CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: poknen

Beijing part 2

   Close [Copy link]
Post time 27-1-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply 2406# yanadin

akak x peduli nak juga cuba nasib kalau2 bodek TG, mana tau kot2 dia boleh bawa pergi Russian market.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 05:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by yanadin at 27-1-2011 17:16
Reply  yanadin

akak x peduli nak juga cuba nasib kalau2 bodek TG, mana tau kot2 dia boleh bawa p ...
akak89 Post at 27-1-2011 16:51



bodek je kak.... lg 1 depa ckp bg tip lbh sikit dia ikut ler ckp kita. nsb baik dlm itinerary yana ada p russian market. tp kalo dia x bw jgk mmg yana plan nak redah sendiri 1 hr tu. x kisahlah rugi sikit asalkan puas hati. harap2 itinerary yg dibagi tu ikut 100% ler. paling busuk pun 80% pun jd ler. TG yana kat sana nama micheal katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 05:17 PM | Show all posts
ground handling tu lili ambik dgn TA mana?
TimahMulia Post at 27-1-2011 15:04



    saya amik POTO travel
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 05:35 PM | Show all posts
Just wanna share tis ....(got tis fm my frenz)
Untuk Bacaan Semata2.... have a save journey uolss... i'll be bz after tis....

Thursday, December 9, 2010

Beijing Muslim Tour : Tips dan Panduan

Cuti sekolah sudah bermula. Pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga dan anak-anak...tetapi tiada pedoman untuk melancong.

Tatkala blogger lain lebih gemar untuk menceritakan pengalaman (keseronokan) mereka melancong ke beijing..saya lebih gemar untuk memberi panduan dan tips kepada anda, terutama yang belum pernah pergi ke Beijing supaya anda dapat mengawal bajet dan yang paling penting tidak merasa ditipu.

Terdapat banyak agen atau travel agent yg menawarkan pakej ke Beijing. Harga pakej antara RM1800 - RM2500 bergantung kepada kuantiti peserta dan pakej yg ditawarkan. Namun bagi yang mengutamakan bajet rendah dan ciput, saya rekomen anda menggunakan perkhidmatan WENKT VACATION SDN BHD.

Wenkt diuruskan oleh En. Wan melalui blognya http://www.wenkt.com/. Wan akan membantu anda membentuk group untuk mendapatkan pakej termurah. Apa yang anda perlu lakukan hanya mencari tarikh pilihan dan membeli tiket dahulu. Sekiranya anda bernasib baik, kos anda mungkin tidak melebihi RM1000 (tiket + pakej). Untuk maklumat lanjut anda bolehlah mengunjungi blognya.

Berbalik kepada tip dan panduan tadi, saya bahagikan kepada 3 topik.

1. PAKEJ
Pakej muslim ada dua. Pertama, beijing tour, kedua beijing + ski tour. Saya mencadangkan anda tidak perlu mengambil pakej ski. Pakej ski hanya indah khabar dari rupa. Resortnya umpama bangunan terbengkalai dan salji adalah tiruan (baik pergi genting...sama jer). Hotel di ski nampak mcam 4star tetapi servis hanya 2 bintang.

2. MELAWAT
Oleh kerana kerajaan china telah menetapkan tempat lawatan, jadi terdapat beberapa tempat yang wajib dikunjungi.
a. Akrobatik show
Yang ini ok la. seronok jugak. Yang x seronoknya tour guide akan offer untuk menonton kungfu show pula. Harganya 150yuan(rm75). Anda pasti tertarik kerana anda belum bershopping lagi. Bagi yang bajet nk shopping....saya cadang x perlu la tgk kungfu show ni. Kalau anda dh confirm nak tengok, x boleh kansel lagi. kecuali anda banyak duit.

b. Kilang sutera
Dipendekkan cerita...sutera tu memang cantik. mereka akan offer package 1500yuan(rm750) untuk set cadar, srg bantal dan 2 bantal. Selepas anda beli, baru dia bagi anda tengok lain2 pakaian. Bagi yang gila sutera psti akan habis 3000yuan - 5000 yuan. Hehe..tempat lain x pegi lagi nih.

c. Kilang jed
Jed tulen...boleh la klu nak beli tapi kena pandai pilih. Salesgirl selalunya keluarkan yang mahal2 jer. kat sini boleh habis 1000yuan - 2000yuan...bergantung pada nafsu..

d. Burning cream center
Disinilah bermulanya penipuan. berhati-hatilah dengan kata2 manis salesgirl. Demo melecurkan diri umpama penjual ubat dikaki lima chow kit. pasti ada magic yg dibuat...tapi kalau anda percaya jugak nk buat camna. Kat sini kalu tersilap langkah boleh habis 1000yuan - 3000yuan.

e. Foot massage
Ni lagi tipu....diorang x urut pun...gosok2 jer. masa dia tilik ...mcm2 penyakit yg anda ada. Mangsanya adalah golongan veteran. Klu terpedaya boleh habis 3000yuan. Klu boleh jangan masuk lagi bagus. Ataupun cakap x tau bahasa inggeris. Just said no,no,no,no....

f. Great wall
No komen. memang pengalaman menakjubkan.

g. Lain2 tu nanti anda dah biasa dengan penipuan....so pikir la sendiri.

3. SHOPPING
Ada 3 tempat shopping murah. Yang paling murah x ingat namanya. Tapi kedai kecik jer...peniaga pun x ramai. Nak keychain, magnet n tshirt belila kat sini...memang murah. Nanti tour guide ajar camne nak tawar.
Antara 3 tu, silk market mahal sikit tapi banyak pilihan. banyak barang branded kat sini. Sini banyak pelancong eropah, so diorang tekan kaw2 punya. kena pandai tawar la..
Klu pegi market yang macam nak tutup tu lagi murah...banyak stok clearence. Wang fu jin dengan Yoshaw market x payah pegi la.
Klu ada yang minat nak pegi hard rock shop dia akan bawak. Tapi harga standart la. Beli kat silk market yang tiruan punya boleh dapat 3 for 100yuan. tapi jgn kena tipu...display yang elok, tapi bagi yang teruk.

Beberapa perkara menarik di beijing.
1. banyak kereta Wolksegan
2. bahasanya kasar sikit...macam nak gaduh
3. makanan chinese style...tapi boleh la dimakan. Xdelar kebulur sangat. Bawakla maggi klu x lalu mkan.
4. Nak beli souvenir...beli dengan peniaga jalanan lebih murah. Lagi satu kesian diorang macam org miskin.
5. jangan tunggu last minit nak shopping...mana ada market singgah beli jer.

Ni jer lah lebih kurang tip panduan yang saya boleh sampaikan. So boleh la anggar berapa yuan nak bawak. Nak tukar duit, tukarla di malaysia. Disana kadar tukaran mahal walaupun boleh beli dengan RM

Dimalaysia 100yuan = rm48
dichina 100yuan = rm53
tukar dengan tour guide 100yuan = rm50

Selamat bercuti ke beijing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 05:46 PM | Show all posts
Just wanna share tis ....(got tis fm my frenz)
Untuk Bacaan Semata2.... have a save journey uolss.. ...
nourie Post at 27-1-2011 17:35



nourie,
baguslah panduan yg awak bg tu. mmg bermanfaat bt org mcm yana nie. tq so much
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 07:04 PM | Show all posts
br balik semalam... sy pergi terjah jer... xpakai pakej.. senang je beijing ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2011 07:19 PM | Show all posts
Reply 2414# buiscasey

hai saya pon sama..senang kan....subway dia murah and convenient...rindu subway...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 08:34 PM | Show all posts
Reply  zul_khaleeda

visa buat sendiri kan................
akak89 Post at 27-1-2011 16:20



    ha..aa
rm56 sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 08:35 PM | Show all posts
Reply  kristal


    22/2 x sabau dah
akak89 Post at 27-1-2011 13:54



    saya gi ...2-6 feb..Rabu next week je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:15 PM | Show all posts
Reply 2370# akak89


    akak89, Berri dah PM , yer la memang kena get ready semua tuh, kot2 terlupa laks, benda2 yg kecik tuh selalunya lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:21 PM | Show all posts
Reply 2412# nourie


    tq nourie 4 ur info.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:22 PM | Show all posts
Reply 2418# Blueberri


    akak dah pm phone no akak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:50 AM | Show all posts
Salam semua..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:02 PM | Show all posts
meh saya kongsi itenerary saya ke Beijing 2-6 Feb 2011

Hari Pertama:-
- gi summer place
- Fresh water pearl center/crystal factory
- Acrobatic show

Hari Kedua:-
- Tembok Besar Cina
- Jade/silk center
- Pusat Perubatan (semua tak minat melainkan Great Wal je) hehe

Hari Ketiga:-
- Forbidden City
- Pusat kajian herba (tak suke nyer!!)
- Naik beca
- minum teh

Hari Keempat:-
- Panda Zoo
- Yashow Market
- Sunny Gold Street
- Jewelry Shop/Silk House

Hari Kelima:-
- sarapan
- berangkat pulang
- flt jam 3
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:06 PM | Show all posts
[quote]Reply  TimahMulia

Tp betul ke kat hongqiou tu mahal sikit dr market lain?
& nape TG tak  ...
TimahMulia Post at 27-1-2011 15:05



    k tim,  russian market ada lg... xtutup pun.. elok je diorg meniaga.. sini leh tawar lg dasyat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:30 PM | Show all posts
meh saya kongsi itenerary saya ke Beijing 2-6 Feb 2011

Hari Pertama:-
- gi summer place
- Fresh ...
zul_khaleeda Post at 28-1-2011 12:02


slmat bersoping ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 03:09 PM | Show all posts
meh saya kongsi itenerary saya ke Beijing 2-6 Feb 2011

Hari Pertama:-
- gi summer place
- Fresh ...
zul_khaleeda Post at 28-1-2011 12:02



    akak, ni itinerary TA bg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 03:16 PM | Show all posts
akak, ni itinerary TA bg ke?
mummywiffy Post at 28-1-2011 15:09


ha..aaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 03:46 PM | Show all posts
Selamat ptg.

Kpd kak ZK.. selamat gi beijing.
Hrp2 dpt jgk cari long john sy jgk

Selamat aja-aja fighting masa shopping hihi.

Arini last posting.. sok blk kg.. 7/2 sy posting blk.. moge bnyak gambo ditepek masa sy online ek hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 08:37 PM | Show all posts
Kami g Beijing 28/3 nie..
nak tanya pasal VISA..
kalu ngan TA..dia kata boleh tlg buat.harga rm90...
mmg harga cmtu ke?
kalu buat sendiri harga berapa?
kena apply visa ni sebulan sebelum pergi or bila2 masa boleh buat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.083803 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list