CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 2-4-2009 07:19 AM | Show all posts
Rabu April 1, 2009
Kehidupan seni Jamal dipentaskan di Istana Budaya

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

BIAR apa pun yang berlaku, penyanyi Jamal Abdillah tetap menjadikan bidang nyanyian sebagai nadi hidupnya.

Jamal telah berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 1979 selepas menjuarai Bintang RTM dan kini dia masih aktif menyanyi serta tampil dengan produk terbaru yang segar.


Bukan mudah untuk Jamal bertahan lama kerana dia sememangnya perlu menjalani pelbagai ranjau kehidupan.

Bagaimanapun, penyanyi popular yang mendapat gelaran Raja Pop ini turut menyimpan kenangan manis yang pernah dilalui sepanjang bergelar anak seni.



Album Tak Hilang Cinta akan berada di pasaran
mulai 16 April ini. -foto The Star oleh LOW LAY PHON


Begitulah sedikit cerita yang akan disampaikan oleh Jamal dalam teater muzikal 慘embara Seni Jamal Abdillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 05:48 AM | Show all posts
Muda di usia mencecah 50 tahun

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT


"Ya, semestinya saya ingin memberitahu peminat bahawa sayaseorang yang versatil tetapi ada yang lebih penting daripada itu sayajuga mahu menambat hati peminat-peminat baru"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2009 07:45 AM | Show all posts
Jamal masih mahu 'bersendiri'

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

INI ketentuan Tuhan. Kalau dulu saya memang mencari, tetapi kini saya lebih fokus pada diri sendiri dan juga kerjaya. Kalau saya sudah boleh jaga diri sendiri barulah boleh jaga orang lain. Nanti kasihan pula pada orang lain, tetapi jika ada jodoh saya memang tak menolak sebab ia ditentukan Tuhan".

Begitulah luahan penyanyi pop popular, Jamal Abdillah sebaik diaju persoalan mengenai jodoh pada pelancaran album terbarunya, Tak Hilang Cinta, di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini,

Sehingga kini dia masih memilih untuk 'membujang' selepas tiga kali gagal mempertahankan mahligai rumah tangganya.

Perkahwinan pertamanya bersama Basariah Latiff berkecai setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga pada tahun 1988.

Begitu juga dengan perkahwinan kedua bersama Nor Aina Yusuff yang dinikahinya pada tahun 2001 yang gagal dipertahankan walaupun dikurniakan seorang anak, Osama Yamani yang kini berusia lapan tahun.

Perkahwinan ketiganya bersama Fatimatuzahrah Samad yang dinikahi pada Disember 2005 yang juga dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani, 2, turut menemui jalan buntu dan berakhir dengan penceraian dua tahun selepas itu.

Menjawab pertanyaan mungkinkah dia bakal kembali menyatu hati bersama bekas isterinya, ringkas jawapan Jamal: "Biarlah masa yang menentukan segalanya".

Tenang dan berkeyakinan, pada pertemuan itu ternyata penyanyi ini memasang azam yang kuat dalam hidupnya untuk terus mencapai kejayaan dalam kerjaya mahupun kehidupan.

Transisi hidup yang dilalui oleh Jamal bukanlah semudah yang disangka. Kalau suatu masa dahulu dia pernah hanyut dalam dunia yang mengkhayalkan, tetapi kini dia bangkit mencari arah dalam hidupnya.

Jika persoalan tentang kehidupan berkeluarga yang mahu dibangkitkan, jawapannya tetap satu, biarlah persoalan itu berlalu berteman masa asalkan keputusan yang bakal diambil kelak benar-benar tepat.

Justeru kini, dia ingin memastikan waktu-waktu yang menguliti kehidupannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kerja yang sememangnya menjadi minatnya sedari dulu.

Bercerita tentang kehidupannya kini, jelas Jamal, sehingga kini dia masih lagi menginap di rumah pemulihan bekas penagih dadah, Pengasih.

Dua tahun lalu Jamal pernah mengeluarkan kenyataan untuk menginap di rumah itu untuk tempoh dua tahun sahaja.

Selain mendapat ketenangan dan jagaan yang rapi, kata Jamal, dia melihat terlalu banyak perubahan positif dalam kehidupannya berbanding sebelum ini.

'Sunyi' dari sebarang liputan bukan bererti dia menghilang kerana sepanjang tempoh itu dia sebenarnya sibuk berulang-alik ke studio rakaman mencari idea menarik untuk dimuatkan dalam album terbarunya, Tak Hilang Cinta.

Malah kata Jamal, selepas mengabdikan masa kepada pembikinan album, kini dia sibuk mencari bahan menarik bagi mengisi kandungan konsert solonya yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, bermula 5 hingga 9 Ogos ini.

Muzikal kisah hidup

Sedikit gambaran mengenai persembahan semi teaternya yang bakal dipentaskan di pentas berprestij itu, menurut Jamal, masa antara sebuah lagu ke sebuah lagu yang lain bakal diisi dengan sketsa yang menceritakan kisah di sebalik lagu yang turut mengangkat perjalanan hidupnya sebagai seorang penyanyi.

Bakal memulakan latihan pada 27 Julai ini, selain menyanyi Jamal juga turut sama berlakon dalam persembahannya itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa perjalanan kerjaya Jamal sebenarnya bermula menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1979. Ketika itu dia sering menyanyikan lagu-lagu Alleycats.

"Bakal diselitkan dalam persembahan saya nanti ialah sedikit lakonan ketika saya mula memasuki pertandingan Bintang RTM dengan lagu-lagu dendangan kumpulan itu.

"Antara lain, saya adalah antara penyanyi yang mendapat bimbingan daripada Datuk Ahmad Nawab. kemungkinan nanti akan ada sedikit sketsa tentang saya dengan Ahmad Nawab," kata juara Bintang RTM 1979 itu lagi.

Sehingga kini beberapa selebriti telah dimaklumkan tentang kerjasama dalam persembahannya itu.

Selain membabitkan beberapa selebriti, konsert Kembara Seni Jamal Abdillah itu juga bakal menayangkan beberapa klip video yang memaparkan temuramah tentang kerjaya seni Jamal sepanjang 30 tahun bergelar insan seni.

Cari peminat baru

Tampil berlainan daripada alunan balada dalam album terbaru, fokus utama Jamal dalam Tak Hilang Cinta bukan sekadar menarik perhatian para peminat setianya tetapi juga mencari seberapa ramai peminat baru terutama di kalangan generasi muda.

Single taruhan, Apa Lagi misalnya, menyelitkan beberapa elemen muzik funk dan jazz yang pasti mampu menarik minat generasi muda yang meminati aliran muzik itu.

"Kelainan dalam album ini dibuat untuk membuktikan kepada peminat bahawa saya juga versatil dan mampu mencuba aliran muzik lain.

"Dalam nyanyian itu, saya lepaskan perasaan yang menyebabkan saya rasa terhibur. Lagipun, melihat kepada pasaran album sekarang yang kini semakin merudum, saya akur dan tidak kisah melakukan perubahan demi peminat.

"Seperti M. Nasir, generasi sekarang memang begitu kagum dengan bakat dan kepelbagaian yang ada padanya.

"Jadi, saya rasa tidak salah jika saya turut melakukan perubahan untuk tunjukkan bakat yang ada pada saya," kata Jamal lagi.

Selain Apa Lagi, antara lagu lain yang turut di muatkan dalam album tersebut ialah Tak Hilang Cinta Di Dunia, Waktu Kerinduan, Cinta Dua Darjat, Ku Sejiwamu dan Terpesona Dusta (menampilkan Daly Ahli Fiqir).

Turut Dimuatkan ialah tiga lagu ciptaan Jamal, Di Mana Akhirnya, Akulah Kekasihmu dan Keindahan Mimpi.

"Saya sebenarnya sudah lama mencipta lagu, cuma tidak terlalu aktif. Mungkin juga kerana sikap saya dahulu yang sambil lewa menyebabkan saya tidak mencuba.

"Ini merupakan satu proses dalam kehidupan manusia biasa seperti saya. Sekarang saya sedar bahawa saya sebenarnya boleh mencipta lagu sebab itu saya perlu berusaha," kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi.

Kepada para peminat Jamal Abdillah, dapatkan album ke-20 milik penyanyi itu, diedarkan Warner Music yang telah dilancarkan pada 16 April lalu kini boleh didapati di pasaran.

********************************************************************

apa la wartawan ni... ada pula tulis : telah dilancarkan 16 april lalu dan dalam pasaran -
hari ni baru 12 April.. ishhh.. -
anyway... dah dengar lagu2 dalam album ni.. memang BEST... -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2009 07:03 AM | Show all posts
happy birthday  Jamal  yang ke 50
(7hb Mei)
semoga  panjang umur murah rezeki
dan lebih matang dalam bidang seni -
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 04:21 PM | Show all posts

Reply #226 dexa's post

dexa awak join tak FB jamal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2009 06:43 AM | Show all posts
Jumaat Mei 8, 2009
Jamal: Jangan malu jadi peminat saya

Oleh WAHIDA ASRANI




Perjalanan hidup dan suka duka Jamal Abdillah akan dipaparkan
menerusi konsert muzikal Jamal...Kembara Seniman


TIGA puluh tahun mengharungi hidup sebagai anak seni telah membuatkan penyanyi tersohor ini sudah cukup 'masak' dengan industri hiburan ini. Dalam tempoh itu, banyak yang telah dipelajari dan dilalui oleh penghibur terkemuka, Jamal Abdillah.


Pengalaman manis, pahit, episod hitam dan melalui zaman 'kejatuhan' - semuanya telah dirasai oleh Jamal. Namun, 'aura' penyanyi ini tidak pernah padam meskipun dilanda pelbagai kontroversi.

Jamal nampaknya cukup bertuah kerana satu demi satu 'kesilapan' yang pernah dilakukannya sering 'dimaafkan' peminat dan masyarakat yang masih mahu menyaksikan dirinya di persada hiburan ini.


Kini, penyanyi yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-50 semalam, tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Menyedari apa yang dilakukannya selama ini telah mengecewakan banyak pihak, Jamal bangkit semula dan muncul dengan album terbarunya, Tak Hilang Cinta, yang telah mula berada di pasaran sejak April lalu.

Bukan itu saja, bagi menghargai sokongan peminat selama ini, sebuah konsert muzikal, 'Jamal...Kembara Seniman' akan dianjurkan oleh syarikatnya, Bintang Channel bersama Istana Budaya (IB) bagi memaparkan perjalanan seni Jamal selama 30 tahun di dalam bidang ini.

Konsert tersebut akan berlangsung selama lima hari bermula 5 hingga 9 Ogos di Panggung Sari, IB.

"Kepada peminat saya yang mungkin malu meminati Jamal yang dulu, kini saya kembali dengan Jamal yang 'baru'. Janganlah malu jadi peminat saya lagi. Saya faham, saya juga meminati artis lain dan pernah minat artis yang kontroversi.

"Adakalanya saya malu nak mengaku saya adalah peminat artis tersebut. Dan sudah tentu orang lain juga akan merasakan perkara yang sama bila meminati saya dulu.

"Hanya menerusi album terbaru dan konsert inilah saya dapat membalas semula sokongan peminat terhadap saya selama ini," kata Jamal pada sidang media pengumuman konsert tersebut, di IB, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarah Persembahan, Azman Azhar.

Menariknya, konsert muzikal ini akan diolah dengan penceritaan atau lakonan mengikut segmen tertentu dan diselitkan dengan lagu-lagu popularnya mengikut penceritaan tersebut yang mana Jamal bukan saja akan menyanyi, malah turut melakonkan semula perjalanan hidupnya itu.

"Sebenarnya idea ini saya cuba utarakan kepada Juhari dan tak sangka pula dia berminat dan merasakan ini satu idea yang baru untuk diketengahkan di IB.

"Saya cadangkan konsert ini berlangsung selama tiga hari, tapi pihak IB ingin memanjangkan sehingga lima hari. Dan disebabkan itu saya perlu buat persiapan yang lebih terperinci kerana mungkin setiap malam saya akan buat sedikit kelainan dari segi lagu.


Jamal bersama Juhari (kiri) dan Azman meraikan
bersama hari lahir penyanyi itu yang ke-50


"Apa yang pasti, konsert ini cukup berbeza dengan konsert-konsert yang pernah saya buat sebelum ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsert muzikal itu, kata Jamal, setakat ini lima segmen akan ditampilkan di dalam konsert tersebut yang merangkumi kisah suka dukanya sejak lahir dan sehingga dia menceburi bidang seni.

"Bukan semua kehidupan 'hitam' saya akan dipaparkan. Saya akan tampilkan penceritaan yang orang tidak pernah tahu tentang Jamal Abdillah. Sebagai contoh, bila segmen itu adalah tentang kesedihan, saya akan paparkan bagaimana bila berdepan dengan peminat, saya nampak gembira tetapi bila di belakang pentas, saya berasa cukup sunyi.

"Ketika saya lahir dulu, arwah ayah saya selalu cakap saya sering menangis. Tetapi bila dengar lagu, pasti saya akan berhenti menangis. Kemudian ayah saya bawa saya berjumpa seseorang dan orang itu meramalkan saya akan menjadi seorang yang masyhur satu hari nanti. Benda-benda macam inilah yang saya akan kongsi bersama penonton," kata Jamal.

Menurutnya lagi, banyak lagi kisah 'disebalik' tabir dirinya akan 'didedahkan', termasuklah pergaduhannya dengan komposer Datuk Ahmad Nawab sebelum ini.

"Saya akan melakonkan kisah pergaduhan saya dengan Datuk. Malah, Datuk sendiri bersetuju untuk turut berlakon di dalam segmen itu nanti.

"Saya juga akan menjemput beberapa artis lain untuk segmen-segmen lain seperti Salih Yaacob dan mungkin akan mengundang Ogy Ahmad Daud untuk turut berlakon bagi segmen yang menceritakan tentang penangan filem Azura," ujarnya yang turut mengharapkan tajaan daripada badan-badan korporat untuk memastikan konsert muzikal ini lebih hebat.

Antara lagu yang akan dipersembahkan dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi ini ialah Senandung Semalam, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Seniman Menangis, Jeritan Batin dan Suratan Nasib.

Namun begitu, harga tiket bagi menyaksikan persembahan tersebut masih lagi belum ditetapkan oleh penganjur dan akan diumumkan kelak.

"Saya ingin fokus pada diri sendiri"

Semalam, genaplah usia 50 tahun penyanyi ini. Akui Jamal, dia sendiri pada awalnya tidak mahu menghebahkan tentang tarikh lahirnya itu. Namun, 'kejutan' sambutan hari lahir yang turut dibuat oleh IB untuknya sejurus sidang media semalam memang benar-benar menyentuh hatinya.

Ditanya apakah impiannya yang masih belum tercapai setakat ini, Jamal dalam nada perlahan berkata, meskipun masih banyak perkara yang belum dikecapinya, dia tetap bersyukur dengan apa yang dimilik setakat ini.

"Sepatutnya dalam usia sekarang, saya sudah mampu mencapai kemewahan atau kekayaan. Tapi apa yang saya ada ketika ini sebenarnya lebih bermakna. Saya ingin menjadi manusia yang berguna dan memulakan segalanya semula walaupun mungkin orang kata saya sudah terlambat untuk berbuat demikian.

"Tetapi saya bersyukur kerana masih mampu bertahan dan diberi penghargaan sehingga hari ini," kata Jamal.

Tuturnya, dia kini lebih banyak memikirkan untuk memperbaiki diri dan tidak lagi memandang kepada hal-hal yang lain.

"Saya hanya ingin fokus terhadap diri sendiri. Cuma saya harap, apa yang telah saya lalui selama ini dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. 'Kejatuhan' bukanlah penghalang untuk kembali berjaya.

"Saya redha dengan apa yang berlaku. Saya berharap, dengan album baru dan konsert muzikal itu nanti dapat menjadi hadiah dan meyakinkan semula kepercayaan peminat terhadap saya," katanya.


***************************************************************

..embarrassed..? not in million years.. i am proud to be jamal's numero uno fan..
didn't really care what others will say about negative stuff re: him...
he is always the one and only...
dan akan terus berdoa semoga hidupnya akan lebih bermakna dan success
sokmo... and keep up the good work -

tak sabar nak pergi concert kembara seni ini... mesti best no doubt -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2009 01:34 PM | Show all posts
how much will the ticket cost?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 05:56 AM | Show all posts
Di sebalik kaca mata seorang biduan

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT


"Saya benar berharap agar dengan kehadiran Jamal yang 抌aru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2009 08:47 AM | Show all posts
"Saya bak ikan di air keruh"

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK



JAMAL ABDILLAH baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50, angka yang melambangkan kematangan hidupnya.

Namun minggu ini nama Jamal kembali panas berikutan pendedahan isterinya, Fatimatu Zahrah Samad di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa Jamal mengadakan hubungan seks dengannya dua hari selepas penyanyi itu melafazkan cerai talak satu pada 15 Mei 2007.


Bagi Jamal, cerita dalam kain itu sungguh mengaibkan dan tidak sepatutnya disebarkan sewenang-wenangnya.

SENSASI BINTANG: Apa komen anda hal rumah tangga dibawa ke tatapan umum?

JAMAL: Kalau mahu cakap tentang malu, lebih daripada ini saya pernah rasa. Malu sudah jadi soal kedua. Yang saya fikirkan kini adalah tanggungjawab dan peranan banyak pihak terutama media dalam menceritakan hal saya sebelum mahkamah membuat keputusan.

Bak pepatah Melayu, menangguk di air keruh. Ikan masih berenang di dalam air yang keruh tetapi telah disauk. Hasilnya jatuh pada orang yang menyauk sedangkan ikan itu masih mencari air yang jernih.

Saya tidak salahkan wartawan tapi mereka perlu bertanggungjawab menulis kerana semua tulisan akan mempengaruhi masyarakat. Pelbagai spekulasi akan keluar. Dalam kes saya, pihak lain tidak boleh mendahului mahkamah dengan 'menjatuhkan hukum'.

Bagaimana dengan jiwa dan keadaan anda sekarang?

Saya sebenarnya dalam proses pemulihan, jadi saya tidak dibenarkan untuk fikir hal berumah tangga atau keluar sesuka hati.

Jangan samakan saya dengan orang lain. Jika saya terus diberi tekanan, semua perkara akan menghantui dan membebankan saya. Tekanan yang kuat tidak mustahil membuatkan saya 'berpatah balik'.

Tapi saya sangat bertuah kerana dikelilingi oleh kaunselor dan kawan-kawan yang membantu saya bertahan dengan dugaan. Persekitaran saya selamat.

Bayangkan kalau saya berseorangan menghadapi tuduhan ini, ia pasti perit dan saya akan jadi Jamal yang dulu. Saya turut mengharapkan masyarakat dapat membantu. Jangan diganggu emosi saya.

Ada yang buat cerita kononnya anda berada di bawah sedar ketika lafaz cerai?

Tiada apa yang boleh mereka buktikan dengan cakap-cakap kosong itu. Kalau saya tidak sedar, saya tidak boleh bawa kereta dan tidak boleh bercakap.

Tiga kali pernah melafazkan cerai, adakah anda sedih atau sudah lali?

Keruntuhan rumah tangga saya masuk kali ketiga. Saya anggap ini adalah proses kehidupan manusia biasa. Saya jatuh dan bangun kembali.

Saya yakin dalam proses ini Allah sudah tentukan bahawa inilah perjalanan hidup Jamal yakni dia perlu jatuh dan bangun. Kehidupan saya adalah iktibar untuk masyarakat.

Tolong jangan pandang yang negatif sahaja. Ambil yang positif dan jadikan panduan. Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lalui kerana perjalanan saya boleh jadi memberi kebaikan kepada orang lain.

Anda masih yakin dengan institusi perkahwinan?

Saya tidak boleh nak komen. Orang lain kahwin dan hidup aman damai. Saya percaya institusi perkahwinan ada yang membahagiakan.

Sepanjang saya dalam proses pemulihan ini, saya tidak boleh bercakap apa-apa tentang berkahwin lagi atau yang berkaitan. Saya juga tidak boleh fikir ke arah itu.

Anak-anak bagaimana? Mereka tinggal dengan siapa?

Okey. Osama dengan neneknya dan Zaki dengan ibunya.

Apa kata keluarga dan bekas isteri?

Keluarga suruh saya sabar dan tenang. Mereka ingatkan saya bahawa ini asam garam kehidupan. Kes ini pun terjadi dua tahun lalu. Selepas bercerai, saya duduk selama dua tahun di Rumah Pengasih. Ini Jamal Abdillah yang lain, dulu Jamal lain.

Kenapa anda bercakap tentang seks tempoh hari?

Sejak kecil arwah ayah ajar saya agar jangan takbur, jangan bongkak dan perlu sentiasa bercakap benar.

Saya tak tahulah kalau bercakap benar tempoh hari merupakan satu kesilapan. Tapi itu yang saya perlu lakukan buat masa ini iaitu sentiasa bercakap benar.

Apakah perancangan anda selepas ini?

Saya mahu tumpukan pada Konsert Jamal Kembara Seniman yang akan berlangsung dari 5 hingga 9 Ogos nanti. Tiket akan mula dijual pada minggu hadapan di laman web www.ticket2u.com.

Selama lima malam, peminat akan dipersembahkan dengan lagu-lagu saya.

Konsert ini dibawakan oleh syarikat produksi saya, Bintang Channel.

Saya harap penaja yang berminat bolehlah menghubungi pihak saya. Peminat terawal yang membeli tiket atau tiket premium akan mendapat CD percuma saya.


********************************************************************************

..kadang2 journalist ni tak ada sensitivity langsung..
main tulis aje walau ianya aibkan orang lain berterusan -
sometimes we oughta give a benefit of the doubt -

dalam kes jamal - dia dalam proses pemulihan - bagilah sikit
encouragement dalam tulisan tu - ni - tajuk topic kat paper
saje nak 'gempar' macam tu... bukan dia sorang yang baca -
ramai - anak dia yang sulung tu pun mesti dah tahu juga -

- re: concert jamal - ha - memang kena tengok la ni -
tak sabar nak beli ticket - nak duduk kat row depan kalau
sempat dapat kat ticket 2u tu -

lagu2 jamal best - lagu2 baru dia pun semua hebat2 belaka -
tak sabar nak tengok dia buat live tak hilang cinta -

cinta pada jamal tak hilang di dunia - -




Tak Hilang Cinta Di dunia -

Jamal Abdillah

Ku hanya menagih cinta
menulis kerinduan
ku selalu menyeru namamu
tanpa jemu dan ragu

Ku menulis puisi cinta
dari sepi malam yang gelita
hingga gemuruh siang
agar cinta ini mekar selamanya

Chorus:

Tak hilang cinta di dunia
walau beribu tahun

Oh Tuhan tolonglah aku
abadikan cinta ini
Walaupun terluka
jiwaku merana
kan ku pasrah untuk bercinta lagi
ku terus bercinta dan dicinta untuk selamanya

Cinta yang hadir menilai kesucian hati
saling mengerti akan berkekalan

Ulang chorus

Selamanya....selamanya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:55 AM | Show all posts
Minum air akar kayu - Jamal

AMAL Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali telah mencecah usia 50 tahun. Dalam usia itu, Jamal bertambah matang dan banyak berubah.


Perubahannya begitu ketara sekali setelah dia menghabiskan masa selama tiga tahun di Rumah Pengasih. Kalau dulu berat badannya hanya 58 kilogram, kini telah bertambah menjadi 64 kilogram. Penyanyi yang pernah dibesarkan di Brunei ini juga nampak lebih ceria dan semakin mempunyai keyakinan diri.

Berkat ketabahan dan keyakinan diri berada di dalam Pengasih, Jamal menyatakan rasa lega dan syukur kerana dia kini bebas dari najis dadah. Selain sibuk dengan persembahan nyanyian untuk majlis-majlis korporat, Jamal juga akan mengadakan sebuah konsert muzikal Kembara Seniman dengan kerjasama Istana Budaya.

Menurut Jamal, dalam usianya yang semakin meningkat ini, dia ingin mencuba yang terbaik dalam kehidupannya bagi menggantikan kisah hitam yang pernah dilalui sebelum ini. Konsert Kembara Seniman inilah sebagai satu cara dan bukti yang dia masih lagi diterima ramai peminat.

Sorotan kisah perceraian yang masih dalam kes mahkamah sekarang ini juga mendapat perhatian ramai. Namun bagi Jamal dia tidak mahu hal itu diperbesarkan ataupun dibahas. Segala yang berlaku adalah kisah lalu yang pernah dilalui, dan dia sendiri menyerahkan semua itu pada takdir.

Nampak sekarang Jamal banyak berubah. Tengok rambut pun baru, betul ke orang kata Jamal tanam rambut?


Saya tak mahu komen tentang hal itu.

Kulit Jamal juga nampak bersih. Ada buat rawatan botox ke?

Mana ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 07:47 AM | Show all posts
Kembara seni Jamal Abdillah

RAJA Pop kita akan menghibur lagi di Panggung Sari, Istana Budaya. Wanda pernah menyaksikan persembahan Jamal Abdillah di pentas yang sama dua tahun lalu.


Konsert One Night Only With Jamal Abdillah memang membuatkan bulu roma meremang mendengarkan Jamal berlagu.

Indah dan suara lunak merdunya mengasyikkan. Apalagi diiringi 60 anggota Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi.

Kalau konsert One Night Only berlangsung selama empat malam berturut-turut, Konsert Jamal... Kembara Seniman pula bakal menyemarakkan pentas selama lima malam berturut-turut.

Tarikhnya pada 5 Ogos hingga 9 Ogos ini. Wanda dengar Jamal bakal menyanyikan kira-kira 20 lagu-lagu popularnya sepanjang malam.

Tabik Wanda pada Jamal. Bukan sahaja kepada persembahan yang bakal disajikan tetapi kepada semangat jitunya untuk menghiburkan para peminat setianya. Inilah seniman sebenar.

Sebab bukan mudah menghibur pada malam yang berturut-turut pula. Selalunya masuk hari ketiga, vokal sudah kehabisan tenaga. Stamina juga kena jaga. Kalau tidak 'pancit'.

Jamal sendiri pun Wanda dengar berjogging sekurang-kurangnya tiga hari seminggu untuk menjaga staminanya.

Yang menarik untuk diperkatakan, selain bercakap soal vokal Jamal adalah persembahan yang bakal disajikan. Persembahan Jamal seperti yang dirancang bukan seperti kebiasaan persembahan yang kita tonton. Ada kelainan tersendiri.

Apa yang Wanda tahu, persembahan itu nanti ibaratnya sebuah pementasan teater muzikal. Sebabnya, ada drama dan lagu.

Pada setiap sketsa yang dilakonkan akan bercerita tentang diri dan kehidupan lelaki bersuara jantan pujaan ramai ini dari kecil, remaja, bergelar juara Bintang RTM sehinggalah kehidupan masa kini.

Pada setiap segmen akan diselang selikan dengan nyanyian lagu-lagu popular Jamal Abdillah mengikut era dan skestanya.

Wanda pasti ramai yang dah mula teruja dengannya. Sebabnya jarang ada persembahan yang menampilkan sketsa begini.

Jamal juga menjemput pelawak Salih Yaacob untuk menjadi sebahagian daripada artis jemputannya pada malam itu.

Pasti gamat Panggung Sari dengan lawak jenaka spontan Salih. Dan sudah pasti panggung berprestij bertaraf dunia itu juga akan gemuruh dengan sorakan dan tepukan daripada khalayak apabila mendengar suara gemersik Jamal mendendang lagu-lagu popularnya.


*****************************************************************************************

..that would be great kalau dia akan nyanyikan lagu2 dari semua album dia -
pilih yang best2 dari setiap album -
nak dengar sangat jamal nyanyi lagi - namamu dibibirku - best lagu tu -
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 12:30 PM | Show all posts
Concert jamal kat IB sama date ngan Tilawah kat PWTC.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:39 AM | Show all posts
tak minat nak tgk Jamal Abdillah menyanyi...tak dinafikan vokal Jamal hebat...tapi persembahannya selalu kaku dan takde apa2 yg istimewa...boring...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 09:49 AM | Show all posts
sapa yang dah pegi tgk..burn beli tiket utk malam esok...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:29 PM | Show all posts
aku minat sgt dgn jamal
nk tgk die kt IB ni
tp xde kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 08:13 PM | Show all posts
sape yg dah tengok konsert tu...sila bagi komen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 10:06 AM | Show all posts
Jamal ohh Jamal

Penyanyi popular Jamal Abdillah yang diberi jolokan Raja Pop Malaysia melalui detik-detik jatuh bangunnya sepanjang tiga dekad menceburi bidang seni suara.

Beliau pernah berada di puncak dan pernah juga tersungkur dengan masalah peribadinya iaitu penagihan dadah. Bukan itu sahaja yang menggemparkan tentang Jamal. Tiga perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Kalau sebarangan artis mungkin sudah rebah dan terus lenyap. Tetapi Jamal, di sebalik sisi-sisi malap kehidupannya, masih berupaya bertahan dalam dunia seni tanah air.

Berdasarkan pengamatan Awang yang beberapa kali berbual panjang dengan beliau, Jamal percaya sentiasa ada peluang untuknya kembali memperbetulkan diri. Satu dua kesilapannya tidak harus menenggelamkan segala kebaikan dan sumbangan beliau selama ini.

Ternyata usaha terbaru beliau untuk memberi impak menerusi konsert Jamal... Seniman Kembara di Istana Budaya, membuahkan hasil.

Rasanya belum ada mana-mana artis tempatan mengadakan persembahan solo lima malam berturut-turut tetapi Jamal mampu lakukannya.

Setiap malam beliau menyanyikan 35 lagu (hampir kesemuanya bernada tinggi) secara berterusan dalam konsert selama dua setengah jam yang meliputi segmen teater muzikal dan konsert. Namun Jamal, 50, tetap bertenaga dan fokus.

Kebolehannya berlakon dalam segmen teater yang mengisahkan perjalanan hidupnya, menarik perhatian. Tetapi yang lebih hebat ialah kekuatan vokal dan persembahan nyanyiannya menyebabkan penonton merasa tidak puas dan mahu beliau menyanyikan banyak lagu lagi.

Sebahagian penonton sebak dan menangis terutama ketika Jamal menyanyikan lagu Barang Yang Lepas Jangan Dikenang dedikasi untuk arwah ayahnya. Itulah Jamal, seorang yang berperwatakan sederhana dan pemalu tetapi dinobatkan penyanyi yang hebat.

Biarpun tanpa penaja utama, Jamal membuktikan sekali lagi, beliau mampu menjayakan konsert itu. Ketika ada penyanyi popular lain terpaksa menangguhkan konsert dalam keadaan ekonomi suram sekarang, beliau sebaliknya sudah memperoleh keuntungan.

Kepada mereka yang senasib dengan Jamal dan sesiapa sahaja yang memerlukan peluang kedua, melangkahlah ke hadapan dengan penuh yakin. Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang meracun diri...


-----------------------
tinggal mlm ni je semlm..
nak g partner den tak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 01:20 PM | Show all posts
Pergi tengok show hari sabtu lepas. Show was awesome and Jamal was in his best.
The crowd was crazy over him and wow...he glued everyone with his persona and charm and of coz the voice !
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 04:15 PM | Show all posts
dalam UM harini JA cipta rekod sebab artis pertama buat show 5 malam berturut2 di IB.

pada aku tindakan dia itu adalah tak wajar.
Dia tidak sepatutnya membelakangkan siti norhaliza.
Tidak ada seorang artis pun boleh melakukan sesuatu lebih daripada SN.

JA patut dikenakan tindakan!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 05:36 PM | Show all posts
dan meroyanlah siti....hmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057673 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list