Originally posted by tangopapa at 24-10-2008 08:50 AM
Pengantin manis bila diiring
Dipayung indah bak raja sehari
Hajat dihati memang nak berkahwin
Tapi takkan sampai dua sekali...
warna oren menjadi idaman
sungguh cantik pengantin berseri
andai sukar membuat pilihan
biarlah nanie mengundur diri
Originally posted by tangopapa at 24-10-2008 11:31 AM
kompang berbunyi pengantin datang
disambut oleh pengantin perempuan
jangan cepat berpatah arang
jika hati menjadi pertaruhan
kompang bebunyi diiringi gendang
sambil diiringi pengantin lelaki
bukan cepat berpatah arang
cuma membawa rajuk ku ini
Originally posted by tangopapa at 24-10-2008 12:25 PM
indahnya pelamin bersama bunga telur
air mawar direnjis melata
jika rajuk yang dihulur
pujuk juga yg diterima
cantik berseri pengantin sejoli
berinai dijari merah sekali
usahlah dipujuk diriku ini
biar kucari penawar sendiri