Terima kasih Mas kerana membawa kami ke thread Hj Rezeki.
Tersenyum ustaz teringat kembali yang ustaz lalui tidak lama dulu. Gambar2 Hj Rezeki memang cantik2 dan ustaz dapat bayangkan kesemua kejadian tersebut. Cumanya perbezaan Hj Rezeki dari ustaz adalah:
1) Hj Rezeki pergi mengikut Pakej Tabung Haji, ustaz ikut Muasassah Tabung Haji.
2) Hj Rezeki pergi mengikut Penerbangan Awal. KLIA-Madinah-Mekah-Jeddah-KLIA. Ustaz ikut penerbangan akhir KLIA-Jeddah-Mekah-Madinah-KLIA.
Nanti ustaz akan cerita lebih lanjut antara perbezaan tersebut sekiranya ada masa. Jadi para pembaca dalam gambaran yang lebih jelas. InsyaAllah.
Nak upload youtube lebih senang dari upload gambar.
Tak apa, ustaz cuba jugak nak masukkan gambar.
Ini adalah satu ilmu baru untuk ustaz hari ini...
Sat na... ustaz cuba dulu...
Nak upload youtube lebih senang dari upload gambar.Tak apa, ustaz cuba jugak nak masukkan gambar.Ini adalah satu ilmu baru untuk ustaz hari ini...Sat na... ustaz cuba dulu...
ustaz buat haji Ifrad ka Qiran? dgr ceramah ustaz yg bg kuliah Haji ni....sekejap ja nak buat haji ni.....tp tu la..memerlukan kekuatan fizikan dan mental...
Ustaz buat haji Tamattuk yang bersenang2. Tapi kena bayar dam.
Kalau nak ikutkan buat haji ni seminggu aje dah boleh selesai. Tapi memandangkan telah disusun program macam2, maka haji itu telah jadi 33-52 hari. Lagipun, makin sekejap tinggal, maka makin mahal kosnya. Begitulah konsepnya.
Terima kasih ustaz kerana paparan gambar dan youtube kat sini. Teringat kembali kenangan manis masa kat sana. Saya dah baca thread haji rezeki, memang menarik, beliau pergi dgn penerbangan awal, macam saya juga. Saya ada juga ambil gambar kat sana, tapi guna hp aje, lupa nak bawa kamera, semua gambar ada kat pbucket saya. Ada juga kenangan masa kat sana.
Saya pergi sepatutnya 46 hari, tapi tambah lagi 7 hari , jadi 53 hari... kes uzur tak boleh buat tawaf haji awal. Ada 4 pasangan yg balik lewat kat maktab saya, semua boleh kata mudalah. Depa kata 'package' honeymoon....
Mengenai proses pembesaran tempat saie ini sebenarnya ustaz tak berapa setuju. Akan tetapi kita harus kaji tentang keadaan semasa. Buat masa ini tempat saie dianjak dalam 10-20m dari tempat saie asal. Dan tempat saie lama dengarnya akan jadi tempat solat dan dijadikan sebahagian masjid. Jika yang demikian, maka tiadalah lagi 'pemijakkan' batu di bukit Safa & Marwah. Akan tetapi perbuatan itu hanya simbolik sahaja. Saie tetap sah kerana ia masih berada di Safa & Marwah.
Ayat yang sunat kita baca ketika mendaki bukit Safa dan Marwah iaitu Surah Al Baqarah ayat 158 yang berbunyi: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah maka sesiapayang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah, atau mengerjakan Umrah, makatiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) diantara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkarakebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
Tapi versi yang paling kritikal yang paling hangat diperdebatkan oleh alim ulamak Indonesia kini adalah mengenai perubahan tempat saie, akan di pindahkan di antara gunung Qubes dan Qararah! Ini paling kritikal sekali yang ustaz rasa tak masuk akal.
Jesteru, ini akan menimbulkan pertanyaan-pertanyaan dari umat Islam seluruh dunia, terutamanya mengenai sah dan tidaknya pelaksanaan ibadah haji yang akan dijalankan umat Islam pada waktu yang akan datang, Kita kena ambil kira pelbagai perkara dan keyakinan umat Islam mengenai hukum fekah. Sekiranya tiada keyakinan atau was was dan juga apabila seseorang tidak dapat melaksanakan salah satu rukun haji maka secara keseluruhan ibadah hajinya batal dan tidak sah! Di dalam Al Quran jelas disebutkan bahawa tempat saie adalah di antara Bukit Safa dan Marwah.
Pengalaman saya ketika di Masjid Nabawi ketika mengerjakan haji tahun lepas, ada beberapa cara utk bahawa hp berkamera ke dalam masjid ni. Yelah... hp memang sgt berguna, takkan kerana hp kita kena sembahyang kat luar, atau terpaksa tinggalkan hp kat luar yg mungkin risiko utk hilang tu ada. Antara cara saya :
1. Kalau di pintu 1, kita ditahan, kita masuk pula ikut pintu lain, ada byk pintu utk masuk
2. Masuk ikut pintu yg penjaganya terdiri dari budak2 muda, memang mereka ni pakai purdah, salah satu nak tahu muda atau tua ialah, yg tua badan agak berisi, dan yg muda kecil molek
3. Penjaga air zam-zam/tukang sapu dr Indon beritahu saya supaya letak hp dlm stokin sbb penjaga pintu tak periksa kat bhg kaki
4. Perhatikan dulu penjaga pintu sebelum masuk, kalau nampak mereka periksa secara detail, cari penjaga yg periksa ala kadar aje
5. Maklumkan kita dari malaysia, sure mereka akan terus lepaskan kita
Yg penting nawaitu kita, kalau nawaitu bawa hp tu baik utk senang berkomunikasi (mana tahu kut2 tak jumpa org yg pergi bersama kita ke masjid) dan bukan utk ambil gambar dlm masjid tu, insya Allah akan dipermudahkan.
Kalau bawa hp ke dalam masjid Nabawi itu secara sorok-sorok bertujuan nak mengambil gambar, rasa macam bersalah saja. Tetapi kalau bawa dan lepas kerana kita diperiksa lebih kurang, kita tak pula rasa bersalah untuk mengambil gambar. Nak menetapkan nawaitu tu yang payah kerana kita berada di tempat suci dan mulia. Tapi terima kasih juga kerana berkongsi tips.