|
[UPDATE #233] Nourul Depp pilih berhijrah ke Bali, Indonesia
[Copy link]
|
|
Aku suka Nurul
Tak da nak acah cantik ke apa
Kalau dia buat video aku tengok kat fb okey jer
|
|
|
|
|
|
|
|
ai suke je nourul neh takde bajet cun, rumah pon normal mcm org biasa yg ada anak2. paling suka bab dia dapat mentua thorbaik suwitt giloss |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 8-6-2021 09:25 AM
Eh bila mau lenyap dari bumi Malaysia lah? Sekarang ni ramai Melayu makan khinzir behind closed door ...
Really?? Dah x cukup daging lembu, kerbau, kambing ke nk mkn? nk tunjuk modern lifestyle ke kna mkn makanan haram tu? |
|
|
|
|
|
|
|
lyshafull replied at 9-6-2021 08:32 AM
Semoga iolls pun ade rezeki nk migrate nk luaskan pmndangan
Sama la u ollz...i ollz tgh planning jugak...alang2 nak migrate...trus ke tmpt jauh... |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul ni ok jer. Aku follow ig dia. Suka tgk dia masak2 healthy food, dia zumba. Rezeki dia dapat suami n family mertua yg baik. Mungkin dari segi agama ,dia masih kekurangan. Itu jer. |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 3-6-2021 08:42 PM
Malaysia ni dumpster for this product . DD for it pun dah jatuh. Mana larat nak beli pastu kena die ...
Yg upline boleh la maintain nak consume produk ni. Yg downline2 nk maintain aku rasa jenuh gak sbb org yg join progrem kurus online produk ni pun paling2 lepas 2-3 season lesap mcm ipar iols la. |
|
|
|
|
|
|
|
Berhijrah tempat baru tu kan perkara yg baik. Kenapa nak fikir bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga urusan uollss nk migrate dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
yennadeyyy! pegi jela. takde orang kesahkan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Nourul dan suami mengambil keputusan untuk berhijrah ke Bali, Indonesia Julai depan.
[UPDATE #233] Nourul Depp pilih berhijrah ke Bali, Indonesia
PETALING JAYA – Teka-teki lokasi yang dipilih oleh penyanyi Nourul Wahab Depp untuk memulakan kehidupan baharunya bersama keluarga akhirnya terjawab apabila mendedahkan bakal berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai depan.
Pendedahan yang dibuat ketika menjadi tetamu undangan dalam program Punchline DAC baru-baru ini itu sekali gus menepis spekulasi yang mengatakan bahawa dia bakal berpindah ke negara asal suaminya, Perancis.
Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.
“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.
“Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.
Kata penyanyi berusia 44 tahun itu lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana.
Walaupun bakal menetap di sana dalam tempoh yang lama, Nourul berkata, dia tidak akan meninggalkan kerjaya seni di tanah air dan akan sentiasa berulang-alik antara Bali ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan.
“Saya tetap akan balik ke sini (Kuala Lumpur) kerana bisnes ada sini termasuk untuk memenuhi undangan persembahan. Bukan jauh pun.
“InsyaAllah saya masih dan tetap orang yang sama. Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya dan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Nourul mengakui berasa sedikit beremosi dan sedih apabila menerima hantaran mesej daripada peminatnya.
“Jangan bimbang, tiada apa pun yang berubah. Peminat dan pengikut di media sosial saya tetap di hati. Ada umur panjang, kita tetap berjumpa,” ujarnya.
Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya….
Dok Msia pun asyik meroyan.
Ni bakal nak jadi mami jarom kalot |
|
|
|
|
|
|
|
Bali dekat je
Ingatkan europe
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berjaya chuols.. dok lah ceruk mana dlm dunia ni.. bumi Allah ni luas.
Iols pernah tgk satu vid dia tgh nk masak, selamba badak cakap laki tak puasa
Tapi tak larat nk dgr dia bebel beb, lagi pun iols bukan paham sgt pun loghat utara ni..dok bali nnti tenanglah kot hidup, tgk hijau hijau..view pun cantik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|