Post Last Edit by bunick at 2-9-2010 09:37
Syawal yang dinanti oleh semua umat Islam hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Keempat-empat rakan serumah itu sudah bersiap sedia untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Miko dan Chengkeh berkongsi lebuhraya yang sama untuk pulang ke Pahang. Manakala Kia akan merentas Lebuhraya Utara Selatan untuk pulang ke Rembau. Bunick pula akan menempuh perjalanan yang paling panjang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Masing-masing sudah begitu teruja untuk beraya bersama keluarga tersayang.
“Bunick, ni Alex bagi kat engkau…” Miko menghulurkan satu paper bag kepada Bunick sebelum mereka bertolak pulang.
“Yela tu….agak-agak la nak kenakan aku pun. Dah nak raya ni tau, orang sibuk minta maaf zahir batin kau pulak sibuk je nak kenakan aku.” Bunick buat tak tau je kat paper bagi yang dihulurkan oleh Miko.
“Ewah ewah budak kecik ni, kau ingat aku suka sangat ke nak jadi posmen si Alex tu. Kalau aku tau kau tak nak, tak ingin aku nak jadi posmen tak bergaji tau.” Miko letak paperbag tu kat atas bonet kereta Bunick.
“Betul ke ni Miko?” Bunick capai paper bag warna hitam berceloreng putih itu.
“Tak percaya sudah!” Miko dah marah dah. “Kau nak ke tak nak? Kalau tak nak bak sini aku nak pulang balik kat Alex lepas raya ni.”
“Isshhh…..buruk siku macam tu Miko. Aku percaya, aku percaya…” Bunick tarik keluar isi kandungan paper bag tersebut. Nah, sepasang baju kurung warna hijau epal ada di tangan Bunick.
“Fuyyoooo…..baju kurung hot green apple colour la!” Miko pulak yang over excited.
“Wei, cantiknya baju. Sape punya ni?” Chengkeh merapati Bunick dan Miko bila dengar bunyi riuh rendah dari balik keretanya.
“Ada orang dapat hadiah la Chengkeh…” Miko tolong jawab kemusykilan Chengkeh.
“Hadiah?Sape yang dapat hadiah, sape yang bagi?” Chengkeh terus tanya.
“Cik Bunick kita yang dapat hadiah dari hot green apple.” Miko jugak yang kena jawab soalan Chengkeh sebab Bunick sibuk belek baju kurung pesak gantung yang sarat dengan manik di kedua belah tangan dan leher baju.
“Macammana dia boleh tau saiz aku Miko?” Bunick acu baju yang cantik itu di badannya.
“Instinct kot…” Miko tersengih-sengih.
“Aku serius la ni wei, kau main-main pulak.” Bunick ketip lengan Miko dengan kuat.
“Wah, main kasar nampak. Dah la tak cakap terima kasih pun kat aku bawak balik hadiah tu.”
“Ala,sorry la Miko. Aku tersengaja cubit kau tadi. Thanks ye Miko, kaulah sahabat aku dunia akhirat…” Bunick buat isyarat mintak ampun kepada Miko.
“Banyak la kau punya tersengaja…”
“Miko, Alex tu beraya kat mana ek?” Selamba je Bunick tanya Miko. Takde cover-cover dah.
“Kau tanya la dia sendiri. Aku dah resigned jadi posmen tak bergaji korang tau.” Miko terus blah dari situ dan menuju ke arah keretanya.
“Alah Miko, jangan resigned dulu la. At least bagi notis sebulan ke….” Bunick ikut Miko dari belakang.
“Ish kau ni, nak tau apa lagi? Aku suruh call dia kau tak nak. Shy shy cat la konon….”
“Miko, entah-entah dia ikut minah epal kurang garam tu balik raya tak?” Bunick dah mula susah hati.
“Taklah, minah tu dah cuti lama dah. Alex ada lagi kat sini. Adalah tu dia raya kat mana-mana. Lagi pun mualaf macam dia tu bukan susah nak cari tempat raya, kat Kolumpo ni berlambak orang yang tak balik raya.”
“Confirm ke ni dia tak ikut minah epal kurang garam balik raya?” Bunick tanya Miko sekali lagi, nampak sangat tak puas hati.
“Betul la, kenapa? Kau nak ajak dia balik raya kat Kelantan ke Bunick?”
“Eh, bagus jugak idea Miko tu Bunick. Apa kata kau call dia ajak dia ikut kau balik kampung.” Kia yang sedang menggendong beg pakaian mencelah perbualan Miko dan Bunick.
“Nak mati? Haruslah sarjan pencen bermisai lentik kat rumah aku tu sembelih aku kalau aku bawak si Alex tu balik raya rumah aku. Hishhh…tak berani aku!” Bunick awal-awal lagi dah surrender. Siapa tak kenal Haji Hussin, sarjan pencen dalam ATM tu. Tak dapat Bunick bayangkan reaksi ayahnya kalau dia bawak balik Alex kali ni.
“Ala, takkan ayah kau nak halau pulak si Alex tu. Takpe, biar aku call Alex.” Miko dah keluarkan handphone dari dalam poket seluar. “Jangan Miko!” kuat Bunick menjerit.
“La, nak takut apanya. Takdenya ayah kau tu nak tembak Alex dengan senapang. Lagipun kesian Alex, entah mana-mana la dia beraya nanti…” Miko dah buat muka sedih.
“Eh, tadi bukan kau ke yang cakap berlambak orang tak balik kampung raya ni. Taulah Alex tu nak pergi beraya kat mana.” Chengkeh yang baru join sesi perbincangan itu bersuara.
“Kau ni Chengkeh, sporting la sikit. Patutnya kau bagi sokongan moral kat Bunick ni.” Miko jeling Chengkeh yang tersengih-sengih.
Bunyi deringan handphone Bunick mematikan pertelingkahan antara Miko dan Chengkeh. Semua memandang ke arah Bunick yang sedang menilik skrin handphonenya yang berkelip-kelip.
“Sape ni? Private number pulak tu?” Bunick tanya ketiga-tiga housematenya.
“Baik kau jawab Bunick…” Miko ambil handphone Bunick dan tolak slide naik atas. Dia suakan handphone itu di telinga Bunick.
Bunick dah geram dengan Miko, pandai-pandai je suruh aku jawab. Entah sape-sape pun aku tak tau.
“Assalamualaikum Bunick…” Kedengaran suara garau dari hujung talian. Seakan terhenti nafas Bunick bila dengar suara memberi salam itu. Lidahnya kelu untuk menjawab salam. Panjang umur betul si Alex ni.
“Waalaikummussalam Ariff…..” perlahan je Bunick jawab. Miko dan Chengkeh dah berjabat tangan manakala Kia hanya tersenyum sahaja.
“How are you doing Bunick?”
“I’m doing good Ariff….”
“So,do you like it?”
“You mean that baju kurung? Thanks Ariff, I like it so much. But, how do you know my size?”
“Instinct, I just try my luck. Alhamdulillah it suits you and good to know that you like it.”
“So sweet Ariff….by the way you raya kat mana Ariff?”
“No idea…maybe raya di sini sahaja,” pelat sekali kedengaran Alex bertutur dalam Bahasa Melayu.
“Ariff, if you don’t mind, you can follow me go back to my hometown tonight.” Tanpa sedar, Bunick ajak Alex beraya kat Kelantan. Lupa sekejap pada sarjan pencen misai melentik kat rumah tu. Apa yang dah dia buat ni? Takkan nak tarik balik pulak pelawaan dia tadi….
“Are you serious Bunick?” Alex dah teruja nak ikut Bunick balik kampung. Ini raya yang pertama baginya. Walaupun Ustaz Asri dari PERKIM telah mengajaknya untuk mengikut keluarga mereka beraya di Ipoh, namun pelawaan Bunick dia rasakan lebih menarik perhatiannya.
“Errr…..yup! I’m serious…” Bunick telan liur. Kesat! Matilah aku….terlajak kereta boleh reverse, terlajak pelawa nak buat macam mana?
“Okey, I’ll follow you going back to Kelantan…”Alex bersuara girang.
“Ariff, how do you know I’m Kelantanese?” Bunick memang hairan, tak pernah pulak dia bagitau Alex yang dia orang Kelantan.
“Miko told me about this….” Alex ketawa kecil. Miko memang banyak bagi maklumat tentang Bunick. Tapi dia tak pasti samada Bunick tahu atau tidak bahawa Miko merupakan informer tak bergajinya…. |