CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50

   Close [Copy link]
Post time 2-12-2012 07:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 07:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 07:57 PM | Show all posts



Credits: budiey.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:00 PM | Show all posts
gambar ni mcm errr....mcm...errr...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2012 08:00 PM | Show all posts
errrkkk pas aku baca thread ni, aku dpt hint psl FK dgn O. disebabkan aku curious siapakah O itu, aku godek2 kat pacik google dan baca blk gosip dulu2 yg aku xpernah tau pun....nak kata bg keburukan ke kebaikan ntah ni?? keburukan lah kot kan sbb telah menimbulkan satu persepsi yg tidak baik dlm diri aku terhadap FK ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:03 PM | Show all posts
Corat-Coret Majlis Resepsi Farid & Diana

Sepanjang berlangsungnya majlis resepsi pengantin baru Farid Kamil dan Diana Danielle di Taman Ekuestrian Putrajaya, terdapat pelbagai perkara menarik yang ingin GUA kongsi.

1. Pengantin diarak mengelilingi seluruh kawasan Taman Ekuestrian sebelum dibawa turun ke pelamin dengan Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda.

2. Lagu Beauty and the Beast nyanyian Celine Dion mengiringi perarakan pengantin ke kawasan Taman Ekuestrian mampu menambah mood romantik.

3. Bekalan elektrik terputus sebaik sahaja pengantin duduk di pelamin. Majlis tergendala dalam 10 minit. Sebaik sahaja masalah diatasi, majlis diteruskan dengan bacaan doa.

4. Majlis yang berkonsep dalam taman itu dicemari dengan hujan renyai. Walau bagaimanapun, majlis berjalan dengan lancar dan tetamu semakin ramai tiba walaupun hujan.

5. Nasi minyak bukan makanan yang disajikan kepada tetamu seperti kebiasaan. Sebaliknya makanan barbeque seperti ayam panggang, kentang putar dan salad menjadi hidangan.

6. Pelbagai persembahan menarik diketengahkan oleh Unit Berkuda PDRM. Antaranya, persembahan akrobatik atas kuda dan persembahan Tean Paging.

7. Pelatih PLKN turut hadir memeriahkan majlis resepsi ini. Untuk makluman, Diana pernah menjadi salah seorang pelatih PLKN.

8. Ibu bapa Farid, Dato’ Dr. Zahari dan isteri membuat kejutan kepada pengantin dengan menghadiahkan pasangan itu kereta mewah BMW X6.

9. Lebih kurang 600 tetamu termasuk saudara mara, rakan artis dan media hadir pada majlis resepsi yang serba ringkas itu.

10. Diana yang kelihatan sedikit berisi menggayakan busana dari butik Mimpi Kita, manakala Farid menempah uniform PDRM.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 08:06 PM | Show all posts
Enggan Komen Tentang Kandungan, Diana Danielle Tiada Niat Larikan Diri

Pelakon jelita Diana Danielle enggan memberikan komen lanjut mengenai kehamilannya sejak mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana menganggap apa yang diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan keadaannya sekarang.

Diana berkata dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada menjawab pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana menganggap apa yang diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan keadaannya sekarang.

“Jangan marah-marah ya.. Saya suka berkongsi hal-hal kehidupan peribadi kepada umum tetapi ada hadnya.

“Maafkan saya sekiranya ada pihak yang terasa dan menganggap saya seperti cuba ingin melarikan diri,” katanya.

Diana ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya bersama Farid Kamil Zahari di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.

Saya suka berkongsi hal-hal kehidupan peribadi kepada umum tetapi ada hadnya.

Diana tampil anggun dengan gaun berona putih rekaan MimpiKita pada majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.

Tambah Farid pula, dia pada mulanya tidak menyangka bahawa isterinya berkongsi berita gembira itu di Instagram begitu cepat namun menganggap ia sekadar keterujaan seorang wanita yang bakal bergelar ibu.

“Saya harap tiada siapa yang tidak berpuas hati dengannya apabila tidak menjawab panggilan media.

“Bukannya tak nak, saya sendiri tak sangka kandungannya itu sudah diumumkan di Instagram. Mungkin ia adalah perasaan keterujaan seorang wanita yang bakal menjadi ibu.

“Lagipun dia tidak menyorokkan diri daripada sesiapa kerana berita berbadan dua itu diumumkan sendiri olehnya,” ujar Farid.

Seramai 600 tetamu yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan, para media, selebriti, rakan-rakan dan keluarga di kedua-dua belah pihak keluarga hadir ke majlis resepsi itu yang bertemakan ‘Barbeque Wedding’.

Pasangan itu tiba di perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM (Polis DiRaja Malaysia).

  Maajlis resepsi Farid & Diana yang bertemakan ‘Barbeque Wedding’ lain dari yang lain.

Pasangan itu mula memasuki perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM (Polis DiRaja Malaysia).

Diana anggun dengan gaun mewah rona putih rekaan MimpiKita serta disolek oleh Chot manakala Farid pula cukup segak dengan pakaian beruniform khas yang ditempah sendiri.

Walaupun majlis tersebut mempunyai masalah bekalan elektrik sepanjang acara berlangsung, pasangan itu tetap bersyukur apabila kesemua tetamu dapat meraikan hari istimewa tersebut bersama-sama mereka.

“Alhamdulillah, majlis resepsi berkonsepkan taman dengan selitan unsur-unsur formal menjadi.

“Cuma saya terkejut apabila majlis ini bertukar dengan cahaya gelap gara-gara tiada elektrik.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

“Tetapi saya dan Diana tetap bersyukur kerana para tetamu hadir untuk meraikan kami dengan meriahnya. Mujurlah kami mengenakan pakaian bewarna putih pada malam ini (Sabtu),” seloroh Farid.

Sepanjang majlis berlangsung pasangan itu dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Adira, Amir Jauhari dan Zul Huzaimi.

Malah pertunjukan formasi oleh beberapa kuda dengan aksi menarik turut menghiburkan pasangan Raja Sehari itu serta para tetamu termasuklah selebriti yang hadir seperti Maya Karin, Fazura, Sazzy Falak dan Ummi Nazeera.

Sementara itu, majlis resepsi kedua pula akan diadakan di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Bagaimanapun pasangan itu belum menetapkan tarikh.

Majlis resepsi pertama ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) pada 9 Disember ini, pukul 9 malam.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur. Kredit Mstar Online

Dari Portal GUA:

Pengantin yang baru sebulan disatukan, Farid Kamil dan Diana Danielle, diraikan dalam satu majlis resepsi yang ringkas dan sederhana namun meriah di Taman Ekuestrian, Putrajaya, semalam.

Bertemakan ‘Barbeque Wedding’, Farid dan Diana berarak masuk ke perkarangan Taman Ekuestrian diiringi Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda.

Bagi Diana, perkahwinan dalam taman merupakan impian perkahwinannya dan Farid telah mencantikkan lagi tema itu dengan persembahan Tean Paging dari Unit Berkuda PDRM.

“Pemilihan PDRM untuk terlibat dengan majlis resepsi ini kerana saya sedang terlibat dengan latihan bersama PDRM untuk menjadi salah satu anggotanya. Ini ibarat ‘give and take’ antara saya dan PDRM”, kata Farid.

Menurut Farid, sepatutnya dia dan Diana menunggang kuda itu sendiri. Namun kerana Diana kini berbadan dua, hasrat itu dilupakan.

“Ramai yang nasihatkan agar kami menggunakan kereta kuda kerana kandungan Diana masih baru dan bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku”, katanya.

Selain sahabat dan saudara mara, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu dikalangan orang kenamaan, para media dan rakan artis. Antara selebriti yang hadir adalah Maya Karin, Fazura, Nad Zainal, Zulhuzaimi, dan Zul Suphian. Manakala, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adira dan Amir Jahari.

Sementara itu, ibu Diana, Norsiah Ramli sempat menyampaikan pesan buat menantunya agar menjaga Diana dengan baik.

“Saya ingin Diana mendalami ilmu agama dan kini tanggungjawab Farid untuk membimbing Diana”, kata Norsiah.

Majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember ini dan masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman.
Last edited by achik2009 on 2-12-2012 08:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:14 PM | Show all posts
dpt hadiah bmw x6 tuee...
perghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:25 PM | Show all posts
Farid Kamil, Diana Danielle Terima Hadiah BMW X6!



Teks oleh Kheme Rosly

[email protected]

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

PUTRAJAYA, 2 DISEMBER 2012: Seri wajah si ratu sehari terpancar di wajah aktres Diana Danielle saat ditemani jejaka pilihan hatinya iaitu aktor kacak, Farid Kamil, menaiki pedati kuda di hari bahagia mereka. Pasangan ini memilih Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai lokasi majlis resepsi pertama mereka selepas diijabkabulkan pada 3 November lalu.

Lebih kurang jam 9 malam, pedati kuda memuatkan pasangan raja dan ratu sehari ini memasuki perkarangan Taman Ekuestrian Putrajaya diiringi khas unit berkuda PDRM. Majlis resepsi berkonsepkan garden wedding adalah idea yang dipilih oleh Diana dan Farid sendiri untuk meraikan keluarga, sahabat, rakan selebriti, media dan jemputan yang hadir pada malam tersebut.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson,21, tampil anggun dalam busana mewah rona putih ala puteri raja hasil rekaan daripada label MimpiKita dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Chot. Manakala Farid Kamil pula mengenakan uniform khas yang ditempahnya untuk digayakan pada malam tersebut.

Dalam pada itu, antara perkara yang menjadi tumpuan umum yang hadir pada malam resepsi tersebut adalah kejutan daripada bapa Farid sendiri iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan. Ketika kedua mereka sedang bersanding di pelamin, pengacara majlis mengumumkan tentang hadiah yang bakal diterima kedua pengantin daripada bapa Farid.

Dato` Dr Zahari telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka. Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.

Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada Adira dengan lantunan lagu Ombak Rindu dan Amir Jauhari mendendangkan lagu Sempurna. Padang ekuestrian itu turut menyaksikan pertunjukan formasi oleh kuda-kuda dengan aksi yang menarik dan jarang dapat kita lihat dalam majlis sebegini.

Menerima kehadiran tetamu lebih kurang 600 orang, majlis tersebut berlalu dengan begitu santai dan tidak terlalu formal. Cuma terdapat gangguan bekalan elektrik dan juga penyediaan makanan namun ia tidak mencacatkan perjalanan majlis yang dibiayai sendiri oleh pasangan pengantin tersebut.

Majlis resepsi ini juga menerima kunjungan daripada rakan artis yang turut hadir bagi meraikan pasangan Farid dan Diana Danielle. Antara selebriti yang hadir pada majlis resepsi bertemakan rona hijau itu adalah Fazura, Sazzy Falak, Ummi Nazeera, Maya Karin dan ramai lagi.

Majlis resepsi pertama ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria, saluran 104 secara langsung pada 9 Disember ini. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan untuk meraikan pengantin lelaki di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:36 PM | Show all posts
Nmpk dh ek perut dd ni.tpkan bese pegnant 2 bulan pn blum tntu nmpk.
Aku nak agak die preggy kembar.dgn upt die yg jelas ritu wlu br pas dua mggu kwen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:38 PM | Show all posts
Em..bila plak fk ni msuk polis?sbb setau akukn bj onedress bukan senang2 j nk pki melainkn ko ada pgkt pegawai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:39 PM | Show all posts
kajol77 posted on 2-12-2012 08:00 PM
gambar ni mcm errr....mcm...errr...

besar dah ek
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:39 PM | Show all posts


oh noooooo dd yang cun knp makeup jd mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:44 PM | Show all posts
nampak ketara baby bump dia....takkan baru sebulan preggy dah nampak besar camtu....
depa tak pandai coverline ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 08:45 PM | Show all posts
kajol77 posted on 2-12-2012 08:00 PM
gambar ni mcm errr....mcm...errr...


erkkkk....perut da besar
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:51 PM | Show all posts
Eliadaisy83 posted on 2-12-2012 08:44 PM
nampak ketara baby bump dia....takkan baru sebulan preggy dah nampak besar camtu....
depa tak panda ...


rasanya diorg xkan cover dah
wat for kan...benda dah nampak
so announce la mana yg baik
yg x baik tu dorg no komen kan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:57 PM | Show all posts
sib baik bukan baju Rizman Ruzaini
kalau tak mesti ada reben kat baju tu
apasal artis pompuan malaysia ni taksub sangat dengan rekaan Rizman Ruzaini??
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:00 PM | Show all posts
suka wedding gown DD sebab simple tapi elegant
lagi cantik dari Ella punya wedding gown yg beropol tingkat2 tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.159048 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list