|
liyaaaaa..
mana kamu menyorok...
nak n3..n3... |
|
|
|
|
|
|
|
salam and mornig pura.....
morning sume........... |
|
|
|
|
|
|
|
morning cewey
lia lom punch in lagi... dah makan? jom minum..{:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua meh kita minum dulu {:1_144:}sementara menunggu cik liya masuk rmh |
|
|
|
|
|
|
|
salam and mornig pura.....
morning sume...........
Ju'a Post at 6-7-2010 08:17
morning jua |
|
|
|
|
|
|
|
liya mana n3nyer... tak sabar nak tau sapa yang nak merisik si intan tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa jejaka misteri itu............................... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by liya71a at 6-7-2010 10:27
Ni entry nya, ala x yah suspen suspen... silakan membaca hehehehehe....
Kencang kuda berlari, kencang lagi hatiku ini.
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini hari Rabu, lagak budak kecil menghafal hari pula aku. Sejak perkenalan mama dan papa dengan Fareez, hatiku sentiasa berdebar-debar. Mungkin berdebar menunggu hari Rabu, atau berdebar setiap kali iphone ku berbunyi. Aku tahu, yang berbunyi itu sudah tentu Fareez. Tidak pun Luqman. Tetapi Luqman memang akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan pembentangan kertas kerja akhirnya. Jika berjaya, hujung tahun ini dia akan berada di Malaysia untuk menjadi pakar bedah di Hospital kerajaan. Berkhidmat untuk kerajaan setelah mendapat sponsor dari JPA.
Malam selepas sesi pengenalan itu, Fareez menelefon aku.
‘Macam mana? Lulus ke I? Boleh la sekarang I tukar panggilan kepada abang?’ Ish.. menggatalnya si Fareez ni. Geli pula hati ku ini. Sedang kan Luqman yang sudah bertahun ku kenali pun tidak pernah aku panggil dengan panggilan abang.
‘Mmm itu terpulang pada parents saya. Terlalu cepat la rasanya untuk panggilan itu’ aku menjawab dengan nada cuak. Adakah aku cuak? Atau suka? Aku pun tidak pasti.
‘Okaylah, malam ni abang tidur dengan mimpi-mimpi yang indah.. Mmmm rasanya esok pagi boleh tak you tolong kejutkan subuh? Takut tak terjaga dari mimpi-mimpi yang indah pula heheheheh’ aku dapat bayangkan Fareez tersenyum meleret dalam bilik hotel di Grand Continental yang aku sendiri tidak pernah jejak.
‘Baiklah Encik Fareez. Saya akan set timer dan call awak ok. Assalamualaikum’ aku memutuskan talian walaupun hatiku membuak-buak ingin mendengar lagi ucapan-ucapan dari Fareez.
Keesokkan harinya, aku memang membuat missed call pada Fareez tepat jam 5:45 pagi, saat azan subuh berkumandang. Selepas mengerjakan solat, aku bergegas turun ke dapur, terasa ingin menyediakan nasi goreng pula.
‘Waahhh, anak mama, bersemangat hari ni’ Mama menegurku dari belakang.
‘Tak ada apa-apa ma, teringin nak makan nasi goreng lah’
‘Ha.. macam tu ajak skali la Fareez sarapan kat sini, semalam dah lewat sangat, papa kamu nak bersembang lagi tu, tapi nampak gaya macam Fareez pun menguap beberapa kali.’
Fareez menguap?, ish setahu aku dia segar bugar je. Mesti auta sahaja tu, mentang-mentang aku tak melayan dia berbual dengan papa.
‘Ala, mama ni, dia kan dah ada sarapan dekat hotel tu...’
‘Ha ah ye juga, malam tadi papa bukan main suka lagi, ingatkan kamu tak ada kawan lelaki langsung...’
Aku senyum sumbing. Sudah terpikat kah papa pada Fareez? Macam mana pula dengan kawan papa yang nak datang Rabu ni?
Rabu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku bersiap-siap dengan baju yang telah mama tempah dengan rakannya di butik pengantin. Amboi, sampai ke butik pengantin mama ni. Aku bukannya pengantin lagi. Aku pun tidak kenal siapa yang nak datang merisik tu. Baju kurung berwarna putih, dengan tudung satin putih bervail. Mujur juga mama tak minta mak andam datang untuk menyolek ku. Aku Cuma mengenakan bedak tipis beserta gincu merah jambu.
Tepat jam 10 pagi, aku yang memerap di dalam bilik terdengar suara orang ramai di bawah. Mereka mungkin sudah sampai. Iphone masih dalam genggamanku. Fareez pula sudah cek-out pagi tadi, katanya dalam sms, dia perlu balik ke KL setelah mendapat panggilan dari pejabat. Aku membaca selawat untuk menenangkan diriku.
Lebihkurang setengah jam aku berselawat, kedengaran bunyi tapak kaki beramai-ramai naik ke atas, menuju ke bilikku.
‘Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam’ aku menjawab, seorang wanita tua dalam lingkungan 50an bersama beberapa wanita lain yang kelihatan lebih muda dan beberapa gadis belasan tahun dibelakangnya. Aku terus bangun dan bersalaman dengan wanita tua tersebut.
‘Makcik ni kawan mama kamu masa umrah dulu. Jadinya makcik ni nak datanglah merisik untuk Luqman Hakim, tapi Luqman nya tengah belajar lagi dekat Australia’
Bagai dentuman petir dan kilat, aku terkejut, mujur juga la aku tidak pitam, Pagi tadi aku sudah bersiap makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dibekalkan Dr Firdaus. Tidak aku sangka Luqman yang menghantar rombongan. Padanlah malam sebelum itu dia ada hantar sms bertanya kan aku. Tapi aku seperti layan tak layan, mungkin terlalu sibuk melayan Fareez.
‘Ni ada cincin tanda merisik, nanti jawapannya Luqman kata dia akan tanya sendiri dengan empunya diri, makcik ni wakil pada dia, maklumlah dia sudah tiada mak ayah sejak kecil. Jadi makcik la saudara dia yang paling dekat. Mak saudara sebelah ayah dia.’
Tidak pernah aku ketahui yang Luqman punyai ibu saudara sebelah bapanya. Mungkin dulu dia tidak berapa rapat dengan mereka. Luqman hanya menceritakan tentang keluarga sebelah mak nya sahaja, yang membela nya sejak kecil. Di sebelah bapa jarang-jarang diceritakan. Tetapi ibu saudaranya itu sudah lama meninggal dunia akibat kencing manis. |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaahh melepas Fareez..
Bahaya merisik camni ..... |
|
|
|
|
|
|
|
memang bahaya ... tu la apa nak buat, siapa la pilihan hati Intan... kesian dia, tak tau nak pilih yang mana |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha cheq pun kena cam ni
yg lain kita harap yg lain dtg
sib baik syarat yg kami beri tu pihak depa x dpt ikut
terselamat le... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa...luqman yang datang... sian la pulak kat fareez...dalam hati dah ada taman tuh... sapa pilihan intan gamaknyer... tapi dia pun macam dah suka kat fareez tapi luqman dah lama dia berkawan... hishhh fenin la gini... sambung je la liya oiiiiiiii....tuk ilangkan fenin |
|
|
|
|
|
|
|
liya pun dah fening nih... heheheheh... ok sambung eh petang nanti kot... |
|
|
|
|
|
|
|
thanx ada smbgan..tp sedih plak sbb bkn fareez yg dtg meminang..
prefer fareez dr luqman..entah knp aku lbh suka duda dr bujang.. |
|
|
|
|
|
|
|
antara fareez n lokman
siapa yg dapat??????? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|