|
[Tempatan]
Ketuk pintu misteri dari Sabak Bernam ke Port Dickson (Polis panggil mangsa beri
[Copy link]
|
|
Misteri ketukan pintu redakan stres orang Selangor
MERAK JALANAN | | 25 November 2020
Cerita mengenai bunyi ketukan misteri di rumah penduduk di Sabak Bernam, Selangor menarik minat masyarakat. (Gambar hiasan). - Foto 123RF
MERAK Jalanan dapati berita berkaitan bunyi ketukan misteri di rumah penduduk di Sabak Bernam, Selangor mendapat perhatian yang sungguh luar biasa.
Beribu-ribu warganet berlumba-lumba memberikan komen dan like, mengalahkan berita kilang sarung tangan di Selangor yang ditutup selepas lebih 1,000 pekerjanya terkena Covid-19.
Dalam kejadian di Sabak Bernam itu, penduduk bingung mendengar bunyi ketukan kuat pada pintu pagar atau pintu depan rumah pada waktu malam.
Anehnya bila dijenguk, tiada siapa di situ. Rakaman CCTV pula tidak menangkap sebarang kelibat atau bayang.
Ada yang mengandaikan itu perbuatan hantu seperti pocong atau belaan pengamal ilmu hitam. Yang lain percaya ia kerja budak nakal. Yelah, macam-macam bunyi boleh dibuat dengan teknologi gajet pintar hari ini.
Tak lama dulu, kecoh pintu rumah penduduk diketuk pada malam hari kononnya angkara hantu raya mencari tuan baharu di Perak. Rupa-rupanya ia perbuatan bomoh dari kampung sebelah.
Setakat yang Merak Jalanan tahu, kisah misteri sentiasa menarik minat masyarakat dari New York sampai ke Tokyo, bukan di Sabak Bernam sahaja.
Live Science menjelaskan manusia memang sukakan kisah misteri disebabkan sifat semula jadi mereka iaitu perasaan ingin tahu mengenai sesuatu yang berbeza daripada kehidupan normal mereka.
Minat itu bertambah apabila banyak hal misteri gagal dijelaskan oleh sains.
Contohnya, angkasawan pertama China, Yang Liwei mendakwa pernah terdengar bunyi ketukan misteri semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu sehingga sekarang.
Dalam saat genting kes Covid-19 yang terus melonjak di Selangor, kisah misteri di Sabak Bernam itu kadangkala berguna untuk meredakan suhu kebimbangan dalam negara.
Orang juga boleh lupa seketika akan kesakitan akibat pandemik mahupun hiruk-pikuk politik belanjawan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tres-orang-Selangor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 25-11-2020 04:12 AM
Misteri ketukan pintu redakan stres orang Selangor
MERAK JALANAN | | 25 November 2020
No wonder ramai ummah percaya superstitous more than anything.... Reporter juga buat berita bagi false news... Issue noise china spacecraft sudah settle kan... Science tidak akan buktikan sesuatu yang tidak wujud... Dan juga science boleh bukti kan without presence of evidence... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 25-11-2020 11:18 AM
Maknanya adik ko tu cuma acah2 tak percaya tapi dalam hati lain.
Kalau orang yang betul2 tak p ...
X tau la dia.. Dah dia ckp x caya.. Tp dia kn sampai pengsan.. Aku gelak kan je la.. Sbb aku penah kene.. Langsuir mengilai ooo.. Keliling rumah.. Bahana nye tok bomoh tu x buang sblm meninggal.. Abis jiran2 kn kaco |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 25-11-2020 04:35 AM
2,3x aku baca ayat kau nak pahamkan.. Apa yg 3 sekawan? 3 org kawan tgh buat rondaan rukun tetangg ...
3 sekawan antu.. Adik aku ckp penanggal, lg 2 aku lupa pe.. Yg paling aku ingat dia ckp penangal.. Sbb dia ckp bdn x de.. Kepala gan usus je bergerak.. Terbang 3 sekawan tu.. Dah tua2 ni lupa la pulak lg 2 ape |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk gmbar hantu tu kt wssp..pastu ada kwn forward ust ckp ngan hantu tu..i dgr sparuh jer sbb i bkn la tkt sgt..tp i ni selalu kena kacau dulu..so i xberani..tk psl xblh tdo mlm ni
katanya tuan dia br meninggal kan..so xbtl la org ckp yg mmbela ssh nk mati
i ni dulu teruk kena kacau time tido..asal nk lelap ada yg peluk..so i sampai trauma nk tdo...bila i pindah shah alam ni..takde pulak kes kena kacau..sesekali jer..kalau x i rasa nk mengamuk sbb spesis hantu ni suka kacau i tdo..raba raba..
so kesimpulannya hantu ngan virus covid i lg tkt covid |
|
|
|
|
|
|
|
melayuKuno replied at 24-11-2020 02:08 AM
Akak selalu tumbuk dan sepak mereka...biasanya gangguan masa akak nak tidur.
Nanti nak try sepak. Penah gak kena gini |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi rupanya si nobito bugis caprut sabak bernam ni.ingatkan dah x minat masuk sini |
|
|
|
|
|
|
|
sooo apa kesimpulannya...
dah berhenti ke belum?
iols sampai harini tertanya pintu rumah kaca kena ketuk tak?
kalau tak kena... moh upgrade pakai pintu kaca sliding |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg hantu boleh buat dgn manusia?. Kalau virus covid ni x sampai beberapa hari atau bulan boleh maut tu aku tahula...
Rosak terus akidah takut sangat dgn hantu... |
|
|
|
|
|
|
|
i baca status kawan i dia kata dah sampai ke puncak alam hantunya |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar hantu please explain. Hantu ni bergerak macam manusia ka kena jalan kaki, naik keter ikut highway atau boleh hilang2 timbul macam dalam movie?
Kalau kita pegang boleh rasa atau macam angin?
Boleh nampak mata kasar ka tak boleh? Digital fotografi boleh tak? Sensor boleh detect tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zulka at 26-11-2020 03:01 PM
salam...aku bukanla pakar tapi aku tahu sedikit psl makhluk ciptaan Tuhan ni
bukan semua org boleh nampak, pegang atau berkomunikasi dgn makhluk ni....hanya org2 yg mempunyai kelebihan sahaja.
selalunya org yg biasa2 ni hanya boleh dengar...tapi tak boleh melihat...
makhluk2 ni bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat dgn cara mengikut seseorang, samada org tu sedar atau tidak...walau mcamnapun tengok makhluk jenis apa, biasanya makhluk belaan yg bertuan takkan kemana2....hanya mengikut tuannya. Berbeza dgn makhluk langsuir, pocong...mahkluk ni tak bertuan, so bebas kesana sini...tapi takkan pergi jauh dari 'tempat tinggal tetap' dia....
wallahualam bisawap
|
|
|
|
|
|
|
|
kita kena sentiasa ingat..dlm dunia ni bukan hanya manusia yg tinggal... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-11-2020 02:04 PM
Apa yg hantu boleh buat dgn manusia?. Kalau virus covid ni x sampai beberapa hari atau bulan boleh m ...
I pernah tanya soalan ini kepada someone yang percaya superstitious... Dia kata bad spirit akan control our mind dan buat kan kita lost sanity...seperti di dalam ghost movie... Paling dahsyat i boleh fikir histeria... Smack own head di walll... Erk... |
|
|
|
|
|
|
|
Noted Mod
Setuju gak maybe takde 'isu' sangat ngengade je lebih orang Sabak Bernam ni
yang pasti ini 'berita' semasa semua media berebut2 nak cover
Apa pun iol OK jer
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa g china dgn kawan aku. Aku tido mati. Siap pakej dengkur. Masa tu dalam.kul 3 am kawan aku dgr suara amoi nanges2 ketuk pintu kuat gila..kawan aku nak jerit panggil aku tapi nampak aku tido nyenyak sgt. Lama2 mcm suara tu menyusup hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nahnukutu at 27-11-2020 10:40 AM
Polis panggil mangsa ketukan misteri beri keterangan
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 27 November 2020
Laporan portal Sinar Harian mengenai misteri ketukan pintu di rumah penduduk.
SABAK BERNAM - Polis sudah memanggil beberapa mangsa yang mendakwa diganggu dengan bunyi ketukan misteri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang tular di beberapa kampung dan taman perumahan di daerah ini sejak tujuh hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, penduduk termasuk ahli paranomal yang membuat rakaman secara 'Live' telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua mangsa ketukan pintu misteri dapat hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.
"Bagi mangsa yang tidak dapat memberikan keterangan di balai, kami (polis) pergi ke rumah mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Agus Salim memaklumkan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis yang dibuat pemimpin peringkat kampung berhubung gangguan ketukan misteri itu.
"Kita menerima satu aduan yang dibuat pada 22 November lalu yang mendakwa rumahnya diganggu sebanyak dua kali termasuk 24 rumah penduduk di kampung terbabit," katanya.
Dalam pada itu, katanya, polis juga turut meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung dan taman perumahan terlibat.
"Kita juga meminta kerjasama semua penduduk agar membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menangani isu ini," katanya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menokok tambah atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan ketakutan kepada masyarakat.
"Polis bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Jika ada maklumat, salurkan segera kepada pihak polis," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menakut-nakutkan penduduk berikutan kejadian tular ketukan pintu yang mengganggu penduduk beberapa kampung di daerah ini pada waktu malam.
Agus Salim menegaskan, pesalah yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|