|
[Tempatan]
Al-Fatihah untuk mu .. Nur Aisyah Aleya. Update : Dua batang gigi, kesan darah
[Copy link]
|
|
Sampai jadi tengkorak dibuatnya budak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 6-3-2019 04:51 PM
lelaki tu ada kes pecah amanah ..
A pasal polis ni beriya pakai spek hitam berkilat. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah buat arwah adik aisyah.. Cam gini pengakhirannya.. Sedih sngt.. |
|
|
|
|
|
|
|
eeeiii nyirapppp dengo kes ni walopon akak tak paham.
gigih tunggu brad pitt akak balik koje untuk terangkan citer ni... sorry oh my melayu!!!
akak spekuan kuat kat si nurse gile tu tadik. kalo di hamun si mak endon tu motip nak bela anak dia pulak??? ko pon ada anak kan??? mesti dlm hati nak buat something kat budak tu pasai nak balas dendam kat mak endon ni tadik. kalo akak jadik acik nurse tu jgn kata mak endon, ngan laki akak , akak suh merambus sekali... bawak anak ni.. pepandai la korang settle.
tapi tak. dia nak bela budak tu and JANTAN sial tu. saiko kak nurse tu. akak macam speku acik nurse tu settle budak tu, jantan gile tu terima arahan campak mayat tu je. so puas la hati akak nurse sbb dapat balas dendam ngan mak endon. laki gile dia tu pon boleh simpan.
adoii akak baru layan into criminal minds kat netflix. baru je akak terpikir jahat2 omputeh takde jahat macam ni bangsa melayu. ropanya lagi gila ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Azabnyaa arwahh., 3tahunn kot. Ape jenis manusia lahh jantan ni. Patut ikat dorang ni bagi babi hutan mkn. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baca komen kat fb laki tu tak keje spesis bewak gituh
Ade anak kecik2 lagi.
Kalau ikut berita jiran pun kata dia tak keje hari2 anto bini kije.
Heran bewak2 pun sempat ade skandal.
Yg tak paham knp indon tu bg jantan tu jaga anak dia.
Peliknya kena halau keje kt kedai makan oh jap mungkin indon tu tade org leh jagakan anak dia kot so jantan tu offer diri la tu jagakan.
Eh geramnya la sakit hati baca berita nih |
|
|
|
|
|
|
|
Penghuni kuarters hospital kerap dengar tangisan budak kecil
NORLIDA AKMAR IDROS
06 Mac 2019 4:10 PM
Kuarters Kakitangan Hospital Langkawi tempat kediaman pasangan suami isteri di mana Nur Aisyah (gambar kecil) yang hilang setelah dipercayai dilarikan sepasang suami isteri, penghujung bulan lalu, ditemukan mati di Gunung Raya di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO
LANGKAWI - Penghuni kuarters kakitangan Hospital Langkawi (HL) di Bukit Tekuh, Jalan Padang Matsirat di sini memberitahu dia sering mendengar tangisan kanak-kanak dari kediaman pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, pada pertengahan bulan lalu.
Jiran suspek, Mohd. Faizal Zakaria, 49, berkata, tangisan itu didengari dalam tempoh sekitar pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi selama tiga hari sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia.
"Saya selalu balik lewat malam kerana berbasikal di kawasan sekitar dan terdengar bunyi tangisan budak kecil yang agak lama dari tingkat atas bangunan kuarters ini," katanya ketika ditemui di kuarters HL di sini hari ini.
Kata beliau, rumahnya berada di tingkat dua manakala rumah suspek di tingkat tiga bangunan yang sama.
"Saya ada rasa nak naik untuk periksa tetapi takut tangisan itu bukan dari rumah suspek memandangkan kuarters ini ramai bayi dan budak kecil," ujarnya.
Selain itu, menurut Mohd. Faizal, dia juga tidak pernah nampak kanak-kanak itu di kawasan kuarters sebelum ini.
"Malah saya juga tidak tahu menahu bahawa mangsa dan ibu kandungnya yang juga warga Indonesia ada tinggal bersama suami isteri terbabit," katanya.
Ujarnya, dia ada bersama dengan polis ketika melakukan pemeriksaan ke atas rumah kedua-dua suspek baru-baru ini.
"Saya lihat keadaan rumah itu berselerak seperti keluarga tersebut berpindah keluar secara tergesa-gesa," katanya. - K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa??? Menangis pukul 12-1 pagi? Eh eh eh.. kena lauk ke macam mana budak ni?
Allah dikkk.. harap bkn mangsa pedo yer awak ni.. tak dapat dibayangkan azab arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ler jiran pun tkde amik tau. Moga mak indon upah org pi kapak laki bini ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosmaliah Samo, 32 .. mak mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia kata ank dia penah kena cucuh ngan rokok.. geram plak bace..kalau dah kena mcm tu awat la lari je... Eeeeeeeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
“ACHIK, Aleya dah mati...itu kata anak lelaki suami isteri terbabit berusia empat tahun ketika saya ke rumah mereka menyebabkan hati ini kuat mengatakan anak saya sudah tiada (meninggal dunia),” kata Rosmaliah Samo, 32, ketika ke rumah keluarga itu pada 22 Februari lalu.
Bagaimanapun dia yang berasa tidak sedap hati kemudian sekali lagi ke rumah pasangan terbabit di Kuarters Hospital Langkawi keesokan harinya namun kanak-kanak terbabit memberitahu bapanya sudah menyerahkan Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, kepada orang lain.
Katanya, ketika itu dia mengesyaki sesuatu tidak kena dan antara percaya atau tidak anaknya sudah meninggal dunia kerana mustahil seorang budak bercakap bohong.
“Lelaki itu ada datang ke hostel berhampiran tempat kerja saya dan berjumpa seperti biasa, namun berdolak dalih memberitahu anak saya dalam keadaan sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu dengan saya tidak lama lagi.
“Kami menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan dan lelaki itu membawa saya pulang ke rumahnya di kuarters dan memperkenalkan saya sebagai rakannya kepada isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.
Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal di kuarters itu, hubungannya dengan isteri lelaki berusia 40 tahun itu sangat baik.
Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu berjaya menghidu hubungan sulit mereka apabila tersilap berbalas WhatsApp dengan isterinya melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.
Katanya, dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bertemu dengan Nur Aisyah Aleya.
“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.
“Berikutan itu, saya ke Pulau Pinang dan pulang semula ke sini pada 28 Februari lalu sebelum suami isteri itu datang bertemu saya dan memujuk tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada,” katanya.
Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal bersama lelaki itu di kuarters berkenaan, anaknya pernah ditampar beberapa kali di depan matanya malah dia pernah dipukul lelaki itu.
Katanya, selain itu, seluruh badan anaknya pernah mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.
“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi dihalang teman lelaki kerana dia mengunci mangga pintu.
“Isterinya pernah memberitahu yang suaminya pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.
“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” katanya.
Rosmaliah berkata, dia hanya mengetahui tengkorak dan rambut anaknya ditemui di kawasan semak di Gunung Raya, Langkawi melalui portal Harian Metro pagi tadi dan terkejut dengan apa yang berlaku pada anaknya itu.
Katanya, dia bermimpi anaknya datang kira-kira dua minggu lalu, rupa-rupanya ketika itu anaknya sudah meninggal dunia.
“Dalam mimpi saya, Aleya datang dan memberitahu ‘Mama mai ambik adik’ dan tidak lama selepas itu, mimpi hilang menyebabkan saya tidak sedap hati.
“Selama ini, Aleya tidak pernah mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa lelaki itu dan mungkin itu alasan diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meninggal dunia.
“Saya dijangka melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi, esok untuk siasatan lanjut,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Achik, Aleya dah mati...'

cerita semakin...................................
kesian arwah mempunyai seorang ibu seperti itu ..
dan terkutuk nya pasangan itu tergamak memperlakukan arwah seperti tu
Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal bersama lelaki itu di kuarters berkenaan, anaknya pernah ditampar beberapa kali di depan matanya malah dia pernah dipukul lelaki itu.
Katanya, selain itu, seluruh badan anaknya pernah mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.
“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi dihalang teman lelaki kerana dia mengunci mangga pintu.
“Isterinya pernah memberitahu yang suaminya pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.
“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-3-2019 12:06 PM
Akak ghase lucu bila hada cobaan bersangka baik kat kapel ini. Akak kenal ore tino ni. Takkan de ...
konfem! dah wife dia nurse kan. mesti ada shift malam. jilake jantan tak guna & pompuan indon tu! Kesian anak scandal jadi mangsa.. comel betul mata bulat. |
|
|
|
|
|
|
|
kan ..
anak kena tampar depan mata ..
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kah ..
bertudung tu hanya untuk menutup kesan dera?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu la ape akal org dewasa ni.. ank kena dera kau dah keluar pi cari kedai makan bekerja..takan la tak terlintas nak cari jalan keluar selamatkan anak..
Skrg ank tu dah ada kat tempat sepatut nye. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 6-3-2019 08:18 PM
'Achik, Aleya dah mati...'
“ACHIK, Aleya dah mati...itu kata anak lelaki suami isteri terbabit ...
I cannot brain this. Apa ke twisted sangat orang-orang ni semua |
|
|
|
|
|
|
| |
|