CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V139'

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-3-2022 02:01 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-3-2022 03:06 PM
Knp pggl anak fruit oo sbb anak buat eh

aah saja je sebut anak fruit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2022 02:11 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-3-2022 03:07 PM
Ddk hostel kan? Bole msk eh kat sn? Ms nov dulu x bole

ya nov, duduk hostel. adik kaka ada bg dia periuk nasi kecik.
2x kaka pi uitm. lps dah antar dia kaka terus pi bidor check in hotel.
lps dah solat jamak keluar makan terus pegi jenjalan.
ingatkan nk pegi teluk batik tp jauh bebenor cancel pegi teluk intan.
dah soping2 sikit2 kt pasar mlm terus balik ke hotel kt bidor.
ahad pagi anak WA soh beli brg2 lg. mmg dia dan roomate plan nk masak.
+ kawan bilik sebelah. sb kt cafe mahal.
kaka belikan beras 5kg. sardin kecik hampir 10 tin, telur, kiub tomyam, kiub ikan bilis, carrot utk goreng nasi.
byk jgklah beli  utk dia.
klu anak bujang yg sorang tu dia tak kisah sangat. beras dll selalu ada org bg kt tahfiz dia.

adik kaka advise dia periuk nasi klu tak guna simpan dlm beg. klu ada spot check biasa dlm beg tak dicheck.
adik kaka dulu belajar kt ikbn kuala perlis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 02:12 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-3-2022 03:07 PM
Kn keje nnt x de duit nk byr unifi acaner nk moyan

betul betul. sb tu weekdays kaka tak kisah klu nov lambat reply.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 02:13 AM | Show all posts
esok sambung reply. ngantuk sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
puccafan replied at 27-3-2022 04:01 PM
Angpa semua dok utagha jugak ka, or ada yg dok kat area lain

hai....

semua yg kat dalam ni tak semua duduk utara

kitorg duk KL, Ganu, Selangor n Penang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-3-2022 01:15 AM
terima nov. dah sampai rumah kul 4++. alhamdulillah perjalanan pegi dan balik smooth.

Check out pkl 12 kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-3-2022 01:18 AM
kaka suka tengok yg pink tp klu org bg yg merah kaka amik.

Nov mmg suka warna merah. Tp bg bunga ape pun ambik gak jgn bunga taik ayam je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 28-3-2022 08:19 AM
hai....

semua yg kat dalam ni tak semua duduk utara

Penang tu utagha la macet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-3-2022 01:20 AM
kt sini klu kedai2 ada byr parking atau sewa petak parking kaler merah. owner kedai nk letak kon,  ...

Tp yg nov selalu tgk diorg ltk tiang baru nmpk legal. Klu kon nnt ade org ubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-3-2022 01:22 AM
maksud nov..? kaka blur.


Mksd nov tiang mcm ni tp lekat kupon pass bulanan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:32 AM | Show all posts
COVID-19: 16,863 kes baharu, 37 kematian direkodkan semalam

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Mac 28, 2022 @ 8:16am  [email protected]




Sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini. - Foto hiasan




PUTRAJAYA: Sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Pada masa sama, seramai 26,171 lagi pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,870,937 kes sudah pulih daripada jangkitan wabak itu hingga kini.

Terdapat 233,179 kes aktif, setakat tengah malam tadi, termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (1,032).

Sementara itu, 37 korban baharu COVID-19 dilaporkan, semalam, termasuk enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan perkembangan itu membawa kepada jumlah kumulatif 34,751 kematian meliputi 7,321 kes BID, setakat ini.



Johor mencatat bilangan tertinggi kematian baharu dengan 12 kes termasuk satu BID, diikuti Kedah (enam termasuk satu BID), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat meliputi satu BID).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga termasuk satu BID); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (masing-masing satu).

Sementara itu, sebanyak 24,254 dos vaksin COVID-19 diberikan, semalam, merangkumi 16,814 dos penggalak, dos pertama (6,622) dan dos kedua (818).

Setakat tengah malam tadi, pengambilan dos penggalak dalam kalangan populasi dewasa sudah mencecah 66.4 peratus.

Sebanyak 5,692 dos pertama diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, semalam, menyumbang kepada 37 peratus golongan terbabit sudah divaksinasi, setakat ini.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:40 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 28-3-2022 10:41 AM

Kerajaan tidak pernah jual MySejahtera kepada swasta: Khairy
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 27 Mac 2022



Gambar hiasan


SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan aplikasi MySejahtera dijual kepada syarikat swasta seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi ini untuk pengurusan kesihatan awam negara pada 26 November lalu.


Beliau juga memberi jaminan kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek tersebut tidak dikompromi.


"Penggunaan dan pengurusan data MySejahtera perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa. Data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.


"Selain itu, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera sahaja. KKM berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejehtera tanpa ragu-ragu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Anwar sebelum ini mendakwa kerajaan telah menjual aplikasi tersebut kepada pihak swasta dan meminta penjelasan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan.


Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT) yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.



Khairy Jamaluddin



"Perkara ini adalah berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat," katanya.


Beliau menegaskan setelah tamat tempoh CSR tersebut, kerajaan pada 31 Mac 2021 bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan.


"Kerajaan meneruskan kerjasama dengan pihak syarikat dalam melaksanakan peningkatan fungsi MySejahtera sehingga apa yang digunakan pada hari ini. MySejahtera kini mempunyai lebih 10 modul serta sebanyak 38 juta pengguna berdaftar terdiri daripada warganegara, bukan warganegara dan juga pengembara," katanya.


Beliau berkata, keputusan Kerajaan pada 26 November 2021 turut menetapkan supaya KKM menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Harga dengan keahlian yang terdiri daripada agensi pemegang taruh berkaitan untuk melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera dengan pihak syarikat untuk tempoh dua tahun, selaras dengan tatacara perolehan kerajaan.


"Skop perolehan dan pengurusan aplikasi MySejahtera antaranya merangkumi pengoperasian platform MySejahtera, pembangunan sistem termasuk pembangunan modul tambahan, penyelenggaraan, pengurusan pusat data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga yang meliputi langganan ke atas perkhidmatan Google Map and Places Application Programming Interface (API) dan perkhidmatan Short Messaging Service (SMS).




"Seterusnya Kementerian Kewangan, melalui surat bertarikh 28 Februari 2022, bersetuju meluluskan permohonan KKM untuk melaksanakan perolehan bagi pengurusan aplikasi MySejahtera dan dimuktamadkan di peringkat Kementerian Kewangan.


"Proses rundingan ini telah dimulakan dan KKM akan memastikan due diligence dilakukan bagi memelihara kepentingan Kerajaan. KKM juga ingin menegaskan bahawa data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan kementerian ini sejak ia mula digunakan. Segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh KKM," katanya.


Beliau turut memberitahu, sejak aplikasi itu dilancarkan, penggunaannya adalah melalui pendekatan perisian sebagai platform perkhidmatan (software as a service - SaaS).


"Pendekatan ini membantu kerajaan mengurangkan masa kitaran (turnaround time) yang diperlukan untuk membangunkan satu perisian baharu susulan keperluan satu sistem khusus untuk menguruskan pandemik Covid-19.


"Selain itu, aplikasi MySejahtera merupakan platform yang teguh dan dinamik kerana mampu menampung penambahbaikan fungsi aplikasi selari dengan perkembangan semasa wabak Covid-19," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... epada-swasta-Khairy
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 10:41 AM | Show all posts
boleh caya ke kj ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2022 10:59 AM | Show all posts
JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin
ENGKU SHARIFUL AZNI | | 28 Mac 2022



JAIS mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru KAFA di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19. (Gambar kecil: Mohd Shahzihan)


SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19 dengan menggantung tugas mereka selama dua bulan.


Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.


Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.


“Ini isu lama berkenaan titah baginda yang mengarahkan guru-guru KAFA wajib ambil vaksin. JAIS juga ada keluarkan pekeliling, semua peluang kita beri.


“Tapi mereka tidak mahu ikut, maka mereka digantung tugas selama dua bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.


Sementara itu, Mohd Shahzihan berkata, tempoh penggantungan tersebut merupakan peluang yang diberikan kepada guru-guru KAFA tersebut untuk melengkapkan pengambilan dos vaksin Covid-19.


Namun begitu, terdapat segelintir pihak enggan mematuhi ketetapan yang ditetapkan di peringkat negeri Selangor dan hanya mengikuti arahan daripada kerajaan Persekutuan secara terus.


“Jadi, ini tidak bagus sebab mungkin JAIS sudah terlalu berlembut tentang perkara ini.


“Kita boleh gantung (tugas guru KAFA) lebih lama, tapi kita tidak mahu kerana ia memberi kesan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP),” katanya.


Mohd Shahzihan Ahmad



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... u-KAFA-tolak-vaksin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 11:52 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-3-2022 03:08 PM
Nov x buli org tp bab tgr tu ade la. Itu pun klu nk dgr x nak sudah

betul nov. klu dah tegur nk dengar, dengarlah. tak nak sudah. jd apa2 tanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 11:54 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-3-2022 03:08 PM
Itu bestnya bila jd boss. Msk meeting ckp2 yg buat keje org lain

tak bestnya mcm tu. boss ada bg pendapat tak utk task yg dia bg. ke boss tau bg je keje. tau2 dah siap dan antar kt dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2022 11:54 AM | Show all posts

terima kasih memahami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.465091 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list