|
"Awat? Hana berkanan ka?" Haji Kamaruzzaman tersenyum mengusik. Keluar loghat utaranya.
"Kenai pun tidak," Nur Hana membalas dengan loghat utara walaupun tak bebarapa menjadi.
"Am tu... duduk rumah peninggalan keluarga dia, belakang dengan rumah kita. Baru dalam lima ke emam tahun menetap kat sini. Esok untuk jamuan lepas doa selamat, ayah minta dia buatkan nasi arab."
Nur Hana sekadar mengangguk.
"Am ke An namanya abang?" Hajjah Aisyah mencelah.
"Nak panggil mana-mana pun takpe yang, dia pun tak kisah,"
Haji Kamaruzzaman menoleh ke arah Nur Hana, "Hana jangan nak ke mana-mana pulak esok malam ye? Tolong-tolong apa yang patut kat rumah. Kak long Hana ada anak kecil, bagi dia buat kerja ringan-ringan aje. Boleh la juga kenal-kenal dengan kariah orang taman kita ni, mana tahu bertemu jodoh," sempat lagi Haji Kamaruzzaman mengusik.
"Hana mudah lagi la ayah..." Nur Hana tersenyum simpul, cerita jodoh memang payah nak lari bila bersembang dengan ayahnya.
"Kalau ada yang berkenan, bagitaulah ayah. Boleh berkenalan dulu kan?"
Nur Hana tidak menjawab. Tentang jodoh dia sudah lama serahkan pada tuhan yang Satu. Dia tidak mahu tergesa-gesa dan tidak mahu juga terlalu mengharap. Pertunangan sekerat jalan dengan Zarul satu ketika dahulu dia mahu jadikan arah sempadan.
Zarul?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo..jadi azhan tu tinggal di rumah belakang rumah Hana.
Ada watak zarul. Makin menarik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan bsmbg ye tt cter ni..aku suka watak izhan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahha tq ipo..
tengah cuba mempelbagaikan watak
kalau ada 2/3 watak yang kuat sikit pun ok gak
|
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah..tq sebab sudi baca..
watak izhan ni masih byk lagi yang kena kembangkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Warung Kite
Mata lelakinya menerobos jauh menembusi kaca television. Izhan mencongak masa. Hari ini khamis, esok jumaat dan lusa sabtu. Hujung minggu ini jadualnya agak penuh. Terutama pada malam esok dan sabtu pagi. Dia menjeling ke arah Zamani. Nak bagitahu orang tua ni tak?
"Seorang lalaki maut apabila motorsikalnya terbabas ketika lumba haram..." suara Zamani jelas kedengaran apabila dia membaca tajuk berita larut malam yang disiarkan di television.
Izhan tersengih. Macam tahu-tahu aje mamat ni?
"Esok menu apa Zan?" Zamani mendekati Izhan sambil menanggalkan apron. Kerja pembersihan Warung Kite sudah siap. Dia sudah mahu pulang.
"Nasi arab. Empat puluh orang makan."
"Perlu bantuan tak esok?"
"Tak perlu kot. Esok lepas jumaat aku masak kat kedai, sebelum maghrib aku bawa pergi taman. Aku sorang pun boleh," Izhan bercakap tanpa memandang Zamani. Dia menggosok-gosok telapak tangannya yang kian kasar.
"Sabtu pagi pulak menu apa?" Zamani tersengih. Dia tahu tentang aktiviti Izhan sabtu ini. Cuma mahu dapatkan kepastian sahaja.
"Heh!" Izhan tergelak kecil. "Menu kat Banting. Empat ratus satu meter."
Diam.
"Hati-hatilah, hebat macam mana pun penganjur, keselamatan atas engkau jugak," Zamani memberikan nasihat. Sudah sahih yang Izhan akan berlumba hari sabtu ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Tolong cover aku sabtu nanti. Manalah tau kalau Iman tanya..." Izhan tersengih.
"Bukan selama ni aku yang cover ke?"
Izhan menarik nafas lega. Entah mengapa sejak beberapa minggu ini keterujaannya berlumba semakin berkurangan.
"Aku ingat nak pencenlah setahun dua lagi. Bagi muka baru pulak main sprint test ni," Izhan meluahkan hasrat hatinya. Walaupun sukan ini tiada had umur, tapi dia sendiri terasa sudah 'tua'.
"Hai... jokey hati paling kering dalam Malaya ni pun nak pencen? Bagus la jugak, bolehlah kau fikir-fikirkan bab mencari pasangan pulak. Budak yang singgah kat kedai kita hari tu pun comel jugak!" Zamani mengangkat punggung segera mahu beredar.
Izhan buat tak tahu. Satu kedai sudah tahu yang dia dikunjungi gadis misteri. Siap makan berdua lagi. Tinggal terus kerja-kerja kedai untuk si gadis. Bukan sekejap, tapi dua jam!
"Kawan je Zam. Aku tahu nama je, yang lain tak tau." Izhan menjelaskan serba sedikit.
"Aku tak tanya pun..." Zamani tersengih menyakat. "Lagipun... tak kenal memang tak jatuh cinta,"
"Mengarutlah engkau, biar habis kat situ je. Kau berkenan ke? Aku boleh kenalkan. Kau pun bukan muda lagi,"
Zamani mengerutkan dahinya, "Aku pulak? Thirty did'nt make me horny bro!"
"Tapi kalau untuk kau okey!" Zamani membalas. Cuba melihat reaksi Izhan.
"Taknaklah aku. Berkawan bolehlah," selamba sahaja reaksi Izhan. Tiada nada teruja.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau taknak, jangan bagi harapan Zan. Hati orang perempuan ni nipis macam tisu tandas. Boleh lerai kalau kena flush," peringatan Zamani ada benarnya. Izhan sekadar tersenyum kecil.
"Aku pun takut jugak Zam, menggigil ni. Sejak bila kedai kita ni ada aircond?"
"Aku serius kau main-main pulak. Tak pernah-pernah ada orang perempuan datang cari engkau sejak kita buka kedai ni, lu serius ke tidak ni? Ke lu pun pasang harapan jugak?" risikan Zamani masih belum berakhir. Bukan dia tak tahu kutu rayau ni frust terduduk bila awek kena kebas dulu.
"Wa serius ni beb. Sejuk pulak malam jumaat ni," jawapan skema Izhan acuh tak acuh. Mahu lari dari memberi jawapan serius.
"Aku kerat jugak rambut engkau ni. Main-main pulak," Zamani mendengus manakala Izhan sudah mengekeh ketawa.
"Tapi..." suara Izhan tergantung.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Tapi aku selesa dengan dia. Macam dah lama kenal pulak," senyuman Izhan terukir di bibir.
"Sah! Mat motor dah jadi pasu bunga! Esok kau pergi jual scramber kau tu, ambil motor RXZ. Boleh bawa awek duduk belakang, syok woo!" Zamani separa mejerit, dia segera mencapai segugus kunci di atas meja kaunter.
"Lu ni, harap je pakai ketayap. Ada ke suruh aku bawa anak dara orang naik motor? Kalau eksiden mati, tak sempat bertaubat. Dah, pergi balik. Esok aku bagi cuti." Izhan ketawa kecil. Bukan dia bagi cuti pada Zamani, tapi memang Warung Kite tutup setiap hari jumaat.
"Aku blah dululah, CD lama lagu jiwang ada dalam bilik belakang kalau kau nak dengar." Terus sahaja Zamani meninggalkan Izhan terpinga-pinga.
Izhan mengukir senyuman. Deruman injin diesel meninggalkan perkarangan Warung Kite. Izhan seperti malam-malam sebelumnya akan menjadi orang terakhir meninggalkan Warung Kite. Dan gurauan Zamani sebentar tadi membuatkannya tersenyum sendiri.
Bersambung lagi..........
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 11
Sejak dari tadi lagi Nur Hana mencuri-curi pandang jejaka yang sedang sibuk menyediakan hidangan nasi arab untuk kariah Taman Bangi Baru. Dan sejak dari mula majlis tahlil lagi dia masih gagal untuk melihat wajah pemuda itu. Nur Hana mula terasa geram. Bila ada sahaja peluang untuk lelaki itu berpaling, pasti ada sahaja halangan. Sekejap mamanya panggil, sekejap kak longnya suruh bawa air ke depan. Sudahnya dia terperap di dapur.
Lelaki itu pula lebih kerap berada di tempar parkir kereta di hadapan rumah. Kerana jiran-jiran lelaki akan mengambil makanan dari situ. Manakala orang perempuan pula akan mengambil makanan di dalam rumah. Jadi langsung tiada peluang untuk dia dan lelaki itu bertemu, jauh sekali bersua muka.
"Hana dah makan ke belum?" tanya Hajjah Aisyah apabila dia melihat Nur Hana termenung di dapur.
"Belum lagi ma, kejap lagi Hana makan. Tunggu orang reda sikit," Nur Hana membetul-betulkan tudungnya.
"Nanti ma minta An simpan sikit untuk Hana, belah perempuan dah nak habis. Ma suruh jiran-jiran bungkus bawa balik siap-siap."
Amboi ma...panggil An aje? Macam panggil anak sendiri. Nur Hana berbisik sambil tersenyum simpul. Nampak macam mamanya dah lama mengenali lelaki bernama 'An' itu.
Nur Hana menjengah dari dapur, kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan. Dia masih tidak mahu berputus asa. Kejap lagi orang dah mula balik, aku nak pergi tengok jugak! Nur Hana menunggu peluang. Dari gaya rambut, dia seolah-olah mengenali lelaki itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Izhan mula mengemas. Pinggan dan cawan yang sudah digunakan di asingkan di dalam satu bekas. Manakala bekas kedap udara tahan panas diletakkan terus ke dalam kenderaan 4x4. Nasi arab dan ayam yang berbaki sudah di asingkan ke dalam periuk kepunyaan Hajjah Aisyah. Untuk anak Hajjah Aisyah juga dia sudah asingkan siap-siap.
'An, tolong simpan sikit untuk anak dara makcik ye,'
Terngiang-ngiang suara Hajjah Aisyah di telinganya. Baru hari ini dia tahu yang Hajjah Aisyah masih ada anak dara. Macam nak bagitahu aku je ayat tu??? Izhan ketawa di dalam hati.
Ada juga di kalangan ahli kariah yang mengusik dia dan anak tuan rumah. Tapi Izhan hanya membalas dengan senyuman. Kenal anak tuan rumah pun tidak. Yang dia biasa nampak adalah anak Hajjah Aisyah yang paling sulung. Kerap juga datang ke sini bertemankan suami dan anak-anaknya.
"Tapi Axia hijau ni aku macam biasa nampaklah..." Izhan memandang ke arah kenderaan yang diparking agak jauh dari rumah Haji Kamaruzzaman. Dia mula berteka teki.
Tiba-tiba Izhan terasa seperti ada seseorang yang mendekatinya dari belakang. Dia menoleh sambil tangannya memegang jug air sirap. Bekas kosong itu baru hendak di simpan.
Izhan terpaku seketika apabila melihat gadis bermuka bujur sireh dengan tudung litup di kepala. Sangat manis padanya dengan mata besar yang terletak elok. Macam kenal lah...
"Izhan!"
Izhan terkejut. Jug air di tangannya terlepas. Dia cukup kenal dengan suara itu walaupun jarang didengarinya.
"Nasib baik bukan kaca," Nur Hana mengutip jug plastik yang terjatuh lalu dihulurkan kepada Izhan yang masih terpaku. Nur Hana tersenyum manis bertudung litup.
"Jumpa lagi kita yek?"
Izhan tersenyum meleret. Adeh...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Elok je berbual diorang tu bang," ujar Hajjah Aisyah yang sedari tadi memerhati gelagat anak daranya dan Izhan. Berbual macam dah kenal lama.
"Kan Hana bagitahu tadi yang Izhan itulah yang tolong dia buat tesis," Haji Kamaruzzaman sekadar menjeling. Risau juga dia melihat Hana dan Izhan berbual rancak. Bukan apa, tak mahu jiran-jiran mengata.
"Itu saya tahulah... tapi macam elok pulak budak Izhan tu kan bang?" Hajjah Aisyah tersenyum. Dia suka melihat perwatakan Izhan yang tenang dan mudah tersenyum.
"Elok pada kita, belum tentu elok pada Hana..."
"Aik? Abang pun berkenan ke pada Izhan tu?" segelas air suam dihulurkan kepada suaminya.
Haji Kamaruzzaman hanya berdiam sambil meneguk air suam yang diberi isterinya. Dia dalam fasa berpantang dari minuman manis. Kandungan gula dalam darahnya tidak berapa elok.
"Lama dah yang... sejak Izhan tu mula-mula pindah sini lagi. Tapi bila teringatkan kisah Hana dulu, tak mahu rasanya abang masuk campur pasal jodoh Hana. Takut jadi balik macam dulu,"
Giliran Hajjah Aisyah pula terdiam. Dia sedikit risau jika peristiwa Hana putus tunang dahulu masih menghantui anak gadisnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Dulu kita ingat kita buat keputusan untuk dia, untuk kebaikan dia. Tapi kita lupa yang kita ni hanya merancang. Kalau dah Allah kata perjalanannya begini, dan kita tak redha, boleh terduduk kita yang."
"Dah la tu bang, benda dah lepas. Yang penting sekarang, yang ada depan mata ni. Kalau elok pada mata kita, kita tanya-tanyakan. Kalau Hana tak berkenan, tak perlu nak paksa dia. Kan mudah macam tu?" Hajjah Aisyah tersenyum. Seolah-olah dia menaruh sedikit harapan.
Haji Kamaruzzaman berfikir sejenak. Betul kata-kata isterinya. Tak perlu lagi memandang ke belakang. Pandang depan dan jalan terus.
"Cuma..."
Haji Kamaruzzaman menoleh ke arah isterinya.
"Hasmah ada bagitahu, Hana ada tanya pasal Zarul. Masa kat kedai Hasmah," perlahan tutur kata Hajjah Aisyah.
Haji Kamaruzzaman mengeluh perlahan. Masih ingat lagikah Hana tentang bekas tunangnya itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Izhan memeriksa sekali lagi perkakasan yang dimuatkan dalam kenderaan 4x4 supaya tiada apa yang tertinggal. Badannya sudah terasa letih, bekerja sejak dari siang tadi. Jam sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Dia melepaskan keluhan berat.
"Izhan... nah," Nur Hana muncul dibelakangnya sambil menghulurkan bekas tupperware warna merah dan sebotol bekas air.
Izhan mengerutkan dahi bertanya tanpa berkata apa-apa.
"Roti jala, kak long yang buat. Air ni Hana yang buat," gadis itu tersenyum manis.
"Oh, terima kasih." Izhan mengangguk faham.
"Minum ye air tu, teh herba. Nanti pulang balik bekas tu, kita kan berjiran sekarang." senyuman Nur Hana melebar. Baru dia tahu yang selama ini Izhan berjiran dengannya.
Izhan turut tersenyum. Macam mana aku boleh tak perasan?
"Patutlah saya selalu nampak kereta Mr. Bean ni, memang selalu nampak pun,"
"Kereta Mr. Bean?" nada Nur Hana sedikit geram.
Izhan tergelak sedikit. "Warna hijau tu yang buat saya teringat kat Mr. Bean,"
"Awak ni..." Nur Hana mencebik.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Okey tak nasi arab tadi?" Izhan cuba berbual seringkas yang mungkin. Tidak mahu terlalu lama bersidai di hadapan rumah bersama si dara.
"Saya tak makan lagi, tapi mama kata sedap."
"Kenapa tak makan? Perut masuk angin baru tau," Izhan berseloroh.
"Tak sempat... kejap lagi saya makan. Tapi macam mana saya tak pernah nampak awak kat taman ni ye?" Nur Hana bersandar pada kenderaan jenis pick-up itu sementara Izhan memeriksa perkakasan yang akan dibawa pulang.
"Saya jarang pergi taman permainan kot," Izhan tergelak sedikit cuba buat lawak.
Nur Hana menjeling tajam. "Baru saya tahu Encik Izhan ni suka buat lawak,"
Izhan tersengih. Dia mengelak dari cuba bertentang mata dengan Nur Hana.
"Saya sebenarnya hampir tak cam awak tadi. Awak pakai tudung nampak lain, manis yang amat," kata Izhan sambil menutup pintu kenderaannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pipi Nur Hana terasa panas. Jantungnya seakan bergerak laju. Spontan sahaja Izhan memujinya. Tiba-tiba sahaja dia terasa sedikit segan dengan Izhan.
"Err... saya gerak dululah Hana, dah lewat ni." Izhan perasan perubahan atmosfera yang berlaku. Tiba-tiba sahaja tangannya terasa sejuk.
"Em... balik ke kedai?"
"Ha'ah. Hantar barang dulu," Izhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Masing-masing terdiam. Masing-masing menunggu untuk memulakan bicara.
"Em... boleh Hana datang kedai esok?" Nur Hana sedikit gugup. Entah mengapa dia sendiri pun tak tahu.
Izhan tersenyum sambil mengangguk. Baru pertaman kali dia berjaya bertentang mata dengan Nur Hana. Walaupun dalam samar-samar berteman lampu jalan.
"Hana masuk dulu ye?"
"Em, ok, ok."
Izhan menyoroti langkah Nur Hana hingga hilang dari pandangan. Dia bersandar pada kerusi pemandu memandang jauh dalam kegelapan malam. Nafasnya terasa sedikit sesak. Datang pula perasaan yang lain menjengah.
Allah... nikmat apa yang kau hantarkan kali ini?
Suaranya hanya bergema di hujung halkum.
Tamat bab 11....
|
|
|
|
|
|
|
|
bab seterusnya akan delay sikit
sebab aku sibuk sikit dalam 2 bulan mendatang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah terer izhan masak nasi arab.
Bertuah Hana nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 12
Banting, Selangor.
Muhammad Izhan memerah pendikit minyak dengan kasar. Deruman ekzos motorsikal yang sudah diubahsuai itu betul-betul membingitkan telinga. Dia memasukkan gear satu dan mula 'membakar' tayar belakang. Tayar belakang akan lebih mencengkam jika dalam keadaan panas. Bau hangit getah terbakar sedikit menusuk hidungnya.
Pak Ngah menepuk bahu Izhan, dan dia mengangguk tanda sudah bersedia. Izhan hanya menunggu isyarat dari penjaga masa. Lawannya di sebelah juga sudah bersedia. Izhan menarik clutch dan memerah throttle minyak.
"GO!!!"
Clutch di tangan kiri dilepaskan terus! Berdesup motor itu membelah trek lurus sejauh lapan ratus meter. Izhan memasukkan gear dua sambil badannya kemas rapat ke badan motorsikal. Lawan disebelahnya sedikit ketinggalan.
Tiba-tiba injinnya meraung kuat. Motorsikal yang ditunggangnya hilang kuasa dan mula perlahan. Sepantas kilat lawannya memintas di sebelah. Izhan menahan nafas, hanya mampu melihat pesaingnya meninggalkannya jauh melepasi garisan empat ratus satu meter.
Izhan melepaskan nafas. Dia mengeluh geram!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|