CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 24-2-2007 10:39 AM | Show all posts
lamanya nak kena tunggu,cepatlah smbung milan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 07:57 AM | Show all posts
Tak sambung laaagiii..
Milaaaann...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:34 AM | Show all posts
milannnnn..smbg hari ni eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 12:26 PM | Show all posts
cepat lah sikit milan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:01 AM | Show all posts
alaa...mane lg..
nk lg..pdn muka amirul tuh...
Reply

Use magic Report

rikzra This user has been deleted
Post time 27-2-2007 10:54 AM | Show all posts
la...kemana la menghilang cik milan kita ni....
awat, chek p kawin ka?????
tgh haneymoon kot....
cb habaq mai p mn lm sgt....
kmi kat cni ternanti2 smbg that story-mory tau......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2007 11:50 AM | Show all posts
milan
mane neh...lama seh aku tggu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 02:05 PM | Show all posts
belum ada lagi sambungan?
cepat le sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 04:31 PM | Show all posts
gler lama kene tunggu.....sabar je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 08:27 AM | Show all posts
aduh bila nak sambung ni cik milan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 09:18 AM | Show all posts
milan....
sambung r cepat2.......
letih r nak tgu lama2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:51 AM | Show all posts
milan..di mana kau......
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:55 PM | Show all posts

ades milan neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 05:09 PM | Show all posts
Bab 24

Sudah hampir tiga minggu kejadian itu berlalu. Suasana di rumah juga semakin hambar. Alia sudah kembali meneruskan pengajiannya di universiti. Bapa mertuanya juga sudah semakin sibuk dengan kerjaya. Walaupun ibu mertuanya sentiasa ada untuk menemaninya, hati Mila tetap gusar bila melihat Amirul.

Setiap hari, Amirul akan pulang lewat. Jika jam tidak mencecah angka 2 atau 3 pagi, Amirul tidak akan pulang. Wajah Amirul juga sudah semakin tidak bermaya. Semakin kusut fikirannya bila melihatkan keadaan Amirul. Puas Mila cuba mengajak Amirul berbual namun tidak sepatah pun perkataan yg keluar dari bibir itu.

Hari ini juga sama. Jam sudah menghampiri angka 2 pagi. Bayang Amirul masih tidak muncul. Sudah berkali2 Mila menjenguk ke luar rumah dari balkoni biliknya, menanti kereta Amirul muncul. Harapannya sia2. Hatinya makin digaru bimbang.

Akhirnya, kelihatan cahaya lampu kereta bersinar2 dari jauh, semakin mendekati banglo mewah itu dan akhirnya memasuki perkarangan banglo. Mila segera berlari menuruni anak tangga dan membuka lampu ruang tamu. Tangannya segera memusing tombol pintu.

Amirul berdiri di depan pintu. Wajahnya kusut. Tali lehernya sudah direnggangkan. Matanya merenung wajah Mila yg membalas dengan senyuman.

"Kau lagi! Takde muka lain ke kat rumah ni?" gerutunya sambil cuba membuka kasutnya. Bau arak menusuk hidungnya. Ya Allah, Amirul minum? Mila mengucap panjang.

Amirul hampir terjatuh ketika dia cuba melepasi Mila. Dengan tangkas, tenaga perempuannya dikerah untuk memapah lelaki itu masuk. Dengan hati2 juga dia membawa Amirul naik ke bilik, tidak mahu ibu dan bapa mertuanya melihat keadaan anaknya yang sebegini. Hatinya dipagut rasa pilu melihat Amirul mula meracau sebaik saja tubuh itu dibaringkan ke atas tilam.

"...perempuan tak guna...menyesal...sial..." hanya itu yang mampu difahami oleh Mila. Selebihnya kata2 lelaki itu seakan gumaman yang tidak jelas. Mila kembali turun ke bawah untuk menyediakan minuman. Walaupun dia tahu Amirul tidak akan menjamahnya, namun dia tak sanggup mendengar kata2 hinaan dari mulut lelaki itu.

Sebaik saja dia kembali menatang secawan kopi, Amirul sudah lena dalam mimpi. Mila mengeluh lega. Dengan penuh hati2, bimbang jika Amirul terbangun dari tidurnya, Mila melepaskan stokin Amirul. Dileraikan butang2 di baju Amirul agar dijamah hawa dingin bilik. Kemudian dia menyelimutkan suaminya dengan penuh kasih.

Mila duduk di birai katil, wajahnya kemudian disandarkan di tepi katil. Matanya merenung sayang pada Amirul yg sedang lena diulit mimpi. Tanpa sedar, jemarinya mengelus lembut rambut lurus Amirul yg berjuraian di dahi, diselaknya perlahan. Telapak tangannya menyapu lembut wajah Amirul. Bila lena begitu, tiada langsung garis kemarahan di wajahnya. Hanya ketenangan yg terpamer. Wajahnya nampak hampir kebudakkan, membuatkan hatinya disimbah sayang. Jarinya menyentuh hidung Amirul yg mancung melayu, menyusur keningnya yg agak lebat. Kemudian jarinya singgah pada bibir Amirul yg sedikit kemerahan. Hatinya berdegup kencang tiba2. Terasa suatu naluri yg tidak pernah dirasainya selama ini menerjah pintu hatinya. Dielus lembut bibir itu dengan terketar2. Mila semakin berdebar2. Dengan perlahan, jarinya yg singgah di situ tadi, dibawa pula ke bibirnya. Wajahnya merona merah setelah menyedari apa yg dilakukannya.

'Apa kena dengan kau ni, Mila? Dah gila agaknya' hatinya mencemuh.

Walau sudah berbulan2 mereka bernikah, tak pernah sekalipun Amirul menyentuhnya. Kadang kala hatinya digigit rasa rindu. Rindu untuk dibelai dan dilayan sebagai isteri. Hingga ada masanya dia sengaja berpakaian seseksi mungkin bila saja mereka berdua di dalam bilik. Namun Amirul hanya melepas pandang dan terus beradu tanpa ucapan. Tiada lirikan manja, tiada kata2 romantis apalagi sentuhan yang mesra. Pandangannya selalunya penuh kedinginan, membuatkan tubuhnya menggigil.

Mila membetulkan rambut Amirul dan kemudiannya membuat keputusan untuk tidur di tempat biasanya, bila dia terdengar suara Amirul seakan berbisik.

"Sya..."

Jiwa Mila kembali pilu. Sebak menguasai dadanya hingga rasanya begitu sukar untuk bernafas. Hatinya terasa semakin pedih bila nama itu diulang oleh suami sendiri.

'Sampai bila baru kau akan menjadi milikku, Aqim? Bilakah harinya hatimu itu akan dapat kugapai? Harus bagaimana lagikah hati ini diuji?' seru Mila. Terasa ada air yang mengalir ke pipinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 05:11 PM | Show all posts
Bab 25

Kereta BMW kesayangan Amirul memasuki garaj. Dia perasan kereta bapanya tiada di tempat asalnya, mungkin masih belum pulang, mungkin juga sudah keluar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kosong. Sunyi dan sepi. Mungkin ibu dan bapanya keluar bersama. Jika tidak, petang2 begini selalunya ibunya akan menyiram pokok2 bunga di halaman.

Amirul merebahkan badannya ke atas sofa, melepaskan lelah seharian di pejabat. Briefcasenya hanya dicampakkan ke sisi. Matanya dipejamkan, sebelah tangannya diletakkan ke atas dahinya. Dia tidak menyedari kehadiran Mila yg baru menuruni tangga.

Mila pandang wajah Aqim yang muram. Entah kenapa, dia ingin sekali menenangkan perasaan Amirul ketika itu. Mila ingin lelaki itu tahu, walau apa pun yang terjadi, Mila akan tetap berada di sampingnya. Dia akan tetap akan cuba membahagia Amirul. Malah dia sanggup berkorban apa saja untuk suaminya. Dia mahu Amirul tahu!

Mila mendekati tubuh yang sedang berbaring di sofa. Tangan Mila mencapai tangan Amirul, perlahan2. Digenggam erat. Matanya meneliti wajah tampan Amirul, berharap lelaki itu akan membuka mata dan memandangnya. Dengan itu dapatlah dia melihat betapa dalamnya kasihnya pada Amirul. Namun Amirul masih tetap memejamkan matanya. Dadanya turun naik seiring dengan nafas yang dihela.

"Aqim, janganlah bersedih lagi. Tak elok kita menangisi orang yang dah pergi. Awak kena redha dengan ketentuan Allah. Kita hanya boleh merancang tapi Dia yang akan menentukan segalanya."

Ucap Mila panjang lebar, namun Aqim langsung tak bergerak apa lagi membalas kata-kata itu. Entah dari mana kekuatan itu muncul, Mila mengucup jemari Amirul dengan penuh kasih sayang. Sungguh, kasih dan cintanya hanya untuk Amirul seorang. Takkan berubah perasaan ini.

"Aqim... saya kan ada. Saya boleh..." belum sempat Mila menghabiskan ayatnya, Amirul sudah menolak tubuh kecil Mila yang sedari tadi menempel pada tubuhnya.

Kata-katanya perlahan, tidak menengking seperti selalu. Namun ada kekerasan dalam nada itu. Ketegasan yang tak dapat dilunturkan.

"Kau takkan pernah dapat menggantikan tempat Sya dalam hati aku. Aku hanya cintakan Sya. Sampai bila-bila pun aku hanya akan cintakan dia. Kau dan dia ibarat langit dan bumi. Kau langsung tak layak menggantikan dia. Kalau bukan kerana kau, semua ni takkan terjadi!"

Mila diam seketika. Perasaannya terluka dengan kata-kata itu tapi Mila patut sedar, dia sedang kecewa saat ini. Dia perlukan seseorang untuk melampiaskan rasa kecewa. Kerana itu, Mila kembali tersenyum. Tapi Mila tak berani lagi mendekatinya.
Aqim yang ketika itu sedang membelakangkanku bersuara lagi.

"Sekarang baru aku tahu kenapa mak Sya terlalu bencikan kau" Aqim mencebik.

Mila tersentak. Apa yang dimaksudkan oleh Aqim?

"Aqim tahu...?" tanya gadis itu, separuh berbisik.

Amirul kembali mengadap Mila. Matanya memancarkan kebencian yang nyata. Kemarahan yang tak mampu dibendung.

"Ya, aku tahu" akuinya, sedikit menengking. Jantung Mila berdegup kencang. Adakah Amirul mendengar perbalahan mereka di hospital hari itu?

"Macam mana Aqim boleh tahu?"

"Aku dengar semuanya. Aku lihat semua yg berlaku masa kat hospital hari tu" Mila menggeleng lemah. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.

Aqim tersenyum lagi, sinis sekali.

"Tak sangka, gadis yg berlagak baik macam kau ni datang dari keturunan yg tak baik! Keturunan perampas! Kau memang tak tahu malu kan? Dah tahu orang tak hendak, masih juga terhegeh-hegeh, masih juga meminta-minta, hanya untuk mendapatkan apa yg kau hajati" ejeknya lagi.

Ya Allah, begitu sekalikah lelaki ini membenciku? Mila tak sangka Amirul sanggup menuturkan kata2 sebegitu.

Terhegeh-hegeh? Kali ini Mila tak mampu tersenyum seperti biasanya dia menerima kata-kata Amirul. Kali ini dia hanya mampu terkedu, memandang kakinya. Kaku. Seolah baru dikejutkan dari mimpi indah yang panjang. Kini Mila tahu siapa dia dihati Amirul. Atau lebih tepat lagi, dia kini sudah tahu siapa dia pada Amirul, bukan siapa dia di hati lelaki itu. Kerana dia takkan pernah mendapat penghormatan sebegitu. Perlukah dia berputus harap untuk kali ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 05:16 PM | Show all posts
Bab 26

Mila bergegas keluar dari pejabatnya sebaik saja menerima panggilan dari ibu mertuanya. Hatinya berdebar2 menerima berita mengejut itu. Sebaik saja sebuah teksi berhenti di hadapannya, dia meluru masuk ke dalam perut teksi tersebut.

"KLIA. Cepat sikit ye" arah Mila dengan cemas. Dia mengelap peluh yg semakin berjuraian di dahinya. Semoga dia tiba tepat pada waktunya, hanya itu yg asyik didoakan. Perjalanan ke KLIA selama satu jam setengah itu serasa begitu lama sekali. Belum sempat teksi itu berhenti, Mila sudah mengeluarkan sehelai not 50 dan terus berlari ke balai berlepas. Matanya melilau mencari seseorang sambil merentasi lautan manusia di lapangan terbang itu.

"Aqim!" teriak Mila sebaik saja matanya terhenti pada sebatang tubuh yg sedang menggalas beg. Amirul berpaling namun meneruskan langkahnya bila terpandangkan Mila. Mila terus berlari mendapatkan lelaki itu.

"Aqim, Aqim, kenapa ni? Nak ke mana ni?" soal Mila, nafasnya tercungap2. Tangannya menyentuh lengan sasa milik Aqim. Wajahnya terukir kegelisahan yang mendalam. Amirul buat tak peduli.

Mila memandang sekeliling, tidak nampak pula kelibat ibubapa mertuanya. Sudah pulangkah? Memang nampaknya hanya aku yg baru tahu...

"Aku nak tinggalkan tempat ni" ujar Amirul tanpa perasaan. Wajah Mila langsung tidak dipandang. Pandangannya dihalakan ke arah beberapa pelancong luar negara yang sedang berkumpul sesama mereka, mendengarkan sesuatu diperkatakan oleh pemandu pelancong.

Hati Mila meruntun mendengarkan kenyataan dari suaminya. Sesak nafasnya tiba2. Tidak! Ini tidak terjadi. Ini hanya mimpi.

"Kenapa? Err... Mila ikut sekali yer" sayu Mila bersuara. Amirul ingin tinggalkan dirinya, sendirian di sini? Lagipun semenjak dua menjak ini, lelaki itu nampak begitu tak terurus. Amirul perlukan dirinya, bukankah begitu? Setidak2nya, Amirul perlukan seseorang untuk menemaninya saat sebegini.

"Kenapa pulak kau nak ikut? Aku cuma tak boleh nak duduk sini lagi. Makin lama aku kat sini, hati aku makin sakit. Aku tak dapat lupakan Sya. Bila aku tengok muka kau, aku teringatkan Sya. Teringat apa yg dah kau buat. Sebab kau, Sya mati!" tuduh Amirul, kali ini matanya bertentangan dengan Mila.

Kenapa semua orang menyalahkannya di atas pemergian Syalinda?

"Aqim, please... janganlah macam ni, jangan tinggalkan saya..." rayu Mila, masih memegang lengan Amirul. Pantas Amirul merentap lengannya.

"Look, sampai bila kau nak menipu diri sendiri. Aku tak cintakan kau. Takkan pernah. Berapa kali aku nak cakap? Kita selesaikan masalah kita bila aku balik semula ke sini. In the meantime, kau buatlah apa kau suka. I dont care"

"Dani sukakan kau. Apa kata kau gunakan saja peluang ni untuk pikat hati dia. Kau kan pandai mengambil kesempatan" sambung Amirul dengan nada yang sinis.

"Dani?? Apa...kaitan Dani dengan kita?" Apa lagi tuduhan yg mahu dilemparkan padanya kali ini?

"Sudahlah, tak payah kau nak berdalih lagi. Ini sudah menjadi takdir kita. Terima sajalah. Aku tak kisah kalau kau tak menunggu kepulangan aku nanti. Seperti yg aku cakap tadi, kau boleh buat apa saja yg kau suka, dont mind me.."

"Kalau macam tu... samalah macam awak lepaskan saya..." entah menyoal atau sekadar menyatakan fakta, Mila sendiri tidak pasti. Kekalutan itu bermain dengan minda warasnya, membuatkannya keliru.

"Oh, tidak semudah itu Mila. Aku takkan lepaskan kau. At least, not for now. Mungkin.... suatu hari nanti, siapa tahu..." Amirul akhirnya hanya mengangkat bahu.

Mila tahu Amirul sekadar mahu menyalakan bara api di dalam dirinya. Amirul seakan mengumpannya untuk bertindak di luar batasan. Biarlah, biar apa pun yang Amirul fikirkan tentang dirinya, dia tak mahu hilang kawalan. Juga tak mahu merayu dengan berlebihan meskipun hatinya menjerit meminta Amirul memahaminya. Perlahan, Mila menganggukkan kepalanya. Rasanya sudah pasrah dengan segala apa yg berlaku.

Mila cuba menarik tangan suaminya, sekadar mahu menyalami sang suami sebagaimana layaknya seorang isteri. Tingkahnya dipandang sepi oleh Amirul yg kemudiannya terus melangkah pergi. Dia menghantar Amirul dengan pandangan yg kabur dengan air mata.

Saat itu hatinya sudah hancur ibarat debu yang bertaburan. Takkan mungkin bercantum lagi. Perginya Amirul membawa bersama harapan dan cintanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2007 05:25 PM | Show all posts
Bab 27

1 tahun kemudian...

Sejambak bunga ros merah tersedia menghiasi mejanya pagi itu. Mila tersenyum sambil menggeleng2kan kepalanya. Tangannya membuka laci, mengeluarkan telefon bimbit dari handbag dan kemudian meletakkan handbagnya ke dalam laci. Tangannya menekan2 butang2 pada telefonnya. Sambil menekapkan telefonnya ke telinga, tangannya lincah membelek sebuah fail di atas meja.

"Awak... thanks..." ucap Mila bila taliannya berjaya disambungkan.

Kedengaran suara di sebelah sana tertawa.

"Macam mana awak tau saya yg hantar?" Giliran Mila pula yg tergelak kecil.

"Siapa lagi yg sudi bagi saya bunga selain awak?"

"Hmm... baguslah. Kalau saya tahu ada org lain yg bg bunga kat awak, saya nak gi sekeh2 kepala dia" gurau Dani. Mila hanya tersengih mendengarkan gurauan Dani. Dani memang sentiasa menghiburkan.

"Dah, jangan nak mengada2 plak. Saya dah nak start keje ni. Saya call awak lain kali la ok"

"OK, sayang.. bye"

Mila cepat2 mematikan talian telefon, tidak menanggapi kata2 sayang dari Dani. Baginya, Dani tidak lebih dari bergurau. Seorang teman yang baik, yg sentiasa berada di sisinya selama dia kecewa. Malah, tanpa Dani, Mila tak mungkin akan bangkit dari kepahitan hidup yang dialaminya.

Selama Amirul menghilang dari hidupnya, Mila seakan hilang matlamat hidup. Untuk seketika, rasanya dunia ini seakan sudah kiamat. Mungkin dia terlalu taksub dengan cintanya sendiri. Tenggelam dalam dunia cinta rekaannya, fantasinya. Sedangkan realitinya tidak seindah mana. Hingga akhirnya dia sedar bahawa dia tak perlu selamanya hidup begini. Tidak perlu selamanya menjadi hamba cinta. Untuk bangkit dari kekecewaan, dia telah mengerahkan seluruh tenaganya hanya untuk kerja.

"Mila, tolong siapkan laporan ini hari ini juga ye. I nak gunakan dalam meeting esok" Ketua Jabatan Teknologi dan Maklumat untuk syarikat MeshTechO berdiri di hadapannya membawa bersama beberapa buah fail.

"Baik, Mr. Teoh"

Mila segera memulakan kerjayanya sebaik sahaja lelaki Cina separuh umur itu berlalu dari mejanya. Belum pun separuh jalan dia memulakan tugasnya, telefon di mejanya berdering.

"Mila, mama ni" segera Pn Meriam memperkenalkan dirinya. Mila terhenti dari menaip, menumpukan perhatiannya kepada ibu mertuanya.

"Kenapa, mama?" Mila sedikit hairan bila Pn Meriam tiba2 menelefonnya di pejabat. Ini kali pertama wanita itu menelefonnya. Selalunya ibu mertuanya akan menunggunya pulang jika ada sesuatu yg ingin dikongsinya.

"Ada berita sensasi ker sampai mama call Mila kat office ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 05:26 PM | Show all posts
sorry kawan2.. sebab lambat post. actually milan ni bz sgt semenjak dua menjak ni. personal matter..

apa2pun enjoy the story... nanti milan sambung lagi ok!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 05:48 PM | Show all posts
thanks milan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 06:19 PM | Show all posts
thanks milan... wahh rasa mcm dpt meneka jeks... hik hik hik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.557886 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list