Idzham berkata, dia sudah tekad dan tidak mahu kembali rujuk memandangkan kedua-duanya sudah tawar hati.
"Ya, sudah selesai semuanya, pagi tadi. Saya tak mahu rujuk.
"Saya sudah tawar hati dan dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.
Terdahulu, Idzham berkongsi berita itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya, pagi tadi.
"Mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk. Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat," katanya.
Bagaimanapun, Idzham mengakui, dia ada cuba memujuk isterinya, tapi tidak berhasil.
"Saya ada cuba pujuk dalam tempoh tiga empat bulan ini. Saya pujuk sejak Julai untuk kembali berkeluarga. Ketika Aidilfitri tempoh hari, kami okay sahaja, ada muatkan gambar bersama," katanya.
Saat bahagia, Idzham bersama isteri dan anak-anaknya. - Foto IG Idzham Ismail
Bertanya sama ada keruntuhan rumah tangganya berpunca kehadiran orang ketiga, Idzham menafikan.
"Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu," katanya.
Terdahulu, pelakon Tarik Aku ke Syurga itu mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.
Idzham berkata, cukuplah dikatakan sudah tiada lagi persefahaman dalam beberapa hal yang membuatkan tiada lagi penyelesaian lebih baik, selain ke mahkamah.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.
https://www.bharian.com.my/hibur ... dan-isteri-bercerai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas adalah kunci diterimanya amal. |
|
|
|
|
|
|
|
Beramallah dengan ikhlas karena Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Keikhlasan membuat hati menjadi tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadikan ikhlas sebagai niat dalam setiap perbuatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas bukan berarti tidak merasakan sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Keikhlasan adalah bentuk cinta tertinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlaslah dalam memberi dan menerima. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas membuat beban terasa ringan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|