|
|
Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)
[Copy link]
|
|
|
Damm ada keluarkan ebook. Jilid 1. Terima kasih sebab ada kreditkan cari forum dlm ebook. U r the best  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
E-book tu sama dgn kisah2 dalam ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 1-6-2025 05:40 PM
Damm ada keluarkan ebook. Jilid 1. Terima kasih sebab ada kreditkan cari forum dlm ebook. U r the be ...
Ada link ke.. Guwe follow kat ig..ingatkan dia cerita kat sana..tapi takde pun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 4-6-2025 04:29 PM
Rasanya ebook beli dekat fb. My fren beli ebook damm dr sana
https://www.facebook.com/share/r/18ohf ...
Oo okay.. So kena dm pd damn kan nak beli ebook.. Aduduiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli melalui WA pun boleh. Ini kami copy dari post Damm dari @threads
Salam semua. Ingin dimaklumkan bahawa ebook Koleksi Kisah-Kisah Paranormal Jilid I : Di Kala Senja telah sedia untuk ditempah melalui pautan dibawah.
https://wa.me/60177246056
Terdapat 15 karya yang dipilih dari katalog kisah paranormal dari tahun 2015 hingga 2021 dikompilasi ke dalam novel setebal 539 halaman. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 8-6-2025 05:00 PM
Terima kasih banyak @alieyrina kerana promote Di Kala Senja di sini.
Memang ada niat untuk promote disini tapi ingatkan tak boleh. Memandangkan dah ada yang promote, saya pun nak promote sama lah 
Salam semua.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya sudah mengeluarkan ebook kompilasi antara kisah yang saya pernah siarkan di sini.
Ia bukan sekadar 'copy & paste' tetapi telah ditambah baik sedikit dari apa yang puan dan tuan pernah baca disini sepanjang hampir?/lebih? sedekad berkarya, bermula dari Kisah Rishi sehinggalah Pengalaman Bersama Uppa yang tergantung pada tahun 2021.
Koleksi Kisah-Kisah Paranormal Jilid I setebal 539 halaman memuatkan 15 kisah, termasuklah Bisnes Baru Ayah yang akhirnya diselesaikan setelah bertahun tergantung.
Saya jual dengan harga marhaen RM12.50 sahaja, dan amat berterima kasih kepada mereka yang telah membeli. Kepada yang masih berminat, bolehlah membeli melalui pautan https://wa.me/60177246056
Pembelian ebook yang saya namakan Di Kala Senja ini merupakan jilid pertama dari tiga jilid yang saya rancang untuk diterbitkan pada tahun ini.
Sebagai tanda penghargaan kepada puan dan tuan, saya telah dedikasikan penerbitan komersial pertama saya kepada semua pengikut bebenang saya di MPS, jasa baik puan dan tuan saya kenang selamanya.
Pada masa yang sama, saya juga dengan bangga mengumumkan penglibatan saya dalam novel (fizikal) Arkib Angker Negara Volume 3. Dua kisah saya bertajuk 'Hantu Mesin Basuh' dan 'Perayau' adalah antara 27 kisah paranormal dan seram dari 14 penulis, termasuk dua lejendaris MPS iaitu @Ipo dan theflash.
Novel Arkib Angker Negara Volume 3 berharga RM38 melalui pautan https://wa.me/60177246056
Perancangan saya seterusnya, selain daripada Jilid 2 dan Jilid 3 (yang akan memuatkan kisah bonus baharu dan pengakhiran kepada Pengalaman Bersama Uppa) adalah menerbitkan Yurizawa.
Iya, Yurizawa yang merupakan antara karya terbaik saya akan diberi nafas baharu dalam bentuk novel fizikal dengan plotline tambahan yang lebih saspen kepada jalan cerita sedia ada. Saya bercadang menerbitkan Yurizawa secara self-published, InsyaAllah akan sedia untuk di pra-tempah pada hujung bulan ini.
Saya amat menghargai sokongan padu puan dan tuan kepada saya, bermula dengan sekadar mengisi masa lapang dan sekarang secara teknikalnya saya sudah menjadi published author.
Walaupun tidak lagi aktif di MPS, saya masih aktif menulis. Draf-draf kisah baharu menunggu masa untuk diterbitkan dan menemui anda semua. Cukuplah sedekad menabur bakti menghiburkan puan dan tuan dengan kisah-kisah saya secara gratis, termasuk juga mereka yang menggunakan karya-karya saya sebagai content untuk menarik viewership tanpa kredit ke Dammerung dan Forum Cari serta monetized karya saya menjadi material untuk content di platform media sosial.
Bagi lah peluang untuk saya pula menjana pendapatan melalui karya saya 
Oh ya sebelum saya terlupa, saya juga telah 'memunculkan diri' buat pertama kali di platform TikTok menerusi program Si Tukang Cerita (www.tiktok.com/@acap_stc) pada Selasa kemarin dan InsyaAllah akan kembali untuk sesi kedua pada Selasa ini.
Berita terkini mengenai saya boleh diikuti melalui akaun-akaun media sosial saya di Threads & IG (@dammerung.official), FB (Dammerung Dammerung) dan X (dammerung16). Buat masa ini, saya lebih aktif di Threads.
Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|