|
hehheh
ni resepi baru
Coklat Tempe
ciptaan adik aku dan kawan2 nye
Tempe diubah jadi bar coklat
BAR coklat tempe yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar UPM di Serdang semalam.
SERDANG - Pernahkah anda terfikir bahawa makanan tradisional masyarakat Jawa iaitu tempe mampu menjadi hidangan moden yang lazat seperti bar coklat?
Hasil ciptaan kreatif pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ini pasti menjanjikan sesuatu yang berbeza jika berjaya dipasarkan secara komersiol.
Menurut Ketua kumpulan Nutri Nine Food Industries, Sew Chang Chew, 22, kumpulan yang menghasil Choc Tempt, ia merupakan ciptaan kreatif mereka yang mahukan produk asas tempatan dimodenkan dan mampu menyaingi produk antarabangsa.
"Kami melihat tempe mempunyai potensi yang sangat besar, oleh itu kumpulan kami yang mempunyai sembilan ahli mengambil keputusan untuk menjadikan tempe sebagai asas projek," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, mereka mengambil masa satu semester untuk menghasilkan ciptaan mereka ini dari bahan mentah kepada produk siap dengan pembungkusan. |
|