CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ai_ai_ai

Nass Alina Noah (by ai_ai_ai & missuzu)

[Copy link]
Post time 12-6-2007 03:48 PM | Show all posts

Reply #214 kaypo's post

KAYPO..

yang tajuk bersiri tue ker? I Love You, Gossip..etc....??ades..rasa cam ada beli...   tak bes ke???

masa bookfair hari tue ada nampak dia kat booth tapi tak plak nak amik signature dia ahhahaha...dengar2 dia nak wat citer thriller plak ek?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 06:07 PM | Show all posts
terjumpa ni kat mph tadi..



apakah ada bahagia setelah diperkosa, didera dan dihina? ah, peritnya untuk bangkit menjadi manusia berhemah apabila sejarah hitam tidak henti-henti mengajar untuk menjadi pendendam yang tidak berperasaan dan membunuh lelaki yang menghancurkan hidupnya satu demi satu.

namun kehadiran ku muzammil persis prince charming yang datang mengubah hidup malang cinderellanya. cinta putera raja itu membuatkan erin natasya sering tenggelam di lautan asmara yang bergelora hebat. semalam rindu semakin sayang dan semakin dendam itu mendesaknya untuk membenci lelaki itu. namun rindu gila yang cuba dipinggirkan itu tetap mekar menguntum, tidak pernah layu walaupun musim berganti.

dalam benci ada rindu, dalam dendam ada kasih, namun lelaki tetap lelaki, setelah ku muzammil mempertaruhkan nyawa dan darah sebagai nilai cintanya, sanggupkah erin membunuh kekasih yang telah berjaya menghuni kamar asmaranya demi melunaskan janji-janji semalam?

harga: rm29
penerbit: tintarona publications sdn bhd
697 halaman

nak komen? sorry. tak baca lagi ehehe.

[ Last edited by  silencez at 24-6-2007 10:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #222 silencez's post

buku baru dia eek sil?..kan NAN selalu ngan CESB.. awat yg nie ngan penerbit lain lak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:15 AM | Show all posts

Reply #223 aprilsnow's post

tengok kat dlm tu terbitan 2007. tapi tak tau la yg terbaru ke tak.
betullah tu cing. sll dgn cesb. tapi yg utusan tu pun tak terjumpa2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 24-6-2007 06:07 PM
terjumpa ni kat mph tadi..



apakah ada bahagia setelah diperkosa, didera dan dihina? ah, peritnya untuk bangkit menjadi manusia berhem ...


kat mph ada jual yer..
tadi pergi mph tak cari ler plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 10:14 AM | Show all posts

Reply #225 lost_angel's post

a'a angel. hari tu beli kat mph 1utama. cari buku lain sbnrnya. yg dicari tak jumpa, terjumpa ni pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2007 12:12 PM | Show all posts

Reply #214 kaypo's post

halimah....hmhm lebih kurang cam tu ler tajuk tajuk nya...kot cite cite tu lbh sesuai pada remaja remaja sekolah kot...ada satu cite kisah kat sekolah jer .. x ingat tajuk menda.

banyak sungguh buku dia...setahun berapa buku dia buat yea?...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 08:55 AM | Show all posts

rindu yg membara

mlm tadi dah habis baca rindu yg membara.

mula2, kisahkan sherrina, sorang kontraktor terkenal yg didatangi teman sepermainan sewaktu kecil di pejabat. tengah asyik bercerita, beberapa anggota polis datang & bawa sherrina ke balai utk bantu siasatan polis, berikutan jumpanya beberapa mayat - ayah, suami, ibu mertua & adik ipar sherrina.

waktu kecil2, sherrina @ erin, hidup daif yg amat. fatihah kerja cuci baju. sehari sekali belum tentu dapat makan nasi. tinggal berdua dgn ibunya - fatihah kat pondok yg buruk. ayah fatihah dah lama tinggalkan diorg. fatihah dibuang keluarga sbb nak kawin dgn ayah erin. sbb kesempitan wang, ayah erin paksa fatihah kerja di kelab2 layan lelaki. dan dari situ, org2 kg pandang serong kat fatihah. waktu kat sekolah, erin sll diejek & dipulau kawan2. kecuali sorang - bibi. sblm ayah erin ni tinggalkan dia, ayah erin pernah buat yg tak elok kat erin. sbb tu jugak ayah erin ceraikan fatihah.

1 hari erin kena ejek kat sekolah. dia lari balik ke pondok. tengok2 dari luar pondok, nampak maknya tengah berasmara dgn ayah mazni kat dlm. erin terkejut & lari ke semak. ayah mazni pernah buat mcm tu kat dia jugak. tengah dia tertanya2, tiba2 datang org2 kg & tangkap ayah mazni & fatihah. esoknya, mak mazni bawak org2 kg datang ke pondok erin & halau fatihah & erin keluar dari kg tu sambil ugut suaminya ceraikan fatihah. sbb sbnrnya fatihah dah kawin dgn ayah mazni kat golok. lepas je fatihah & erin keluar, mak mazni bakar pondok tu.

dlm hujan2 lebat, fatihah & erin keluar dari kg. tiba2 ada kereta tolong tumpangkan diorg ke bandar. dah nak turun, baru tau yg tu teksi sapu. kena bayar rm5. tapi sbb takde duit, nak tak nak fatihah terpaksa bayar dgn layan nafsu lelaki tu. lepas dari tu, fatihah mula kerja kat kelab2 & akhirnya terpaksa tinggalkan erin kat rumah anak yatim. sampai 1 hari erin dpt surat dari fatihah kata yg bila erin dpt surat tu, maknanya fatihah dah mati.

erin dpt belajar sampai ke u. 1 hari tgh nak pergi interview, terserempak dgn sorang lelaki yg tgh marah2 tunggu secretarynya yg tak datang2. akhirnya bila tau erin tgh cari kerja, terus lelaki tu tawarkan erin ganti tmpt setiausahanya. lelaki tu - ku muzammil. dah kawin - tapi kawin paksa dgn familynya, buatkan ku muzammil larikan diri.

karang sambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 10:09 AM | Show all posts

rindu yg membara 2

lepas 5 thn, erin dah jadi kontraktor terkenal, hasil bimbingan ku muzammil. muzammil digambarkan lelaki yg hensem (tapi taklah digambarkan secara keterlaluan), berkarisma & tak nampak mcm lelaki berusia 40 thn. sepanjang 5 thn juga, erin & muzammil jadi sepasang kekasih. boleh dikatakan erin ni perempuan simpanan muzammil. muzammil berkali ajak erin kawin. tapi erin tak nak sbb dia tak nak runtuhkan rumahtangga muzammil & sll pujuk muzammil balik pd keluarga.

sampai 1 waktu, erin kata dia dah jumpa lelaki yg boleh buat hidup dia lengkap - ada keluarga yg ramai. muzammil lepaskan erin dgn syarat, dia sanggup terima erin bila2 masa je sbb terlalu sayangkan erin. erin kawin dgn firdaus, bukan sbb cinta. tapi sbb nak rasa bahagia hidup dikelilingi keluarga. lepas kawin, keluarga firdaus berpindah ke rumah erin - datin maria (mak mertua), maya (adik ipar) & sorang adik ipar lelaki (fakhrul kalau tak salah). sblm kawin, erin kata ayahnya bekas pegawai daerah. maknya cikgu. & erin dah tukar nama dari erin natasya ke sherrina abdullah. sbb nak lupakan semua kisah pahit masa kecik2.

firdaus usahakan perniagaan peninggalan arwah ayahnya. 1 hari firdaus outstation ke kuching. erin pulak pergi ke kota bharu. jalan2.. tiba2 sampai ke 1 masjid. nampak ada mcm pengawal halau sorang pengemis yg tidur kat kaki lima masjid. erin tolong kejutkan. dia terkejut bila tengok2, itu fatihah, maknya yg dia sangka dah mati. badan fatihah dah berkudis buta sana sini.

erin bawak fatihah balik rumah kat kl. & kata yg tu saudaranya. sejak fatihah datang, keluarga firdaus semua tak suka. masing2 mengadu busuk yg amat. sampai 1 hari, erin pegi kerja. org gaji pulak pergi pasar. yg tinggal cuma 3 beranak & fatihah terjatuh kat bilik air. keluarga firdaus telefon ambulan & suruh bawak fatihah ke hospital. akhirnya dpt tau yg fatihah mengidap aids. lagilah keluarga firdaus jijik.

firdaus jatuh bangkrap lepas balik dari kuching. erin mintak tukar ke kota bharu. semua keluarga pindah ke sana. walau keluarga firdaus tak suka, tapi diorg kena ikut jugak sbb selama ni diorg menumpang kat rumah erin & erin yg tanggung semua. muzammil cuba nak jumpa erin. tapi setiap tu jugak erin tak nak jumpa. sbb dia cuba nak jadi isteri yg baik kat firdaus.

erin pregnant. akhirnya firdaus setuju kerja kat ofis erin. tu pun lepas berpakat dgn datin maria utk rampas semua harta erin. 1 malam firdaus ajak erin keluar makan & stay kat hotel. tiba2 dpt call dari rumah. firdaus suruh erin tunggu kat luar hotel sementara dia nak uruskan check out & ambik kereta. waktu tgh tunggu firdaus, ada org culik erin & campak erin ke gaung ke kalau tak salah. dah berminggu2 takde khabar dari polis pasal erin. 1 hari polis call suruh firdaus buat pengecaman mayat. ada sorang perempuan mengandung ditemui mati. tapi muka dah terbakar. cuma ada cincin yg firdaus cam, cincin erin.

sbrnya erin tak mati lagi. bayinya pun selamat cuma tak cukup bulan. lutfi - anak erin cacat. & kesan dari kemalangan tu, erin hilang ingatan. bila dah sikit ok, erin balik ke banglo. semua org terkejut. lebih2 lagi waktu dia sampai rumah, kat rumahnya ada majlis & firdaus tgh sarung cincin tunang kat sorang perempuan.

makin lama ingatan erin makin ok. keluarga firdaus makin teruk layan fatihah. sampai 1 hari, erin dpt tau yg semua hartanya dah jatuh ke tangan firdaus. & lepas tu erin, fatihah & lutfi dihalau dari rumah. bila dah dihalau mcm tu, erin telefon muzammil, nak pinjam duit. dan dari situ, dia buat plan nak balas dendam semua keluarga firdaus. termasuk dgn org2 yg dulu pernah aniaya erin & fatihah dulu. - mazni, mak mazni, mak bibi.

oklah cerita ni. lain sikit. ni kes balas dendam disebabkan sakit hati yg meluap2 ni. cuma bila dah 2-3 muka terakhir tu, mcm bingung sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 07:24 PM | Show all posts

Reply #219 silencez's post

silencez... ni t10k citerkan serba sedikit pasal Mawar..
sorry ye kalau pening sikit ringkasan citer ni..
baca pandai... nak citerkan balik.. tak reti..

Mengisahkan Mawar (16 tahun, gemuk tapi cantik sebab mewarisi kecantikan arwah ibunya kacukan belanda) & Johari (28 tahun, kurus keding, muka ala2 hero hindustan dgn jambang & janggut kambing). Pertemuan pertama mereka bermula di Kelantan ketika Mawar dalam perjalanan pulang dari sekolah & Johari yg baru pulang ke Malaysia setelah sekian lama berada di UK pula tersesat & bertanyakan jalan pd Mawar. Kebetulan kampung yg Johari nak pergi tu adalah ke rumah Rosli (ayah Mawar) kerana Rosli mengadakan kenduri doa selamat sempena keberangkatannya ke Mekah. Ibu Johari (Datin Maznah) & Rosli ni merupakan adik-beradik angkat. Selama Johari & Datin Maznah bermalam di rumah Rosli, berlaku perang mulut & perselisihan faham di antara Mawar & Johari. Nadira (kakak tiri Mawar) menaruh hati pada Johari. Rosnah (ibu tiri Mawar) pula sibuk promosi Nadira pd Datin Maznah utk dijadikan menantu. Hubungan antara Mawar, Nadira & Rosnah pula terlalu dingin. Mawar amat manja dgn ayahnya.

Rosli meninggal dunia di lapangan terbang Jeddah sebelum sempat dia pulang semula ke Malaysia. Perjanjian telah dibuat antara Datin Maznah & Rosli untuk menyatukan Mawar & Johari. Lalu Datin Maznah menyuarakan hasrat itu pd Mawar & Johari. Mawar bersetuju dgn permintaan Datin Maznah tapi berserta dgn syarat supaya perkahwinan mereka tidak didedahkan pd sesiapa walaupun pd ibu & kakak tirinya.

Di mlm pertama perkahwinan Mawar & Johari, Mawar telah mengemukakan syarat pd Johari iaitu Johari perlu melunaskan 憏uran cinta
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 07:26 PM | Show all posts
Selepas 3 bulan, mereka kembali bertemu. Mawar berjaya menguruskan badannya dan menjadi semakin cantik sementara Johari yg kurus keding telah berubah ke bentuk badan yg sasa & tiada lagi jambang & janggut kambing di wajahnya. Amat payah sekali utk Johari meyakinkan perasaan dia yg sebenarnya pd Mawar. Johari ni memang suami yg sabar giler & sanggup berkorban utk Mawar. Mawar ni pula bertambah ego dan slumber dia keluar dgn Luqmanhaqeem sehingga kena tangkap khalwat. Padahal dorang tak buat apa2 pun.

Michelle pula masih lagi menaruh perasaan pd Johari sedangkan segalanya telah pun berakhir. Hinggakan Michelle & Nadira merancang sesuatu utk memalukan Mawar pd malam majlis perasmian butik Michelle. Luqmanhaqeem yg mabuk pula cuba utk merogol Mawar. Michelle & Nadira mereka cerita kononnya Mawar yg miang dgn Luqmanhaqeem. Mawar cuba utk menjelaskan perkara yg sebenarnya pd Johari tapi Johari tidak mahu mendengar apa2 pun dari Mawar. Johari hanya mengatakan 搆ita balik rumah mandi, tidur & esoknya kita bangun dan semua ini hanyalah mimpi ngeri sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 10:10 PM | Show all posts

Reply #230 t10k's post

thanks t10k. gambaran watak terbalik eh dari `aku menyayangimu' hehehe. yg tu, si heroin gelap sikit & kurus keding, si hero lak badan besar. tak berkesempatan nak mencari lagi. insyaallah by end of this month baru boleh jalan2 cari buku
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:13 PM | Show all posts

Reply #232 silencez's post

sama2 silencez..
eh.. ha'ah! yelah! gambaran watak terbalik dari 'aku menyayangimu..'

novel Mawar ni diterbitkan pada tahun 2004 kalau tak silap..
agaknya sebab tak berapa fofular sebab tu payah sikit nak jumpa buku ni kut..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:18 PM | Show all posts

Reply #229 silencez's post

silencez...
faham tak ending citer Rindu Yang Membara tu?

sampai hari ni masih dok memikir apa endingnya...
setiap org pendapat & pemahamannya berbeza...
ni yg menyibuk nak tanya pendapat org lak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 29-6-2007 10:09 AM
... oklah cerita ni. lain sikit. ni kes balas dendam disebabkan sakit hati yg meluap2 ni. cuma bila dah 2-3 muka terakhir tu, mcm bingung sikit...


so sil apa pendpt ko ttg ending cite nie....sad or hepi

berpeluh gak haku fikir ....teori haku, cite Nas nie sad ending (walaupun aku frust giler bila Erin tak end up dgn Ku Muzzamil as husband n wife eventhough Ku Muzzamil sayang Erin bagai nak rak)....

Erin tetap nak proceed dgn pengakuan awal yg akan membawa dia ke tali gantung....hanya itu cara utk dia menyedarkan masyarakat tentang kenapa dan apa yg menyebabkan dia bertindak sedemikian...juga demi janji dia pada ibunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #234 t10k's post & #235 aprilsnow's post

malam karang org baca balik bahagian akhir & kasitau kat korang ek

cing.. tapi happy endinglah. sbb yg jahat semua mati. tapi mmg harap sgt eri dgn ku muzammil tu tapi rasanya muzammil takkan biarkan erin mcm tu je. ke nass alina mmg nak suruh kita fikir sendiri ending ikut apa yg kita suka? kot si erin setuju mengaku yg dia tak berapa waras hehehe

[ Last edited by  silencez at 14-9-2007 11:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #236 silencez's post

teori masing2 sil....biasalah karya si NAN kan selalu di penghujung cerita buat kepala kita berbintang2....

kalau ikut haku mmg lah nak Erin ikut cadangan Ku Muzzamil...as long they live hepily ever after......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 04:57 PM | Show all posts

dan.. gerhanalah sejuta cinta

hari ni berjaya habiskan novel ni..

kisahkan sepasang kembar - atia & atirah. sebenarnya kembar siam. atirah sll cemburu kat adiknya - atia. sebab atia selalu jadi tumpuan orang & lebih pandai dari atirah. lebih2 lagi, atirah guna tangan & kaki palsu. disebabkan tu, dia selalu dengki kat atia. apapun, atia sayang sgt kat atirah & sanggup buat apa je utk atirah. waktu sekolah, kembar ni kenal dgn aliff haikal & lama2 haikal rapat dgn keluarga kembar ni. tapi haikal dah jatuh hati kat atia & atirah cuba tarik perhatian haikal.

satu hari, atia & atirah balik sekolah jalan kaki. pertengahan jalan, ada 2 org lelaki tahan & cuba nak buat yg tak elok. atia dpt menyorok tapi org jahat tu ugut utk cederakan atirah. sebab tak nak apa2 jadi kat atirah, atia terpaksa serah diri kat penjahat tu & dia dirogol. penjahat tu ugut jgn beritahu sesiapa, atau diorg akan cederakan keluarga atia, lebih2 lagi atirah. sejak tu atia berubah jadi pendiam. bila atia pregnant, ayah atia - malik mengamuk & sejak tu tak cakap dgn atia. sampai atia study kat luar negara. tapi sblm tu, atia keguguran.


bila dah kat oversea, haikal sll hantar surat kat atia & atirah. tapi atia tak pernah balas. sebab semua surat2 utk atia, disorokkan atirah. 1 hari atirah happy sgt bila rombongan meminang haikal datang. atirah rasa happy sgt bila diorg datang tengok dia. tapi lepas tu bertukar jadi dendam bila dia tau, diorg datang nak tengok mcmn rupa atia, sebab dua2 memang tak banyak beza. atirah sll ungkit yg mak ayah dia sayang sgt kat atia. sebab tu fizikal atia lengkap. tak mcm dia. & dia sll mintak atia pulangkan kaki & tangan tu.

bila atia dah kawin dgn haikal, perangai atirah makin teruk. keluar malam & mabuk. sampai atirah kemalangan & atia terpaksa jaga atirah & ketepikan haikal. bila atia dah pregnant, atirah jugak bertanggungjawab buatkan kandungan tu gugur. sebabkan kesian kat atirah & tak nak atirah sunyi, atia mintak sorang dari pekerja kat syarikat dia bekerja utk kahwin dgn atirah. tapi lepas selesai je akad nikah, hisyam - suami atirah terpaksa keluar sbb ada hal kerja. sampai 3 bulan. hisyam cuma akan balik bila dah awal pagi. & 1 pagi semuanya terbongkar bila atirah terdengar hisyam berbual melalui 1 panggilan telefon (dari mak hisyam). sedangkan hisyam beritahu yg dia anak yatim piatu. buatkan atirah bertambah dendam pada atia. tak lama, hisyam & atirah bercerai.

mak ayah diorg meninggal sebab kemalangan. waktu peguam bacakan wasiat, atirah mengamuk bila awal2 lagi peguam bacakan yg semua harta diletak bawah nama atia. & atirah tak tau, lepas je selesai, atia tukar semua pewaris tu pada nama atirah. akhirnya atia & haikal duduk kat rumah family haikal. bawak atirah sekali. sampailah atia selamat bersalin - atikah. tapi sejak atirah tinggal sekali, atirah sengaja bongkar cerita yg tak elok pasal atia pada mak haikal. termasuk atia pernah mengandung waktu muda. bila haikal tak ada, mak haikal halau atia & atikah dari rumah. atia bawak anaknya balik ke rumah lama.

bila haikal tau, haikal ikut atia tinggal sekali kat rumah lama. sampai 1 hari waktu haikal outstation, adik haikal datang & merayu mintak atia pulangkan haikal pada family diorg sbb mak haikal tgh sakit kuat. atia janji utk pulangkan haikal. sejak tu atia pura2 tak suka haikal & berlakon kononnya ada hubungan dgn org lain. sampai atirah terdengar berita yg haikal dah ceraikan atia. tak lama, haikal kawin dgn atirah. tapi atirah masih tak puas hati sbb haikal tak pernah layan dia sebagai sorang isteri, buatkan atirah masih tak puas hati. atirah jumpa atia & bawak atia ke 1 tmpt. dlm perjalanan, diorg terlibat dalam kemalangan.

akhirnya atirah byk habiskan masa kat kerusi roda. tapi rasa cemburu pada atia tetap ada. lebih2 lagi bila haikal selalu hilang & bawak atikah jumpa atia.
atirah mengamuk mintak haikal bawak dia jumpa atia. akhirnya semua rahsia terbongkar & atirah menyesal sgt. (sedih part ni!)  lagi best kalau korang baca sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 05:14 PM | Show all posts

penerbit: utusan publications & distributors sdn bhd
harga: rm18.00
tahun terbitan: 2004

387 muka surat

ni yg kat belakang..

seumur hidupnya dia terpasung dalam belengu dendam. sejuta kasih dan kesempurnaan yang diimpikan kontang dek kemarau panjang. merebut cinta suami adik serahim dengannya adalah tujuan hidupnya. bagi haikal, jenazah cinta atia yang telah diusung itu tersemadi dalam hatinya buat selama-lamanya. apakah sumpah dan janji yang telah dimeterai oleh haikal sehingga sanggup menjadi suami pada atikah dan mengorbankan cinta agungnya terhadap atia?

atirah tidak akan gentar. dia tidak akan menangis kerana sebuah asmara nan palsu itu. terleraikah dendam atirah dek pengorbanan adiknya yang tidak pernah diketahui? tidak! gerhana cinta ini tidak akan berakhir selagi musim tidak berganti! itu sumpah atikah. benarkah haikal lelaki dayus yg akan membiarkan cintanya terkorban dengan sia-sia? pun jauh di sudut hatinya, terdetik harapan suatu masa nanti, ada hari yang indah.

atikah akan menangis, bukan lagi air mata benci tetapi air mata cinta kerana terpegunnya dia demi menyedari erti kasih sayang itu. biar pun sejuta air mata darah menjadi sumpahan gerhana cintanya. asalkan kemarau cinta itu berakhir dan kasih yang kering kontang itu menjadi sejuk, sedingin salju musim kemarau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 16-9-2007 05:14 PM
http://img468.imageshack.us/img468/6263/scanmh8.jpg
penerbit: utusan publications & distributors sdn bhd
harga: rm18.00
tahun terbitan: 2004
387 muka surat

ni yg kat belakang..

seumur h ...



comei pulok cover dia tu sil, terliur nak beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048952 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list