|
Di Kem Kewangan memang tak berubah lebih-lebih lagi ditengah-tengah BN dilanda kemelut sekarang, orang yang sama harus memegang jawatan. Cuma Datuk Husni yang dikatakan akan menjadi menteri penuh nampaknya tak menjadi kenyataan.
Di Pertahanan, memang rasanya Najib sendiri yang mahu terus kekal di sini for reasons best known to him. Mungkin juga mengambil kira bahawa UMNO dan BN perlu diperkuatkan dalam kedaan semasa jadi biar Najib kekal di Pertahanan dan tak perlu pikul beban baru di kementerian lain. Selain tu ada laporan menyatakan dalam pembentukan kabinet baru ni memang Najib dirundingi secara terus oleh Pak Lah. So mungkin dalam kabinet baru ni ramai juga orang Najib.
Rasanya memang Pak Hamid layak disini dan ini nampak macam naik pangkat untuk dia selepas dia cemerlang di Kementerian yang lama. Ingat lagi bagaimana dia berhujah dengan Singapura on isu Batu Putih dll isu. Ini juga mungkin satu hadiah untuk UMNO Johor yang cemerlang semasa PRU12. Tapi siapa dia Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang jadi timbalan dia n?
Di Kementerian Perumahan memang itu tempat MCA dan sebab itu Ong Ka Chuan dapat. Satu hadiah kepada barisan pelapis kepimpinan MCA untuk menguatkan kembali semangat mereka.
Di Kem Kerjaraya Raya, selepas bertahun-tahun dipegang MIC, akhirnya diberikan kepada UMNO.
Kem Tenaga, Air dan Komunikasi diberikan kepada rising star UMNO Datuk Shaziman Abu Mansor. Tugas berat untuk dia sebab mesti dia akan diminta memantau blog dan internet, salah satu yang dikatakan menjadi punca BN mengalami nasib malang semasa PRU12. Dikatakan dia adalah sepupu KJ.
Kementerian Pertanian diberikan kepada Tok Pa. Memang rasanya dari zaman Mahathir hinggalah Abdullah, orang sayangkan dia. Humble dan tak banyak hal. Dan di bawah Abdullah, Kem Pertanian adalah di antara yang penting, ditengah-tengah usaha mempromosi bidang biotek. Timbalannya Datin Paduka Rohani Abdul Karim entah siapa ye ?
Akhirnya Muhyiddin Yassin kembali diberikan tempat yang kanan dalam kabinet di Kem Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Maaf kepada pengkritik UMNO sebab rasanya Muhyidin akan mencatat kejayaan di kementerian ini. Masalah dia nanti ialah Kem ini sudah terlalu lama di bawah Rafidah dan semuanya associated dengan Rafidah dari segi cara kerja dan pendekatan.
Di Kem Luar, Rais Yatim juga akan berjaya. Sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan, dia sesuai.
Hishamuddin kekal di Education as expected. Nothing much to say and perhaps nothing new to expect too. Murid-murid asyik jadi bahan uji kaji saja kejap nak guna BI kejap nak tukar balik ke BM.
Higher Education is given to Datuk Khaled Nordin, satu lagi from Johor, as expected.
Dr Ng Yen Yen pegang Women, Family and Community Development, satu hadiah untuk wanita MCA sebab biasanya MCA atau MIC akan duduk sebagai Timb Menteri saja di Kementerian peninggalan Shahrizat ini.
Shafie Afdal pergi ke National Unity, Culture, Arts and Heritage. Kalau dulu buat serbuan harga barang naik kali ini bolehlah serbu penjual CD cetak rompak, musuh utama penggiat seni.
Noh Omar jadi Menteri Keusahawanan dan Koperasi. Dia jadi segelintir tokoh UMNO Selangor yang masih mendapat tempat... Perlantikan timbalannya, Datuk Saiffuddin Abdullah pasti menggembirakan budak-budak ex MCKK yang pro UMNO.
Susah nak komen mengenai perlantikan Muhammad Muhd Taib sebagai menteri. Dia pegang Kem Luar Bandar. Mungkin ini hanya satu hadiah Abdullah saja setelah Khir Toyo gugurkan dia dari bertanding dalam PRU12 baru ni. Dia banyak berjasa pada kerajaan pimpinan Abdullah.
Johor dapat satu lagi hadiah apabila Shahrir Samad dilantik jadi menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna. He is making a comeback.
Azalina jadi Menteri Pelancongan. Is this some sort of a demotion for her? Duduk di Kem yang kurang penting kerana tak membabitkan contact dengan rakyat atau kepentingan rakyat secara terus dan tiada membabitkan penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar negara yang penting. Bagaimanapun setelah tiadanya Rafidah dan Shahrizat, Azalina kini menjadi menteri wanita UMNO yang terkanan. Namun itu bukan jaminan dia akan menggungguli takhta ketua wanita UMNO dengan mudah sebab Rafidah sekarang bagaikan harimau yang terluka setelah disingkirkan dari kabinet.
Kementerian Kesihatan dipegang oleh Datuk Liow Tiong Lai, tak pernah dengar pun namanya.
Kem Penerangan dipegang oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek dari Terengganu. Kalau aku betul, dia ni rapat dengan Ku Li dan dulu sama bergiat dalam S46. satu tugas berat sebab biasanya Kem ini dipegang oleh tokoh berkarekter seperti Zam dan Tok Mat. Namun begitu kalau Khalil Yaakob boleh, so takkan Shabery Cheek tak boleh. Expect kementerian ini akan menjadi lebih kukuh. |
|