|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
{:2_78:} xder ag la.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kamala, PA Amir, mengetuk perlahan pintu sebelum menjenguk.
“ Encik Amir, you have a visitor by the name of Sarah Marzuki. She doesn’t have an appointment but she said she will wait until you are free” Amir mengerut dahi. Sarah? Kenapa dia nak jumpa aku? Ingatkan semua dah settle, zero- zero di Mekah. Wrong timing pula tu. Aku tengah sibuk sekarang, tak cukup tangan. Kalau ada kebolehan guna kaki untuk buat kerja , dah lama aku guna. Dia melepas nafas keletihan. Hailaa… jadi cikgu jauh lebih menyeronokkan. Ada banyak masa untuk Cik Pai Ayam.
“ Zaid, let’s take five. Dah dekat lunch hour pun. We continue after lunch but I want to see the actual versus projected figures for MGC project. I want you to explain why we have a cost overrun. Panggil project team sekali.” Muka Zaid kurang senang. Betul kata staff lain, boss baru ini memang tegas. Don’t pray pray. Baru mula kerja tapi otaknya sangat tajam. Dengan sekali imbas dia boleh tangkap segala kesilapan.
Amir memerhati kelibat Zaid sehingga hilang di sebalik pintu. Fail dan kertas yang penuh dengan contengan tangan di ketepikan. Amir merapi kemeja Cerutti biru cair polos. Tiba tiba dia di serang rindu pada Dahlia. Dia dapat merasa jari jemari lembut membetulkan talilehernya setiap pagi dan menanggalkannya setiap kali dia balik. Dia kepingin mencium bau asli tubuh Dahlia yang terlekat pada bantal dan selimut. Baru dua hari Dahlia pulang ke Kuala Kangsar tapi rasanya terlalu lama. Suasana di rumah Mummy kusam dan malap walaupun di sinari lampu chandelier yang di impot dari Paris. Tiada lagi senyuman ceria dan gurauan nakal menyambutnya ketika pulang. Ahh.. tak sabar rasanya nak ke KK. Cuma bebanan kerja yang menimbun menghalangnya dari memecut ke sana.
Eh, terlupa pula Sarah sedang menunggu di luar. Amir segera menekan butang merah di telefon yang menyambungnya terus pada Kamala.
“ Please ask her to come in”
Tak sampai seminit Sarah Marzuki sudah berada di depannya. Buah hati, cinta suci, belahan jiwa satu masa dulu. Manis berbaju kurung pic dan bertudung sedondon. Sopan tapi tetap menarik. Macam Ustazah Bahiyah versi muda sedikit. Amir kagum dengan penampilannya. Sarah yang dulu tidak janggal berbaju T tanpa lengan dan berskirt pendek kini telah “berhijrah”. Alhamdulillah. Ringan beban suaminya nanti.
“ Hi Amir. Sorrylah sebab datang tak buat appointment. I sampai dari Mekah semalam. Besok I dah kena balik Kerteh. Am I imposing on you?” Mulutnya tetap ringan seperti dulu. Amir teringat kali pertama mereka bertemu, berbelas tahun lalu di supermarket Coles. Amir yang sudah bosan dengan makanan kedai ingin cuba memasak sendiri tapi tak tahu langsung apa perlu di beli. Sarah yang sedang memilih sayuran bersama kawan kawannya menegur Amir. Bukan setakat membeli barang masakan untuk nasi ayam tapi juga memberi resipi. Amir terus berkenan pada gadis manis yang berlesung pipit itu. Itulah permulaan kisah cinta mereka. Cinta yang tak kesampaian tapi manis di kenang.
“ Oh.. tak. I’m happy to see you. Apa khabar your mother? Sihat?” Amir berbasa basi. Mulut Makcik Salamah begitu laser bila bertemu ibunya. Berdesing telinga Amir mendengar luahan hati Makcik Salamah yang terpendam selama ini. Tapi segala katanya benar belaka. Tiada satu pun yang di reka atau di tokok tambah. Mummy telah mengaibkan Sarah dan keluarganya sepuluh tahun lalu, hanya kerana mereka miskin dan tak setaraf. Sekurang kurangnya, Makcik Salamah sudi memaafkan Mummy. Nasib baik juga mereka berada di Tanah Haram, kalau tak mungkin ibunya dah kena ganyang. Laras kemarahan Makcik Salamah macam lava Gunung Merapi.
“ Dia kena batuk dengan selsema. Tapi tu benda biasalah sebab perubahan cuaca. I pun sakit tekak” Sarah melepas pandang pada potret keluarga Puan Sri Sabihah yang tergantung di dinding belakang Amir.
“ You nak minum apa?” tanya Amir sambil menyilang jari jemarinya. Rasa kekok pun ada bila berduaan.
“ Apa apa pun boleh”
Amir melonggarkan tali leher. Dia melangkah ke peti ais mini di sudut pejabat lalu mengeluarkan tin 7 up. Minuman kegemarannya itu di tuang ke dalam dua gelas yang tersedia.
“ Still your favourite drink, ya. ” Sarah menegur. Bila wajahnya di maniskan, memori percintaan waktu remaja kembali menerpa kotak ingatan Amir. Sarah tak banyak berubah, cuma lebih berisi dan cara pemakaian jauh beza. Suaranya gemersik lembut memikat sesiapa yang mendengar. Beratus duit Amir habis bergayut di telefon masa bercinta dulu, hanya untuk di buai suara merdu itu. Telco di Australia patut beri saham syarikat padanya.
“ Ya, some things never change” Amir membalas senyumannya.
“ I ingat nak ajak you lunch. Kalau you free lah. Pukul berapa you keluar lunch?”
Amir terkedu. Macam cari nahas saja, keluar berdua dengan ex yang dah jadi isteri orang. Aku pula laki orang. Ini boleh menimbulkan syak. Lagi lagi pula aku sekarang jadi perhatian ramai. Bukan perasan, tapi banyak mata yang asyik pandang, banyak mulut yang asyik speku. Majlis perkahwinan aku pula dalam masa beberapa hari lagi.
“ Er, selalunya I suruh my PA beli nasi bungkus. Lately I have been very busy. “
“ Takut bini marah kah?” Senyum Sarah se sinis nadanya.
“ Mestilah. Susahnya I nak dapatkan dia, Tuhan saja yang tahu.” Jawab Amir selamba. Reaksi Sarah sungguh tak di jangka. Mukanya berkerut menahan emosi. Alamak! Apa hal makcik ni. Aku nak berlelucon saja.
“ I cemburu Mir. You are so happy with her. Padan muka I, what goes around comes around” |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-3-2011 23:45
“ I tak faham” Amir mengerutkan dahi.
“ Wife you adik Darina, kan? “ Amir mengangguk. Kenapa mesti sebut nama sister in law from hell? Apa kaitan nya ?
“ Darina was crazy about you. Sebelum kita rapat, dia bagi tahu I dia suka you. I best friend dia masa tu tapi I tak pedulikan perasaan dia. I tipu dia sebab I nak jadi girlfriend you. Tengok tengok sekarang, you kahwin dengan adik dia. I was a loser like her.” Sarah senyum tawar
Oh, patutlah perangai Darina pelik sangat bila jumpa aku. Dah tua dan dah bersuami pun masih nak ingat kisah lama…. Aparahh!
“ Itu cerita lama Sarah. Kita semua dah mula hidup baru. Tak payahlah nak ungkit kisah dulu dulu.”
“ Senanglah you nak cakap. You tak tahu macam mana hidup I. Tuhan banyak menduga I. Lepas satu, satu dugaan yang I terima.” Dia jeda sambil mengambil nafas dalam. Matanya yang beralis lentik di genangi bibit tangis. Amir mula tak selesa.
“ Sarah! Kenapa cakap macam tu? You baru balik umrah. Tuhan sayangkan you, sebab itu dia beri dugaan. Tapi you kena bersyukur dengan nikmat nya. You ada suami yang baik, anak anak yang sihat.”
“ I dah bercerai Mir.” Rahang Amir terjatuh. Dia menelan airliur. Dari berduaan dengan mak janda dalam bilik, lebih baik aku keluar dengan dia. Redha sajalah kalau jadi bahan gossip. Lagi selamat dari kena goda.
“ Tiba tiba I rasa lapar pula. Jom kita turun. There is a nice café next door” Amir bingkas berdiri. Sarah terpinga pinga sebelum mengangguk. Dia faham apa yang berlegar di kepala Amir. Bibirnya terjungkit puas. Aku masih punya daya tarikan.
Mereka turun bersama ke lobi. Betul seperti di jangka, berpasang mata terpaku melihat Encik Amir bersama dengan wanita yang tidak di kenali. Wartawan tak bertauliah tak sabar nak berspeku. Amir mempercepatkan langkah. Waktu makan tinggal 30 minit lagi saja.
Café Bliss yang menghidangkan makanan Barat agak lengang hari itu. Dekor kombinasi putih dan hijau gaya English countryside menyegarkan mata. Amir memilih meja dekat pintu. Tak perlu privasi. Lainlah kalau aku makan dengan Dahlia, boleh juga pegang pegang tangan, gesel gesel kaki. Aduh… rindunya aku.
Selepas pelayan mengambil pesanan, Amir memfokuskan perhatian pada Sarah.
“ I tak sangka you dengan Zainal dah bercerai. Bila? Kali terakhir I jumpa you dengan famili, you nampak bahagia.” Sarah menggeleng perlahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarah dah berpisah ke? uwaaah ni jadi pengacau
Mestilah. Susahnya I nak dapatkan dia, Tuhan saja yang tahu.” Jawab Amir selamba
Bahagianya si dahlia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-3-2011 23:57
“ Di mata orang luar, kita nampak bahagia. Sebenarnya itu semua lakunan. I ni memang malang. I terpaksa berpisah dengan you. Masa tu walaupun I sedih tapi I redha yang kita tak ada jodoh. Zainal ada di depan mata dan dia lelaki yang baik. Dia lah yang selalu pujuk I dan ceriakan I. Keluarga dia pun suka I. Bila dia melamar, I terus terima. I fikir kalau I kahwin dengan dia I dapat lupakan you. Bertahun tahun I cuba mencintai dia seperti mana I sayangkan you dulu tapi I tak boleh. Hati I dah kering. I dah beri segalanya untuk you sampai tak ada ruang untuk Zainal. I selalu bayangkan bagaimana indahnya hidup kalau you jadi suami I. Bila dah ada anak, I dengan Zainal makin renggang. Duduk serumah tapi tak ada apa untuk di bualkan. Siang hari masing masing sibuk dengan kerja. Bila balik dari ofis , I sibukkan diri dengan kerja rumah. Kami macam dua orang asing yang menyewa rumah, bukan suami isteri. “ luah Sarah perlahan. Wajahnya di tunduk. Mulut Amir terkunci. Bagai ada bongkah dalam tekak yang menghalangnya dari berkata kata. Pengakuan Sarah amat memeranjatkan. Kesian Zainal!
“Anyway, to cut a long story short, Zainal jatuh cinta dengan kerani di ofis dia. I tak salahkan dia. Ego dia tercalar bila isterinya tak dapat melupakan kekasih lama. Dia dah kahwin dengan that girl 3 bulan lepas. I minta di ceraikan sebab I dah tak ada perasaan untuk dia. Biarlah dia cari kebahagiaan dengan isterinya. Anak anak dengan I tapi dia boleh jumpa bila bila masa. ”
“ Sarah, I tak tau apa nak cakap. I wish I can help ” Amir menggaru pelipisnya yang tak gatal. Nasib baik pelayan datang membawa makanan yang di pesan. Amir terus menjamah beef stroganoff tanpa lengah. Cepat makan, cepat balik. Sungguh aku rasa tak selesa.
Sarah menyisip ice lemon tea. “ Katalah you nak kahwin dengan I. I sanggup jadi isteri kedua”
Amir hampir tercekik. Mukanya merah menahan rasa nak muntah. Berpasang mata tertumpu ke meja mereka.
“ Relax lah Mir, I am just joking. I tak sanggup lukakan hati perempuan lain dan I juga tak sanggup terluka. Tak mungkin you dapat berlaku adil. Dia muda dan cantik. I janda anak dua. ”
Amir mengelap mata yang berair dengan napkin. Baik aku tukar topic.
“ Oh ya, terlupa pula. Kad jemputan untuk my wedding reception ada dengan Kamala. Nanti I bagi. I hope you can make it” Sarah meletak garfu dan pisau.
“ Maaf, Amir. I tak cukup kuat untuk tengok you bersanding with that sweet young girl. Dahlia is so lucky. Dia dapat you. Mummy you terima dia walaupun dia bukan anak orang kaya. Kenapa I tak dapat semua tu?” Suara Sarah kembali bergetar.
“ Semuanya takdir. Lepas Mummy kena cancer, dia banyak berubah. Eh, kenapa you tak makan? Nak order something else?”
“ Tak apalah. I kena balik. I dah banyak ambil masa you. Its just that… I needed a friend to talk to. Bukannya I tak ada kawan tapi bila jumpa you di Mekah I rasa … well.. memori lama susah nak luput. “ Sarah mengeluh. Jarinya di patah patahkan. Renungannya membuat Amir gugup. Masing masing membiarkan sepi beraja.
“ I will always be your friend. Kalau you…” Amir memecah keheningan
Bahu Amir di tepuk dari belakang. “ Hi Amir. ”
Alamak! Nia Aurora berdiri di belakangnya bersama seorang staff Perkasa. Mata Nia mencerlung. Sejak kebelakangan ini, Nia dan Lia semakin rapat. Mesti berita sensasi ini sampai ke telinga Lia lebih pantas dari kelajuan keretapi Hikari di Jepun.
" Nia, buat apa kat sini?" Soalan bodoh, tapi aku memang di serang virus bodoh. Mestilah orang datang sini sebab nak makan.
" I dah kerja kat Perkasa lah. Today is my first day. Lia mana?" Nia menjeling ke arah Sarah. Siapa makcik ni?
“ Lia dah balik KK. Lusa kenduri di pihak perempuan. Jangan lupa datang” Amir tidak memperkenalkan Sarah pada Nia. Panjang cerita nanti. Siapa sangka kedua isteri “ tak jadi” nya akan bertemu muka. Perut Amir rasa senak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 225# qimi08
kacau sikit sikit jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah Amir jatuh simpati melimpah ruah.
nanti dipergunakan sepenuhnya oleh Sarah;
kalau cik pai ayam tahu dan merajuk terus
baru terbatal majlis persandingan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 228# cmf_azure
takut cik pai ayam berubah hati pada farid buncit yg dah taubat
menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 229# sang_arjuna
mana fb menghilangkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 230# qimi08
nanti dia buat comeback
tungooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_azure
takut cik pai ayam berubah hati pada farid buncit yg dah taubat
menakutkan:f ...
sang_arjuna Post at 23-3-2011 23:55
smiley,
dh la Lia in early pregnancy, emosi x stabil memanjang.
kesian lia kalau dia tau amir lunch dgn sarah.
jgn la wat dahlia sampai simpati kt FB,...
nnt FB guna peluang yg ada nk rampas Lia balik...
x nak...x nak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 231# sang_arjuna
ha ha ha ha menunggulah ini |
|
|
|
|
|
|
|
ala jgan la lia tbkenan ngan fb tue..
x sesuwwai sggh..
amir..
ur wife da cntik jelita..
jgn la tjatuh cinta lgi skali ngan si sarah tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_azure
takut cik pai ayam berubah hati pada farid buncit yg dah taubat
menakutkan:f ...
sang_arjuna Post at 23-3-2011 23:55
errkkkk no.! tak kann laa |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah gosip2 liar sampai ke dahlia...
x, puas amir nak memujuk... |
|
|
|
|
|
|
|
yes..plot makin bekembang..panjang2 lg yer... |
|
|
|
|
|
|
|
next..... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal semua nak buat comeback ni?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|