CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MRO

[Jenayah] Kenapa Ramai Isteri Pilih Jadi Bodoh Bila Suami Jadi Dayus?

[Copy link]
Post time 5-11-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 5-11-2016 08:32 PM
first of all..good job sbb u sorg guru yg benar2 ambik berat tentang students u luar dlm...
but i ...

Sis,  aku bagitau la ya. Kes dadah ni mana2 sekolah ada,  sejak zaman dulu dah ada,  even kat sekolah berasrama penuh sekalipun. Kelig aku ex sekolah berasrama penuh terkenal di Sabah ni, main ganja ngan syabu kat asrama beb (tapi kelig aku tak ambik syabu la,  dia ambik ganja je sebab all natural macam tembakau kata kawan. )

Kelig aku lagi sorang sekolah asrama penuh gak kat Semenanjung,  pun ada pengalaman main ganja/syabu kat asrama. Depa ni batch yang lahir tahun 70an. Budak pandai, sekolah pandai tapi still ada kes dadah.

So tak semestinya sekolah tu ada kes dadah,  pencapaian akademik sekolah tu tak bagus. Cuma sapa yang jadi penagih tegar seumur hidup tu,  nasib la.  Kawan2 aku tu dah lama setop. Kelig aku ni kata tu sebab dia tak ambik syabu, syabu susah nak setop. Dan boleh rosak otak dengan teruk banding ganja. Ikut dia la,  aku tak tau.  Takda pengalaman.  

Btw ni cerita kawan2 aku yang masuk sekolah menengah tahun 80an, sekarang ni harus la kes2 kat sekolah lagi hebat.

Btw, kisah yang aku cerita ni kisah biasa je. Ni la asam garam dunia sekolah. Aku rasa guru2 lain dalam forum ni pun pengalaman lebih kurang ja dengan aku. Takda yang spesel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2016 12:29 AM | Show all posts
sekolah zaman ai mmg byk penagih dadah, pokok pangkal adalah diri sendiri, sendiri x boleh tepis dadah, mudah sangat terima anasir negatif, tiada jati diri, dihulur dadah pil semua x boleh tepis
1 org remaja sampai 10 org kena jaga, mak bapak nak jaga cikgu nak jaga polis nak jaga. sampah bergerak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 5-11-2016 02:10 PM
Maybe saya boleh throw idea spt begini.  Nowaday, bakal pengantin diwajibkan hadir kursus perkahwi ...

Agak setuju dengan cadangan masa kursus kawin kene tekankan hak perempuan bila berlaku perkara2 yg tak di ingini, TAPI pihak jabatan agama sendiri skrg kadg mcm sengaja lewatkan kes2 cerai, dah patah riuk baru nak lepas, atau da kantoi khalwat, aku rasa kaunseling cukup la takat 2 atau 3 kali sahaja dan dalam masa yg dekat2 lepas terima aduan ( aku pon paham diorg banyak keje lain dan client lain2 tetiap hari )

Tekankan jugak pasal penderaan emosi selain fizikal je, emosi yg banyak tekanan akan lahirkan suasana dalam rumah yang tak sihat, gangguan pembesaran anak2,
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 5-11-2016 10:34 PM
Realiti di sebalik alam maya ini tak pastilah sama ada isu yg diceritakan itu benar atau rekaan yg ...

Yups so true...sebab benda ni akan senantiasa menjadi isu sebab ia melibatkan banyak aspek sosial dan psychososial masyarakat. Bukan msia je malah peringkat global pun. Menarik untuk dipunggah cari jawapan konkrit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 09:40 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 6-11-2016 05:44 AM
Yups so true...sebab benda ni akan senantiasa menjadi isu sebab ia melibatkan banyak aspek sosial  ...

Setia penyakit ada obatnya dan setiap masalah ada solusinya. Hanya sejauh mana bijak kita bertindak itulah yg akan mempengaruhi kehidupan kita seterusnya.
Sedangkan alam ini sendiri tetap diterpa bencananya walapun pada akhirnya Allah jua yg mendamaikan. Perubahan iklum/cuaca alam: dgn 4 musimnya, pasang-surut air laut, ribut-kencang, angin puting beliung, tsunami semuanya itu wujud juga dlm karakter manusia. Namun kpd manusia, meredamkan 'iklim' yg ada dlm diri perlukan sabar, iman dan fikiran yg sehat. Begitulah seninya Allah menjadikan alam berserta makhluk2nya (manusia, binatang dn tumbuh2an) saling tak terpisahkan malah saling memerlukan dan melengkapi. Kerana itu juga maka manusia tak mungkin hidup bersendirian: manusia disarankan bercakap dgn tanaman bagi menghilangkan tekanan/stress dan tarzan di hutan pun tetap berkawan dgn binatang2.

Cabaran, godaan, perbalahan, bersilang pendapat semua itu mengajak minda untuk tidak di level statik. Simple eg, spt kita menjawab soalan problem matematika, kita cuba sedaya upaya mencari jawabannya yg pasti, sedangkan jalannya ada dua tiga cara. Begitulah masalah dlm hidup kita. Tak kiralah cara mana yg kita pilih, yg penting jawapan kita betul atau spt diharapkan. Kekadang jenuh juga kita berfikir, jalannya ada tapi kita tak nampak, sampai sudah tak jumpa jawapan.

To me, hidup ini penuh seni merangkumi seni mengenal perkara, seni berbicara, seni menyampai dan menerima berita, seni mengimbangi/mengadili, seni berfikir dan seni melihat diri sendiri.  Allah sendiri menjadikan alam dan kehidupan ini penuh seni, ada seni yg boleh dipelajari dan ada seni yg tetap Allah sembunyi. Pun begitu, sbg manusia, kekurangan itu pasti.



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 3-11-2016 06:10 AM
"Kenapa Ramai Isteri Pilih Jadi Bodoh Bila Suami Jadi Dayus?"
suami yg buat salah isteri tetap dipe ...

Kaka iols setuju ni... 150 peratus. Membodohkan isteri atau wanita sahaja kekdahnya... Kita lupa nak selidik asal usul kedayusan sorang lelaki.. Sebenarnya asal adalah dari lelaki juga.... Bagaimana seorang lelaki boleh menentukan akhlak generasi seterusnya....dia perlu berkahlaq baik dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2016 01:42 PM | Show all posts
chazey replied at 5-11-2016 10:50 PM
Sis,  aku bagitau la ya. Kes dadah ni mana2 sekolah ada,  sejak zaman dulu dah ada,  even kat seko ...

tu la kan..i ni katak duduk bwh tempurung..baru je nak jenguk2 ke luar
the thing is u...x semua org yg kejenye cikgu...so bile u dpt tulis buku psl pengalaman u ni
ramai la yg akan dpt pengetahuan baru..luaskan pemikiran...dgn kisah2 yg u kongsi dlm buku tu yea x?..
the good the bad..yg penting it's the real deal gituww...berangan je i ni..uhuhuhu


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:49 PM | Show all posts
silampumeja replied at 6-11-2016 11:47 AM
Kaka iols setuju ni... 150 peratus. Membodohkan isteri atau wanita sahaja kekdahnya... Kita lupa n ...

bukan ke sorg wartawan tu ade mcm2 kreativiti/idea menarik nk guna words yg attention grabbing??
selain "bodoh"?...well ni forum cari..jauh sgt levelnye dari classy..what to do....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 01:22 AM | Show all posts
jangan guna istilah "dayus" untuk ganti istilah "abusive" atau melayunya "abusif".

dayus ni tak cemburu, tak de tulur contohnya tak berani tegur bini/anak pompuan dalam hal2 bilamana bini/anak pompuan buat hal2 tak selari dengan agama contoh anak/binipakai seksi2 tapi laki/abah takde tulur nak tegur.

Banyak kat melesia ni, hubby/abah pungpangpung pang cakap pasal isle, anak bini tak kasi betul dulu......teringat aku budak cashier tesco kena maki dek satu abng sado sebab budak tu tengok lurah bilut bini abang tu, dah ko x reti nak suruh bini ko tutup, budak2 hormon tengah mengganas terbeliak bijik mate nengok tau pulak kau marah kat budak tu, bini tak nak tegur.......

Yg pegi taekwando bini tu bukan dayus, itu abusive, sakit mental suka dera anak bini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 01:29 AM | Show all posts
bypassthecortex replied at 7-11-2016 01:22 AM
jangan guna istilah "dayus" untuk ganti istilah "abusive" atau melayunya "abusif".

dayus ni tak c ...

Malaysia ni byk pakar bahasa ...dayus pn depa terjemahkn ikut suka kepala depa....

Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-  

1)     Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.



Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 04:48 PM | Show all posts
kebanyakan isteri yang bertahan sebab anak + takda pendapatan sendiri.
sebab tu kena tomoi camna pun bertahan.

dan sebab tu la wanita kena ada kerjaya dan pendapatan sendiri.  Incase jadi apa2, ko boleh bergantung kt diri sendiri.

Tapi kebanyakan isteri2 skang ni, dah ada kerjaya elok, nak berenti kerja, jaga anak sendiri, ada laki boleh tanggung semua dah. Jaga anak sendiri tu memang la bagus. Semua mak2 kalau boleh nak dok rumah je. Jaga anak makan pakai semua.
Tapi tu time laki sayang laa. Time dia dah nampak rupa ko macam katak puru, mula laa makan pakai anak pun tah kemana. Kalau nasib baik dia buat perangai masa anak2 dah besar, then ok sikit la.

Dah banyak kes dah nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 07:10 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-11-2016 03:19 PM
Kesian perempuan yang bergelar isteri..

Mengalah dan berdiam diri d katakan bodoh

yup ai 200% setuju..
kita pung pang pung pang pun lagu gitu jugak..
ai lebih percaya teori wanita nie hati dia lembut..
dapat lelaki yg boleh tawan hati mereka cukuplah..
semua kewarasan akal boleh hilang..
masa bercinta semua nampak indah..
apatah lagi dpt lelaki pijak semut pun x mati..
but of course kat sini xder jenis pompuan mcm nie..
sbb semua kat dlm nie bijak2 belaka menepis
mereka sgt handal memilih lelaki yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 04:31 PM | Show all posts
Hanya yang melaluinya je yang tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 3-11-2016 01:58 PM
Lelaki zaman ni kurang quality. Ada juga yang takde quality langsung utk jd suami. Jadi, cari dan pi ...

Laki mulayu skang mana ada yg berkualiti sis.. semua dilahirkan dari ibunya seorg pelacur barangkali.. pangai lelaki mulayu skang berzina..kaki dadah..judi..arak.. kendian nak ckp psl syurga bagai..ketahian ..lebih teruk dr yahudi mureka ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk tidak jd dungu..pompuan skang sila bljr pandai2.. dpt keje bagus2.. beli umah kete sendiri..laki hang buat hal..halau ajau spt anjing kurap yawww
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:56 AM | Show all posts
adyraney replied at 3-11-2016 03:11 PM
bagi saya salah satu sebab adalah anak..isu tu banyak kali berlaku..takut dan jadi bodoh kerana stig ...

ada bekas opismate saya..mcm ni la..kategori bodoh...
laki dia curang rasanya lebih 5x kot...tu  x masuk yg dah bw pegi kawin dkt sempadan...
tapi demi anak2 dan xnak jd janda so dia biar je apa suami buat di blakang..sbb suami ugut akan ceraikan dia dan tinggalkan anak2 yg berderet..dia ni pun bukan berduit sgt..kerani je...tapi still kena tanggung laki..umur dah nak 50 kot masih bertahan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 09:06 AM | Show all posts
mengumpat org je korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:14 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 3-11-2016 11:17 PM
nolya you rasa ada tak aspek delivery system yg berkaitan dengan hal ini perlu dibaiki seba ibu ib ...

i tak tau la negara lain
tp malaysia punya support system utk ibu tunggal mmg fail or tak ada
agaknya kalo ada pun underground jela tak dihebahkan

sbb everytime ibu tunggal melayu islam pegi pejabat agama utk minta nasihat kaunseling mmg ustaz ustazah akan kata puan tak buat betul2 dengan suami kot..puan tak sediakan makan minum betul2 agaknya, tak siapkan pakaian betul2, tak jaga hati tak buat itu ini, melawan suami..
basically mmg kena hentam dengan segala ustaz ustazah ni la balik2 perempuan salah never the man's fault.

akhirnya nasihat pejabat agama ialah..puan baliklah kepada suami tu.. jagalah zahir batinnya bla bla
takpun bila diceraikan ibu tunggal tu terkapai2lah sorang2
pandai2la ko cari tempat bergantung

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:21 AM | Show all posts
MelahJanda replied at 30-11-2016 09:14 AM
i tak tau la negara lain
tp malaysia punya support system utk ibu tunggal mmg fail or tak ada
ag ...

my kazen pun kena bambu dgn kaunselor kat pej agama
dia buat minta kaunseling sbb suami x jalankan tanggungjawab sudahnya kaunselor tu sembur dia cakap dia x dgr cakap suami la, keluar rumah tanpa izin la, x baik minta mcm2 dr suami la, x perlu ambik tau apa suami buat di blakang la, kalau suami nak curang pun hak dia, kalau suami berhutang pun jgn minta balik duit sbb kawin kan kena share semua benda, dan blablabla
my kazen terus kuar dari bilik kaunseling sambil hempas pintu sbb geram tgk kaunselor sebelahkan suami
dia ni nak kaunselor nasihat suami yg lepas tgn hal tgjwb dan kaki perempuan tapi dia yg kena balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bypassthecortex replied at 7-11-2016 01:22 AM
jangan guna istilah "dayus" untuk ganti istilah "abusive" atau melayunya "abusif".

dayus ni tak c ...

Laki pukul pompuan.bkn super dayus kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.559503 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list