CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 4-6-2008 12:35 PM | Show all posts
kawan kawan semua tgh  lunch ker?kat mekah sekarang pukul 7.35pagi..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 12:36 PM | Show all posts
SALAM SEMUA...

AMBOI....THREAD ni segar bugar....ramai orang..

Korang ni mesti sellau ke sana kan???? Kita belum pernah ke sana..

Suami selalu ke sana...ade urusan  tiap musim haji...

Ada jugak rasa nak ikut..tapi kalau nak bawak anak sekali ...mcmmana lah agaknya.....

anak dah la bau setahun lebih...tgh melasak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:37 PM | Show all posts
rinafarha1709 ....

owh dia kat sana rupanya...online pakai apa yer???

berapa lama kat sana???


BESTNYA!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #2317 alamaktuan's post

Adik rina kita tu....tengah gila kat Mekah.
Dia sentiasa merasakan dirinya berada di Mekah...itulah sebabnya walau di Malaysia pun
dia menggunakan Waktu Mekah...
Tak pelah...kalau itu yg boleh mengembirakan dia..
Akak pun tumpang gembira
Ye...adik rina...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:49 PM | Show all posts
aziefa ..

owh yerker?

yang dalam ni sume OTAI@ mekah la erk.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 01:13 PM | Show all posts

Reply #2317 alamaktuan's post

rina kat malaysia lah..hehehe.
anak kecil alamaktuan...boleh bawa ke sana..
masa sembahyang letak kat depan kita...
suami kerja kat sana ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2008 01:14 PM | Show all posts

Reply #2318 aziefa's post

akak...adoi..hehe..sampai alamak tuan ingat rina online dari mekah...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 01:16 PM | Show all posts

Reply #2319 alamaktuan's post

jomlah join kami dalam forum ni..meriah lagi dgn kehadiran alamak tuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 01:29 PM | Show all posts
Lemon baru lepas lunch...boleh la sbg skit citer kat mekah tu ari...

Day 3...
Bgn kul 2.30am siap2 nak gi s'yang subuh...dlm bilik lemon ada 6 org so lemon yg paling muda..heee...heee yg lain sumer akak2 and makcik2 jer...so bila sumer dah ready jam pun dah pukul 3.15am...so kitaorg pun terus menuju kemasjid....jln dah penuh sesak dgn org ramai yg nak pergi masjid...
Bila habis s'yang subuh jemaah lemon sumer blk hotel kecuali lemon dan one of my friend sebab kitaorg nak buat tawaf sunat...
Masa ni la 1st try lemon nak cium hajarul aswad yg tak kesampaian,cuma dpt pegang cover dia jer...anyway dah rasa syukur sgt..pastu terus gi sembahyang kat hijir...ramainya org kat sini...tapi masih ada rezeki nak sembahyang kat sini...
Selesai sembahyang sempat gak ambik gambar kat depan kaabah...buat kenangan...
Kemudian terus pulang kehotel utk sarapan pagi dan terus mengikuti tazkirah yg disampaikan oleh ustaz lemon...
Hari ni kami tak ada apa2 program so masing2 bebas melakukan aktiviti sendiri...
Waktu Asar..kami semua sepakat utk stay kat masjid sampai Isya'....

Day 4
Hari ini kami mempunyai program utk ziarah keluar kota Mekah...
Kami bermula di Jabal Thur....disinilah terdapat sebuah bukit yg pernah didiami Rasullullah ketika bersembunyi dari org kafir yg mengejar baginda...setiap hari seorg dari isteri sahabat baginda yg bernama Hasmah akan menghantar makanan kepada mereka.Sungguh tak dapat dibayangkan bagaimana seorg perempuan mampu mendaki bukit ini setiap hari dgn keadaan yg kelihatan begitu sukar sekali...
Kemudian kami dibawa ke Jabal Rahmah,tempat pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa....
Syukur Alhamdullillah emak juga berjaya mendaki Jabal Rahmah.....
Sempat memohon doa semoga kebahagian keluargaku perpanjangan sebagaimana kasih sayang Nabi Adam dan Hawa...
Sempat juga berdoa agar diberi rezeki untuk kembali kesini menunaikan haji (InsyaAllah)
Destinasi seterusnya ialah kePadang Arafah dan tempat berwukuf semasa musim haji dan juga tempat melontar yang sedang direnovate....
Seterusnya kami dibawa melawat ke Gua Hira'...tempat pertama diturunkan wahyu kpd Nabi Muhammad S.A.W
Kami hanya berada dibawah bukit sahaja keran kami punya program yg berbeza di gua hira' nanti.
Mengikut program yg telah diatur kami akan mengadakan Qiammualail di sini pada esok mlm...(InsyaAllah)..Pendakian akan bermula selepas isya'dan turun selepas subuh...
Selepas selesai ziarah kami semua pulang kehotel utk makan t/hari dan bersiap2 utk pergi kemasjid menunaikan solat zohor.

Semasa solat zohor Lemon dan emak sengaja mencari peluang bersembahyang di saf hadapan yg mengadap kaabah..pada mulanya keadaan disini ok sahaja..tapi lama-kelamaan org2 "jubah hitam"mula memenuhi  kawasan ini dan mula meminta sedikit ruang kepada kami...seorg demi seorg yng mana akhirnya lemon tidak dpt duduk tahiyat akhir ketika sembahyang....
Keadaan disini benar2 tidak selesa utk bersembahyang ..utk hari2 seterusnya lemon tidak lagi pergi kekawasan ini utk sembahyang....

Day5
Bangun seperti biasa utk sembahyang subuh...
Selepas sembahyang duduk didlm masjid dahulu kerana keadaan diluar amat sesak dgn jemaah yg hendak pulang kehotel masing2...
Ramainya org berniaga ditepi2 jln kemasjidil haram ni kan...macam2 ada....
Selepas sarapan ada 3 org jemaah bilik lemon yg keluar KeTanaim utk bermiqat utk melakukan umrah..lemon tidak dpt turut serta kerana tidak sempat meminta izin suami yg kini berada di gua Hira'...

Lemon nak gi sembahyang dulu nanti sambung balik yaa......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 01:34 PM | Show all posts

Reply #2311 lemons's post

saya ada hari ni...
kalau sape-sape boleh cerita pengalaman Umrah ikut travel agent masing-masing seronok jugak...sekurang-kurangnya boleh menambahkan senarai travel agent yang best yang menjadi pilihan....saya dah ceritakan pengalaman saya ikut travel agent POTO Travel...mutawif tak bagi beli ape pun semasa ziarah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #2324 IDB's post

IDB pegi bila ya..lemon cam ada nampak jemaah POTO masa lemon kat sana la....Lemon kat mekah dari 12/5/08~23/05/08....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:07 PM | Show all posts
RINA,,,

bukan kerja..tp masa musim haji ade la beberapa projek kat sana..dia dduduk sana biasanya sebulan...

smpai ujung musim haji...

letak anak depan masa semayang?? sure x kusyuk..anak kuta dah pandai jalan..kang hilang kemana2 kang...


suami kita biasa pergi sendiri ,x ikut tabung haji.........biasanya menetap di JEDDAH...ulang alik lah

ke MEKKAH /MADINAH....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:31 PM | Show all posts

Balas #2324 IDB\ catat

Salam.

Jengah sekejap di sini, rindu dengan anak-anak dan adik-adik di sini.   Hari ini
cuti, dari pagi sibuk masak kerana anak dan 2 orang cucu nak kembali semula ke jepun malam ni.  

Rupanya mutawif  yang IDB ceritakan hari tu dari POTO  ye...  Masa kakak pergi dengan POTO tempoh hari mutawifnya tidak pulak begitu.  Masing-masing punya caralah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:38 PM | Show all posts

Reply #2327 Rosputih's post

ooo..patut la tak nampak posting kak ros ari ni...cuti rupanya ya....
tak pe la..kak ros spend la masa ngan anak2 dan cucu2 kak ros dulu nanti bila semua dah selesai...boleh la jenguk2 kitaorg kat sini lak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:23 PM | Show all posts

Reply #2323 lemons's post

Paste lah gambar depan Kaabah tu kat sini..
Boleh terubat juga kerinduan Perindu perindu Mekah disini..
Kalau tak silap kita..Ziela Jalil dan anak anak dia sudah 3 kali mendaki gunung setiap kali pi Umrah.
Tapi tak pasti Gunung apa??..Jabal Thur ke..or Gua Hira.Baca kat Majalh Mangga.
Baguslah...bersemangat...
Ceritalah pengelaman lemon or suami mendaki ke Gua Hira...
Tak pernah pun bila pi Umrah dok daki gunung..
Suami pernah juga nak pi daki masa Musim Haji...tapi separuh jalan
turun balik...cengkelat dgn kawan kawan yang lain..
he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #2323 lemons's post

lemons dgn suami duduk bilik asing2 ke?
masa zohor,lemons dan mak sembahyang kat saf yg di hadapan kaabah tu ke saf yg dalam gambar kak aziefa??

jabal rahmah ni yg utk kita berdoa ketemukan jodohkan..rina confuse antara jabal rahmah dan jabal nur..rina tak daki tangga2 sbb masa tu rina tgh demam..ruginya rina....
suami lemons daki gua hira,berapa lama perjalanan utk sampai ke puncak?

semlmkan rina pergi tesco..pastukan rina nmpk buah lemon byk..terus rina teringat kat lemons....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 03:45 PM | Show all posts

Gambar Suami kita semasa mendaki Gua Thur..or Gua Hira..tak ingatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:50 PM | Show all posts

Reply #2330 rinafarha1709's post

Jabal rahmah tu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari Syurga.
Kalau nak mustajab doa..berdoalah di Hijir Ismail ke or depan Multazam..
Kelakarlah rina ni...nampak lemon terus teringat lemon..
Tak pe ke pisang sebiji tu dibelah dua tapi Akak makan seorang saja..???
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #2326 alamaktuan's post

bestnya suami alamak tuan pergi setiap kali musim haji...
musim haji ramai org..risau gakkan bawa baby...
tinggal kat rina lah baby..rina tolong jagakan..
rugi kalau alamak tuan tak ikut...tumpang muda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:57 PM | Show all posts
Salam semua..

Cen baru je join forum Umrah ni, dan baru balik dari sana dalam 2 minnggu lepas. Nanti kalau ada masa Cen upload gambar Kaabah.  betul lah kata orang, orang yang pergi sana takkan dapat lupa kan aura Kaabah dan rasa macam Kaabah tu memanggil manggil je kita ke sana lagi kan ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055622 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list