|
|
[Tempatan]
Pompuan meroyan kereta kene langgar(Kiki ditahan polis pg92)
[Copy link]
|
|
|
alinone78 posted on 17-7-2014 07:02 PM 
Aku tunggu iklan joy nanti
nah, x payah susah2 tunggu aku dah tolong kurangkan kemusykilan ko.....jom banjer aku mee udang semangkuk malam nih
JOY Pecahkan GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk Barisan Pinggan Bersih Terpanjang di Dunia Malisa Aina
- • September 17, 2013
JOY, cecair pencuci pinggan mangkuk terulung di 31 negara telah mencipta sejarah dunia dengan memecahkan GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi barisan pinggan bersih terpanjang di dunia. Sebanyak 26,213 pinggan yang bersih dicuci mengelilingi trek Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jarak sejauh 6.8 kilometer, bersamaan dengan perjalanan dari Malaysia ke Singapura dan kembali!* Rekod dunia terbaru ini dicapai dengan hanya sebotol JOY 800ml. Nicolas de La Giroday yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Negara, P&G Malaysia dan Singapura berkata: “Saya sungguh gembira kerana JOY telah berjaya memecahkan GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk barisan pinggan bersih terpanjang di dunia. Ini membuktikan bahawa JOY mampu mencuci jumlah pinggan yang menakjubkan dan ianya lima kali lebih berkesan daripada cecair pencuci pinggan mangkuk biasa. JOY yang Kecil Tetapi Berkuasa ini telah membanggakan Malaysia!” Rahsia di sebalik kejayaan produk inovatif JOY terkandung di dalam setiap titis cecairnya. Dengan kuasa penanggalan minyak 5 kali lebih hebat berbanding jenama-jenama lain, JOY mampu menghapuskan 100% minyak degil, menjadikan tugas mencuci pinggan yang membosankan jauh lebih mudah. JOY boleh didapati dalam tiga jenis; Refreshing Lemon, Sparkling Lime dan AntiBac, dengan harga cadangan runcit RM4.95 untuk botol 250ml, RM13.95 untuk botol 800ml dan pek isian semula pada harga RM3.50 untuk 200ml dan RM9.95 untuk 600ml. JOY boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka dan cawangan-cawangan runcit bermula 1 Oktober 2013.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
utk yg x sabar2 nak kiki kene hukuman
Kiki kena tangkap
Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.
"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.  KIKI diiring polis. FOTO Luqman Hakim Zubir
Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 17-7-2014 06:42 PM 
Aku dah malas nak sembang pasal minah cdm25 nih dah, penat... cuma sekarang aku nak tahu betul ker p ...
Barisan pinggan bersih terpanjang di dunia
FITZWILLIAM (kanan sekali) memerhatikan proses mengukur panjang jarak pinggan yang dicuci.
|
SEKUMPULAN kakitangan syarikat pengeluar cecair pencuci pinggan mangkuk terulung di 31 buah negara, Joy, mencipta sejarah apabila memecahkan Guinness World Records bagi barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.
Sebanyak 26,213 pinggan berjaya dicuci menggunakan Joy disusun mengelilingi trek olahraga Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jarak sejauh 6.8 kilometer pada 14 September lalu.
Rekod dunia terbaharu itu dicapai dengan hanya sebotol Joy 800 mililiter. Setelah selesai, masih ada cecair Joy di dalam botol!
Procter & Gamble, syarikat pencuci pinggan mangkuk itu turut menyatukan rakyat Malaysia menerusi hidangan nasi lemak percuma yang diberikan kepada mereka yang hadir di stadium tersebut.
Sebelum itu, pinggan-pinggan turut dikumpul daripada beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang.
Ia kemudiannya, dicuci oleh 16 orang staf Joy menggunakan sebotol Joy sebelum diatur oleh 200 sukarelawan di sepanjang trek olahraga itu.
Masa mencuci kesemua pinggan itu mengambil masa selama sembilan jam bermula 7 pagi hingga 4 petang.
"Saya sungguh gembira kerana Joy berjaya memecahkan Guinness World Records untuk barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.
"Ini membuktikan bahawa Joy mampu mencuci jumlah pinggan yang banyak iaitu lima kali lebih berkesan berbanding cecair pencuci pinggan mangkuk biasa. Botol Joy bersaiz kecil tetapi berkuasa ini telah membanggakan Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Negara, P&G Malaysia dan Singapura, Nicolas de La Giroday.
Kejayaan itu disahkan oleh Pegawai Guinness World Records, Blythe Fitzwilliam.
Tambahnya, kejayaan pecah rekod Joy adalah hasil gabungan usaha rakyat Malaysia yang hadir pada majlis tersebut.
"Acara ini merupakan laluan terbaik untuk melancarkan Joy ke pasaran Malaysia.
"Saya berharap selepas ini, Joy akan menjadi cecair pencuci pinggan mangkuk yang wajib ada di dalam setiap dapur di Malaysia," ujarnya.

PROSES mencuci pinggan menggunakan cecair pencuci pinggan, Joy.
Bangga
Usaha memecahkan rekod dunia tersebut menjadi lebih bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, yang mengetuai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Kebangsaan.
"Acara ini secara tidak langsung mempamerkan kerjasama antara rakyat dalam mencipta sejarah dunia. Semua yang hadir hari ini boleh menyatakan dengan bangga bahawa mereka telah membantu menempatkan nama Malaysia di peta dunia.
"Ribuan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menyempurnakan usaha ini bersempena Hari Malaysia," kata Joseph.
Rahsia di sebalik kejayaan produk inovatif Joy terkandung di dalam setiap titis cecairnya.
Kuasa penanggalan minyak lima kali lebih hebat berbanding jenama-jenama lain, Joy mampu menghapuskan 100 peratus minyak degil sekali gus menjadikan tugas mencuci pinggan jauh lebih mudah.
Duta-duta jenama Joy, pelakon Sharifah Shahirah dan pengacara, Chui Ling turut mengumpulkan rakan-rakan selebriti mereka untuk menyertai cabaran mencuci pinggan dan menghiburkan para hadirin.
"Kepada wanita-wanita di luar sana, usah risau pasal tugas membasuh kerana Joy menjadikannya sungguh mudah.
"Kami yakin selepas sekali mencuba pasti anda terpesona! Buihnya yang tahan lama membuatkan kerja mencuci amat memuaskan. Walaupun produk ini berkuasa, ia mesra pada tangan," ujar Sharifah Shahirah dan Chui Ling.
Dalam pada itu, seorang suri rumah, Chong Poh Yen tidak sabar untuk mendapatkan sebotol Joy.
"Apa yang saya saksikan hari ini sungguh menakjubkan dan Joy telah membuktikan ia merupakan satu produk yang hebat," katanya.
Joy boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Refreshing Lemon, Sparkling Lime dan AntiBac pada harga cadangan runcit RM4.95 untuk botol 250 mililiter (ml), RM13.95 untuk botol 800ml dan pek isian semula pada harga RM3.50 untuk 200ml dan RM9.95 untuk 600ml.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 17-7-2014 06:50 PM
Betul ker rakyqt malaysia mempercayai joy lebih berkuasa...
1) Betul ke sabun cuci Joy berupaya membasuh pinggan dari Malaysia ke Singapura?
Jawapan: berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.
a) Diorang cuma keliling Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
b) Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.
2) Kenapa ultraman tidak bawa powerbank ketika menjelma jadi ultraman sedangkan dia tahu dia hanya boleh jadi ultraman selama 3 minit sahaja?
Jawapan: Bateri yang dipakai oleh ultraman ialah dari jenis batu Kryptonite, yang tak boleh dicas secara manual, ianya akan tercas secara semula jadi selepas dibiarkan beberapa tempoh selepas ultraman jadi manusia balik. Arus elektrik dari powerbank tidak mampu untuk meresap dan mengecas batu tersebut pada capsul ultraman.
Adapun dakwaan mengatakan ultraman hanya boleh menjelma 3 minit sahaja adalah tidak benar bagi semua ultraman kerana ada ultraman yang boleh menjelma lebih lama dan ada yang selama-lamanya tubuh dia ultraman.
3) Benarkah jika tiada kicap jalen, semua urusan kena dibatalkan dan dihentikan serta merta?
Jawapan: Ya, benar, semua urusan di kilang syarikat Jalen kena diberhentikan serta merta. Tapi urusan itu tidak melibatkan pihak lain.
4) Benarkah Dragon Ball ada 7 biji semuanya?
Jawapan: tidak benar dan sangat salah. Kerana dragon ball ada 14 biji yang sebenar-benarnya. 7 dari bumi dan 7 dari planet nameck yang dibawa Pikor (komik) atau Picollo (kartun).
5) Benarkah jika menggunakan produk kecantikan di Televisyen akan menyebabkan orang kata pada kita "monggelnyaaaa..."
Jawapan: bergantung kepada tahap minda orang-orang yang berkata begitu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TanSriJess posted on 17-7-2014 07:01 PM 
doakan yg baik2 aja utk dia
mungkin kejadian ni merupakan turning point utk dia berubah jd manu ...
Oh ya, I see now the keberuntungan yg TSJ maksudkan. Mudah2an ada hikmah di sebalik kejadian, ada pengajaran yg dpt dipetik, hati yg keras dpt dididik. InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 17-7-2014 07:09 PM 
utk yg x sabar2 nak kiki kene hukuman
Kiki kena tangkap
pengajaran untuk kita semua juga...
dan kepada sesiapa yang suka bercakap pasal perkauman ni...bukala mata...kita tak memilih kaum pun bila mana sesiapa yang membuat kesilapan...
kes kiki semua bangsa duk mengutuk perbuatan beliau melakukan kekerasan terhadap orang tua...
boleh nampak kebanyakan rakyat malaysia berpikiran jauh...
yang suka gembar gembur isu perkauman ialah politaik2 yang tersepit...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 17-7-2014 07:20 PM
pengajaran untuk kita semua juga...
saya pun berpendapat dengan awak... ni salah satunya Allah nak tunjuk... walaupun dia berbangsa melayu... seluruh bangsa melayu tidak setuju dengan cara dia.. malah dikutuk dan dicaci lagi.. kerana bangsa cina yang uzur tu terlanggar kereta dia...
sekrang nampak tak.. melayu bukannya perkauman.. tu semua politaik punya pasal... semua bangsa kena lahar... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sat nak ty, pasai apa korang dok komen pasal pencuci joy ni, mahal benar sabun ni, axion lagi murah, secalit boleh membersih semua periuk belanga kenduri kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eazzad posted on 17-7-2014 07:25 PM 
saya pun berpendapat dengan awak... ni salah satunya Allah nak tunjuk... walaupun dia berbangsa me ...
tapi melayu dikatakan rasis jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-7-2014 07:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lizaliza posted on 17-7-2014 07:25 PM
Sat nak ty, pasai apa korang dok komen pasal pencuci joy ni, mahal benar sabun ni, axion lagi murah, ...
Axion ke aziah?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 17-7-2014 07:28 PM
tapi melayu dikatakan rasis jugak..
Cine barbee aje yang suka tuduh melayu racist ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 17-7-2014 07:28 PM
Axion ke aziah?
Teringat iklan tu...he..he |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 15-7-2014 07:02 PM
sian plak tgk uncle tu. mental punye betina. bknnya uncle tu sengaja
Xder berniat nk sokom sesape tp logiknya ade ker yg accident nih disengajakan???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 17-7-2014 07:30 PM
Cine barbee aje yang suka tuduh melayu racist ni.
tak puasa ke dok maki orang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lizaliza posted on 17-7-2014 07:32 PM
tak puasa ke dok maki orang
Aku bukan kata kat semua. Aku cuma kata kat yang jahat2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kittycomel posted on 17-7-2014 04:32 PM 
kena adil kat kiki dan juga uncle sim.
skrg pihak polis dah buka kertas siasatan.....so biarla ...
Uncle Sim dah kena fine...cuma kiki tu tak tau..mungkin dalam siasatan kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach posted on 17-7-2014 07:08 PM
nah, x payah susah2 tunggu aku dah tolong kurangkan kemusykilan ko.....jom banjer aku mee udang se ...
Ngeeeeeee tunggu aku turun SPS / SPT deh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masuk tv3 lagi kiki malam ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lim Jooi Soon
(Kiki vs Kita)
(Ash-Shura 42:40)
Dan juga orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara
zalim, mereka hanya bertindak membela diri. Sesiapa yang memaafkan
(kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya
tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku
zalim.
Tindakan yg terpuji dilakukan oleh uncle Sim yg sanggup memaafkan
orang yg telah melakukan kezaliman terhadap dirinya.
Abi Hurairah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa
pernah melakukan kezaliman terhadap saudaranya, baik menyangkut
kehormatannya maupun sesuatu yang lain, maka hendaklah dia minta
dihalalkan darinya hari ini, sebelum dinar dan dirham tidak berguna
lagi (hari kiamat)” (H.R. Al-Bukhari)
Kiki meminta maaf secara terbuka selepas melakukan kesilapan juga
suatu tindakan yg terpuji.
(Surah an-Nisa 4:110)
"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun
kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani."
Saya berharap mereka yg share video dan apa2 yg berkaitan isu Kiki
akan memadamkannya.
Saya juga berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua
rakyat Malaysia. Beza kita dengan Kiki cumalah kesalahan kita tidak
dirakamkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 17-7-2014 07:28 PM 
Axion ke aziah?
tunjukkkannnn saya!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|