|
cmf_GAIA posted on 25-5-2013 04:10 PM
pengembara yg baru berjinak2 je kita ni....
GAIA, memang awesome lah pengembaraan yang macamni. Teruja habis baca pasal cerita you ni. Dah macam baca cerita National Geographic.
Memang jarang-jarang orang pergi ke Tibet. And nak tanya, macamane tekanan udara kat sana eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
syurfa posted on 27-5-2013 09:22 PM
GAIA.. you tak nak tulis buku ker? Pengalaman you travel in 83 days..
ahaa..ramai dah dok tanya tu....tak terasa lak nak tulis buku, cuma tengah rajin2 kan diri tulis travelog je la (travelog thailand sblm ni pun x abis lagi)...takat publish online share ngan org lain baca je la....kalo nak tulis buku kena mekupkan bahasa pulak nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
poobritney posted on 28-5-2013 12:03 PM
GAIA, memang awesome lah pengembaraan yang macamni. Teruja habis baca pasal cerita you ni. Dah mac ...
Trimas . Actually saya belum sampai ke Tibet lagi, rancangannya kalau jadi bulan September nanti...kalau jadi la....tak plan serius lagi pun benarnya. Kat north India setakat ambik pengalaman bersama komuniti Tibetan refugee je. Di Dharamsala (travelers biasa akan refer tempat tu as Dharamsala, tapi lokasi sebenar dia ialah McLeod Ganj) boleh tengok komuniti Tibet, orang nya mcm mana, sejarah dan budaya diorang mcm mana....manakala di Ladakh pulak, org Tibet tak seramai di Dharamsala, tapi setting geografi Ladakh tu sendiri dah macam Tibet, dataran tinggi atau dipanggil bumbung dunia. Orang2 asal Ladakh pun penganut Tibetan Buddhism, so ada banyak gompa (monasteries) atas2 bukit, banyak stupa di sana-sini sekitar dataran tandus berbukit tu...sama lah macam Tibet. Jarak antara McLeod Ganj dengan Leh agak jauh, McLeod Ganj ni sebelah pinggir bawah Himalaya, kat lereng pergunungan Dhauladar ranges mengadap Kangra Valley yang menganjur terus ke tanah datar Punjab. Manakala Leh (ibukota Ladakh) ni pulak di sebelah utara, hampir ke pertengahan Himalaya, bersempadan dengan wilayah Gilgit-Baltistan sebelah Pakistan dan Tibet di sebelah China. Senang tengok map bawah:-
McLeod Ganj kat belah2 bawah himalaya tu ketinggian dia 1770m saja, so tak ada masalah tekanan udara. Kalau Leh ketinggian dia 3520m, oksigen tipis...bila buat physical activity kita akan jadi cepat termegah2. Segalanya kena dilakukan dengan perlahan di kawasan altitude tinggi mcm Ladakh n Tibet ni.
Biasa orang sampai ke Leh samada via jalan darat atau jalan udara. Jalan darat boleh ikut Srinagar-Leh atau Manali-Leh. Kelebihan ikut jalan darat adalah badan kita akan slowly adapt dgn perubahan ketinggian, manakala kalau terbang terus dari Delhi ke Leh, perubahan tu mendadak, so ada risiko utk kena sindrom sakit kepala, pening2 atau muntah sebab badan masih belum sesuaikan diri dengan altitud tinggi. Hari tu saya sampai ke Leh melalui jalan udara sebab jalan2 darat masih tertutup salji tebal, tapi saya terbang dari Jammu, 45 minit sahaja. Sampai Leh, tunggu2 ke petang pun masih belum alami gejala2 sindrom pening2 tu...heran gak kenapa, guest house owner tu cakap mungkin sebab body kuat...tapi ada kemungkinan juga sbb saya dah spent hampir 3 minggu di kawasan tanah tinggi sekitar wilayah Himachal Pradesh sebelum tu (Shimla, Manali, Kasol, McLeod Ganj) yg walaupun ketinggian purata dlm dua ribu meter sahaja tapi sebab buat banyak trekking, jalan jauh n hiking bagai mungkin menjadikan badan saya bersedia dengan high altitude di Ladakh. Sebenarnya takdala smooth abis pun, rasa pening tu ada sikit2...terasa dlm kepala dlm setegah minit je pastu hilang n datang balik kadang2 tapi sekitar setengah minit je.
Apa2 pun cara kita sampai ke tanah tinggi yg 3000m keatas ni, paling penting ialah kena rehat dulu selama 2-3 hari. Jangan buat apa2 yang melelahkan mcm panjat tangga tinggi2 (Ladakh & Tibet ada banyak biara atas bukit dgn beratus2 tangga) atau berlari atau berjalan jauh2 sampai penat. Air memang kena minum banyak sepanjang masa kalau boleh lebih 3 liter sehari. Masalah kecil ialah Leh sangat sejuk, air mineral dlm botol semua mcm air baru keluar dari peti sejuk, so kadang2 kita malas nak minum air sejuk kerap sangat, tapi kena paksakan diri juga . Kalau dapati hidung berdarah tiba2 tu tandanya kita dah mula dehydrate. Jaga badan dgn jgn buat perkara letih n minum air banyak2 utk 2-3 hari pertama tu adalah sangat2 penting utk elak dari terkena AMS (Acute Mountain Sickness) yang boleh membawa maut.
Saya stay di Leh selama tiga hari sebelum buat perjalanan jauh 6 jam ke Pangong Tso (Pangong Lake) di sebelah timur Ladakh. Tasik ni yg featured dlm scene akhir filem 3 idiots tu. Pangong Tso berada pada ketinggian 4249m dan di pertengahan perjalanan akan lalu genting (high pass) Chang La pada ketinggian 5289m. Dari Leh kita ikut lembah sepanjang Indus river hingga sampai satu point berpisah dari sungai dan mula menyusur jalanraya bengkang bengkok sepanjang lereng gunung. Condition jalanraya dia takdela elok sangat, ada satu part sebelum Chang La tu jalan dia dah berais, tayar kereta tak lepas nak naik. Ada sekali ramai2 tolak kereta, masa tu terus rasa nak pitam sebab pakai tenaga n oksigen banyak di tempat yg kurang o2. Kereta tersekat lagi lepas tu tapi kitorang tak tolak dah, ada group lain datang tabur tanah kat atas jalanraya yg berais tu, so lepas tu kereta dapat lalu dengan mudah. My seat mmg depan sekali sebelah driver, so takde lah affect sangat dgn keadaan jalan bengkang bengkok, berlubang n bumpy tu, tapi lepas berenti di Chang La, mamat Kanada yg dok belakang mintak tukar sbb dia dah mula nak kena travel sick. Me setuju tukar sbb ingat takkan apa2 la kan, sekali jalan turun dari ChangLa tu lagi teruk berlubang2...dari elok2 tadi tak pasal2 terus jadi mabuk dan muntah2....
Google map terrain view tunjuk route dari Leh ke Pangong Tso. Selepas beberapa ketika melalui tanah datar sepanjang sungai Indus, jalanraya merentas kawasan pergunungan via ChangLa dan kawasan lembah di desa Tangste sebelum masuk pergunungan balik utk ke Pangong Tso
Pic dari seat sebelah driver. Menyusur tebing sungai Indus
Turun dari ChangLa sampai satu penempatan ni nama Tangste, ada pekan kecil (tak sangka ada org leh duduk kat tempat sesejuk ni) n ada klinik khas. Sebab tetiba jatuh sakit, driver terus bawak ke sini check tekanan darah, jantung etc sbb diorang kena pastikan yg kita tak kena AMS. Skali check OK, takda apa...just mabuk perjalanan je, staff bagi ubat tahan mabuk n air garam sbb body dah almost sampai level dehidrat dah....so teruskan perjalanan dari Tangste ke Pangong Tso, sejam lagi naik atas.....sungai2 sepanjang perjalanan semua beku, ada sekumpulan Yak cari makan kat tepi2 sungai...patutla Yak boleh hidup kat Himalaya ni, bulu dia bukan kemain lebat.....then bila sampai PangongTso ada masalah lain pulak, dada tiba2 terasa sangat berat mcm kena tekan...tak berani nak gerak2 dah, ada sorang passenger lain tu bawah Oksigen dlm tin, dia suruh sedut O2 tu, i cuba la tapi tak terasa apa2 pun...mamat Kanada tu tolong ajar cara nak guna tapi mcm dah habis je O2 tu, entah...sedang org2 lain dah pergi berseronok ambik2 pic segala aku lak kena dok dalam kete je (dlm kete hangat, luar sejuk..negatif)...sedih la gak sbb dah jauh2 datang nak tengok tasik dari filem 3 idiots tapi kena dok dlm kete je....then lepas tu muntah berkali2...skali lepas muntah tu badan rasa lega...masih lemah tapi takdela berat dada dah...so merasa la jugak berjalan2 atas tasik beku tu..ambik2 gambar walaupun x dapat nak enjoy spenuhnya sbb masih belum sihat.
Kumpulan Yak di tepi sungai beku....
Balik dari Pangong Tso, masih ada muntah lagi tengah2 perjalanan....sampai guesthouse, family owner sana pun cakap diorang sekeluarga yg merupakan penduduk asal Leh pun kena travel sick jugak masa ke Pangong Tso tahun lepas. Sampai skrg masih tak faham kenapa boleh rasa berat dada tu, sbb kalau nak kira dah stay 3 hari kat Leh patut dah adapt dah dengan high altitude, nak kata sbb kurang oksigen pun sedut o2 tapi x jadi apa2...so mungkin sbb dehydrate lah kot?
Di genting tinggi Chang-La, third highest motorable road in the world katanya....sini ada teh panas free yg sedap.
Last edited by cmf_GAIA on 29-5-2013 10:49 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 28-5-2013 04:17 PM
Trimas . Actually saya belum sampai ke Tibet lagi, rancangannya kalau jadi bulan Septembe ...
Well-written GAIA! Dulu baca jugak pasal tekanan udara ni. Memang agak bahaya pada body kan...Ayyway sambunglah cerita lagi pasal your journey. Love to hear so called 'unique' travel experience nie.
|
|
|
|
|
|
|
|
poobritney posted on 29-5-2013 10:54 AM
Well-written GAIA! Dulu baca jugak pasal tekanan udara ni. Memang agak bahaya pada body kan...Ayyw ...
hehehe...unik lah sangat.... ramai je yg travel lagi gempak tapi kat India tak ramai jumpa Malaysian, jumpa dua org je yg backpack mcm ni...sorang budak student UIA jumpa kat Agra n sorang lagi mamat diver instructor dgn gf (or kawan) mat salleh yg juga stay kat malaysia jumpa kat Manali. BTW nak start dari first day in India ke camana? banyak nak kena tulis ni....bila cuba serius jadi malas, bila spontan n random rajin sikit....tapi apa2 pun mmg kena tulis gak exp india sbb mcm rugi kalau dibiar saja.....
|
|
|
|
|
|
|
|
poobritney posted on 29-5-2013 10:54 AM
Well-written GAIA! Dulu baca jugak pasal tekanan udara ni. Memang agak bahaya pada body kan...Ayyw ...
oh yeah...pasal tekanan udara tu, bukanlah masalah besar kalau kita ambik prevention awal2...rilex and sesuaikan diri dengan high altitude dulu selama 2-3 hari baru buat aktiviti2.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 29-5-2013 11:20 AM
hehehe...unik lah sangat.... ramai je yg travel lagi gempak tapi kat India tak ramai jumpa Ma ...
gaia,
kena tulis dan bukukan. buat kenangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 30-5-2013 09:18 AM
hahah...kalau aku rajin wat travelog kat blog cam gepren leh gak compile n buku kan....ni xde pepe ...
GAIA, kalau pergi ke sini kan, memang kena pakai guide dari sana kah? Or kite boleh explore sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
poobritney posted on 30-5-2013 11:30 AM
GAIA, kalau pergi ke sini kan, memang kena pakai guide dari sana kah? Or kite boleh explore sendir ...
Pangong Tso ke? kalo Pangong Tso memang kena register dgn tour agency sbb nak masuk sana kena ada permit....at least 2 org dlm 1 group baru dia issue permit and wajib via travel agent sbb Pangong Tso ni dah masuk area bersempadan dgn China (Tibet), sama juga dengan Nubra Valley sebelah utara Ladakh (sempadan Pakistan) pun kena ada permit kalau nak ke sana. Lelain tempat sekitar Ladakh boleh je explore sendiri kalau bandar, pekan kampung. Ke Pangong Tso tak perlu guide pun, just hire car dgn driver je bawak ke sana...satu kereta muat dlm 7 org maximum, 5 org paling selesa, kalau kita hanya berdua je kena cari traveler lain utk join sekali (senang sbb Ladakh ramai travelers datang) kalau tak mahal sangat nak bayar satu kereta. Kat Ladakh org pakai guide hanya utk trekking ke tempat2 remote, pendalaman lembah2 gunung, perlu org berpengalaman utk trekking kalo tak pasal2 sesat. Kalau musim winter ada trek ais yg popular, jalan tepi sungai yg dah beku utk ke Zanskar valley...sebab wintertime jalan kenderaan darat masuk ke Zanskar tertutup sepenuhnya oleh salji tebal, so hanya ada trek laluan kaki yang kena lalu atas frozen river, yg ni WAJIB ada guide yg boleh baca ais, kalo tak free2 je pijak ice rapuh masuk sungai. Ada satu gambar kat satu kedai photo kat Leh tunjuk ice trek ni...lawa giler gambar tu buatkan rasa nak cuba jugalah ice trek tu suatu hari nanti....
Pic trek ais tu dari google....
Yg trip dari Leh ke Srinagar tu laluan pengangukutan biasa je, tak payah guide. Memang pengangukatan awam yg digunpakai org2 local nak berulang alik dr Srinagar ke Leh pun. Ada pilihan bas atau teksi, bas slow dan murah n teksi (suv car) lebih pantas n mahal, seat tepi driver paling mahal n kena booking sehari lebih awal. Kalau tak silap kat page belakang2 ada forumner post pasal trip dia dari Srinagar ke Leh pakai private driver rasanya
Last edited by cmf_GAIA on 30-5-2013 12:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 28-5-2013 03:35 PM
ahaa..ramai dah dok tanya tu....tak terasa lak nak tulis buku, cuma tengah rajin2 kan diri tulis t ...
GAIA, boleh ka kita semua baca travelog yg komer dah catat tu? Apa linknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 31-5-2013 09:06 AM
GAIA, boleh ka kita semua baca travelog yg komer dah catat tu? Apa linknya...
x wat online pun, tgh cuba kumpulkan butir2 utk setiap date n save dlm notepad je.....then dah cukup semua baru boleh mengarang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut calculation pada Google Map, perjalanan dari Leh ke Srinagar adalah sejauh 420km. Jarak ini pada highway tanah datar yg biasa patut makan masa sekitar 8 jam, bagaimanapun perjalanan bengkak bengkok melalui celah2 gunung dan lembah adalah lebih perlahan...19 jam, tapi my trip baru ni jadi 48 jam....
Yang bagusnya tentang terrain mode view dalam Google Map ialah kita dapat lihat dengan jelas bentuk muka bumi dia samada tanah dataran atau permukaan bergunung-ganang. Leh (3524m) terletak disebelah barat state Jammu & Kashmir, diapit oleh banjaran Ladakh range sebelah utara dan Zanskar range di sebelah selatan. Sungai Indus mengalir di selatan Leh, ke arah barat. Lembah yg terbentuk sepanjang sungai Indus nilah letaknya Srinagar-Leg Highway melalui Kargil (2817m) dan poin tertinggi di Zoji-La (3528m) sebelum turun ke lembah Kashmir dan perjalanan berakhir di Srinagar (1730m).
Khamis malam Jumaat, selepas balik dari Pangong Tso, ketika badan masih lemah kerana travel sick, aku ada memikirkan nak batalkan saja plan ke Srinagar ikut jalan darat. Sedang berkira2 nak ke Srinagar dengan flight, ada masalah pula sebab flight dari Leh ke Srinagar hanya ada sekali dalam seminggu, hanya pada hari Isnin dan harga tiketnya sangat mahal. Pagi Jumaat, bila badan dan segar bugar semula, semangat nak adventure datang balik, aku kira nak teruskan juga plan ikut jalan darat tu tetapi akan buat apa2 yg patut utk kurangkan risiko mabuk perjalanan (makan pil elak mabuk, duduk di seat depan, etc...). Petang Jumaat aku ke stesen bas utk tanya pasal bus schedule tapi bas masih belum beroperasi, katanya bulan June baru bas jalan. Srinagar-Leh Highway pun sebenarnya baru bukak kpd public tak sampai dua minggu pun, selepas 'bercuti' panjang sepanjang musim dingin. So sekarang ni, hanya teksi saja satu2nya pilihan pengangkutan awam yg ada. Terminal teksi kat luar stesen bas saja. Teksinya bukan mcm teksi bandar tapi samada SUV atau 4WD yg boleh muatkan sehingga 7 penumpang. Driver2 teksi ke Srinagar dah siap tunggu, perlu tanya saja, then bayar deposit Rs500, catit nombor plet teksi, nama dan no phone driver dan arrange suruh dia pickup kita kat mana besok petangnya (Teksi ke Srinagar wajib booking advance sehari). Teksi dari Leh biasa bertolak jam 5 petang dan akan sampai ke Srinagar besok paginya. Aku ambik seat depan sebelah pemandu, harganya seat depan paling mahal Rs2000 (RM110)...terpaksalah sebab nak elak mabuk kan. Kalau seat belakang harga lebih murah, sekitar seribu lebih rupee je.
Esoknya teksi dtg jemput depan Jama Masjid di tengah kota Leh, then kembali ke stesen teksi...lama punya tunggu sebab passenger lain lambat show-up. Skali bertolak jam 6 lebih. My teksi meninggalkan Leh jalan sama2 dengan satu lagi teksi, driver saling kenal. Aku rasa mungkin juga atas sebab keselamatan (sbb travel malam kan) diorang practice drive berkumpulan mcm ni.
Langit agak mendung tapi permandangan sepanjang jalanraya memang cantik. Cantik Ladakh ni lain, sebab dia tak menghijau macam Himachal Pradesh atau Kashmir Valley. Ladakh adalah gurun sejuk, permukaan tandus, pokok2 sangat kurang....bukit2 yang mengelilingi Ladakh hanyalah bukit batu yang tandus sesekali ada padang pasir sepanjang lereng bukit. Bukit2 yg lebih tinggi punyai puncak2 bersalji. Alex Bhardwaj yg aku jumpa di Lucknow 2 bulan sebelum tu pernah kata "there's no other place like Ladakh in this world". Aku tak rasa dia betul sepenuhnya sebab aku yakin Tibet punya landscape pun sama mcm Ladakh. Namun inilah Ladakh, keindahan landkap dia susah nak explain dengan perkataan, kena tengok sendiri dan rasa.
Duduk kat seat depan jadi senang nak ambik gambar permandangan luar tingkap...so tangan pun busy la snap sana-sini....sekejap je la, sbb lepas tu dah mula malam. Jarak my teksi ni dengan teksi satu lagi tak terlalu jauh antara satu sama lain. Sampai magrib, teksi satu lagi berenti sebab ada sorang pakcik Kashmiri janggut panjang yg alim nak solat tepi jalan, dia siap azan lagi kat tepi jalan tu.
Gunung-gunung Zanskar ranges dilihat dari kota Leh
Gurun pasir dilereng bukit...
Menyusur sepanjang sungai Indus
Dataran tinggi ladakh, sungai Indus dan banjaran Zanskar
Tandus....tanpa pokok.....
Tak lama lepas tu teksi2 berhenti kat satu pekan kecil utk makan malam. Sunyi je pekan tu tapi ada beberapa kedai buka dan ramai orang. Di simpang jalan ada roda besar yg diguna oleh umat Tibetan Buddhism berdoa. Kedai yg kita satu teksi singgah tu kedai muslim, tapi makanannya vegeterian sepenuhnya. Nasik makan dengan kari kentang sama kacang hijau dan dal.
Makan malam....
Perjalanan diteruskan, ada satu ketika, masa tengah menyusur lereng2 gunung, bulan purnama muncul dan menyinar puncak2 gunung bersalji di sekitar...permandangan dia cantik sangat! Suasana tengah2 gunung yg sunyi tu terasa sangat bermisteri gitu....sayangnya low light mcm ni takleh nak ambik gambar, so imej keindahan malam bulan purnama di tengah daerah pendalaman bergunung tu hanya simpan dalam memori kepala je lah.
Aku tak sedar bila tertidur, jaga2 je dah pukul satu pagi. Teksi berhenti, driver xde, belakang tinggal sorang je passenger tengah tidur. Lampu depan menyuluh dinding yg ada gambar Ayatollah Khomeini (Imam Syiah di Iran), entah di pekan mana kali ni. Aku snap gambar dan sambung tidur....
Kalo tak snap pic ni, mungkin aku ingat mlm tu bermimpi sampai ke Iran dah
Lepas tu kena gerak, driver cakap nak cari bilik. ..ikut dia....aku confuse kejap! bukanke sepatutnya perjalanan terus satu malam dan sampai Srinagar esok paginya? Tak de pulak diaorang bagitau overnight kat hotel tengah2 perjalanan...tapi aku memang mengantuk n malas nak ambik tahu apa yg berlaku, ikut saja ke hotel dan share bilik dgn Abdul Wahid, budak student dari Kashmir yg juga fellow passenger yg tidur kat belakang teksi tu.
Esok pagi, lepas dah siap subuh semua aku n budak Kashmir tu turun bawah tapi senyap sunyi je hotel tu. Tengok2 pintu depan pun masih berkunci lagi. Takde org kelihatan, then barulah ada sorang staf keluar dari dapur, Abdul Wahid mintak budak tu bukakan kunci pintu depan...kita keluar cari teksi tapi tak jumpa. Balik semula ke hotel, kelibat driver pun masih tak nampak. Budak staff cakap masih tidur.
So, apa yg aku buat, pusing2 la dekat2 dengan area hotel tu cari brekfast. Ada dua lelaki muda tengah masak roti dalam tandoor, singgah utk makan skali breakfast diorang makan roti tu cicah dengan air je! takde dal, takde aloo gobi...takde kari. Sbb hanya makan sekeping roti yg ala2 biskut itu, rasa tak puas pulak...so lepas tu jalan cari lagi dhaba (kedai makan) yg lain. Jumpa satu dhaba jual chowmein (mee goreng), tapi dia hanya ada mutton chowmein je, takda vegetable chowmein mcm kat tempat lain. Walaupun aku tak suka sangat kambing, cuba jelah, lagipun kedai muslim, daging nya halal....tapi kurang sedap pulak chowmein nya
Muka budak2 masak roti ni mcm Afghan sesikit. Yg pakai baju biru tu ada iras mcm Joseph Gordon Levitt or lebih dekat dengan rupa actor remaja filem Iran 'Two-Legged Horse' yg set kat Afghanistan tu
Chowmein kambing goreng pakai tangan (mampooo? )
Pekan/Bandar ni nama Kargil, wilayah sebelah barat Ladakh. Majoriti penduduk Kargil adalah muslim, kebanyakannya Syiah. Ada nampak ramai juga lelaki2 Kashmiri berniaga di sini. Jalan2 sekitar Kargil ni memang ada perasaan mcm sampai ke Iran/Afghanistan pulak..sebab wajah diorang mcm org belah sana. Tambah lagi dengan ramai pakcik2 berserban n berjubah macam Mullah di Iran, dan wanita2 nya bertudung penuh. Kebanyakan papan tanda pula ditulis dalam bahasa Urdu (huruf arabic). Kalau nak kira, 50km ke utara Kargil baru masuk Gilgit-Baltistan (north Pakistan). Ramai juga yg punyai muka Melayu kat sini.
Kargil dari tepi sungai
Permandangan dari satu lorong di Kargil
Permandangan dari satu sudut di Kargil...
Macam Mullah kat Iran pula....
Bukan Iran, bukan Afghan...masih di utara India
Seorang pakcik di Kargil
Pakcik berserban (Mullah?) di Kargil
Pakcik peniaga di Kargil
Kasut dan barang dapur?
Pakcik-Pakcik di Kargil
Tukang jahit di Kargil
Anak-anak Kargil...
Anak-anak Sidek...eh! Anak-anak Kargil...
Populariti sukan Inggeris Kriket tidak terkecuali di sini...
Banyak signboard sekitar Kargil ditulis dalam bahasa Urdu walaupun bahasa pertuturan disini adalah bahasa Purki
Motto penganut Syiah.....
Lepas sejam-dua pusing2 sekitar Kargil, aku balik semula hotel dan masih tak ketemu dengan driver nya, tanya budak kemas hotel tu dia cakap driver dah keluar jalan2... tunggu punya tunggui tak muncul2 driver tu. Aku dah mula rimas and tak puas hati, tak pasal2 berleter kutuk sikap driver tu kat budak suruhan hotel...terkebil2 budak tu , rasa kesal dengan apa yg terjadi tapi dia takleh wat apa2...kesian dia, english skills dia pun limited. Then aku mintak dia tunjukkan lokasi teksi kalau dia tahu kat mana, sbb aku nak pastikan teksi masih ada di pekan tu, lagipun rucksack besar aku masih terikat di bumbung SUV. Dia setuju tapi mintak izin habiskan kerja dia dulu. Budak ni nama Maqbool, asal dari kampung di luar pekan Kargil. Baik budaknya.....
Sebelum kita mula keluar utk cari teksi, driver berdua tu balik...lega aku tengok tapi dlm masa sama sentap jugak sebab tak pro langsung bila diorang tak maklumkan kita sebarang info....(tapi salah aku gak kan sbb semalam langsung tak tanya apa2 ). Driver teksi satu lagi yg boleh cakap English cerita yg Zoji-la tutup semalam sebab bad weather, salji dah tutp jalan....patutnya hari ni jam 11 dah boleh bertolak tapi sbb hari tu Ahad, org2 yg bersihkan salji tak kerja...so kitorang kena stay satu malam lagi di Kargil. Dia cakap akan sambung perjalanan besok pagi, tapi sekiranya jalan masih belum juga bukak, semua orang terpaksa kembali ke Leh. Aku cuak dah!....gila la mcm ni...kalo terpaksa balik Leh besok, mcm mana aku nak gi Srinagar nanti? Sedangkan esoknya Isnin, satu2nya hari dalam seminggu yg ada flight dari Leh ke Srinagar, depart awal pagi pulak tu...kalo pagi besok baru nak bertolak ke Srinagar memang takkan sempat, so kena tunggu Isnin minggu seterusnya, sedangkan Isnin minggu seterusnya tu hari terakhir Visa aku valid di India. Aku sepatutnya sampai ke Srinagar hari ni jugak sebab lusa aku ada jemputan ke satu majlis perkahwinan Kashmiri, Khamis dua hari selepas tu pula ada flight dari Srinagar ke Mumbai dan lepas tu balik KL dari Mumbai.
Tiada pilihan, terpaksa stay jugalah di Kargil menunggu esok yg masih belum pasti. Hari tu dihabiskan dengan berinternet kat Cyber Cafe dan sambung jalan2 sekitar pekan tengok life around there. Driver teksi tunjukkan satu restoran yg ada banyak pilihan makanan (kebanyakan dhaba di Kargil kecil, simple dgn hanya satu-dua masakan je yg ada), restoran tingkat dua ni mujur juga ada sediakan ayam selain lauk wajib yg berasaskan kambing.
Nasi sama ayam goreng, kebab kambing dan kuah kari. Kuah kari tu sebenarnya kari Rista (bebola kambing Kashmiri), tapi tak ambik 'bakso' tu..
Masa lalu satu lorong tak jauh dari hotel, aku disapa oleh penjual tilam/bantal/blanket yg peramah. Nama dia Murtaza, muka macam Melayu. Murtaza ni macam sangat berpengetahuan orangnya, dia boleh ceritakan segala macam benda. Dari dialah aku tahu yang bahasa komunikasi di Kargil adalah Purki, bukanya bahasa Ladakhi atau Kashmir. Selain dari tiga bahasa tu, komuniti yang tinggal di area antara Kashmir dan Ladakh ada juga bertutur bahasa Balti dan Shiina. Memang tak sangka di state Jammu & Kashmir ni boleh wujud sampai 5-6 bahasa yg berbeza (bukan dialek berbeza).
Murtaza, saudagar tilam, bantal dan blanket. Muka dia macam Sofi Jikan pun ada...
Malam tu lepak di bilik saja sambil edit2 gambar kat Tablet....kat Tv tayang filem Jab Tak Hai Jaan.....si Maqbool pun ada datang berbual
Abdul Wahid, Maqbool dan TV yg sedang menyiarkan Jab Tak Hai Jaan (filem SRK)
Esoknya, Alhamdulillah! berita gembira...kita boleh terus ke Srinagar. Teksi collect passenger balik dari hotel2 berlainan sekitar Kargil. Pagi tu tak sampai hajat nak berbreakfast kat kedai pilihan yg dah dipilih semalam. Meninggalkan Kargil, jalan terus menyusur lembah tepi sungai yg penuh dengan kebun2 epal yg berbunga lebat (springtime)...permandangan yg maha ohsem!
Our taxi drivers, keduanya org Ladakhi...muslim dan wajah kemelayuan
Selepas meninggalkan Kargil
Satu sudut dari Srinagar-Leh Highway. Bukit tandus dan sungai yg membiru. Warna merah dari bebunga pohon Epal dan Aprikot mengisi celah2 pohon hijau.
Musim bunga di Ladakh jatuh di penghujung April. Pohon-pohon epal berbunga lebat
Kebun Epal di pinggir lebuhraya dan latar belakang puncak bersalji
Suatu ketika di pinggir jalan
Ok, sampai sini dulu lah....nanti2 pulak sambung pasal traffic jam kat lembah bersalji tu...lepas beberapa jam meninggalkan Kargil kita sampai ke daerah yg lebih sejuk, masih bersalji tebal dan ada traffic jam pulak sebelum merentas genting tinggi Zoji-La....
to be continue...
Last edited by cmf_GAIA on 3-6-2013 10:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
masih blom nyempat sambung tulis....nak tempek pic je:-
Puncak Nanda Devi (7816m) dilihat dari Auli, tempat main ski di Uttarakhand. Sebab utama dtg sini pun just nak ambik pic gunung ni je, n sbb masa tu hujung wintertime masih boleh main ski juga. Permandangan dia memang spektakular, mmg ada pendapat kalau nak tengok finest view over Himalaya dengan pucak2 berketinggian 7000m ke atas di Uttarakhand lah tempatnya, bahagian yg dinamai Gharwal Himalaya.
Masa di India, dua puncak sudah berjaya ambik gambar, Kanchenjunga (8586m) ambik dari Darjeeling dan Nanda Devi (7816m) dari Auli. Impian Himalaya tinggal lagi dua...nak ambik pic Annapurna (8091m) dari western Nepal dan Everest (8848m) dari north EBC di sebelah Tibet.
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwww hebattttttt dan cantik2 permandangan nya.. Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best nya gaia sampai sana..tapi saya kena simpan je hajat tu..tak sanggup rasa nk hadapi sickness..nak-nak saya ni mmg x suka minum air..kat sini pun slalu dehydrated..kat sana mau kejung hehe..macam kena lasak n ada daya tahan fizikal yg tinggi..tambah dengan kekangan masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kimora posted on 5-6-2013 09:54 PM
Best nya gaia sampai sana..tapi saya kena simpan je hajat tu..tak sanggup rasa nk hadapi sickness..n ...
Hahah...susah tu....kalo ke Ladakh memang kena paksa2 diri gak minum air bebanyak...kalo tak senang jatuh sakit.....
|
|
|
|
|
|
|
|
puanserama posted on 5-6-2013 11:27 AM
wowwww hebattttttt dan cantik2 permandangan nya.. Subhanallah..
memang ohsem sangat permandangan nya...lagi2 depan mata lebih mengkagumkan dari gambar....subhanallah
|
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi blom nyempat sambung....selingan gambar dulu
Pakcik muslim di tepi tangga Jama Masjid, Leh, Ladakh
Chowkhang Monastery, Leh, Ladakh
|
|
|
|
|
|
|
|
Pics dari Udaipur, South Rajasthan....
Last edited by cmf_GAIA on 8-6-2013 10:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|