CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: humaira08

AF 6 di Bod pahang

[Copy link]
Post time 18-4-2008 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by humaira08 at 17-4-2008 04:43 PM


kasi ler peluang dia syok sendiri ......
tahun depan Ira amik alih jadi pengacara .......mesti ok lah tu


ira nak jadi pengacara?   kena baling telur x tau.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 18-4-2008 11:16 AM


smlm ape citer, tak tengok ler.


semalam ramli ms gelak kan aliff menari sambil menyanyi lagu tugasan
stanly ditenangkan oleh rakan2
luahan pelajar2 rindu kat keluarga

[ Last edited by  cintan66 at 18-4-2008 02:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #222 cintan66's post

owh, thanx kak. psl ape dia gelak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 18-4-2008 11:21


ira nak jadi pengacara?   kena baling telur x tau.......


berbakat besar tau baling telur ira sambut lah.  dapat telur pree
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #223 tangopapa's post

mana tak gelak.......kelakar tul step dia buat tu
dia tak sempat nak nyanyi lagi pengetua dah tegur......ni buat apa pulak ni pas tu pengetua terus ketawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 10:28 AM | Show all posts
Anak-Anak Saida Terpaksa Tahan Rindu

KUALA LUMPUR,  11 APRIL 2008:   Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan anak mana yang tidak merindui ibu mereka. Namun kerana menyedari perjuangan ibu mereka harus diteruskan untuk minggu-minggu seterusnya dalam Akademi Fantasia 6 (AF6),  keempat-empat anak Nor Saida Tarudin, 32, terpaksa terus menahan rindu.

Perkara ini diluahkan adik Saida, Siti Saerah, 25, kepada murai.com.my ketika dihubungi semalam.

"Ketika ini memanglah anak-anak Kak Ida (Saida) memang cukup merindui ibu mereka dan saya tahu begitulah juga Kak Ida sendiri. Tapi apa boleh buat, alang-alang hendak bertanding, biarlah berjuang habis-habisan dan kami sekeluarga amat memahami kedudukan Kak Ida.

"Sebenarnya, Kak Ida seorang yang pemalu dan sensitif. Jadi tak hairanlah kalau dia kerap menangis. Kita sendiri tidak tahu apa perkembangan Kak Ida dalam akademi kerana kita cuma dari apa yang kita tonton di kaca TV dan konsert mingguan.

"Kak Ida dan anak-anaknya jarang berenggang. Hubungan mereka terlalu rapat bahkan anaknya lebih rapat dengan Kak Ida berbanding ayah mereka.  Anak mana yang tak rindukan ibu mereka.  Kalau promo Afundi Kak Ida ditayangkan, mereka mesti menjerit ... ibu, ibu, ibu...!!

"Tapi apa yang  Ira berani  jamin, Kak Ida sangat beruntung ada anak-anak dan suami yang amat memahami," jelas Saerah.

Beliau berkata, sekarang ini, mereka sekeluarga bergilir-gilir menjaga anak-anak Saida.

"Kadang-kadang tu Kak Siti (Datuk Siti Nurhaliza) pun ada membawa pulang anak-anak Kak Ira dan menjaga mereka. Cuma apa yang Ira nak cakap di sini, antara kami adik beradik, suara kami banyak perbezaannya. Kak Ida ada originaliti tersendiri," kata Saerah lagi.

Selain itu, Saerah yang akrab dengan Saida turut bercerita tentang suka dukan perjalanan kerjaya Saida sebelum menyertai AF6.

"Ira pun terkejut kenapa tangan Kak Ida terangkat di kepala semasa dia nyanyi. Ia mungkin reaksi spontannya dalam meluahkan perasaan.

"Dari segi hubungan, dulu Ira lebih rapat dengan Kak Siti, tapi lepas Kak Siti kahwin, Kak Ida jadi pengganti. Kami berdua selalu pergi karaoke bersama-sama. Lagu wajib Kak Ida bila nyanyi mestilah Pudar nyanyian Rossa.

Satu keluarga pernah menang nyanyian!

Kata Saerah lagi, dari segi sejarah keluarga, Saida lebih dulu menyanyi daripada Siti.

"Masa tu pun, Ira belum lahir lagi tapi disebabkan Kak Ida kahwin muda, dia lebih banyak fokus pada keluarganya. Kalau Ira tak silap, Kak Ida kahwin semasa dia berumur 20 tahun.

"Apa yang menarik, ketika pertandingan nyanyian Karnival Lipis pada 1994, kami sekeluarga pernah membolot semua hadiah pertandingan. Ia disertai oleh Ira, Siti, Saida dan ibu kami (Salmah Bachik)

"Masa pertandingan itu, saya bertanding dalam kategori sekolah rendah, Kak Siti dan Kak Ida pula kategori Sekolah Menengah manakala ibu, kategori dewasa. Tak sangka, saya juara sekolah rendah, Kak Siti johan dan Kak Ida naib johan sekolah menengah dan ibu pula johan peringkat dewasa. Seronok betul pengalaman itu," ujarnya.

Kembali ke AF6, Saerah akui setiap hari dia mesti menghantar Afundi lebih 20 kali. Pun begitu, Ira mengundi bukan hanya disebabkan ada pertalian darah tetapi mempercayai bakat kakaknya itu. Yang pasti, hingga kini, Saerah sebak tatkala mendengar pesanan akhir Saida sebelum dia bertolak ke Astro.

"Ira sebak sangat dengar pesanan Kak Ida sebelum ke akademi. Dia pesan dan cakap... teruskan minat Ira untuk buat album dan buatlah sehabis-habis baik," kata Saerah.

[ Last edited by  humaira08 at 19-4-2008 10:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2008 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 08:02 AM | Show all posts
semalam saida dah tersingkir.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 08:04 AM | Show all posts
Giliran Saida pula tersingkir AF6

SAIDA suram sambil menolak beg setelah diumumkan terkeluar daripada saingan AF6 di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Siti Norsaida Tarudin, atau Saida, 32 yang mendendangkan lagu Bila Bunga Berguguran menjadi mangsa undian terendah menyebabkannya tersingkir pada konsert kelima Akademi Fantasia 6 (AF6) malam tadi.

Penyingkiran peserta yang merupakan kakak kepada penyanyi No. 1 negara, Datin Seri Siti Nurhaliza itu diumumkan pengacara, AC Mizal di Dewan Sivik Petaling Jaya sejurus undian sistem pesanan ringkas (SMS) ditutup.

Biarpun mempamerkan persembahan meyakinkan dan meruntun jiwa penonton, peserta yang juka merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu terpaksa akur undian tidak menyebelahinya.

Lapan peserta AF6 kini semakin hampir memburu habuan bernilai lebih RM700,000.

Meneruskan perjuangan ialah Nadia Haswani Hasnan, 18, (Nadia), Stracie Angie Anam, 18, (Stacy), Hairina Abd. Halim, 44 (Rina) dan Ahmad Nubhan Ahmad , 22, (Nubhan).

Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, (Riz), Stanley Maringai David Impi, 25, (Stanley), hairul Nizam Baharom, 31, (Toi) dan Mohamad Aliff Mohd. Razali, 22, (Alif) juga terus membuktikan kehebatan mereka untuk bertahan pada minggu hadapan.

Juara AF6 bakal menerima hadiah bernilai lebih RM700,000 termasuk sebuah banglo empat bilik di A'Famosa, Melaka, kereta Peugeot 307X tajaan Naza Motor Sdn. Bhd dan lain-lain hadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 11:42 AM | Show all posts

memang sedihhhhhhhhhhhhhhhh
tapi mungkin saida akan lebih popular dari juara af6......
percaya le....
ok le tuuuuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 11:44 AM | Show all posts
Salammm...........
[table][tr][td]Penyingkiran Saida Diiringi Airmata[/td][/tr][tr][td]Memang mungkin sudah tiba masanya Saida meninggalkan Akademi Fantasia. Penonton bagaikan tidak lagi mampu menunggu keajaiban atau persembahan luar biasa daripada Saida yang tidak kunjung tiba sehingga diumumkan tersingkir pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6 malam tadi. Namun bagi pelajar lain, dek sifat kelembutannya, penyingkiran Saida bagai kehilangan tempat bermanja. Saida yang juga merupakan kakak kepada penyanyi wanita nombor satu tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah mencuri tumpuan seawal menghadiri sesi uji bakat AF6 lagi. Pada konsert malam ini dia menyanyikan lagu Bila Bunga Berguguran dendangan penyanyi asal, Fauziah Dato
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 11:47 AM | Show all posts
Antara komen-komen Pengkiritik semlam...
Kak Ogy  :saida卪cm ni..arwah ayah saye selalu beritahu pade saye,singing is a journey of emotion..dan lagu ini memang memerlukan emosi yang btol2 mendalam..ade somepart saida dpt,ade somepart saida ilang..tp 1 yg saye nak cakap,die tidak menyanyi sperti Ogy Ahmad daud!!
Kak Ning  :salam saida..awak masih ade maslah dgn lirik..saye rase,mungkin awak terlalu nebes..lepas tuh awak terus menangis..saye x paham kenape awak perlu menangis..pernafasan awak x tentu..awak kene keje keras saida..
Ibu Hetty :Mungkin kate ibu kartini td,mungkin penghayatan sudah cukup..tp ekspresi muke kamu blom dpat sayangggg..Datar, Datar dan Datar!!kamu terlalu banyak nunduk..dan gerakan tangan sayang..minta dibaiki lg..begini gaye rap!!apa?apa?apa?!! (kelako ibu neh)
Memamg nampak jelas kompiden saida dah meningkat..tahniah!!jelas mase part die ngan Ac larik bagaikan x nak larik..ehekk!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 02:16 PM | Show all posts

Reply #231 tangkaijering's post

dah tak de pelajar AF dari pahang dah hilang mood nak tengok diari af lah cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 11:41 AM | Show all posts
Saida mangsa permainan AF6?

Oleh FAIZAL SAHARUNI


TERCAPAI hasrat Saida untuk pulang berjumpa suami dan anak-anak tercinta.


SUDAH tertulis takdir Saida bukan dilahirkan sebagai juara Akademi Fantasia 6 (AF6). Sejak dari awal lagi, ramai yang membuat rumusan, kemasukan Siti Norsaida Tarudin atau Saida, 32, ke dalam AF6 sekadar satu permainan.

Dari satu sisi lain, terima kasih buat Saida kerana hadirmu di AF6 berjaya mencoretkan satu kelainan. Kelainan nyata bahawa AF kali ini diserikan dengan wajah isteri dan ibu yang sudah beranak empat.

Sayangnya, kelainan sekadar tinggal kenangan. Kehadiran Saida bak umpan untuk menarik tontonan ramai, malah kemunculannya tiada satu pun impak yang boleh dibanggakan. Hendak dibandingkan dengan adiknya, Datuk Siti Nurhaliza, jauh sekali.

Barangkali, itulah yang sebenarnya menjadi agenda utama Astro. Kedatangan Saerah dan Saida ke sesi uji bakat AF6, Januari lalu, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, peluang keemasan itu terus disambar Astro memandangkan dua beradik ini, Saida dan Saerah awal-awal lagi bakal meraih tumpuan media dan khalayak.


AKSI gedik Nadia dengan lagu Kalis Rindu benar-benar menjadi dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

Dari segi suara, sukar dinafikan adik-beradik kepada penyanyi nombor satu negara ini memang dianugerahkan bakat semulajadi.

Tidak adil rasanya menghukum Saida secara luaran. Dia memang boleh menyanyi, tetapi pentas nyanyian dan pertandingan seumpama AF bukan liga untuknya. Okay la tu!

Kelibat Saerah pula sudah terlalu 'biasa' di kaca TV. Kalau diperhatikan, Saerah tidak pernah berhenti harap melantunkan vokalnya mencuba nasib dalam mana-mana pertandingan yang terdapat di Malaysia.

Umum mengetahui, dia sekadar berhasil menempatkan diri dalam Malaysian Idol dan One In A Million, namun belum ada rezeki yang berpihak buat Saerah untuk dihormati sebagai bintang.


GAYA lincah dan nakal Stacy membuatkan dia ibarat makhluk Tuhan paling seksi dalam akademi.

Dan konsert minggu kelima Sabtu lalu menyaksikan Saida bebas daripada segala belenggu, tekanan dan tanggungjawabnya sebagai pelajar AF6 setelah meraih undian sistem pesanan ringkas (SMS) terendah .

Bohong kalau Saida dikatakan tidak sedih gara-gara terpaksa menamatkan perjuangan dalam AF6 sekali gus bergelar juara, tapi jauh di sudut hati, Saida gembira kerana dapat pulang semula di pangkuan suami dan anak-anak tercinta yang sedia menanti.

Sebagai orang luar yang duduk di kerusi komentar undangan minggu lalu, Hetty Koes Endang turut merasai perkara sama. Mana mungkin naluri seorang ibu untuk menidakkan perasaan yang tidak berbelah-bagi terhadap keluarga.

"Saya kurang mengerti kemasukan golongan ibu dalam program ini. Biasanya orang yang sudah berkeluarga akan hilang fokus akibat teringatkan suami dan anak-anak.

"Apa pun saya puji Saida yang terus bertahan hingga minggu kelima walaupun adakalanya dia hilang tumpuan disebabkan merindukan keluarga.

"Saya lihat suaminya turut memberi sokongan. Itulah yang menyebabkan Saida ada semangat dan kekuatan," kata Hetty memberi pandangannya ketika ditemui sejurus konsert mingguan ke-5 AF6 di Dewan Sivik, Petaling Jaya hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, pendirian Hetty sama dengan pengkritik tetap lain, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura yang menganggap Saida berjaya memperlihatkan persembahan yang baik, cuma emosinya tidak kesampaian.

"Saya setuju dengan komen Ogy dan Ning. Saida menyanyi dengan penuh emosi, malang penjiwaannya kosong.

"Ekspresi Saida memang bagus, cuma dia harus berusaha lebih gigih untuk memantapkan diri," luahnya tanpa berselindung.

Terus membutir pendapat peribadinya, Hetty menganggap sesebuah pertandingan tidak mengira soal tua atau muda.


MAMA RINA tetap menang di hati peminat.

"Saya tak boleh nak komen lebih-lebih tentang peringkat umur yang masuk AF6 ini.

"Apa yang penting, niat utama peserta adalah ingin menambah ilmu dan pengalaman dalam proses bergelar penyanyi.

"Pada saya kalau orang yang umur dah meningkat, dia akan jadi lebih matang dan menunjukkan teladan yang baik," kata Hetty yang popular dengan lagu Kasih.

Kecelaruan fesyen, pelajar bak badut

Dari awal pelayaran AF6 sejak sebulan lalu, rasanya peminat dapat menyaksikan sendiri gaya dan busana para pelajar yang rata-ratanya kurang bersesuaian.

Bagaikan 'bencana' besar sehinggakan peserta yang naif dan tidak berdosa ini dilihat tiada identiti serta menjadi mangsa fesyen.

Dari minggu ke minggu, ada yang diperdebat dan dikritik dengan keras. Bukan sahaja audiens berani membuat penilaian, malah ada pengkritik yang lantang bersuara tidak menggemari pemakaian sesetengah peserta AF6 dalam konsert mingguan.

Andai kita perhatikan, sebelum ini Adlin Aman Ramli pernah mempersoalkan pakaian peserta yang tersingkir dalam minggu empat, Lufya.

Badi itu bagaikan terus berputar apabila Hetty turut memberikan komen terhadap kostum pelajar hujung minggu lalu yang disifatkan tidak mengikut kesesuaian lagu.


NUBHAN dilihat tidak memahami karakter fesyen dan lagu yang disampaikan. Sekejap macam Justin Timberlake, sekejap ibarat Izwan Pilus.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan ini kepada peserta. Mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap konsert. Tentang soal pakaian, mereka punyai pakar yang akan menentukan baju mana yang sesuai digayakan.

Barangkali Hetty tidak arif dan kurang mengetahui tentang AF6. Pakaian yang disarungkan di pentas pada konsert sebenarnya disediakan perunding fesyen terkenal, Jasmi Rejab.

Hetty menyarankan agar peserta memakai baju yang sesuai dengan lagu akan dibawakan kelak. Kalau boleh bincang dengan perunding imej baju apa yang sesuai digayakan.

"Gaun labuh Saida membuatkan dia kurang selesa menyanyi di pentas," komennya ringkas.

Mungkin sudah tiba masanya buat Jasmi untuk lebih bijak memilih apa yang perlu disarungkan ke tubuh pelajar-pelajar AF6 yang masih lagi meneruskan perjuangan di minggu ke-6 dan seterusnya.

Jangan sampai nanti pelajar AF6 dianggap sebagai badut yang menjadi eksperimentasi si perekanya.

Apa pun, selepas persembahan pelajar-pelajar AF6 yang sebelum ini dikritik teruk, persembahan majoriti daripada mereka pada minggu ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan. Mungkinkah ia disebabkan pelajar-pelajar AF6 yang lemah telah terkeluar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 04:27 PM | Show all posts
tak de org phg kat AF tak berseri dah AF
suka tengok kelembutan saida jerk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 04:33 PM | Show all posts


Pelajar Masih Terkenang Saida

Menerusi lagu, para pelajar bersama-sama meluahkan rasa rindu kepada pelajar yang baru tersingkir, Saida. Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 6 petang ini.

Siapakah yang akan membacakan wasiat yang ditinggalkan Saida? Apakah pula komen mereka kepada salah seorang kakak yang disayangi ini.

Paling menarik mendengar alasan Toi punca dia terlupa lirik ketika konsert. Semua dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 6 petang ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)

Anda juga boleh menyaksikan temu bual bersama Saida, pelajar keenam tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 di Gala TV jam 10 malam ini di Astro Awani (Saluran 501).

kopipes dari astro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 04:43 PM | Show all posts


saida xder..................

xder semangat nk tgkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 02:20 PM | Show all posts
Lagu tugasan pelajar untuk minggu ini:

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Generasiku (OAG)
Riz : Seribu Tahun (Imran Ajmain)
Stanly : Kata (Hazami)
Alif : Ketahuan (Matta)
Toi : Tak Bisakah (Peter Pan)

PELAJAR WANITA

Rina : Ular (Anita Sarawak)
Nadia : Rama-rama (Ella)
Stacy : Don't Speak (No Doubt)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 09:54 AM | Show all posts
Nasib tak menyebelahi Mama Rina

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]


PETALING JAYA - Pelajar paling senior, Hairina Abd Halim (gambar) atau Rina yang mendendangkan lagu Ular menjadi mangsa undian terendah menyebabkannya tersingkir pada konsert ketiga Akademi Fantasia 6 (AF6) malam tadi

Penyingkiran pelajar yang menyanyikan lagu Anita Sarawak itu diumumkan pengacara, AC Mizal di Dewan Sivik Petaling Jaya sejurus undian sistem pesanan ringkas (SMS) ditutup.

Biarpun mempamerkan persembahan meyakinkan, pelajar berusia 44 tahun itu terpaksa akur undian tidak menyebelahinya.

Tujuh pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) kini semakin hampir memburu habuan bernilai lebih RM700,000 selepas peserta yang telah mempunyai cucu ini disingkirkan daripada program realiti televisyen itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 05:51 PM | Show all posts
Sumber dari sumber dr  http://mrmanager.blogspot.com
Kedudukan AF6 ketika undi ditutup semalam

    * Stacy 17%
    * Riz 14%
    * Nubhan 13%
    * Toi 13%
    * Stanly 13%
    * Nadia 12%
    * Alif 10%
    * Rina 9%

[ Last edited by  humaira08 at 27-4-2008 05:54 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.082934 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list